Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Tuesday 19 June 2012

PERGINYA SEORANG PATRIOT.. AL-FATIHAH


Allahyarham Lt Kdr Samrus Che Dan


Tanggal 18 Jun 12 jam 1545H, TLDM digemparkan dengan kehilangan seorang Pegawai PASKAL yang amat disegani. Lt Kdr Samrus Che Dan anak kelahiran Utara tanahair telah pulang mengadap Illahi. Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang cahaya mata yang masih kecil serta tidak mengenal erti kehidupan…..

Sepanjang tempoh berkawan dengan beliau, Arwah merupakan seorang yang cukup ceria, mudah dihampiri dan sering berseloroh dengan loghat utaranya…cukup disenangi ramai. Walaupun seorang anggota pasukan elit TLDM namun beliau tidak pernah angkuh dengan kemampuan yang dimilikinya..itulah hakikat yang ada pada Samrus bin Che Dan atau lebih dikenali dengan panggilan Sam.

Arwah bersama Samrus Jr

Walau apapun kini semuanya tinggal kenangan dan sesuatu yang sukar untuk dilupakan apatah lagi 3 tahun dilanyak bersama…. ZAIN DIVISION …itulah yang jadi kebanggaan kami.


Doa kami, semoga Allah S.W.T memelihara keselamatan dan
kesejahteraan keluarga Allahyarham. Amin...

Untuk isteri dan anak-anak Arwah, tabahkanlah hati kalian, redholah dengan kepergiannya….walaupun beliau sudah tidak bersama kita lagi namun ketahuilah bahawa TLDM dan Int 45 bersama kalian. Janganlah kalian jadikan pemergian ini sebagai suatu asbab untuk lemah, bangkitlah..buktikan kepada dunia bahawa darah patriot yang mengalir di tubuh kalian tidak pernah luntur dan tidak gentar untuk mengharungi arus kehidupan.

Penutup kalam, sama-samalah kita sedekah ALFATIHAH buat arwah semoga beliau ditempatkan dikalangan shuhada dan solehin…amin…

Takziah dari NavyThe Best




11 comments:

  1. salam takziah...

    apa punca kematiannya sekiranya boleh dikongsi...
    semoga arwah bersama orang2 yg mendapat syafaat di sisi Allah...

    ReplyDelete
  2. semoga rohnya di cucuri rahmat... Tabik Perwira Negara

    ReplyDelete
  3. saya tidak pasti punca kematiannya dan mungkin nnt bila forensik dah sahkan, sy akan kongsi..

    ya.. semasa eks dan meninggal dunia semasa dalam helikopter utk diterbangkan ke hosp.

    semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan syuhada'..al-fatihah

    ReplyDelete
  4. Semoga rohnya dicucuri rahmat Al-fatihah

    ReplyDelete
  5. Pegawai dan sahabat saya semasa bekerja di KD SRI SEMPORNA. Semoga roh dicucuri rahman.

    ReplyDelete
  6. Takziah. Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

    ReplyDelete
  7. decompress sickness..semasa eksersais Carat

    ReplyDelete
  8. hanya pasukan elit sahaja yang mengetahui punca kematiannya...

    ReplyDelete