Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday 29 August 2012

FILEM TANDA PUTERA - APA YANG 'MEREKA' RISAUKAN SANGAT?


Menyentap! Hasrat penayangan filem Tanda Putera telah dikritik hebat oleh sebilangan individu kiasu yang mendakwa filem ini berunsur rasis dan mampu membangkitkan perasaan marah golongan bangsa tertentu. Akibat desakan-desakan puak-puak tersebut, tarikh penayangan filem tersebut yang pada asalnya dijadualkan pada 13 September 2012 telah ditunda pada 15 November 2012. Sebelum ini, kecoh di internet kononnya filem ini akan mempamerkan babak-babak kontroversi dan sensitif kerana memberi pemfokusan kepada tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 (walhal hanya beberapa babak untuk beberapa minit sahaja) - lantas menyebabkan beberapa pemimpin pembangkang terutamanya yang bukan Melayu menjadi Tidak Senang Duduk!


Lebih mencuit hati apabila filem ini dituduh menjadi bahan propaganda parti politik tertentu untuk membantu jentera parti berkenaan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang. Amat menghairankan apabila filem-filem berunsur patriotism yang memupuk semnagat cintakan negara, bangsa dan agama ini dilabelkan sedemikian rupa hanya kerana TIDAK MEMUASKAN HATI SESETENGAH PIHAK. Setelah diasak hebat oleh golongan berkenaan, pengarah filem berkenaan, Datin Paduka Suhaimi Baba telah mengeluarkan kenyataan balas bagi menjawab dakwaan-dakwaan liar sebelum ini. Lihat kenyataan pengarah prolifik negara DISINI.

Penayangan filem ini wajar dilihat sebagai satu usaha untuk memupuk semangat sayangkan negara berdasarkan kisah sebenar perjuangan dan semangat kental pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Tun Abd Razak danTun Dr Ismail bagi memajukan Malaysia ketahap tertinggi. Tidak salah rasanya agar filem ini dapat dijadikan pemangkin semangat dan menghayati erti kemerdekaan yang bakal kita sambut tidak lama lagi. Menonton filem ini adalah lebih baik dari menyertai mana-mana perhimpunan anjuran golongan beruk yang tidak henti-henti melaungkan itu dan ini - tetapi telah terbukti hanya membawa lebih kerosakan pada harta benda dan menjejaskan ketenteraman awam.

SINOPSIS

Filem ini mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan Negara ekoran daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan Negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.


Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar Kara, dan anak muda Zaman. Razak dan Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.


Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Razak bersyukur yang rakan baiknya Tun Dr Ismail, orang kepercayaannya dan seorang yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Razak juga yakin Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi apabila terjadi perkara yang tidak disangka-sangka, Tun Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.

Tanda Putera Tayang 15 November

Dia mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan Negara. Dia terpaksa menghadapi berbagai ancaman daripada pihak komunis yang mensasarkan pembunuhan pemimpin tinggi Polis. Bermula dengan pembunuhan Ketua Polis Negara diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan makin meruncing.


Razak mengambil langkah berani - membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu. Dalam waktu yang singkat, Razak membawa rakyat miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman, keluar dari perangkap kemiskinan tegar. Razak telah menanam semangat baru dalam diri Zaman, Zarah dan rakan-rakan mereka.

Namun perjuangan Razak berakhir disebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya Nazir buat kali terakhir dan rakyat mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ketanah air tercinta.


Thursday 23 August 2012

THE "I" FILES : CERITERA POLITIK MALAYSIA YANG WAJIB DIBACA




Beberapa blog berbahasa Inggeris telah mula memperkatakan tentang sebuah buku bertajuk “The “I” Files” tulisan Jonathan Smith. Setakat ini, prolog serta bab 1 hingga 4 boleh dibaca secara ‘online’ di https://ifilesjs.wordpress.com. Berdasarkan bacaan penulis, “I” pada tajuk buku ini mungkin membawa makna “Ibrahim” atau “Anwar Ibrahim” bagi orang Malaysia.

Tidak dapat dipastikan siapa Jonathan Smith dan tidak dapat dipastikan juga sama ada itu adalah nama sebenar. Motif beliau menulis kisah Anwar juga samar. Setahu penulis, “John Smith” adalah nama samaran yang sering digunakan oleh orang Amerika atau British apabila mereka enggan mendedahkan identiti sebenar.


Namun, siapa penulis tidak penting, yang penting ialah apa yang diperkatakannya sama ada benar atau penipuan. Setakat bab 1 – hingga 4, kebanyakan yang didedahkan oleh Smith adalah rahsia umum, atau sekurang-kurangnya bagi kalangan pengikut politik veteran. Namun, ada juga beberapa kisah yang agak sulit dan tidak pernah lagi diketahui umum.

Jonathan Smith mengaku bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan Anwar bagi ‘Ketuanya.’ Bagi sesiapa yang jarang menonton atau membaca novel perisikan, mungkin tidak dapat menghayati tulisan beliau dengan baik atau tidak dapat memahami tugasan beliau.

Penulisan beliau berbentuk penceritaan pengumpulan maklumat risikan sambil beberapa kali menyentuh sepintas lalu peranan-peranan agensi dan agen-agen risikan seluruh dunia termasuk KGB, MI6, CIA dan yang sewaktu dengan mereka.

Kisah dimulakan dengan karakter golongan ‘expatriates’ di Malaysia dan bagaimana mereka bertukar-tukar maklumat negara ini untuk kepentingan perdagangan, perniagaan dan politik masing-masing. Dari karakter-karakter itu Smith secara perlahan-lahan mula memfokuskan kepada dirinya dan bagaimana “Anwar Ibrahim” menjadi subjek pemantauan dan kajiannya pada tahun 1981.

Smith jelas mempunyai pengetahuan yang amat mendalam mengenai politik dan pemikiran rakyat Malaysia sehinggakan kadangkala terasa seolah-olah beliau adalah sebenarnya rakyat negara ini, dan berbangsa Melayu. Tidak tahu sama ada ini adalah hasil dari pengalaman beliau atau kerana beliau benar-benar seorang perisik yang hebat atau kerana beliau sememangnya bukan orang yang digambarkannya melalui penulisannya.

Namun, jelas dari segi cara penulisan, beliau bukan orang tempatan dan bukan dari negara ini walaupun pengetahuannya mengenai rakyat dan negara ini menjangkaui rakyat negara ini sendiri.

Apa yang pasti, Smith telah pun membuat kesimpulan siapa Anwar iaitu manusia tanpa wajah, lama sebelum Malaysia atau pun Tun Dr. Mahathir mengenali beliau. Smith telah terlebih dahulu membaca kesilapan Tun Dr. Mahathir sejurus selepas mendapat ura-ura bahawa Anwar akan dibawa masuk ke dalam UMNO.

Menurut Smith, Anwar boleh menjadi sesiapa saja mengikut arus, mengikut persekitaran dan mengikut suka hatinya. Pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam ‘sempurna’ ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran. Kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam. Sehinggakan, kata Smith, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi ‘mimpi’ Anwar pada waktu itu!

Tetapi pada satu masa lain pula, Anwar adalah orang UMNO dan pengikut tulen Tun Dr. Mahathir dari hujung rambut ke hujung kaki dan dari segala segi – kecuali satu, iaitu di hati sanubarinya.

Di mana Tun Dr. Mahathir melihat Melayu perlukan perlindungan, Anwar melihat Melayu Islam perlu ‘disempurnakan’. Jika Tun Dr. Mahathir adalah Melayu ultra, Anwar berpegang kepada Ketuanan Melayu dengan sebenar-benarnya!

Bagaimanapun, seperti yang kita semua sedia maklum, itu adalah kisah lama. Namun, ia tetap wajar ‘dikhatam’ semula kerana ia mampu memberi pengajaran baru. Apa yang lebih menarik adalah cara penceritaan mengenai kisah lama ini yang disampaikan dari sudut yang belum pernah kita dengar serta dari kaca mata orang luar.

Sumber : Beruang Biru (mykmu.net)

Baca keseluruhan Bab The "I" Files DISINI

p/s: artikel dan kesemua artikel dalam The "I" Files hanya boleh dibaca oleh mereka-mereka yang terbuka hati dan akalnya sebelum membuat analisis perihal landskap politik Malaysia. Pengikut TOTOK mana-mana parti terutamanya pengikut TOTOK penama "I" tersebut tidak digalakkan untuk meneliti penulisan berkenaan...

Thursday 9 August 2012

MEREKA DEDAHKAN MAKLUMAT SULIT PERTAHANAN NEGARA. SIAPAKAH MEREKA?

Saya tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh brader ShahPaskal (beliau bukan soldier ya) mengenai salah satu implikasi yang bakal ditempuhi oleh negara kita sekiranya rahsia pertahanan negara terus dicungkil oleh puak-puak berkepentingan. Klik di SINI.

Tahukah anda, aktiviti proses pengutipan dan pengumpulan maklumat pertahanan (cycle) merupakan satu proses berterusan dan ia dilakukan melalui pelbagai cara termasuk maklumat yang disalurkan kepada penganalisis pertahanan, ahli akademik, wartawan, forum dan termasuk tekanan daripada ahli politik. Pada masa kita terlalu bersungguh-sungguh bercerita mengenai hal perihal aset pertahanan negara, tetapi kita lupa bahawa kita telah menjadi UNCONCIOUS AGENT kerana menyalurkan maklumat secara tidak sedar. Hal yang sama pernah saya lihat ketika berada di KEMENTAH apabila seorang pegawai tentera berpangkat Mejar bersungguh-sungguh menceritakan kisah radar (kalau tidak silap) kepada wartawan, namun, beliau secara tidak langsung telah terlepas maklumat yang boleh dikatakan sensitif. 

Apa kata blogger Shahpaskal mengenai tekanan yang diberikan oleh Nurul Izzah dan Tian Chua mengenai Network Centric Operations (NCO) milik angkatan Tentera Malaysia?

Terjahan NCO oleh Nurul Izzah dan Tian Chua di KEMENTAH 

1. Saya tertarik untuk mengulas mengenai tuduhan ahli-ahli politik yang berjawatan tinggi dalam parti pembangkang yang telah menuduh bahawa sekarang sudah berlaku skandal dalam projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dimajukan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SAPURA) untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

2. Saya dapat tahu cerita ini dari blog Nurul Izzah, saya fikir pihak pembangkang ini tidak habis-habis menggodam cerita-cerita sensitif ATM 

3. Malang sekali apabila banyak cerita tidak benar dan masuk akal yang datang dari pihak pembangkang, jika ada cerita yang benar sekali pun, orang sudah susah untuk percaya kerana banyak perkara yang ditokok tambah. 

4. Dari kaca mata saya, cerita yang dijaja bukan dibuat untuk kepentingan negara.

5. Kalau betul sayang negara, Nurul tidak memalukan rakyat negara ini apabila membuat pengakuan kononnya kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam di Indonesia, cukuplah dengan bising di dalam negeri sahaja (Malangnya, ada juga rakyat Malaysia yang percaya dan terus percaya sampai sekarang). 

6. Oleh kerana pendedahan Nurul itu juga, Indonesia kini menempah dua lagi kapal selam dari Korea Selatan dan memodenkan dua kapal selam tua miliknya menunjukkan bertapa pihak tentera laut Indonesia tidak memandang ringan keupayaan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM)

7. Rakyat Indonesia mungkin ketawa mendengar pendedahan Nurul tetapi Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan agensi perisikan Singapura tidak…dan kerana itu mereka bersusah payah menghantar perisik-perisik mereka memasuki ATM tetapi Alhamdullilah, Allah tidak suka orang munafik, dan mereka semua kena tangkap dan dikesan.

8. Bagi saya ahli-ahli politik seperti Nurul ini sebenarnya mudah dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, sama ada mereka ahli perniagaan atau pun agensi risikan luar yang berselindung di sebalik badan bukan kerajaan (NGO) yang membawa macam-macam suara dan mendakwa mereka mewakili “SUARA” rakyat negara ini.

9. Saya kira, Nurul perlu berhubung dengan ATM untuk mendapatkan maklumat tentang berapa ramai perisik Indonesia, Singapura, CIA, Mossad dan ramai lagi yang telah dikesan berkeliaran dalam negara untuk mendapat gambaran sebenar tentang apa yang sedang terjadi dan apa rancangan negara-negara yang berkepentingan.

10.Ahli perniagaan (mereka yang kalah tender) inilah yang memberi maklumat kepada politikus, pihak-pihak ini mungkin kecewa kerana tender yang mereka lobi dengan nilai berjuta-juta ringgit akhirya terlepas ke tangan orang lain.

11. Saya sebenarnya sudah masak sangat dalam sepak teranjang politik dan dunia bisnes perdagangan senjata ini, bidang ini merupakan satu-satunya cabang orang Melayu boleh buat duit berjuta kerana tender biasanya boleh meninggi sampai beratus-ratus juta atau bilion.

12. Apakah wajar apabila Nurul Izzah mahu kerajaan membuat tender terbuka untuk sistem NCO bagi pihak tentera. 

13.Hal-hal sensitif seperti NCO tidak wajar dibuat secara terbuka kerana ia berkait rapat dengan kerahsiaan ATM. 

14. Atau Nurul Izzah telah diprovoke oleh pihak tertentu untuk mendedahkan maklumat sulit ATM tanpa beliau sedar. 

15. Sepatutnya pembangkang harus berbangga kerana pembangunan NCO dijalankan oleh sebuah syarikat milik bumiputera dan ini bermakna maklumat sensitif mengenai ATM dan sistem komunikasi milik pihak keselamatan tidak akan didedah.

16. Dahulu parti yang sama juga yang membuat bising apabila pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) konon-konon telah menggunakan sistem komunikasi APCO yang kebetulan mempunyai nama yang sama dengan sebuah syarikat yang mempunyai jurutera Israel. 

17.Jadi ramailah ahli-ahli politik pembangkang yang risau jika rahsia negara akan terdedah kepada musuh. 

18.Parti yang sama juga mendesak mengapa PDRM tidak menggunakan kepakaran rakyat tempatan untuk sistem telekomunikasinya, pada halnya APCO itu merupakan nama sejenis sistem radio bukan nama syarikat. 

19.Sekarang apabila ATM mengikut nasihat pembangkang, memberi kepercayaan kepada Sapura, timbul pula soal lain. 

'Perjumpaan sulit' orang kuat PKR dengan wakil kedutaan Singapura

20.Saya fikir, jika projek NCO ini benar-benar akan menghabiskan wang negara dan mungkin berlaku kepincangan, saya nasihatkan Nurul untuk membuat laporan kepadaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hal-hal yang berkaitan keselamatan negara ini wajarlah diselesaikan secara dalaman tanpa perlu membuka pekung kepada pihak luar yang berminat. 

21.Nurul sepatutnya sedar, Malaysia ini banyak negara yang “menaruh hati” dan masing-masing menghantar perisik mereka mendapatkan maklumat ke sini, Singapura, Indonesia, Filiphina malah Israel yang terletak jauh beribu kilometer itu pun sanggup melebarkan sayap risikan Mossadnya ke sini.

22.Dan bukan satu perkara rahsia, apabila DAP yang merupakan serpihan parti PAPSingapura menggunakan wartawan-wartawan dari akhbar Cina untuk mendapatkan maklumat mengenai ATM kerana akhbar biasanya mempunyai akses yang besar. 

23.Saudari Nurul juga jangan lupa, bukan satu rahsia apabila banyak pergerakkan rakyat negara ini yang keluar masuk ke Afghanistan, Palestin, Lubnan dan ke mana-mana sahaja yang berkait dengan perjuangan dunia Islam antarabangsa telah disalurkan oleh rakyat Singapura yang berada dalam negara kepada pihak Mossad.


JENIS-JENIS TENDER MILIK KERAJAAN MALAYSIA YANG HARUS DIKETAHUI UMUM (WAJIB BACA) TENDER PEMBERIAN TERUS

24.Nurul dan para pemimpin tertinggi parti pembangkang harus sedar bukan semua tender milik tentera boleh dibuat secara terbuka. 

25.Secara umum, tender milik ATM dibuat secara:

 i. Rundingan Terus 
ii. Tertutup dan 
iii.Terbuka

26.RUNDINGAN TERUS adalah tender yang melibatkan hal-hal sensitif dan kerahsiaan di mana Kementerian Pertahanan mahu melindungi kepentingannya jadi sesuatu tender diberikan terus kepada syarikat terpilih seperti dalam isu NCO-Sapura ini. 

27.Hal-hal yang berkaitan dengan sistem peperangan elektronik juga tidak akan dibuat secara tender terbuka. 

28.Beberapa peralatan avionik dan sensor dalam SU30MKM juga tidak dibuat secara tender terbuka tetapi diberi langsung kepada Peranchis untuk melindungi rahsia kelebihan SU30MKM. 

29.Walaupun beberapa pihak cuba meneka radar jenis apa yang dipakai oleh Sukhoi, ia hanya sekadar tekaan kerana muncung atau noise SU30 MKM tidak pernah dibuka semasa pameran kepada umum untuk menyembunyikan jenis radar yang digunakan. 

30.Tender pemberian terus juga diberi kepada hal-hal yang berkaitan dengan pesawat maritim strike F-18 Hornet milik TUDM di mana, perkembangan dan pembangunan pesawat TUDM ini berkait rapat dengan polisi kerajaan AS. 

31.Jadi hanya senjata dan sistem elektronik buatan syarikat AS sahaja yang boleh dipasang pada F-18 milik Malaysia dan tender terbuka atau separuh terbuka tidak akan dibuat kerana kerajaan Malaysia hanya boleh memasang peralatan yang dikeluarkan oleh syarikat AS yang diiktiraf kongres sahaja dibenarkan.

32.TENDER TERTUTUP pula ialah satu proses di mana beberapa jemputan dihantar kepada pihak berminat. Dalam kes ini, kita ambil contoh keperluan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) untuk melengkapkan skuadron pesawat MRCA yang baru. 

33.Sebagai contoh, umum mengetahui bahawa TUDM (TUDM) sangat berminat untuk mendapatkan pesawat Typhoon dari United Kingdom (UK)

34.Ini disebabkan Typhoon mempunyai kebolehan yang sangat-sangat diperlukan oleh TUDM (sekali lagi saya kata, ini adalah contoh). 

35.Kerajaan Malaysia bagaimanapun tidak boleh membeli Typhoon secara langsung dari UK kerana rakan-rakan yang lain seperti Peranchis, Russia dan Amerika Syarikat (AS) juga mengeluarkan jet pejuang dan mereka juga menyumbang sedikit sebanyak terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. 

36.Jadi Malaysia kemudian menghantar surat jemputan untuk permohonan tender kepada syarikat-syarikat pengeluar senjata AS, Sweeden, Peranchis, UK dan Russia. 

37.Di sini kita lihat, China walaupun mengeluarkan jet pejuang tetapi tidak pula membariskan permohonan untuk memasarkan jet pejuang J-10 buatan mereka kepada Malaysia kerana negara itu tidak dijemput. 

38.Andai kata Malaysia kemudian membeli Typhoon, negara-negara lain akan mendapat gambaran bahawa ianya adalah satu permainan yang adil dan saksama. 

39.AS yang memasarkan F-18 Superhornet dan F-16 Block 60 kepada Malaysia serta Peranchis (Rafale) tidak boleh berkata apa dan berasa kecil hati kerana tender sudah pun dihantar kepada mereka dan “selection” telah dibuat mengikut tender siapa yang terbaik sedangkan sebenarnya, memang Malaysia hendakkan Typhoon. 

40.Cuma mungkin kerajaan Malaysia boleh memberi alasan bahawa UK telah memberi tawaran yang lebih menarik, Typhoon wajar muncul sebagai pemenang.

41. TENDER TERBUKA Apabila tender terbuka dibuat, maka semua pihak akan cuba bertanding untuk mendapat tender ini. 

42.Kita ambil contoh pembekalan kereta kebal untuk tentera darat yang dibuat oleh tentera darat pada beberapa tahun lepas di mana, Sweeden (CV90), Korea Selatan (K1A1), Afrika Selatan (Rooikat), Uk (Vickers), Russia (T80) dan Ukraine (T90), Pakistan (Khalid) serta Poland (PT91) telah masuk bertanding.

43.Kalau kita lihat di sini, US tidak menghantar permohonan untuk memasuki Abrams dan UK pula tidak memasukkan kereta kebal Challenger mereka walaupun tender dibuat secara terbuka kerana, ATM telah pun membuat spesifikasi terutama soal berat kereta kebal yang diperlukan oleh tentera darat. 

44.Pada masa itu tidak seorang pun tahu siapa yang akan memenangi tender kereta kebal tetapi akhirnya PT91 muncul sebagai pemenang.


NETWORK CENTRIC OPERATIONS (NCO)

45.Saya sudah lama menjejak maklumat mengenai sistem NCO ATM dan kali pertama saya mendapat tahu mengenainya adalah pada tahun lepas melalui XXXX-XXXXXXXXX . 

46.Maklumat mengenai projek NCO ini tidak pernah diberitahu secara jelas kepada umum, tetapi tiba-tiba terlepas pada pembangkang dan nampaknya satu lagi projek yang patut dirahsiakan dari pengetahuan luar akan terpecah lubangnya melalui soalan demi saoalan di parlimen nanti. 

47.Sebelum ini orang hanya berteka-teki sahaja mengenai NCO ATM ini tetapi sekarang projek ini sudah sahih ada dan bukan semua negara di dunia ini mempunyai sistem NCO. 

48.Singapura mendahului negara-negara di Asia Tenggara dengan membangunkan sistem NCOnya sendiri. 

49.Sekarang Malaysia, dan kemampuan NCO ini akan memacu ATM ke dalam dunia peperangan digital, ia tidak dimiliki oleh negara-negara jiran yang lain. 

50.Kita sendiri lihat bahawa negara sekarang sudah mempunyai kemajuan dalam bidang satelit, komunikasi dan perisian dan kecanggihan ini akhirnya akan diaplikasikan untuk angkatan tentera kita. 

51.Habislah kalau semua didedahkan, segala maklumat prasarana yang berkait dengangentian optik, pemetaan, gelombang radio, router, server akan terdedah sedikit sedikit sehingga ia menjadi maklumat yang lengkap kepada pihak berminat walaupun proses mengumpul maklumat mengambil masa beberapa tahun.

NCO BERBEZA DENGAN GIRN

52.Pembangkang telah menuduh bahawa ATM telah menggunakan sistem yang sama iaitu GIRN (Government Integrated Government Radio Network (GIRN).

53.Pada saya GIRN adalah sistem yang berbeza dengan NCO milik ATM dan saya akui ada banyak komplen yang datang dari pengguna GIRN.

54….tetapi untuk menuduh GIRN akan gagal adalah tidak wajar kerana sistem tersebut sedang dibangunkan dan keberkesanannya masih sedang dibaik pulih kerana ia masih diperingkat awal.

55.Sedangkan pada masa sekarang semua agensi kerajaan menggunakan sistem radio masing-masing dan masih kekal dengan unit radio yang belum digantikan dengan sistem yang boleh diintegrasikan untuk GIRN.

56.Sistem GIRN dimaju untuk penggunaan jangka masa panjang, Sapura telah menyediakan satu prasarana untuk memacu sistem komunikasi radio negara.

57.Pada peringkat awal, memang terdapat banyak masalah dan kerana itu PDRM masih kekal menggunakan sistem APCO Project 25 dan ATM masih kekal dengan pelbagai sistem radio miliknya.

58. Pengguna sistem GIRN ialah kastam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), polis, bomba, imigresen, Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

59.XXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXX   XXXXXXX XXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXX

60. XXXXXXXXXXX  XXXXXXXXXXXXXXXX

61.Adalah tidak wajar untuk menyamakan projek NCO dengan rangkaian awam pada aman seperti GIRN.

62.Ada perkara yang kita simpan sahajalah dalam poket kita sendiri.

63.Kemampuan Sapura tidak perlu dipertikaikan kerana syarikat itu menggunakan teknologi terkini dari rakan kongsinya di Peranchis yang kemudian disesuaikan oleh anak-anak bumiputera.

64.Dalam artikel yang lepas, saya sudah beritahu, tidak perlu Malaysia bangunkan pesawat jet sendiri kerana anak-anak muda kita mempunyai kepakaran yang hebat dalam soal-soal perisian dan syarikat komunikasi kita sudah mencapai tahap yang boleh dibanggakan dalam bidang komunikasi.

65.Israel sendiri memberikan perhatian khusus terhadap kepakaran membina alat-alat peperangan elektronik dan menghentikan program pembangunan pesawat pejuang mereka sendiri (LAVI) dan kerana itu dunia mengiktiraf Israel kerana kecanggihan sistem peperangan elektroniknya dan dikategorikan sebagai yang terbaik malah lebih baik dari yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat.


NURUL DISARAN LAPOR PADA SPRM


66.Soalnya mudah, jika Nurul ikhlas dan ada berlaku penyelewengan di dalam Sapura, bagi maklumat kepada SPRM dan pandu suruhanjaya itu membuat siasatan ke atas Sapura.

67.Tidak perlu gunakan data dan maklumat yang kita ada untuk membuat tuduhan dan dibelitkan bagi tujuan kepentingan politik.

Tambahan Maklumat :
-Timeline yang diketengahkan oleh Nurul dalam blog beliau tidak tepat langsung. Mana dia dapat saya pun tak tahu.
-Persediaan LIMA 2012 tidak ada kena mengena dengan penyediaan NCO. Sapura adalah sebuah syarikat yang besar, bukan semua kakitangan dia pergi ke Langkawi.
-Tidak ada jurutera atau engineer yang terlibat dalam projek NCO ini berhenti (satu lagi fitnah dari Nurul)
-Projek NCO buat pertama kalinya dicadangkan oleh Sapura dan ia mengambil masa selama empat tahun untuk yakinkan pihak ATM, ini bermakna tidak timbul soal open tender seperti yang didedahkan oleh Nurul 

68.Jangan lemahkan negara sendiri kerana mana tahu pembangkang akan menang dalam pilihanraya dan sudah tentu jika Nurul menjadi Perdana Menteri, wanita yang bercita-cita tinggi seperti saudari sudah tentu tidak mahu mewarisi sebuah negara yang lemah dan kelak terpaksa menjilat kembali ludah-ludahnya sendiri.

SIKAP NURUL MEMPUNYAI KESAN JANGKA PANJANG

69.Sikap Nurul ini akan melemahkan semangat anak-anak bangsa dan akhirnya generasi muda terutama orang Melayu sendiri akan hilang keyakinan terhadap kemampuan diri mereka sendiri dan keupayaan negara mereka sehingga tidak dapat membezakan di antara ha-hal yang berkaitan dengan negara serta soal politik jika semuanya dipukul rata.

70.Sudah acapkali saya beritahu, jika ada di kalangan kita mengesan berlaku salah laku dalam projek-projek yang melibatkan kerajaan, silalah buat laporan SPRM.

71.Elakkan dari membuat kutukan kat belakang dan kalau projek tidak terpilih, maknanya ada sesuatu yang tidak kena kat situ, mungkin belum sampai rezeki anda.

72.Kadang-kadang saya hairan dengan sikap kawan-kawan saya, sudah menang lebih empat kali tender kerajaan tapi bila sekali tidak dapat, macam-macam kutukan dan fitnah yang mereka tabur kononnya ada kaitan dengan rasuah, kroni dan sebagainya.

73.Dalam sekelip mata, mereka sudah lupa mengenai empat tender yang mereka menang tadi, tidak pulak mereka berkata apa-apa.

74.Moralnya, kita ini walaupun jahat dan nakal, janganlah menidakkan rezeki Allah untuk orang lain sampai kita tabur fitnah ke atas mereka.

75.Kita kena berusaha untuk mencapai kekayaan, kalau gagal, hentikan dari menyalahkan orang lain, bangsa lain 1000 kali gagal mereka tidak pernah putus asa, orang Melayu baru gagal sekali dua, cepat sangat melatah