Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday 31 October 2011

LAWAK PAGI HARI... TQ Mr ANONYMOUS !

Pagi Isnin. sememangnya memerlukan motivasi diri yang amat tinggi untuk bangkit bangun di pagi hari untuk keluar bertugas. Pagi Isnin jugalah kelihatan muka-muka lesu didalam kereta yang terpaksa mengadap traffic jem di kebanyakkan jalan raya di Kuala Lumpur ini. Kelesuan inilah yang kadangkala menyebabkan pekerja tidak produktif dan otak berfungsi 'agak slow'. Sorry bos!
Kesesakan nostalgik yang sering berlaku di tol 50 sen
(sekarang tol dah tiada) Lebuhraya Timur-Barat
Saya bukanlah nak bercerita panjang mengenai hubungan kesesakan lalulintas dan produktiviti pekerja pada hari Isnin tetapi, ingin berkongsi sedikit satu paparan di blog si Pulan yang sedikit sebanyak mencuit hati saya. Terubat lah sedikit kelesuan saya di pagi Isnin ni bila membaca komen Anonymous terhadap 'pemimpin no 1' KERABAT. Alahai..gelinya hati... 

TQ Mr Anonymous for offering smiles for me this morning :-)

Muka sembelit dan kuat pakai toyol?

Thursday 27 October 2011

HOSPITAL ANGKATAN TENTERA BANTU RAKYAT

Hospital Angkatan Tentera (HAT) sememangnya memberi keutamaan rawatan dan perubatan kepada warga ATM dan bekas tentera. Ini tidak bermakna bahawa HAT tidak membantu rakyat seperti didakwa oleh blogger 'klboyzwangsa.blogspot.com' pada 19 Okt 2011 melalui paparan artikel bertajuk “Hospital Tentera Tengku Mizan Tak Boleh Bantu Rakyat Setempat..??" Kesahihan dakwaan oleh 'klboyzwangsa' amat diragui kerana HAT sentiasa dekat di hati rakyat.


HAT di seluruh negara (termasuk HAT Tuanku Mizan) amat prihatin terhadap keperluan rawatan dan perubatan rakyat terutama dalam kes-kes kecemasan. Justeru, sebarang dakwaan bahawa HAT tidak membantu rakyat adalah TIDAK BENAR malah tidak berasas. Tuduhan yang mengatakan bahawa HAT menolak bulat-bulat keperluan rawatan kecemasan seorang penduduk setempat (Wangsa Maju) akibat sesak nafas adalah tuduhan liar yang jauh terpesong dari landasan kebenaran. Tuduhan tersebut cuba discredit kebertanggungjawaban HAT sekali gus cuba menjejaskan kredibiliti ATM.


Isu pemberian rawatan kesihatan kepada rakyat sememangnya menjadi keutamaan KEMENTAH dan ATM. Bahkan ianya adalah sebahagian teras Projek Jiwa Murni yang bermatlamat untuk menjalin kerjasama antara rakyat dan ATM. Justeru, dakwaan artikel berkenaan adalah tidak masuk akal dan jelaslah bahawa penulis cuba meracuni pemikiran rakyat khususnya penduduk sekitar kawasan Parlimen Wangsa Maju terhadap ATM. Blog ini juga menanam persepsi negatif rakyat terhadap ATM.


Rakyat diseru agar tidak mudah dipesongkan oleh para bloggers yang berkepentingan terutama terhadap isu yang cuba menjejaskan imej dan kredibiliti ATM.

Friday 21 October 2011

TLDM DAN JASANYA KEPADA RAKYAT

Doktor pengiring siap sedia untuk berlepas.
"Bawak organ tu...Hati-hati Doc!"

Kalau hendak disenaraikan kejayaan demi kejayaan yang ditempa oleh TLDM dalam kesemua operasi di dalam dan di luar perairan negara memang tidak larat rasanya. Terlalu banyak jasanya. Namun, pada kali ini Askar Setia ingin memberi liputan kepada keprihatinan TLDM dalam memikul tanggungjawab sosial dan salah satu peranan pihak tentera pada masa aman – Military Operation Other Than War (MOOTW) dengan melakukan penerbangan ihsan  membawa organ dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh ke Hospital Kuala Lumpur pada petang 19 Oktober 2011. Pesawat FENNEC dari Skuadron 502, Markas Udara TLDM yang berpangkalan di Lumut telah berjaya membawa dua organ penting iaitu berupa jantung dan paru-paru. Dua organ ini terbangkan bagi dipindahkan kepada seorang penerima yang menunggu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.


Untuk makluman pembaca, penghantaran organ melalui penerbangan hanya boleh bertahan sekitar empat jam sahaja selepas diperolehi dari penderma (jika lebih, organ berkenaan rosak!). TLDM berjaya menghantar organ berkenaan dalam tempoh yang lebih singkat. Penerbangan ihsan melibatkan pemindahan organ ini merupakan yang ketiga dilaksanakan oleh TLDM.

Selamat tiba di hospital Kuala Lumpur
Februari 2010, TLDM berjaya membantu pemindahan organ jantung dengan menerbangkan organ dari penderma di Hospital Pulau Pinang ke IJN.  

Disember 2009, pesawat TLDM berjaya membuat penerbangan pemindahan organ jantung dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dalam membantu Tan Geek Koon yang pada ketika itu berusia 40 tahun memperolehi jantung baru.

Pada 18 Oktober TLDM Lumut telah berjaya membuat penerbangan ihsan bagi memindahkan seorang ibu mengandung dari Pos Gob, Gua Musang, Kelantan ke Hospital Ipoh. Seorang ibu muda yang sarat mengandung, Muna A/P Rahim berusia 20 tahun mengalami kesakitan sebab nak bersalin dan suami diterbangkan dari Pos Gob kira-kira jam 1:40 petang. Untuk pemeriksaan segera di hospital.

Muna A/P Rahim dan suami
Pesawat FENNEC milik TLDM tiba pada jam 1:30 petang di Pos Gob, Gua Musang mengambil pesakit dan selamat mendarat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh pada jam 2:20 petang. (Kurang satu jam beb!) Pesakit kemudiannya digegaskan ke Hospital Ipoh.

FENNEC milik TLDM.. Besar jasanya kepada perkhidmatan
dan masyarakat

Sumber : PA Markas Armada TLDM

Tuesday 18 October 2011

ASKAR WATANIAH BENTENG KEDUA PERTAHANAN NEGARA

Rujuk Utusan Malaysia (17 Okt 2011), Askar Wataniah (AW) adalah angkatan sukarela dalam Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) dan ditubuhkan pada tahun 1958. Namun kewujudannya dalam lipatan sejarah sebagai Unit Sukarela Tentera Darat negeri-negeri Selat di Pulau Pinang sejak 1861 lagi. AW berfungsi sebagai membantu-ganti tugas (relief in place) kepada peranan warga tetap ATM apabila situasi memerlukan terutama dalam peperangan, bencana alam dan darurat. 

Bukan calang-calang AW kita ni
Research yang saya lakukan baru-baru ini, nisbah AW telah menyamai anggota tetap dengan skala 1:1 namun menjelang tahun 2020, skalanya akan berkembang dan berada di tahap 2:1 bagi menepati matlamat atau sasaran ATM. Di peringkat Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pula, sebuah unit pasukan AW yang terbuka kepada kakitangan awam KEMENTAH turut diwujudkan dengan penyertaan setakat ini seramai 351 orang. Walau bagaimanapun, bilangan penyertaan dari kalangan Bukan Bumiputera masih di tahap yang rendah. Justeru, rakyat Malaysia terutama Bukan Bumiputera diseru agar menyertai PSTD. (David Teoh dah pun buktikan..)

Usaha untuk menarik minat bekas tentera untuk menyertai AW turut diberi keutamaan oleh ATM. Melaluinya segala pengalaman dan kepakaran mereka boleh terus dimanfaatkan untuk mengukuhkan kredibiliti ATM. Bagi menyokong usaha murni  ini, pihak JHEV, PBTM dan NGO (bekas tentera) diseru untuk menggalakkan ahli-ahli mereka yang layak untuk menyertai AW/PSTD.  

Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan AW pula dan juga usaha membantu mempromosi imej ATM, sebuah platun media telah ditubuhkan dalam bulan Mac tahun ini. Seramai 24 pengamal media telah menyertainya dan dijangka jumlah ini akan ditingkatkan ke paras 40 pengamal media sebelum akhir tahun ini. Pihak media tempatan dan bloggers turut diseru untuk menyertainya. 

Sebuah platun yang dikhaskan untuk golongan selebriti juga telah diwujudkan sejak bulan Jun 2011 dan disertai oleh seramai 27 selebriti termasuk Dato’ Siti Nurhaliza, Ana Rafali, Aizat, Shaheizy Sam dan Intan Ladyana. Ini merupakan strategi pemangkin ATM untuk menarik minat golongan belia menyertai AW bersama artis kesayangan mereka. Artis-artis lain adalah diseru untuk menyertai AW/PSTD bagi mengikut jejak langkah selebriti yang telah menyertainya. Wahh.. kalaulah dapat 'berjalan laju' disebelah Lisa Surihani. hehe..

Peningkatan penyertaan rakyat adalah memberangsangkan dan seiring dengan matlamat ATM dan kerajaan untuk memupuk semangat patriotisma selaras dengan dasar pertahanan menyeluruh (HANRUH). Apa pun, tahap kesiapsiagaan dan keupayaan AW perlu berada di tahap setanding dengan anggota tetap ATM dan fungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara kekal berkesan dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Monday 17 October 2011

HABIS MADU SEPAH DIBUANG? KOBAT.. ALAHAI KOBAT

C70 ini bukan milik
 Feriddy
Kalau baca tanpa guna akal memang kesian bunyinya terhadap bekas tentera Mohd Firdaus Feriddy Abdullah. Tapi dengan sedikit ilmu yang ada saya rasa banyak pembohongan yang KOBATPR buat. Sebelum saya huraikan dengan lebih lanjut, saya nak bagi HINT sikit kat sini. 

Cuba perhatikan gambar yang KOBATPR sertakan, ok sekarang cuba fokuskan kepada gambar motor tu, ok sekarang cuba tengok saiz tayar motor tu. Motor kapcai ke motor besar tu? Honda C70 ke? Sahih, kompom, alberto..itu motor besar tu..macamana kata hidup penuh kedhaifan kalau mampu beli motor besar? Minyak setangki dah berapa? Tayar sebijik koman-koman RM300, itu nak kata derita lagi. Kalau bagi saya memang derita, bukan sebab anak sakit, tapi sakit nak bayar cukai jalan, sakit nak bayar insuran. 


Keduanya, saya rasa hairan bila KOBAT katakan "HABIS MADU, SEPAH DIBUANG ". Zalim sungguh KOBATPR membuat fitnah sebegitu. Susah nak cari makan, cuba pergi JHEV negeri, banyak peluang kerja yang tersenarai, cuma nak tak nak saja. Masalahnya kebanyakan memilih, nak rezeki tu sampai terus kat tangga rumah, kerja senang, gaji nak banyak.

Macamana tu?? Pasal penyakit anak, jangat nak buat fitnah, bawa kad pesara tu tunjuk kat hospital, tentu-tentu dapat rawatan percuma. Di Kuala Lumpur, Hospital Tunku Mizan ada, di Lumut, Perak hospital 96 HAT ada, KINRARA ada. Cuma perlu bawa anak sahaja, selebihnya rawatan adalah percuma. Sebab itu wujudnya JHEV, PBTM. Masalah kita sekarang ialah serba-serbi nak bersuap, payahlah kalau macam tu.

Ini tidak serba-serbi nak salahkan ATM dan yang pastinya kerajaan akan dikaitkan.  Kalau betul KERABAT nak bantu, Hah!! Bantulah sekarang, kenapa nak tunggu sampai PRU baru nak kotakan janji-janji manis tu. Janganlah raih publisiti secara murahan. Itu masalahnya bila Presiden Persatuan Tak Berdaftar bercakap, tukang sokong pencacai (25 persen! macam cerita 3 Abdul). 

Elok sangatlah, yang sorang berhenti Lt Kol sebab kuat ngap, yang sorang berhenti Kapten juga sebab ngap. Mereka kenyang perut, veteran yang termakan hasutan terlopong....NGA-NGA.

p/s: Saya teringat kisah bekas askar di Lenga, Muar yang menerima bantuan dari rancangan TV3 'Bersamamu'. Dari pandangan mata, memang jelas beliau tinggal di rumah usang yang serba tak lengkap. Tapi, siapa tahu, tanah sawit berekar-ekar dia ada. Dah dia gemar kehidupan macam tu. Apa nak buat. Dah TV3 bagi macam-macam dan dapat 3 ekar tanah free.. Sapu aje la... 




KERABAT BUKAN HERO! SIAPA HERO SEBENAR?

Khabarnya Kelab Veteran Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh  Lt Kol (B) Tengku Nazari TUDM  telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Ex MB Perak) pada 23 Julai yang lalu di Markas PAS Kampung Gelok, Lenggong, Perak.


Kalau ikut latar belakang penubuhan kelab ini kononnya untuk menjejaki dan memberikan khidmat membalas jasa kepada veteran ATM dengan memohon kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri agar dianugerahkan tanah secara kelompok untuk pembinaan pangsapuri atau kondominium yang diusaha bersama untuk diagih-agihkan kepada tentera dan veteran dikalangan anak watan negeri.  Berbagailah agenda yang dibentangkan termasuk 8 tuntutan KERABAT. Bukan main!

8 RESOLUSI 'angan-angan' oleh KERABAT.
Sumber: Pak Mail
Macamana persatuan yang tak berdaftar macam KERABAT ni nak tunaikan janjinya tu? Ibarat kata bawa teksi, lesen tak ada, dah tu nak bawak muatan lebih, menjanjikan keselamatan dan keselesaan kepada penumpang. Tapi siap cakap pulak tu, naik bas lebih selesa sebab ruangnya yang luas, ada aircond, pemandunya berhemah, lesen siap boleh bawak kapal terbang. Tak ke lawak namanya tu. Untuk bekas tentera, letaklah akal di tempatnya, nilailah dengan waras.

Saya bukan nak menuduh tapi pakat-pakat semaklah asal usul Lt Kol (B) Tengku Nazari tu. Difahamkan lepas dia berhenti askar dia ada buat projek, kononnya nak buktikan pada askar walaupun pangkat tak naik, tapi dia boleh berjaya kat luar. Malangnya dia terbawak perangai sewaktu dia dalam askar, ngap sana-ngap sini, akhirnya projek kemana, modal kemana, untung ke mana. Ni dah dapat peluang, terus masuk parti, merasalah jawatan Presiden. Cubalah para veteran perhatikan kenyataan dia ni “memohon kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri agar dianugerahkan tanah secara kelompok untuk pembinaan pangsapuri atau kondominium yang diusaha bersama untuk diagih-agihkan kepada tentera dan veteran dikalangan anak watan negeri”. Bukan kah itu terang lagi bersuluh, bukan ke nak cari projek namanya tu. Masyukkkkk hai Tuan Nazari. hehe

Adakah ia termasuk RESOLUSI 'angan-angan' KERABAT?

Ni sorang lagi, Kapt (B) Rosli, Timbalan Presiden KERABAT. Bagi saya manusia yang pernah nak bersyukur. Mengikut kata kenalan rapat beliau, dia ni asalnya Pegawai Waran saja, lepas tu diserap menjadi pegawai. Itu pun dia tak bersyukur dengan tentera lagi, ni lah yang dikatakan manusia lupa daratan. Bila dah bersara dilantik menjadi Naib Pengerusi PBATM peringkat negeri Perak, tu pun dalam persatuan masih dok main politik, presiden tak betullah, presiden tak buat kerja lah. Akhirnya beliau dilantik menjadi YDP PBATM peringkat negeri Perak. Mengikut kata kenalannya, di situ bermulalah episod sebenar dia, PECAH TEMBELANG!!! rupanya PBATM tu sebagai batu loncatan saja untuk nak kaut projek-projek dengan kerajaan negeri. Bila projek kemana, untung kemana, mulalah buat hal, JHEV tak betul PBTM tak betul, kerajaan tak betul. Bila nampak lubang baru tu yang masuk giar terus hulur muka kat parti pembangkang tu.

Cukup-cukuplah tu, kepada para veteran ATM, kalian dah matang, dah cukup masak dengan propaganda puak songsang ni. Janganlah dilayan sangat, JANGANLAH DENGAR GURUH DILANGIT, AIR DITEMPAYAN DICURAHKAN. Menyesal nanti. 

Ni baru HERO sebenar. SIVAJI the BOSS! HERO Bollywood.





Thursday 6 October 2011

GEMPAR!!! KREDIBILITI BLOG MANJUNGMARI DIRAGUI


Pemilik blog “manjungmari” dalam paparan artikel pada 4 Okt 2011 bertajuk “Kenapa Panglima Tentera Laut tidak tersenarai…..” cuba menjejaskan imej Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar PGAT PSM PJN SSAP SPTS SPDK DCSM SMW PSAT DPMS PAT JSM KAT KMN AMN BCM PJM PPS PPA FIMarEST MA Adv Dip Mgt Sc ncc psc kerana secara membuta tuli tanpa rasa bersalah memaparkan fakta yang salah. Bukan sekali dua, tetapi sudah banyak kali. Justeru kredibiliti blog dan bloggernya amatlah diragui. Klik kepada pautan dibawah untuk baca pembohongan tersebut:




Untuk makluman pembaca, PTL sebenarnya telah pun dianugerahkan PGAT pada 21 Okt 2008 dan sebab itulah beliau tidak disenaraikan dalam senarai penerima pingat Darjah Kepahlawanan ATM baru-baru ini. Jelaslah bahawa fakta dalam blog “manjongmari” tidak boleh diguna pakai. Nampaknya pengikut dan pembaca blog “manjungmari” ini sudah ditipu dan diperdaya. Nasihat kepada pemilik blog “manjungmari”, janganlah cuba memperkecilkan ketokohan, kewibawaan dan kredibiliti PTL yang telah dan sedang memimpin TLDM dengan penuh kecemerlangan. Kerajaan Malaysia dan KEMENTAH memberi kepercayaan penuh terhadap beliau berdasarkan nilai dan kualiti profesional yang dimilikinya.

Jangan cuba menjejaskan kredibiliti PTL dengan fakta yang salah. Jauhilah daripada perasaan hasad dengki dan iri hati. Kembalilah ke jalan yang benar agar hidup pemilik blog “manjongmari”  diberkati Allah SWT. Amin...

Oh ya..sebelum terlupa. Sesuai rasanya jika Manjung Mari dan pembaca sekalian layari sendiri laman web rasmi TLDM untuk mengetahui latar belakang dan ketokohan PTL. Sila klik DISINI.