Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday 11 June 2012

SURAT TERBUKA BUAT DATO’ ABDUL HADI BIN ABDUL KHATAB - Dari Log TUDM People



Salam Saudara Askar Setia. Merujuk kepada entri Saudara mengenai pendedahan latar belakang Dato' Abdul Hadi Al Khatab, saya merasa terpanggil untuk menyatakan sedikit mengenai beliau kerana saya pernah berkhidmat dengannya dahulu. Penjelasan Saudara amat tepat dan memang benar seperti apa yang dikata bahawasanya saya amat terperanjat kerana pengkhianat seperti beliau telah menyertai PKR. apakah nasib pertahanan megara kita?

Saya bukanlah tidak mahu menghormati pangkat tauliah Brigadier Jeneral yang dimiliki oleh Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab, tetapi, jelas berdasarkan Perenggan 4 dan 5 PMAT Bilangan 1 Tahun 1975, Dato' telah dibatalkan tauliah daripada Perhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9, Akta Angkatan Tentera 1972 – yang membatalkan tauliah tetap seseorang pegawai tentera serta merta.

Menyokong dan menyertai mana-mana parti politik merupakan hak seseorang individu lebih lebih lagi kepada mana-mana pesara tentera. Namun, sebaik sahaja Dato’ menyertai PKR pada November 2011, saya sudah mengagak bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Persoalannya mudah. Siapa yang memperalatkan siapa? Adakah Dato’ mahu melakukan ‘come back’ dan menggunakan platform parti politik PKR untuk membalas dendam terhadap perkhidmatan yang telah menyediakan pelbagai kemudahan dan faedah dahulu atau PKR sendiri yang senyap-senyap memperalat Dato’ sebagai ‘Kepala Tentera Semut’ yang akan mencuri sedikit demi sedikit perihal dan isu dalam Angkatan Tentera Malaysia untuk modal politik murahan mereka?

Saya ada menonton ceramah-ceramah Dato’ di internet. Saling tidak tumpah seperti ceramah-ceramah politik murahan yang disulami dengan cemuhan dan maki hamun dan menggambarkan pemikiran dunia ketiga yang dibudayakan oleh parti pembangkang. Dato’ bukanlah seorang murahan dan pendek akal kerana semasa berkhidmat dengan TUDM dahulu, pelbagai peluang kursus termasuk di luar negara seperti di Amerika Syarikat telah Dato’ perolehi.  Bukan itu sahaja, Dato’ telah ditauliahkan ke pangkat Brigadier Jeneral (2001) dan pernah menjadi Panglima Logistik Udara (dari tahun 2003 hingga 2007). Ia merupakan satu jawatan ‘impian’ untuk mana-mana pegawai TUDM kerana jawatan tersebut merupakan lubuk emas kepada segala macam kontrak dan tender TUDM. Janganlah Dato’ lupa bahawa Dato’ merupakan seorang pegawai tentera yang dahulunya berada dalam fast-lane kerana ditauliahkan ke pangkat Kolonel TUDM dalam umur 40an sahaja.

Dato’, cerita mengenai ‘makan lebih’ semasa menjawat jawatan sebagai Panglima Logistik Udara bukanlah cerita baru. Saya dan Pegawai-Pegawai TUDM yang pernah berkhidmat dibawah pemerintahan Dato’ tahu cerita dan latar belakang Dato’. Tetapi tidak mengapa kerana what happened there, stay there. Dato’ telah disabitkan kesalahan kerana kehilangan 2 buah enjin jet F-5E dari Matra 1 dan benar, pesalah yang terlibat, telah dikenakan tindakan. Tetapi, bukankah Dato’ sebagai Panglima Logistik Udara juga perlu dipertanggungjawabkan kerana kehilangan enjin-enjin berkenaan? Tidak cukupkah segala kekayaaan yang Dato’ perolehi semasa menjadi Panglima Logistik Udara dan kini, Dato’ berlakon seolah-olah menjadi mangsa ‘kekejaman’ pihak kerajaan  walhal Dato’ mahu melepaskan tanggungjawab dan cuci tangan diatas kecuaian Dato’ sendiri? Adakah Dato’ tidak sedar implikasi yang bakal Dato’ hadapi? Ketahuilah kerana lebih ramai yang akan membuka pekung dan kesalahan yang Dato’ lakukan dahulu kesan daripada tindakan ‘kurang cerdik’ yang Dato’ lakukan.

Ironinya, agak mencuit hati apabila saya melihat Dato’ bersikap sama seperti ahli politik yang lain kerana pandai meletakkan kesalahan diatas orang lain. Siri ceramah Dato’, kenyataan media yang Dato’ lakukan telah menjelaskan bahawa Dato’ bukanlah seorang insane yang tahu bersyukur dengan nikmat dan kemudahan yang Dato’ perolehi selama ini. Lebih mencuit hati apabila PKR telah menanam kepercayaan kepada Dato’ untuk mengepalai Majlis Rundingan Keselamatan walhal sikap cuai dan alpa yang Dato’ pamerkan telah menyebabkan dua enjin F-5E milik TUDM hilang. Persoalan yang sama ingin saya ajukan. Adakah PKR memperalat Dato’ untuk kepentingan parti atau Dato’ menggunakan PKR untuk mengaut lebih banyak keuntungan dimasa hadapan?

Lebih mencuit hati apabila Dato’ berlagak seperti hero kerana mahu berbicara tentang isu kapal selam scorpene walhal Dato’ bukanlah individu yang layak untuk membicarakan isu berkenaan. Kenyataan media yang Dato’ lakukan bersama-sama YB Azmin Ali tidak mempunyai apa-apa maklumat yang bermanfaat dan ia kosong sama seperti ceramah-ceramah politik yang Dato’ lakukan. Bagaimana ‘orang udara’ mahu bercerita mengenai ‘aset orang laut’?  Dato’ jangan lupa, masih terdapat ratusan pegawai dan anggota yang tahu kisah, latar belakang dan berapa banyak juta RM yang Dato’ perolehi semasa menjawat jawatan Panglima Logistik Udara.

Sebelum terlupa, Dato’ janganlah lupa sumber rezeki yang Dato’ telah berikan kepada Datin Zabedah, Fariz Hirzi dan Fadhli Hirzi. Rezeki yang telah menjadi darah daging hasil dari kerusi Ringgit Malaysia yang Dato’ duduki semasa menjadi Panglima Logistik Udara dahulu. Kini, janganlah kerana mahu mengejar kekayaan dengan cara mudah, Dato’ telah berpaling tadah dan menjadi ‘pengkhianat negara’ dengan menjaja lebih banyak pembohongan melampau dalam ceramah-ceramah Dato’. Dato’ tidak ubah seperti haiwan Chameleon yang berubah-berubah warna kulit, sama seperti geralan political chameleon untuk Anwar Ibrahim. Mudah-mudahan kita sama-sama memperoleh manfaat di Hari Pengadilan dan dipermudahkan untuk meniti titian Siratul Mustaqim.

Daripada: Log TUDM People




p/s: Terima kasih Tuan diatas Surat Terbuka yang diberikan. Askar Setia akan terus menyokong segala usaha untuk menghapuskan pengkhianat negara. ATM bukanlah satu entiti untuk diperjudikan dan amaran untuk pengkhianat-pengkhianat ATM diluar sana... 


My eyes is on You!  



- Askar Setia- Honoring All Who Served!

32 comments:

  1. Terbaeekkkk ! manusia2 yg macam ini hidup nya sentiasa dlm TIDAK tenteram.

    ReplyDelete
  2. Jawab Dato'... Jawab

    ReplyDelete
  3. Pangkat Bregadier Jeneral tapi cacat pemikiran. Cara askar setia berhujah macam short of saying yang datuk ini makan rasuah. Aku sokong supaya didedahkan segala2nya tentang jeneral sengkek ni. Peluru senapang dia berani tahan meh cuba peluru bloggers.

    ReplyDelete
  4. sudah sampai masa nya untuk si tua ini 'declare' segala asetnya dan sumber segala kekayaannya!

    berani tak?

    ReplyDelete
  5. Mohon bertaut di blog tuan http://mulut-hebiaq.blogspot.com/2012/06/gempar-krew-scorpene-tldm-bercerai.html

    ReplyDelete
  6. blog cantik nama'askarsetia' tapi yang tak cantiknya pemilik takut nak kenalkan muka...bagi saya u blogger haprak askar setia.

    ReplyDelete
  7. anon 11.19...apa kurangnya anda?

    ReplyDelete
  8. Mulut Hebiaq : Entri Shahpaskal itu memang menarik. tetapi gambar-gambar yang disiarkan dikuatiri melanggar OPSEC

    Anon 11:19 ; Anda seperti meludah kelangit jatuh ke muka sendiri..

    Dato' Abdul Hadi Al Khatab semasa menjadi Panglima Logistik TUDM mendapat keuntungan dari SETIAP PEMBELIAN oleh TUDM.. Jangan terkejut jika pembelian skru2 pun kena makap harga dek Panglima Tamak tu..

    ReplyDelete
  9. semua tentera ni kerja dengan Umno ke dengan kerajaan Malaysia, kalau dah pencen kutuk kerajaan malaysia memang salah tapi kalau nak kutuk UMNO durjana tu apa pulak salah nya, mati kerana jerit AllAh hu Akbar ada le peluang masuk surga, kalau mati tengah jerit Hidup UMNO Hidup melayu entah ke mana le tempat mu nanti. Berjuang lah semua kamu sekalian kerana Allah, cegah le kemungkaran UMNo tu , Bapa yang baik akan sanggup berlapar demia anak, pemimpin UMNO yang Kaya raya membiarkan rakyat miskin, lu fikir le sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. King jubur kau tu satu benda dia buat tak mau gaku, dulu kita undi pkr sebab marahkan paklah yg bebal kj menghantu yg berkuasa , kini sori la omong kosong pkr kami tak makan da,,,,bicara tangguh2' isu umi tak jwp, isu dato nallah tak jawap, wzam tak jawab, yb zulkifli nordin tak jp, duit 30 billion x jwp, titik samsidah x jwp, dna anak azmin x jawap, sumpah laknat tak mau, sudah lahhh , org yg sama sama tubuhkan parti keadilan nasional pun ramai yg cabut, kau umur baru nk idup tau apa pasal mantan tpm tu...mantan sg buloh tu

      Delete
    2. Anon 12.10 sila jwb persoalan Anon 12.44

      Setakat nak komen serkap jarang, budak2 muda skrg pun boleh fikir mana betul mana fitnah.

      Inilah dasar PKR, gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak.

      Delete
    3. rakyat miskin tu rakayat pemalas pendatang asing buleh kumpul kekayaan di malaya kerana kemakmuran negara...dalam dunia moden lu malas lu merempat rezeki tak datang mengolek dalam mulut woi

      Delete
  10. Terima kasih kerana mendedahkan `pekong' Abdul Hadi. Saya yang pernah bertugas dengannya sebagai staf telah lama mendendam rasa bahawa satu hari nanti beliau akan menghentam kerajaan. Kebanyakkan kontrak dengan awam dia sapu seorang-seorang. Dia pernah kata kat saya, pandai makan pandai simpan.

    Tak hairan kalau dia masuk PKR, parti yang nak jahanamkan Melayu asalkan temboloknya buncit dan dapat kuasa. Mungkin dia dah `kering' sebab tu dia masuk PKR agar dapat jadi calon. Saya cukup mengikuti perkembangan dia kerana rapat dengan keluarganya. Khabarnya nak bertanding kat Tanjung Malim. Habislah orang Tanjung Malim kalau dia menang kat sana. Habislah tanah rezab dia songlap utk nak dapatkan fulus?

    ReplyDelete
  11. Eloklah penyamun masuk parti penyamun.

    ReplyDelete
  12. Semua yang penyangak ni sapu, hasil komisyenTUDM beli kapalterbang jet sukoi makan tak habis. Nak buat belanja PRU13.

    ReplyDelete
  13. Anon 11, 10:04
    Nak jawab ke? cerita merapu je. PAKATAN bolih jadi pemerintah ke?
    Tak usah takut la lebih baik pergi interview Azizan Ariffin, PTU dan Panglima Operasi untuk dapat cerita sebenar. Deme tu semuan hidup lagi. Soalan pertama kalau jumpa azizan ariffin tanya dia anak menantu nya apamacam business da ok ke?
    Yang ngaku pernah kerja ngan saya ni tak payah la buat cerita saya lebih tahu dari kamu... pergi bertaubat lagi baik dari memfitnah dan cuba mengaibkan orang. dan kalau pernah bersama saya sebut je la nama kan mudah nak cari kebenaran. Apa nak takut kalau tak buat salah. kita pun bukan ada kuasa macam Azizan ariffin dulu tapi dia hidup tenteram ke? Kita kena ingat janji ALLAH pasti akan berlaku. Tak ada apa yang nak di dendamkan kerana apa pun akan mendapat balasan dari ALLAH. itu sahaja lah sebab isu nya pun boring la brother.Salam untuk keluarga saudara.

    ReplyDelete
  14. hello log TUDM People

    janganlah buat tuduhan sesuka hati yang tidak berasas. kehilangan enjin f5 berlaku selepas dato abd hadi diberhentikan. enjin itu sampai di matra 1 pada tahun 2007 dan dicuri oleh suatu sindiket terancang yang diketuai dan dianggotai oleh anggota LLP. it happened under the nose of the great general of MLU whom was appoined after dato hadi discharged from service. janganlah main tembak sahaja macam tahu semua yang berlaku di MLU.

    elkabong

    ReplyDelete
  15. Salam semua, bnyk cite yg saya dan yg saya tahu. Semua nya ada lah rezeki dan nasib dan lumrah manusia bila dpt jawatan diorang alpa, kalu diikutkan bukan hanya hadi saja ramai yg terlibat danvramai juga yg patut menjawab dgn rakyat dan sprm. Tapi biasalah semuanya sweep under the carpet. Bukan seorang ramai yg patut kena dan hadi hanyalah kambing hitam yg nk disembilkan yelah dulu dia pun teruk dan brpae ramai yg dicantasnya sbb naik cpt kalu dia stay silap2 bole jd pangop skrg. Sepatutnya kena siasat masa tu sapa ptunya, dan mcm mana citenya sbb hadi juga ada kesilapan dan kebetulan ketika itu mmg nk naikkan sesorang di mlu kerana ptu masa tu nk jd pat. Ala bnyk citenya cuba pegi kgat atau krtu, ramai akan bercerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni pun adik kepada pat tu trus dinaikkan pang brig gen dan jd balik co subang, apa ni, kerana ptu skrg berjanji ke dgn pat tudm tu agar bila dia bersara danvjdkan ptu skrg lompat tptu dan pangop dulu kena bg ganjaran pada adiknya. Bnyk isu sebenarnya tapi semua pemimpin atasan buat tutup muka je

      Delete
  16. Sungguh pelik Parti Konkek Rakyat ni. Pengasas utama, baik Melayu, Cina & India, banyak yang dah berpaling tadah & kini menjadi kepala pengkritik bekas Parti sendiri. Yang berada kini & baru masuk pun semuanya telah di tolak oleh parti lain & telah terbukti pengkhianat negara.
    Memang sah, PKR ni hanya mementing wang dengan memegang kuasa.
    RD

    ReplyDelete
  17. Jangan taksub dengan cerita keburukan orang, maka kalau sesaorang itu tidak sependapat dengan kita dia tak mengenang budi, Dato Hadi memang smart dan berdidikasi bila menjalankan tugas. Tugas beliau tak habis di pejabat sahaja. Sebagai anak buah Dato Hadi semasa Di TUDM, saya amat menyanjung tinggi sikapnya. Kalau kita butul dia ' Back up kita ' tapi kalau salah kita menerima akibatnya.

    Sepengalaman saya, Dato Hadi tak akan membuat keputusan sendiri dalam banyak hal, pasti dia akan berbincang dgn staff ataupun pehaknyg sewajarnya. Untuk melaksanakan perintah tak sah dia takkan buat. Tak apa lah Dato Hadi dengan PKR, dimana dia di beri peluang bercakap....kesian dia diarahkan berhenti kerana mau menutup kecurangan yang telah dilakukan oleh Panglima2 yang dulu serta macam2 skandal lain. Engine F5E cuma 2 sahaja yang hilang tapi pernah tak ada usaha mengesan di mana kesemua engine Nuri T58 berada......malah pesawat nuri yang hilang pun ade.....kalau tak percaya cuba audit do No 10 skuadron.....berapa nuri yang hilang......kalau Panglima Logistik kena berhenti, kenapa PTU yg lost command jadi PAT..........maaf hidup kita pendek aje, walaupun kita tidak terlibat dgn rasuah dan salah guna kuasa, tapi kita dapat tempiasnya......memanglah sebagai penulis blog ni mendapat arahan pehak atasan, gaya bahasa yg anda pakai macam bahasa di Berita Udara dan Berita Tentera Darat.....

    ReplyDelete
  18. Baru sata sekarang di MLU tu lubok buat duit......patutle pegawai kat situ semua pakai kereta mewah, buat rumah banglo, main golf hari2 dgn kontrektor dll, Tapi Kenape Dato Hadi sahaja yang kena, munkin dia tak nak kongsi dengan Chief kot, sampai bile jadi PT berenti bawak lari furniture masuk bunglo......tapi kena tangkap..hehe. So Cheap skit.....

    Kalau tau dia nak furniture saya kasi saya yang ada kat store tu,.....kesian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello suami saya Kerja kat MLU tp tak Pulak kereta mewah. Belanja rumah cukup2 aje. Pandai la buat cerita. Mcm2 la pembohong betul awak ni. Saya rasa saya nak tahu siapa awak Dan suruh suami sekolahkan awak balik. Hidup kami cukup2 Makan aje

      Delete
  19. ASKAR KENA SETIA SESUAI DENGAN SUMPAH YANG TELAH DI LAFAZKAN.

    BUKAN ARAHAN YANG TAKNTENTU HALA.

    TAAT SETIA KEPADA KDYMM AGONG BUKAN JADI BALACI POLITIK

    LECUALI DAPAT IMBUHAN DARI ORANG POLITIK - SAMA MACAM PELACUR

    ReplyDelete
  20. Jangan berlagak setia......

    ReplyDelete
  21. semua askar TD yg servis n bersara sentiasa menyokong askar setia! teruskan pendedahan, londeh sampai nampak teloq terutama Pak Pak Jeneral yg tidak tahu diuntung

    ReplyDelete
  22. semua nak kesenangan n menutup kesalahan diri..menunding jari pada orang yg tak bersalah..kalau la Dato' tu jadi panglima tentera rasanya abis dh Malaysia ni dijadikan pengkalan tentera Yahudi..entah berapa banyak rahsia ketenteraan dh dia jual pn xtau la..insaf la dato..petualang perlu dihapuskan.."BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATI" GAGAH DAN SETIA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BIAR PUTIH TULANG, JANGAN BERPUTIH MATA....

      Delete
  23. Janganlah aibkan sesaorang itu dilaman blog awak ini. Kerana takut, gunakan nama samaran.

    ReplyDelete
  24. apa la kamu semua ni bengong,,,enjin berkarat pun nak bising...sibuk la pasal enjin yang baru beli tapi tak boleh menyelam lagi bagus...kalau masuk askar nak setia pada tempatnya...setiala pada panglima yang bertanggung jawab...patut yang kena pecat dulu panglima udara......kemudian kalau nak tahu punca sebenar buat open court...ni alih-alih kena pecat...sebab-sebab apa tak boleh buat perbicaraan terbuka..sebab banyak sangat yang diatas beliau akan sangkut....jadi perkara ni sebenarnya merupakan satu perancangan bagi menjatuhkan seseorang yang sebenarnya abd. hadi seorang yang tegas dan lurus dalam menjalankan tugas dan kebanyakan keputusan beliau bagi membuat sesuatu adalah atas arahan pegawai atasan disebabkan banyak perkara yang tidak beliau kerana melangar etika dan kod manusia waras...maka itu beliau menjadi mangsa korban....setahu saya tiada satu kontrak pun yang diberi melainkan kepada kroni pegawai atasan beliau dan menteri menteri belaka....tuan-puan selidik lah sekiranya ada saudara mara atau sahabat-sahabat beliau yang berpeluang mendapatkan kontrak dari beliau....jauh nak jumpa pun payah kerana beliau tidak di didik menjalankan perkara sebegitu....saya kenal beliau dari kecil hingga kini ...saya sahabat beliau sejati

    ReplyDelete
  25. Anon 11 Jun 2012, 12.10, nak mati jerit Takbir Pas atau Lawan Tetap Lawan PKR pun tak tentu ke syurga kan.

    ReplyDelete
  26. Anon 13 Jun 2012, 13:04. Macam kenal je, makan cili pasti terasa pedas, makan nangka kena getahnya, tiada angin pasti pokok tidak bergoyang. Mungkin ini balasan dunia, wallahuaalam. Bagaimana hendak membersihkan diri anak anak kita jika kita beri makan wang haram walau sesen pun? Saya pun mengingatkan kepada diri saya juga. Pulangkan balik wang kerajaan yang juga wang rakyat. Shame on you whoever had misappropriated public fund during their service in the ATM.

    ReplyDelete