Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday 27 June 2012

THINK THE NAVY... THINK 'RENTAS SAMUDERA' - GAYA BEB!



TERBAIKK lahh Navy!! Dalam senyap-senyap, TLDM dan bantuan pengarah filem/drama terkenal tanah air iaitu Aziz M. Osman telah menamatkan keseluruhan penggambaran telemovie TLDM yang diberi nama 'Rentas Samudera'. Jom kita cek progress report telemovie berkenaan.


Penggambaran Telemovie ‘Rentas Samudera’  dilihat mampu bersaing dengan penerbitan sedia ada hasil tindakan berani penerbit, Mejar (B) Mahadhir Mahideen menggunakan peralatan teknikal yang setanding dengan penerbitan filem seperti kamera, kesan bunyi, tata cahaya lampu dan Computer Generated Imagery (CGI) selain dibarisi pelakon-pelakon handalan. Ini merupakan platform bagi menarik penonton untuk menyaksikan telemovie penuh aksi ini.

Penggunaan KD PAHANG dan beberapa kapal milik TLDM mampu menjadikan telemovie ini antara yang terbaik pernah dihasilkan di Malaysia.


Sepanjang penggambaran yang bermula 10 Jun lalu, berbagai gelagat artis dan tenaga kerja dapat dilihat yang ada kalanya mencuit hati.  Ada di antara mereka yang tidak pernah melakukan tugas penggambaran di atas kapal kelihatan tidak bermaya termasuklah pengarah, Aziz M Osman.  Mengalami sendiri bagaimana situasi bertugas di atas kapal, Aziz sempat menyatakan bahawa pegawai dan anggota TLDM perlu diberi penghormatan tinggi kerana mereka sentiasa bersedia melaksanakan tugas tidak mengira masa dan lokasi demi mempertahankan kedaulatan perairan negara.


Di bawah arahan beliau, pelakon-pelakon utama seperti Fahrin Ahmad, Nur Fathia, Qazeem Nor, Mazlan Pet Pet, Julia Ziegler, Iz Hirzi dan Shatilla Melvin telah berjaya melakonkan watak pegawai dan anggota TLDM dan telah mendapat pujian daripada Panglima Tentera Laut semasa lawatan beliau ke set penggambaran baru-baru ini.

Fahrin Ahmad yang memegang watak sebagai Komander Saiful, segak sepanjang di lokasi.  Beliau yang merasai pengalaman sebagai Pegawai Memerintah kapal menganggap tanggungjawab yang dipikul tidak boleh dilaksanakan sambil lewa kerana ia melibatkan keselamatan kapal dan anak kapal yang bertugas.  Secara peribadi, beliau mengakui bahawa sebagai seorang nakhoda, beliau perlu berada di dalam keadaan sedia melaksanakan tugas, berilmu dan sentiasa berfikiran positif serta bijak menangani dan menjaga moral anak-anak kapal sebilang masa. 

Sementara itu, pelakon yang semakin melonjak naik popularitinya akhir-akhir ini iaitu Nur Fathia juga melahirkan rasa gembira kerana pertama kali memegang watak pasukan beruniform sejak berkecimpung dalam bidang lakonan. Beliau juga dilabelkan sebagai pelakon yang mampu membawa watak pemimpin yang berkebolehan menjaga anak buah semasa berdepan dengan berbagai masalah ketika operasi di tengah lautan. 

Watak Lucu yang dibawakan oleh Lan Pet Pet sebagai Chief of Galley (COG) sentiasa menghiburkan.  Walaupun memegang watak agak gila-gila, namun beliau merupakan COG yang sangat tegas ketika bertugas dan sentiasa memastikan makanan yang dimasak sentiasa bersih dan berzat untuk dimakan.

Secara keseluruhannya, telemovie ini menjanjikan sesuatu yang menarik untuk ditonton.  Pelbagai rencah kehidupan dan peranan sebagai pegawai dan anggota TLDM dikupas secara teliti oleh produksi ini untuk memberi impak mendalam dan secara tidak langsung dapat menaikkan reputasi TLDM di mata umum.


p/s: Askar Setia yakin bahawa penayangan telemovie ini dapat memberi implikasi positif kepada TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia secara keseluruhannya. Cuma, penayangannya di TV nanti diharapkan dapat dibuat dengan IKHLAS dan tidak habis sekerat jalan seperti kebanyakkan drama/telemovie ketenteraan yang pernah ditayangkan. Apa sudah jadi dengan drama/telemovie seperti Beret Hijau? Insurgensi? Menerjah Awan? Platun Harimau? Prebet Jamilah?

Penayangan telemovie ini juga perlu dibuat pada waktu dan saluran televisyen yang sesuai. Janganlah ditayangkan pada jam 3 petang hari bekerja (contoh sahaja). Saya pun tak sempat nak tengok! Kita ambil contoh drama-drama kepolisan (Yusof Haslam) yang rata-rata telah melonjakkan imej PDRM di mata masyarakat kerana drama-drama kepolisan tersebut ditayangkan pada prime-time dan di saluran televisyen yang popular! 

Thumbs Up dan SYABAS juga kepada Pegawai dan anak kapal KD Pahang yang semestinya telah bersusah payah untuk menjayakan telemovie berkenaan!




5 comments:

  1. Ships is my home...Sea is my playground.Is it true or just for pulus...?Think wisely!

    ReplyDelete
  2. Ya. Bila nak ditayangkan telemovie ni. nampak macam menarik!

    ReplyDelete
  3. Bila telemovie ini hendak di ulang tayang lagi, menarik cerita ni.

    ReplyDelete