Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday 18 June 2012

PENGLIBATAN EJEN ASING DALAM POLITIK MALAYSIA - IMPLIKASI TERHADAP KESELAMATAN NEGARA


My name is Bond..Jay Bond..

Penghantaran ejen untuk menjalankan pengutipan maklumat mengenai demografi politik sesebuah negara telah dipraktikkan sejak berpecahnya agama dan negara dalam Treaty of Westphalia pada tahun 1648 (seperti dipersetujui oleh pengamal International Relations) dan mungkin ia bermula sejak zaman manusia mula berpolitik.. Kini, maklumat demografi politik mudah diperolehi dari internet tidak termasuk maklumat yang disalurkan oleh 'walking agent' yang berpeleseran untuk mencari maklumat. Selain itu, jika anda sedar, ejen-ejen ini menggunakan pelbagai cara lain untuk mendapatkan maklumat pertahanan termasuk menjadi wartawan, blogger, pengamal akademik, pemain industri termasuk dari kalangan ahli politik yang berterusan memberi tekanan kepada ATM dan kerajaan untuk mendapatkan maklumat rahsia ketenteraan negara.


Penang..done. 
Kisah kaitan parti DAP (Malaysia) dan PAP (Singapura) dan perancangan mereka untuk menjahanamkan politik Melayu dari Malaysia sudah terlalu banyak diperkatakan di internet. Daripada strategi penempatan bangsa-bangsa Cina di kawasan lokaliti yang boleh menjanjikan kekuasaan bangsa mereka disana hinggalah 'penangkapan' beberapa individu penting daripada kedutaan Singapura di Malaysia yang telah turut serta menyertai Perhimpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini.  Sila baca artikel dari AIDC dibawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Selepas kami melaporkan penglibatan tiga orang pegawai diplomat kedutaan asing dalam perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu, ramai di kalangan blogger mendesak agar nama dan negara diplomat tersebut didedahkan.

“Isunya Siapakah dia? Diplomat dari negara mana? Apakah kita berdiam diri sahaja apabila negara asing campurtangan secara langsung urusan negara kita? “Kita minta AIDCNews mendedahkan nama-nama tersebut?. Kita mendesak AIDC supaya lebih bertanggungjawab dan DEDAHKAN nama-nama Diplomat Asing itu dan dari Negara Mana?,” cabar Mymassayang turut disambut oleh bicarapenangjentayuabaka, dan talkwithhand.

1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.

2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).

3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor

Mereka bertiga adalah pegawai-pegawai diplomat yang bertugas di Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia beralamat di Level 15, West Wing, The Icon, No 1, Jalan 1/68F Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Malaysia. Pada 11 Jun lalu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman berkata, walaupun pembabitan mereka itu untuk mengumpul maklumat atau sebaliknya, namun tindakan mereka menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April bukan langkah yang bijak.

Menurut Anifah, beliau bimbang langkah tersebut akan membawa persepsi negatif dan harus sedar sensitiviti mengekalkan hubungan baik antara dua negara. Tindakan tiga pegawai diplomat menyertai perhimpunan 28 April dari Petaling Street ke Dataran Merdeka itu dianggap sebagai menyalahi etika ‘The Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 Article 41 (1)‘ yang melarang para diplomat campur tangan dalam urusan politik sesebuah negara.

Sementara itu, Mymassa dalam posting terbaru blog itu hari ini mendedahkan satu program dinamakan PACA Training sebagai persediaan Singapura untuk campur tangan dalam politik Malaysia. Blog itu turut menyiarkan foto-foto berkenaan program PACA yang diadakan di 223A/B River Valley Road, Singapora itu.

Manakala blog the unspinnersmynewshub dan just read pula mendedahkan beberapa orang pegawai diplomat Singapura telah melawat dan mengadakan perbincangan tertutup dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. “Apakah motif mereka, kerana ini berlawanan dengan etika pegawai diplomat,” soal blog-blog itu

Sumber: AIDC dan My Massa

p/s: masihkah anda ingat pendedahan gambar curi di bawah ini? Gambar Saifuddin Nasution sedang berbincang dengan pegawai kedutaan Singapura semasa Pilihanraya Kecil Bukit Selambau




13 comments:

  1. Apa kebabi singapork masuk hal-ehwal pentadbiran Malaysia?
    * Aku dah cancel percutian aku sekeluarga kt universal studio lepas raya ni.

    ReplyDelete
  2. Ye ke ni.... BSPP buat apa kalau Singapore boleh buat sesuka hati mereka? kan ada "personal non grata" siapa kata tak boleh ambil tindakan. Jangan meracau benda benda yang kita dengar sahaja. Malaysia pun bukan nya cikai sangat, kita pun closely monitoring jugak beb. Jangan rasa semua berita betul tetapi ada banyak berita penuh muslihat dan deception atau digunakan oleh pihak lain tanpa sedar (unconsious agent)

    ReplyDelete
  3. bukan satu rahsia dikalangan bekas tentera atau tentera yg masih aktif , bahawa memang sejak dulu singapura tak pernah diam dalam usaha memecahkan dan melemahkan malaysia , dendam singapura pada malaysia belum luput dan pudar !

    singapura berselindung disebalik nama satu syarikat mengorek sungai pahang , sebenarnya mereka dalam diam mengukur dimana kordinat yang mereka boleh masuk dari laut ..terus timbul ditengah semenanjung , boleh melakukan serangan dari tengah !

    setiapkali malaysia mengadakan latihan ketenteraan , maka secara tiba2 melambak pelancong singapura masuk malaysia dan memenuhi daerah diman latihan diadakan !

    aku yakin , ketika demo haram Bersih tempohari , beratus agen singapura dalam pelbagai wajah turut serta , sejak sehari sebelum demo mereka dah masuk , malah seminggu sebelum itu pun mereka dah masuk sebilangan , hanya orang melayu yang alpa tak sedar rahsia disebalik semua itu !

    andaikata berlaku huru hara , aku tak akan benarkan walau seorang warga singapura terlepas dari tambak johor !!! biar luka dari hadapan jangan luka dari belakang !!!

    ReplyDelete
  4. Pihak2 yg berkenaan tolong semak pembangunan2 rumah dan kondo mewah khususnya yg dibangunkan di Selangor, Ipoh dan Penang, yg membina asset melebihi RM500K keatas, atas tanah2 freehold, sengaja dilakukan untuk dibeli oleh rakyat Singapork!!!???

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan Iskandar di Johor lah yang mereka sedang beli

      Delete
  5. malaysia ni lembab, sebab itu ramai dedahkan maklumat kepada pihak asing sebab pihak sini masih tidur, Naik pangkat ramai dari SB,Risik so meka buat apa....agen asing kita ingat bersepah dalam Bersih 1, 2 dan 3...Elok lah ISA di hapuskan , Sebab ikut cakap pembangkan atas dasar hak asasi manusia, Akhirnya apabila rakyat rasa tak selamat BN akan bungkus, ada kalanya elok King Jubur jadi PM..kita akan rasa tentu dia akan bertindak tegas,keras bukan saperti skg..lemah, sabar, ikut telunjuk..

    ReplyDelete
  6. Hang ckp blehla Anonymous 18 June 21:31. tp hang x pk bukn senang perangkap puak2 ejen singapore ni terutama bila mereka mdpt sokongan dr ahli politik pmbangkang. zaman skrg ni kalau kerajaan bertindak lebih skit adalah yg hilang sokongan n kena tarbi balik dgn puak2 pmbangkang ni. yg paling pedih yg dok tarbi tu lak org MELAYU kita sndiri.

    ReplyDelete
  7. TQ pada yang memberikan pandangan dan pendapat.
    tujuan artikel ini disiarkan ialah untuk menambah sedikit input dan pengetahuan yang mana mungkin kita tidak sedari bahawa ia memang berlaku. Saya yakin bahawa kesemua agensi perisikan negara ini telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya utk memantau dan mencegah perkara berkenaan dari berlaku.

    Kisah mengenai NGO ditaja, aktiviti individu politik ditaja dari sumber luar telah menjadi open secret dan diketahui ramai. Tetapi, kadangkala tindakan sesetengah pihak yang mahu menjadi HERO masyarakat menyebabkan mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah menjadi unconscious agent...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tuan,kenyataan ni amat saya setuju... mereka datang sini utk mengintip kita...tp yang mereka tak berapa sedar sebenarnya,bnyak spy kita duk mengintip mereka... Itu yang mereka duk takutkan selama ni hehe...

      Delete
  8. ORANG MELAYU sendiri yang xsedar mereka jadi pak korek maklumat...hahaha..mereka peduli apa..janji ma$$$$$ukkkkkk

    ReplyDelete
  9. seperti semua org maklum..Sland antara pembiaya bg pihak pembangkang..bekrja dgn pembangkang adalah salah satu cara utk menguasai M'sia dan kisah spy2 SID ni bukan citer baru,dan sy juga amat percaya pasukan perisikan negara telah membuat kerja yg baik sbb ramai yg telah kenali pasti dan ditahan sbg pemberi maklumat kepda negara asing dan sy suka cara kita yg tidak suka war2 perkara seprti ini supaya lebih low profile..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah tu..... hebat hebat.. atau perasaan sendiri sahaja

      Delete
  10. blog yang bagus, go ahead sedarkan bangsa kita dari mengelamun, realiti adalah nyata..pasal agen2 forgnr+++ ni tak payah risau, kami di kkdn bekerja,x tidur,x mgular..percaya pada kami...ha.ha...jangan takutkan diri sendiri- Salam 1Malaysia!

    ReplyDelete