Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday 14 June 2012

KEPADA PREBET ALI TINJU – “DEMONSTRASI JALANAN BUKAN BUDAYA KITA!”.


1085628 Prebet Mohd Ali bin Baharom a.k.a Ali Tinju

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) iaitu Ali Tinju atau nama sebenarnya 1085628 Prebet Mohd Ali bin Baharom @ Mahat (bersara) yang popular kerana mengadakan ‘senaman punggung’ di hadapan rumah Ambiga kini sedang menempa nama dalam kalangan komuniti bekas tentera. Beliau yang telah melantik dirinya sendiri sebagai Presiden PVTM sebelum ini ‘popular sekejap’ kerana sering mengeluarkan kenyataan panas dan memburukkan kepimpinan KEMENTAH dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) walhal PBTM telah ditubuhkan sejak tahun 1922 lagi dan merupakan pertubuhan bekas tentera yang paling tua di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, Prebet Ali Tinju ini turut membuat serangan peribadi kepada Presiden PBTM dan pegawai kanan tentera atas alasan yang tidak diketahui dan saya berpendapat, ia dilakukan hanya untuk meraih populariti murahan dari kalangan bekas tentera.

'Senaman Punggung' yang dilakukan dihadapan rumah Ambiga'

Selepas namanya melonjak naik di internet kerana ‘senaman otot punggung’ yang dianjurkan lebih-lebih lagi setelah ditemuramah oleh Malaysiakini, Prebet Ali Tinju dilihat semakin kerap mengeluarkan kenyataan pedas mengkritik kepimpinan PBTM dan kini, menggesa agar bekas tentera untuk berdemonstrasi di hadapan KEMENTAH kononnya untuk menuntut pembelaan keatas kebajikan bekas tentera yang tidak dizahirkan dalam Akta Veteran 2011. Di Facebook, bukan main lagi Prebet Ali Tinju memaksa pembaca untuk membayangkan bahawa beliau seperti HERO bekas tentera walhal, adakah pembaca tahu bahawa ia ada udang disebalik batu? Selepas menjadi popular di internet, kini bekas tentera dimomokkan dengan bayangan HERO Ali Tinju yang seakan pernah mahu mencadangkan dirinya untuk menjadi Senator di Dewan Negara untuk hal ehwal veteran tentera? Kalaulah ada jawatan tersebut wahai Prebet Ali Tinju...

Antara kenyataan-kenyataan pedas Prebet Ali Tinju di FB

Prebet Ali Tinju telah ‘masuk askar’ – Rejimen Askar Melayu Diraja pada 20 Oktober 1990 dan telah menamatkan perkhidmatan pada 29 September 1998 (7 tahun 340 hari). Setahu saya, anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan kurang dari tempoh 10 tahun khidmat adalah mereka-mereka yang mempunyai masalah disiplin dan kes-kes berat yang mengakibatkan mereka diberhentikan dari perkhidmatan. Prebet Ali Tinju mempuyai kes disiplin sewaktu berkhidmat dahulu. Jangan lupa ya kes pergaduhan (sewaktu sedang mabuk Guiness Stout) dengan Lans Koperal Nazri bin Ibrahim sewaktu berkidmat di Sabah? Seingat saya, cerita pergaduhan tersebut telah berlaku dari Bandar Sandakan telah berlarutan sehingga berantai dan berparang di dalam kem. Panas baran juga ya Prebet Ali Tinju kita ni. Saya turut difahamkan bahawa selain telah muflis, Prebet Ali Tinju juga handal ‘bertinju’ kerana pernah beristeri tiga! Namun, kesemuanya telah berakhir dengan penceraian dan hidup terabai. Kini saya dengar-dengar cerita, Prebet Ali Tinju sudah ‘pasang lain’?


Persoalannya, bagaimanakah bekas tentera mahu mendukung kepimpinan dari seorang individu yang tidak mampu mempimpin keluarganya sendiri?


Amat menghairankan apabila Prebet Ali Tinju cuba mendesak ATM dan Kementerian Pertahanan walhal beliau hanya berkhidmat hanya untuk tempoh 7 tahun 340 hari. Sudah jelas tidak layak! 

Di Facebook, Prebet Ali Tinju seringkali menggelarkan dirinya sebagai JENERAL ALI atau JENERAL ALI TINJU. Bukankah itu satu tindakan yang amat keji kerana menggelarkan diri anda sebagai seorang Panglima? Sebagi seorang bekas tentera, anda mungkin tahu betapa signifikannya pangkat seorang Panglima dan untuk meraih populariti, anda sanggup menggunakan pangkat tersebut sesuka hati? Jika dahulu anda pernah mengaku bahawa anda telah membohongi ramai pihak dengan gelaran Dato’, kini janganlah sewenang-wenangnya mahu menggunakan gelaran Panglima

Permohonan maaf kerana selama ini berbohong menggunakan
gelaran Dato'  - Sumber Utusan Malaysia 

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk membuka pekung Prebet Ali Tinju namun, berharap agar Prebet Ali Tinju sedar dengan tindakannya yang hanya akan memberi ruang kepada pihak-pihak berkepentingan untuk terus memperalat bekas tentera untuk tujuan politik mereka. Hasrat murni Prebet Ali Tinju untuk memastikan kebajikan bekas tentera terus terbela harus dipuji namun, ia harus dilakukan mengikut prosedur dan cara yang betul. Apa yang pasti, KEMENTAH sentiasa merencana perlaksanaan terbaik untuk memastikan kebajikan bekas tentera sentiasa terbela. Jika benar Prebet Ali Tinju merupakan pendukung aspirasi kerajaan, maka nasihat saya hentikanlah pelawaan demonstrasi di hadapan KEMENTAH yang saudara ingin anjurkan. Populariti murahan ini akan memakan diri saudara satu hari kelak.

Anda mungkin tidak sedar bahawa tindakan anda akan hanya dijadikan sebagai tindakan auto-pilot pihak pembangkang kerana dengan sendirinya cita-cita mereka untuk memecah-belahkan bekas tentera akan tercapai. Adakah anda sanggup menjadi ROBOT DEMONSTRASI PEMBANGKANG?

Ingat, budaya demonstrasi jalanan bukan budaya orang yang bertamadun. Ia bukan budaya rakyat Malaysia!

Sedarlah Prebet Ali Tinju kerana ia masih belum terlambat.


14 comments:

  1. Salam Tuan Blog... Nasib baik prebet Ali Tinju tak bertembung dgn saya . kalau tidak, pasti akan saya tinju muka dia . Sungguh memalukan! Meraih populariti menggunakan nama ATM ,TAK BERMARUAH LANGSUNG!

    ReplyDelete
  2. hahahaha... ada jugak cerita gaduh ali ni..aku sama2 dengan dia masa di 21 RAMD dulu..kaki botol, kaki kongkek pompuan filipina kat sabah tu... tak tahu pulak skrg ni popular betol.. skot ooo skot...sudah-sudahlahh... bertaubatlahhh....

    ReplyDelete
  3. dasar x sedar diri betul la ali tinju ni...kalo ader masalah 2 xyah la nak berdemo..ko leh jumpa direct kat menhan.buat appointment.ni ko buat appointment dgn malaysiakini.nak buat per....ko ni mmg talam dua muka la..per yg ko nak sebanarnya ni..x usah la nak meraih populariti murahan. kalo la aku boleh suggest kat gov supaya bekas2 tentera yang berhenti tentera disebabkan oleh masalah didiplin ni x layak digelar bekas tentera..bcoz korg ni la org2 yang membuat onar dan memburukkan nama baik ATM..

    ReplyDelete
  4. Agaknya yg jadi ahli PVTM ni semua prebet kut,,, Tak der ker individu yg berpangkat besar dlm PVTM ni boleh mengganti tempat Presiden Prebet ni..Utk ahli-ahli PVTM,,,carilah presiden yg tinggi moral nyer,ada ciri2 kepimpian yg baik dan berakhlak... Ali Prebet ni kotor manusianya.. Keikhlasan nyer memimpin ada ajenda tersembunyi..Udah,,udah le Ali.. Kesian anak2 kau tu,,, Jangan asyik beraiskrim jerr..

    ReplyDelete
  5. Artikel best untuk dibaca...

    http://merapusakan.blogspot.com/2012/06/ali-tinju-mencabar-menhan-bersumpah.html

    ReplyDelete
  6. Prebet Ali berkhidmat selama 7 tahun tapi masih prebet? Mesti prestasi tak memuaskan. Selepas 7 tahun bekerja tak naik pangkat Lans Koperal pun? Mesti kaki gaduh,kaki lawan ni!!!

    ReplyDelete
  7. servis tak sampai 13 tahun memang berhenti dalam masaalah tu bro..agak-agaknya dah merasa batu gontomen tu...masuk sel keluar sel..tu pun ada hati nak jadi pemimpin..exs tldm

    ReplyDelete
  8. Memang betul, dia nie duduk kat bukit puchong, memang semua org panggil dia dato` termasuk aku, lepas tu dia kata dia nie saudara TPM, habis semua cina dia tipu, last2 bini dia pun dia tinju, org kawasan perumahan dia tolong bini dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul dan syalah ex wifenya tu......

      Delete
  9. sungguh memalukan..malu sungguh..hahahaha:D ni ke sikat "orang lama" memalukan kami yg baru2 service nih..ni orang kalau berkhidmat lg,kompom kucar kacir unit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan "org lama" la...tapi org tak betul

      Delete
  10. sendiri mau ingat kalau nak jadi askar berpencen mesti tahan dari segi mentel n fizikal,jgn khidmat seoaruh jalan n berhenti pas tu komplen macam2,gila meroyam nak tuntut macam-macam peerah mabuk

    ReplyDelete
  11. si ali ni mental lemah. konon2nya nak jadi pejuang. piiiirraaahhhhhhh......... dia ni tak layak dipanggil veteran atm.

    ReplyDelete
  12. Kalau setakat berkhidmat 7 tahun, jangan cakap besar sebagai pejuang entah-entah kerjanya menuang di Stor KM... macam ni nak buat pemimpin ...
    Boleh pulak beli gelaran Datuk.. korang yang ikut dia ingat dia boleh bela nasib korang silap2 duit kerajaan bagi dia makan sorang..
    Business pun menipu patut bangkrap..

    ReplyDelete