Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday 15 June 2012

LEADERSHIP 101 FOR DUMMIES - BACA INI DULU PREBET ALI TINJU



Prebet Ali Tinju kecoh mahu membayangkan bahawasanya beliaulah pemimpin paling kredibel untuk menerajui bekas tentera dalam menuntut pembelaan yang kononnya diabaikan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan. Dengan menayangkan pelbagai gambar dengan individu top profile, ditemuramah oleh RTM dan Malaysiakini dan menyuap pembaca dengan kenyataan-kenyataan seperti HERO tentera, masyarakat dipaksa untuk mempercayai bahawa beliau merupakan insan paling layak memimpin angkatan bekas tentera Malaysia. Walaubagaimanapun, sebagai sesama saudara Islam, saya ingin berkongsi 5 kualiti dan  tips kepada Prebet Ali Tinju bagaimana saudara boleh menjadi pemimpin yang disegani.


ADIL
Surah Al-Kahfi ayat 28
…“Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkahlakunya pula adalah melampaui kebenaran”....


Tetapi…. Rakan-rakan lama mengetahui latar belakang saudara yang merupakan seorang kaki perempuan dan gemar berfoya-foya. Saudara sendiri telah berlaku tidak adil kepada wanita-wanita yang pernah menjadi isteri saudara. Bagaimana perasaan mereka apabila mereka mengetahui bahawa saudara telah berlaku curang dengan wanita lain termasuk wanita Cina dan isteri orang? Cukuplah apa yang berlaku di Kem Pasifik (belakang RISDA KL), skandal dengan pranita di MINDEF dan amoi di NEWS KTV Ampang Park KL? Sudah cukup membuktikan segala-galanya keburukan saudara. Kerana kerakusan dek hawa nafsu, isteri saudara pula DITALAK TIGA?


BENAR
Surah An-Nisa’ ayat 5
…“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna aqalnya akan harta kamu yang Allah telah menjadikannya untuk kamu sebagai asas pembangunan kehidupan kamu”


Tetapi... Saudara telah melakukan pelbagai penyelewengan dan penipuan-penipuan sebelum ini dengan menyamar sebagai Dato’. Jiran-jiran saudara di Bandar Bukit Puchong turut  dibohongi kononnya saudara merupakan saudara kepada Timbalan Perdana Menteri, saudara seorang Dato’ dan kini, saudara berbohong dengan mengaku bukan ahli UMNO sedangkan puluhan bendera UMNO terpacak dirumah saudara. Mungkin saudar tidak sedar bahawa tindakan saudara hanya akan memecahbelahkan lagi bekas tentera. Bertepuk tanganlah golongan kiasu Chauvanis melihat usaha mereka selama ini dilaksana secara automatik oleh saudara.



SABAR

Sabda Rasulullah SAW  yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari).


Tetapi... Apakah kesalahan isteri saudara sehingga sanggup menceraikannya dengan TALAK TIGA? beliau dijamu dengan maki hamun. Beliau telah lama bersabar dengan kecurangan yang saudara lakukan dan dengan mudah beliau ditalak? Sehingga beliau terpaksa meminta pertolongan dari jiran-jiran? Mungkin saudara juga lupa hubungan seks saudara dengan ramai perempuan lain. Caci maki hamun di Facebook terhadap mana-mana individu juga merupakan bukti bahawa saudara tidak mempunyai kesabaran sebagai seorang pemimpin. Oh ya..sebelum terlupa, kes di Kem Sri Kinabatangan dahulu sehingga berparang jelas membuktikan saudara seorang panas baran dan mudah bertindak melulu.


AMANAH
Surah An-Nisa ayat 58
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”

Tetapi... saudara telah gagal melaksana amanah sebagai seorang suami dan seorang Islam. Siapa tidak kenal Ali Tinju? Dulu di Sandakan (semasa di kem Sri Kinabatangan), saudaralah HERO tonggang air kencing syaitan dan barangkali saudara sudah lupa perempuan-perempuan Filipina langganan saudara dahulu? Duit amanah PVTM saudara joli dengan amoi-amoi cina di pusat karaoke dan kini apabila sudah muflis, saudara canang sana sini mengenai perjuangan untuk bekas tentera walhal saudara mahu dana bantuan yang akan menguntungkan poket saudara?


TAULADAN
Surah Az-Zumar ayat 9
“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui”

Tetapi... apa yang saudara pamerkan di Facebook, saudara jelas mempromosikan budaya orang gua kerana mengajak bekas tentera melakukan demonstrasi jalanan yang telah terbukti hanya akan membawa kerosakan dan menyusahkan aktiviti harian orang lain. Saudara juga tidak mempamerkan kepimpinan terpuji melalui tauladan kerana perilaku dan salahlaku saudara selama seperti seks, penyelewengan, penipuan, salah laku, pelanggaran hukum syariat Islam telah menggambarkan bahawa saudara tidak layak menjadi pemimpim kepada bekas tentera.

Ada ratusan lagi kualiti dan tips untuk melayakkan saudara menjadi pemimpin namun hanya 5 yang saya mampu bentangkan dan tidak ada satu kualiti pun yang saudara mampu tonjolkan. Saudara hanya mahu mencari jalan short-cut untuk dikenali demi meraih populariti dan kekayaan namun ketahuilah bahawa saudara telah menjerat leher saudara sendiri. Banyak pihak yang merasa aneh dengan tindakan saudara menjaja populariti yang hanya akan membawa lebih banyak pendedahan mengenai siapakah saudara yang sebenarnya. Saudara hanya mencemar imej bekas tentera!

BERUNDURLAH PREBET ALI TINJU... BAIKI DIRI DAN INSAFI SEGALA DOSA-DOSA YANG KAMU LAKUKAN... 









12 comments:

  1. Good artikel....boleh pinjam

    ReplyDelete
  2. Saudara,

    Perkara-perkara yang saudara sebutkan ini sungguh serious.

    Kalaupun benar dan saudara mempunyai bukti dan saksi yang mencukupi, kenapa luahkan di sini?

    Sebelum saya melawat blog saudara, saya tidak tahu pun siapa itu Ali Tinju. Tapi setelah mengikuti link dari blog lain, saya telah tahu.

    Apa yang ingin saya katakan di sini ialah, walaupun niat anda baik, tetapi tanpa penyenaraian bukti dan saksi, cara anda memberi contoh sedikit2 terlalu hampir dengan cara orang memfitnah orang lain.

    Saya minta maaf banyak2 kalau saya menyinggung perasaan tuan. Bukan itu niat saya. Cuma, kalau orang buat pada saya macam ni, cakap belakang tetapi tak mahu bersemuka dengan saya, saya pun panas hati.

    Minta maaf sekali lagi. Saya mengaku yang saya ni pun bukannya orang baik sangat. Dosa saya Allah sajalah tahu camne saya nak clear. Cuma saya mahu mengingatkan diri saya dan saudara supaya berhati-hati dalam menyebarkan berita tentang orang lain.

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara apa yg dikatakan di artikel di atas adalah benar . sy adalah mangsa dan salah sorang isteri dia yg menjadi mangsanya.....

      Delete
    2. saudara SOG. saudara mmg tak kenal si ali tinju dan klu setakat baca blog2 yg lain saudara masih belom tahu siapa si ali tinju tu. apa yg saudara baca dlim blog ni adalah luahan dari mangsa2 si ali tinju tu. dia merupakan si pelakon yg handal yg pandai bermuka-muka. jadi tak payah lah saudara SOG nak deffend si ali ni...

      Delete
  3. Dia nak buat Demo suruh kerajaan bagi RM3,000.00 pada bekas tentera yang tak berpencen.

    ReplyDelete
  4. Mak datok..kalo servis mcm dia yang xsampai 10 tahun tu nak pencen gak ke? Jgn mimpi la oi prebet capuk.

    ReplyDelete
  5. Hmmm..a good comment by Mr Servant Of God. Somehow saudara seharusnya ketahui dgn lebih detai siapa mamat ni dan apa motif asalnya. Saya walaupun baru mengenali blog Askar Setia ni, namun saya dah baca hampir keseluruhan artikelnya dan termasuk beberapa artikel di dalam blog lain. Hasilnya saya dapati Prebet Ali ni bukanlah seorang yang hebat malah bagi saya hanyalah seekor kucing kurap yang dijadikan boneka kumpulan tertentu. Beliau kononnya akan memperjuangkan nasib bekas tentera, now the questions come :1. Which organisation does he represent? PVTM, sapa yang tubuhkannya? Dah sah-sah dia sendiri yang tubuhkan dan yang peliknya dia melantik dirinya sendiri sebagai Presdien. Ada berdaftar tak pertubuhan tersebut. 2. Adakah JHEV dan PBTM tu tak buat apa-apa kepada veteran ATM. 3. Adakah beliau layak menggunakan status dirinya sebagai veteran ATM sedangkan beliau dibuang dengan keji dari perkhidmatan. 4. Adakah beliau layak menjadi ketua walhal beliau tidak mampu berlaku adil dalam mentadbir rumah tangganya. Minum arak, berzina dan kikis duit isteri sedangkan dia sendiri tak bekerja. 5. Duit yang diperolehi dari sumbangan pihak-pihak tertentu kemana perginya? How god is he interm of education which is important in exercising the strategi and to carry the organisation.

    For me Pebet Ali is not more than a joker and useless.

    ReplyDelete
  6. TQ on comment dari Servant of God.

    Terima kasih atas komen yang diberikan. Namun, saya tidak memfitnah sesiapa kerana ada masanya keaiban perlu didedahkan. Saya menganggap ia sebagai satu perjuangan menentang kemungkaran yang berlaku.

    Saya sayangkan ATM dan tidak mahu bekas tentera berpecah belah dek seorang penipu, fasiq dan opportunist.

    Prebet ALi Tinju..read this word..."all eyes are on you"..

    ReplyDelete
  7. dah lah tak pencen ....prebet pulak...lagi kan tak kije...tu yang lahap sangat....

    ReplyDelete
  8. Aloo Sheh..ni Nana nak habaq mai. Lagi banyak yang Nana baca pasai Gurkha ni, lagi berdesing telinga Nana. Oh ya, nama saya Halim satu skot dengan Ali Baharom ni tapi orang dari dulu dok panggil saya Halim Nana. Nih nak habaq mai cek oii..Gurkha ni memang dari dulu rapla, kerja dok tuang saja. Bila complen dia nomboq satu, kalau sembang satu donya boleh terkalih. Tapi Gurkha ni silap banyak, kerja dia mabok, betina lepaih tu berkelahi. Kalau handai tak pa, ni hak selalunya dia yang tertunggin. Kami skot dia ni ramai yang kena kelepiaq dengan dia walaupun 50 ringgit, 100 ringgit, tapi hangpa kena tau zaman dulu nilai tu tinggi. Kalau bab pelajaran hangpa kena pahamlah kai dulu Srp saja, tapi alhamdulillah Nana merasalah juga jadi SSjn dalam Ashkar Melayu. Nana bukan nak bukak pekong Ali Baharom ni, tapi Nana rasa apa yang dia buat tu tak patut, Nana kenai sangat dengan bini dia hak nomboq satu tu. Hangpa bayangkanlah, bini sampai tertunggin kerja cari duit nak bagi anak makan, tapi Gurkha ni penyegan nak kerja, maka kerja kikih duit bini sajalah yang dia tau. Nih bini dia habaq, minum air mana boleh kosong, mau ada milo mau ada susu, rokong paling cokia mau bensen. Tu takpalah bini dia boleh terima, tapi yang dajai nya Gurkha ni malam dok pi dangdut, kena arak dua tiga kole, lepaih tu cari betina baru. Tu yang Nana kata dia ni gila.

    Nih hangpa toksahlah dok dengaq kata Gurkha ni, dia ni memang leceh. Nih Ali, kalau lah hang baca blog ni, nih aku nak habaq kat hang, bawak bertobat..kalau hang rasa hang nak marah kat aku, hang marahlah..tapi aku rasa hang ingat lagi kot macamana lekok kat dahi hang tu boleh wujud. Hang dok pedajai orang banyak sangat dah Ali oi, sat lagi depa pakat cari hang, hapa pon hang tak dapat.

    ReplyDelete
  9. Yang heran tu si Luncai ni(Ali Tinju) ada lak pengikut2 yang bahlol cm dia gak..yg udah tua tua2 sanggup ikut telunjuk dia buat demo TARIAN BONTOT yg sangat2 memalukn keseluruhan warga veteran ATM..Sampai ada orang memanggil veteran bontot kpd veteran..Sebelum ni pn saya mmg tertanya tanya,sapa kah mamat ni..ada kah bks peg atau SM atau PTT knan..rupa2 sekoq kaldai yd di berhentikn dri perkhidmatan..Harapan saya agar ramai ex servicemen akn dpt mklumat tntang mamat sekoq ni dri blog ni..jng smpai ramai lgi yg tertipu..

    ReplyDelete
  10. tarian bontot tu tak ada kena mengena dgn veteran atm... dia aje yg perasan veteran... konon2 nya dia lah pembela..pirrrraaaaahhhh mabok.... service pon pon tak matang lagi perasan nak jadi pemimpin.....

    ReplyDelete