Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday 13 June 2012

FAKTA MENARIK MENGENAI KAPAL SELAM SCORPENE MALAYSIA


Sejak tahun 80an, TLDM telah berminat untuk memiliki kapal selam tersendiri bagi meningkatkan keupayaannya. Bermula dari detik itu, TLDM telah melatih pegawai serta anggotanya bagi mengikuti kursus dan latihan berkaitan kapal selam di Australia dan Pakistan. TLDM telah bersabar menanti selama 20 tahun untuk memiliki aset strategik terpenting dalam pengoperasian armadanya. Pada tahun 1998, Kerajaan Malaysia telah meluluskan untuk membeli kapal selam Scorpene. Pembayaran kapal selam ini dilakukan dengan kaedah timbal beli. Perancis akan membeli minyak kelapa sawit dan barang komoditi Malaysia lainnya dengan anggaran USD580 juta. Selain mengeluarkan dana sebesar USD 171 juta, Malaysia juga telah membangunkan pelbagai infrastruktur bagi mendukung pengoperasian kapal selam di Teluk Sepanggar dan peralihan teknologi kapal selam dari DCNS kepada TLDM. Dari pengamatan pemerhati pertahanan, perolehan aset ini adalah untuk mengimbangi kekuatan armada negara-negara jiran dan konflik yang kian meruncing di perairan negara terutamanya Kepulauan Spratly.

Scorpene merupakan sebuah kapal selam yang unik di mana teknologi yang digunakan adalah menyamai teknologi yang digunakan pada kapal selam nuklear jenis Le Triomphant milik Perancis. Jika diperhatikan, Armada Perancis telah menggunakan kapal selam kelas Agosta dan Daphne, dimana kedua-duanya merupakan kapal selam konvensional bertenaga diesel manakala Scorpene menggunakan aplikasi teknologi terkini dalam semua jenis kelas kapal selam kelas diesel. Justeru, Syarikat DCNS telah mengintegrasikan teknologi kapal selam bertenaga nuklear kepada kapal selam bertenaga diesel sekaligus melahirkan Scorpene agar ianya lebih efektif dan lebih murah pengoperasiannya.

Sehingga kini 4 buah negara telah membuat perolehan daripada kapal selam Scorpene. Negara tersebut ialah Chile, Malaysia, India dan Brazil. Chile membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 1998/99 dan harga belian mereka ialah USD250 juta seunit. Malaysia membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 2003/04 dan harga belian sekitar USD 580 juta. India membeli enam buah kapal selam yang sama pada sekitar tahun 2006, dan harga belian mereka ialah USD 540 juta. Brazil pula membayar sebanyak USD 220 juta dollar seunit untuk tempahan sebanyak 4 buah kapal selam pada tahun 2010. Jika diperhatikan, harga pembelian Scorpene oleh India dan Brazil dilihat lebih murah. Ini kerana segala proses pembinaan kapal selam mereka dilaksanakan di limbungan negara masing-masing.

Jika dibandingkan kapal selam Scorpene dengan negara serantau contohnya Vietnam di mana mereka membeli 6 buah kapal selam jenis diesel elektrik dengan harga USD2 Bilion dari Rusia. Kos pembelian Scorpene dilihat lebih mahal tetapi perlu diingat dimana Vietnam telah berpengalaman dalam mengendalikan kapal selam sebelum ini. Mereka telah memiliki aset strategik ini pada tahun 1997 di mana mereka membeli Mini Submarine ‘Salmon Class’ dari Korea Utara. Dari situ, asas dalam pengendalian kapal selam, tempat latihan, kemudahan dan perkhidmatan sokongan telah disediakan dimana mereka hanya perlu membuat penyesuaian untuk kapal selam yang baru. Ukuran standard kapal selam dari China/Rusia kepada standard kapal selam dari Eropah juga berbeza yang menyebabkan harganya menjadi lebih mahal. Apa yang utama ialah kelebihan yang ada pada Scorpene,  ianya lebih senyap dan tidak mudah dikesan berbanding kapal selam buatan China/Rusia.


MALAYSIA
CHILE
INDIA
BRAZIL
Builders
DCN, Cherbourg and Navantia Cartagena
DCN, Cherbourg and Izar, Cartagena
Mazagon Dock Ltd Mumbai
Itaguai Construcoes Navais, Sepetooba
Strength
2
2
6
4
Displacement (tonnes)
1586 surfaced, 1755 dived
1602 surfaced, 1738 dived
1732, dived
1709 Surfaced, 1870 dived
Laid Down
Dec 2003
Nov 2000
2010
2011
Launched
2007
2004
2013
2015
Commisioned
Jan 2009
Jul 2006
-
-
Dimension (metres)
67.5 x 6.2 x 5.4
66.4 x 6.0 x 5.8
66.4 x 6.0 x 5.8
71.62 x 6.2 x 5.8
Main Machinery
Diesel electric, 2 SEMT-Pielstick
Diesel Electric, 4 MTU 16V
Diesel Electric, 4 MTU 16V
Diesel Electric, 4 MTU 16V
Speed (knot)
20.5 dived, 12 surfaced
20 Dived, 11 Surfaced
20 Dived, 11 Surfaced
20 Dived, 11 Surfaced
Complement
32
31
31
31
Countermeasure
ESM, Thales DR 3000, intercept
ESM, Thales AR 900
ESM
ESM
Weapon control
UDS International SUBTICS
UDS International SUBTICS
UDS International SUBTICS
UDS International SUBTICS
Radars
Navigation I-Band
Navigation I-Band
Navigation I-Band
Navigation I-Band
Sonar
Hull Mounted, passive/active sonar
Hull Mounted, passive/active sonar
Hull Mounted, passive/active sonar
Thales S-Cube Sonar
Missiles
SSM, Aerospatiale SM 39 Exocet
SSM, SM 39 Block 2
SSM, MBDA Exocet SM 39
SSM, MBDA Exocet SM-39
Torpedoes
18 WASS Black Shark Torpedos
18 WASS Black Shark Torpedos
6-21 inches (533mm) tubes
18 WASS Black Shark Torpedos
Price
USD 221 Million per unit
USD 250 Million per unit
USD 135 Million per unit
USD 220 Million per unit

Sumber : Jane’s Fighting Ships

Kapal selam pertama iaitu KD Tunku Abdul Rahman telah selamat tiba pada bulan September 2009 dan terus menjalani beberapa ujian laut tropika. Sebenarnya, sebelum dan selepas menerima kapal selam itu, TLDM secara intensif telah pun menguji aset perang negara ini mengikuti piawaian dan standard antarabangsa termasuklah ujian Final Sea Acceptance Trial selama 10 hari yang memaksa kapal selam tersebut membuat selaman ke dasar yang paling dalam. Ujian ke atas kapal selam terbabit bukan sekadar dibuat di Lautan Atlantik tetapi juga dilakukan di Lautan Mediterranean, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut China Selatan.

Sering kali kos pembelian aset pertahanan negara sering dieksploitasi dan menjadi isu pertikaian golongan yang berkepentingan dalam meraih publisiti murahan. Perlu diingat, kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butiran pembelian aset pertahanan negara tidak boleh dibentangkan secara terperinci. Butiran pembelian scorpene juga tidak wajar didedahkan secara terbuka kerana ianya boleh menggugat strategi keselamatan dan pertahanan negara. Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah kontrak perolehan kapal selam Scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai USD 580 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak USD 442 juta dibayar kepada DCNS sebagai kos perolehan 2 kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Support (ILS) dan latihan warga kapal selam.

Baki keseluruhan tersebut iaitu USD 138 Juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh 6 tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada pasukan projek kapal selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta latihan krew kapal selam di Brest, Perancis. Semua terma ini tertulis secara terperinci di dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002. Secara dasarnya, Perimekar Sdn Bhd bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut: 

a.         Menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga Kumpulan Perintis Kapal Selam di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.  

b.         Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

c.         Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan  EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua. 

d.         Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali. 

e.         Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan. 


Artikel diatas merupakan rumusan dari hasil kajian dan pandangan dari beberapa penganalisis pertahanan tanah air dan turut merujuk kepada beberapa penulisan di majalah ketenteraan. Fakta diatas amat penting untuk diketahui kerana kita sudah terlalu banyak dipaksa untuk mempercayai tohmahan di internet. Lebih menyedihkan apabila, komen-komen daripada PAKAR SERBA TAHU lebih banyak tersebar daripada fakta-fakta yang benar! Kredit kepada sahabat Navy saya yang bersusah payah menyiapkan artikel ini.. TQ bro..


32 comments:

  1. terbaik la.... cerita mcm ni yg aku nak tau...kat internet tu berlambak sangat cerita2 palsu yg beruk-beruk tu buat...

    ReplyDelete
  2. dari segi pertahanan maritim negara kita 1Malaysia masih terkebelakang.....mana cukup dgn 2 k/selam untuk mengawal sempadan maritim kita yg agak luas, kalau 10 buah maybe baru boleh rotate.....

    kjaan wajib tambah lagi peruntukan ptahanan dan latih rakyat bina sendiri k/selam mcm negara India...barulah dpt jimatkan kos & elakkan rasuah.....askar setia pun bleh jadi kru k/selam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6 buah pun cukup hang ingat beli kapal selam mcm beli roti canai

      Delete
  3. Saya setuju. Keampuhan aset pertahanan malaysia perlu ditingkatkan. Namun, apa yang penting ialah, rakyat Malaysia itu sendiri wajar mengetahui dan faham betapa kepentingan aset ketenteraan itu sendiri.

    Educate the people first!

    Jika tidak, mereka hanya akan percaya apa yang dibaca di internet dan mula memberi komen yang tidak memberi apa-apa makna. Masyarakat kita masih belum bersedia ke arah itu. Mereka dipaksa untuk percaya dakyah pihak-pihak politik yang bersepah di internet..

    ReplyDelete
  4. kira offset sekali bro

    ReplyDelete
  5. cerita dalam artikel ni memang betul namun cerita kassim patalon minta percent macam dalam cerita p.ramlee 3 Abdul tu pun berlaku juga ..sebab tu istilah 'bila wahyu turun' ..siapa belakang siapa ..cukup popular ..jika nak tahu cuba lah masuk kontrak kat situ.

    ReplyDelete
  6. pada saya , silap kerajaan ialah terlalu tunduk dan ikut apa kehendak pembangkang , asal ditanya ..kena provok skit dah keluar detail segala ongkos , dan lihatlah pula pembangkang apa dibuat mereka bila ditanya dan disesak ? mereka buat dhek je ...tak peduli apa pun

    soal pertahanan negara patutnya kerajaan jangan layak apa mahu pembangkang , hak kerajaan utk bertindak dan membeli apa jua barang pertahanan yg perlu , pembangkang nak menyalak ke , nak melompat sakan ke , lantak la ! peduli apa dgn pembangkang ?

    ReplyDelete
  7. 2 bijik mane cukup. spatutnye 4.

    2 bijik kite cover dkt sabah n sarawak...

    2 lagi dkt selat melaka...

    dkt selat melaka tu penting takot singapura mintak tolong tentera laut israel letupkan kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ke bodoh lah hang ni malaysia tu FPDA(FIVE POWER DEFENCE ARRANGEMENT)MSIA,SINGAPURA,AUSTRALIA,BRITISH DAN NEW ZEALAND MNA DTG SINGAPORE NK LETUP KL,BODOH

      Delete
  8. tue benda juta2...benda kecik pun berlaku didepan mata,benda baru ribu pun dh "hulur" nie kan benda juta,mcm kite baru knl pemimpin sehari dua...puiii

    ReplyDelete
  9. boleh mintak link sumber info ni x??

    ReplyDelete
  10. harap2 malaysia beli lah satu typhoon submarine...baru lah best...

    ReplyDelete
  11. barapa jumlah kapal selam yang tentera laut malaysia ad???semuanya digunakan ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai Anonymous...

      Kita ader 3 kapal selam (1 Agosta, 2 Scorpene) yang disenaraikan.... tapi kita ada 1 lagi kapal selam yang tidak disenaraikan.... yang tak disenaraikan tue... lu jangan tanya lebih lanjut aaa.... hahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
  12. Lagik banyak lagik bagus.. dalam laut d Malaysia memang suda banyak penceroboh..so,mesti jaga keselamatan Negara..Malaysia rocks!!!!!

    ReplyDelete
  13. Malaysia taik kita punya 7 tapi tak dipublikasikan yaitu Bnv kao scorpene tak berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni indon mana la yang dengki sangat kat Malaysia nih, gaya tulisan pun tau mamat Indon,
      So, mamat Indon, lu jgn banyak cakap, kerja kontrak jer kat Malaysia, dapat duit bawa balik bagi anak bini makan sbb indon x mampu nak bagi makan kan, x payah ambil tau pasal kapal selam Malaysia

      Delete
    2. Indogsial@belandon mmg bodoh😂😂

      Delete
    3. Sombongnya.. Kau ingat 7 tu dah cukup ke dgn keluasan perairan Indonesia tu..banding dgn Malaysia.sndiri pikir lah.. haih nak cakap lebih pun takut berdosa

      Delete
  14. Betol la tu..mas mh370 hilang xde kapal selam 1malaysia??!.. Tp xpe singapore ada hantar kapal selam...lol

    ReplyDelete
  15. anon 18:18.plz la.cuba bezakan support submarine (dsrv) gan atck submarine.singapore antar dsrv bkn atck submarine.atck submarine bkn specialized dlm sar

    ReplyDelete
  16. Malaysia adalah negara yg mementingkan pendidikan lebih dari aset pertahanan..kerana ilmu memelihara tuannya..kebijaksanaan dan ilmu aset utama negara...sbb itulah bajet utk pdidikan jauh lbih byk bbding ptahanan

    ReplyDelete
  17. Tergelak dengar radio, jawapan kenapa scorpene tidak digunakan dlm pencarian MH307 ialah kerana kapal selam tu xleh guna sebab sonar yg ada tidak mampu mengesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepada yang faham, mereka akan faham kenapa jawapan begitu... jawapan yang dibuat2 untuk mengelakkan pendedahan yang keterlaluan tentang aset pertahanan negara, terutama senjata strategik.....
      ...

      Delete
  18. Negara kecil seperti Malaysia harus memiliki jumlah kapalselam minima iaitu sebanyak 4 buah kesemuanya,jika mampu. Jumlah ini adalah jumlah yang ideal bagi melakukan pusingan penugasan; iaitu sebuah berada di pengkalan bagi diselenggarakan, kapalselam kedua dalam perjalanan keluar ke kawasan operasi, yang ketiga melakukan tugas di kawasan operasi, dan yang keempat bergerak pulang ke pengkalan bagi ulangbekal dan sebagainya. Kapalselam Agosta hanyalah perolehan tujuan kajian dan latihan semasa pembelian Scorpene Malaysia dulu, wallahualam. Agos ini kini berada di Melaka bagi tujuan pameran muzium maritim. India menempah 6 kapalselam Scorpene tetapi hanya akan memiliki sistem persenjataan misil bawah permukaan anti kapal AM39 sahaja tanpa senjata torpedo. Ini berlaku kerana semasa perjanjian para ahli politik India mahu mengurangkan kos pembelian. Kapal selam-kapalselam India ini akan berada dalam keadaan tanpa taring ketika melakukan operasi untuk beberapa tahun kerana tanpa senjata torpedo mereka tidak akan dapat memusnahkan kapalselam-kapalselam seteru tradisional mereka dari Tentera Laut Pakistan di dalam pertempuran bawah permukaan jika berlaku konflik antara kedua-dua negara berkenaan. Wassalam.

    ReplyDelete
  19. beli apache ngn abram a1 plak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apache tak sesuai dlm geografi hutan banat mudah ditembak jatuh

      Delete
  20. dangkal bin cetek bin changkat

    ReplyDelete
  21. Best giler...mmg paham sesanggat

    ReplyDelete
  22. Best giler...mmg paham sesanggat

    ReplyDelete
  23. Buatan peranchis sy fikir lebih baik dari buatan rusia dan china...

    ReplyDelete