Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday 11 June 2012

TIADA PERBICARAAN TENTANG SCORPENE DI PERANCIS... DOKUMEN SULITNYA MANA DONG??



Isu Kapal Selam Scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a Pakatan Haram telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya. Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong,

“SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”

Secara tidak langsung,namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan.

SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 - pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.

Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis. Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka. Ini kerana sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes Kapal Selam Scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.

Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi,orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti. Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.

Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.

Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian Scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata. Seharusnya, isu rasuah Scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen.

Selain itu,Datuk Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan Alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali. Malah,penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita.

Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai. Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun.

Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu Scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai. Dengan pilihanraya semakin hampir, Scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Datuk Seri Najib.

Sebarkan! ---> Sumber dari Badut Rakyat

p/s: Satu-satunya akhbar yang menyiarkan berita mengenai Scorpene ialah Le Parisien  bertarikh 29 Mac yang lalu. Apa yang diperkatakan hanyalah mengenai kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam pentadbiran awam negara berkenaan, cerita-cerita yang sama mengenai dakwaan kes Scorpene di Malaysia dan pengamal undang-undang yang terlibat dalam kes berkenaan. Tiada sebarang status perbicaraan, kenyataan awam dan lain-lain lagi dibuat.

(klik SINI - sila google translate)

Pihak pembangkang amat handal membongak, menipu, memfitnah dengan menyatakan perbicaraan dan pengendalian kes sedang hangat berlaku di Perancis. tetapi...rakan saya di kedutaan Perancis menyatakan bahawa 

"...kes tu senyap je disini..."


8 comments:

  1. well done Askar Setia..Very good infomation!!

    ReplyDelete
  2. mcm mana dgn kenyataan akhbar dari negara lain yg menyebut hal nie...semua maklumat terus dari perancis....

    ReplyDelete
  3. Sila buktikan dari keratan akhbar negara lain mengenai trial yang sedang berlangsung....

    ReplyDelete
  4. sungguh malang sekali apabila pembelian aset ketenteraan menjadi isu politik.bukankah ia adalah insuran kepada rakyat negara kita.perlukah negara kita ditakluk sekali lagi baru semua akan sedar kepentingan aset ketenteraan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kapal-kapal atau lain adalah betul. tapi tak boleh ambil kesempatan, butulkan^^
      Dan sebagai rakyat, semua wang yang kita bayar haruslah kita ada kuasa untuk tahu kenyataan.

      Jika ada kenyataan, sila buktikan, infact our government not even give any proper report for this sales and purchase/ deal!

      Dan sini sangat sedih saya untuk mengucapkan Terima Kasih kepada semua polis (ganjil, kenapa bukan army yang pergi) yang mempertahankan rakyat-rakyat Malaysia. They served us! and thanks! R.I.P

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. http://www.defenseindustrydaily.com/scorpenes-sting-liberation-publishes-expose-re-malaysias-bribery-murder-scandal-05347/

    This is the link, I got a whole report about this case, no one being prove to be guilty, but PLEASE bear in mind, there's a really big probability there was briber or corruption in this deal...
    Kalau nak tahu banyak berita dari luar negara, kawan-kawan, saya rasa baca surat khabar local tak cukuplah^^

    Cari berita luar negara dalam internet. Lagipun semua surat khabar in Malaysia dah jadi satu peralatan politik. Percayakah tidak, kitalah BOSS, kita yang pilih siapa jadi pemimpin. Kita upah mereka untuk jaga kita. bukannya kita lagi nak minta daripada mereka!

    ReplyDelete