Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Tuesday 31 July 2012

SAMBUTAN HARI PAHLAWAN DAN ANDA ...


Pahlawan diterjemahkan sebagai orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah, perwira yang ditakuti. Manakala Hari Pahlawan didefinasikan sebagai hari memperingati pahlawan yang terkorban. Pahlawan-pahlawan negara seharusnya dikenang oleh sejarah Malaysia yang telah terlebih dahulu mencipta ketamadunan negara Malaysia dan sekali gus adalah bangsa tuan kepada bumi ini yang berhak mendapat hak-hak keistimewaan. Kemasukan bangsa-bangsa asing, bermastautin dan diterima sebagai warganegara Malaysia selepas itu dan secara tidak langsung ikut sama terlibat di dalam perjuangan pembebasan dan kematian mereka juga telah diiktiraf dan tidak dinafikan jasa mereka kepada negara.

Sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan negara yang berjuang samada di era sebelum merdeka maupun pasca merdeka dikenang sampai hari ini. Tugu peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira dan perajurit yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi kestabilan dan keamanan tanahair.


31 Julai setiap tahun, negara merakam sejarah keramat ini sebagai Hari Pahlawan selaras tamatnya darurat menentang Pengganas Komunis Malaya pada bulan Julai 1960. Semasa pemerintahan British, hari tersebut dikenali sebagai Poppy Day sempena nama bunga poppy. Konvensyen Geneva 1945 yang secara ringkasnya menggariskan larangan membunuh atau menyerang tentera yang hors de combat yakni orang yang cedera, tidak sedarkan diri dan telah meletakkan senjata dan tidak berupaya untuk berperang.



Mengambil semangat dari pengiktirafan konvensyen ini dengan tamatnya peperangan dunia kedua yang dikenang di seluruh dunia maka tarikh ini telah ditetapkan oleh kerajaan pimpinan Yang Teramat Mulia Al-Marhum Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama untuk memperingati jasa perajurit dan polis yang terlibat secara langsung di dalam kemelut perebutan dengan beberapa pihak yang berkepentingan yang berlarutan sehingga bertahun-tahun selepas Malaysia merdeka.

Kempen Hari Pahlawan hari ini telah menjadi tradisi dan sinonim sebagai acara penting samada di peringkat nasional maupun negeri-negeri, sebagai mengenang jasa pahlawan. Mengambil iktibar dari suasana semasa di dalam negara yang berkaitan dengan sejarah pertahanan dan kemerdekaan, adalah sangat bererti jika mulai tahun ini dan tahun-tahun mendatang, sambutan Hari Pahlawan diisi dengan menampilkan pahlawan-pahlawan yang masih hidup ini ke tengah masyarakat dengan program-program patriotik yang lebih menyeluruh.

p/s: Kesian rakan-rakan saya yang 'berhujan' pada sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka pada masa entri ini dikeluarkan... Steady la bro..


Good taught from PPC... Klik DISINI

Friday 27 July 2012

SINGAPURA BERHASRAT MEMILIKI 4 BUAH SCORPENE?

Rumor dan khabar angin mengenai perbincangan pihak ketenteraan Singapura dengan pihak syarikat DCNS mengenai perolehan 4 buah kapal selam Scorpene untuk pihak tentera laut negara itu kini sedang hangat diperkatakan di laman web perbincangan pertahanan. Melalui maklumat yang diperolehi daripada sebuah laman web Perancis, perbincangan tersebut telah bermula dan perolehan tersebut merangkumi 'pertukaran teknologi' dan 'pertukaran teknologi pembuatan'.  Antara pertukaran teknologi yang dimaksudkan ialah kepakaran Radius of Sonar Technology yang dimiliki oleh DCNS.

According to rumors (infosdefense.com), the Republic of Singapore Navy is about to start negotiations with France for the possible purchase of 4 Scorpene class SSK. The deal could include transfer of technologies.
Scorpene Class SSK milik tentera laut Chili

Pihak portal Navy Recognition telah menghubungi DCNS untuk mendapatkan maklumbalas mengenai perkara berkenaan tetapi DCNS enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Maklumat awal daripada INFOSDEFENCE.COM (bahasa Perancis), Klik SINI

Sekiranya khabar angin ini benar, pebagai hujah dan pendapat yang mungkin dapat dirungkaikan termasuk adakah ia memberi gambaran bahawa berlakunya perlumbaan senjata (arms race) dikalangan negara ini dan Singapura? Atau, khabar angin ini sebagai salah satu rancangan propaganda negara Singapura? Ironinya, sekiranya ia benar, dalam kerakusan sesetengah pihak mencanang pelbagai tohmahan terhadap kemampuan kedua-dua kapal selam negara, skandal penyelewengan dan sebagainya, Singapura pula berhajat memiliki teknologi terkini kapal selam berkenaan.

Klik link untuk mengetahui Scorpene Class Datasheet

Walau apa-apa pun, sama-sama kita meneliti dan mengikuti perkembangan hasrat pihak tentera laut Singapura untuk mendapatkan empat buah kapal selam Scorpene. Adakah ia khabar angin? Sekiranya benar, ia sama sekali akan mengubah corak landskap pertahanan  negara-negara Asia Tenggara (dan kisah politik Malaysia barangkali?)...





MENJELANG PRU 13: INDIVIDU EKSTREM DAN KOMUNIS MENYERAP MASUK DALAM PARTI?

Menjelang PRU 13

KUALA LUMPUR - Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.


"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana. "Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. 

Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya,". 

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini. Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut  Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia, di bangunan Parlimen.

Mohd Sofian berkata, tindakan gerakan itu sebenarnya bertujuan untuk melahirkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang sentiasa bersikap bermusuhan terhadap kerajaan sekaligus bermatlamat mewujudkan suasana kucar-kacir sehingga melemahkan sesiapa sahaja yang memerintah negara. 


"Dalam hal ini, kita bimbang tindakan parti pembangkang dan NGO memainkan isu kontroversi yang membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan menjelang pilihan raya. "Ataupun (ia) meningkatkan aktiviti demonstrasi dan juga insiden yang boleh mengalihkan tumpuan pihak polis... gerakan massa mengheret rakyat turun ke jalanan melakukan demonstrasi akan terus menjadi trend di negara kita,".


Beliau berkata, perhimpunan Bersih, Oren dan Hijau, yang dianjurkan pihak yang disokong pembangkang, baru-baru ini merupakan rancangan yang diatur khas sehingga pilihan raya umum akan datang. "Tambahan pula budaya kempen sepanjang tahun yang diamalkan di negara ini menyebabkan fikiran rakyat terus terdedah dengan pelbagai maklumat yang mempunyai nilai politik," kata beliau dipetik Bernama.

Sumber: SINAR HARIAN

Friday 20 July 2012

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN - Ada Artikel Best Mengenai Sejadah Kita...


Dikesempatan ini, Askar Setia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat muslimin dan muslimat, rakan-rakan daripada Angkatan Tentera Malaysia, pembaca/follower blog, sahabat sahabat handai,rakan sekerja dan saudara mara jauh dan dekat. Semoga dibulan yang mulia ni dapat kita meningkatkan lagi amalan serta ketakwaan kita kepada Allah SWT.Insyaallah. Selain itu, jom kita baca perihal design sejadah kita yang kita guna hari-hari...

Nah sekarang, entah sengaja atau memang tidak tahu, ada gambar yang menampakkan elemen seksualdi atas Sajadah, karpet alas untuk sholat di masjid-masjid. Sajadah sejenis ini sudah tersebar ke masjid-masjid, namun sayang masyarakat jama’ah masjid tidak menyedari bahwa karpet/sajadah yang mereka pakai tiap hari bergambar porno.

Jika sepintas lalu, kita tidak menyedari bahawa sebenarnya gambar yang kita sangkakan sebagai sebuah pintu ternyata kalau kita perhatikan dengan teliti akan menyerupai (maaf) seperti organ vital laki-laki.

Apa yang anda lihat?

Cuba perhatikan kembali gambar sajadah atau karpet masjid ! ini seperti sudah direka sedemikian rapi oleh si pembuat di fabrik pembuat sajadah atau karpet masjid.

Perhatikan dengan teliti kedua-dua corak diatas

Sajadah. Ya sajadah yang kita gunakan setiap hari untuk mengalas tempat kita solat. Di sini saya hanya mau memberitau gambar sejadah yang mempunyai unsur-unsur Masonic.


Berdasarkan dari gambar Master Carpet Freemason di atas, bisa kita ambil ciri-cirinya iaitu:

1. Lantai petak (Checkered Floor)
2. Bintang dan Bulan
3. 2 tiang yang juga dikenali sebagai Joachim dan Boaz


Perhatikan sajadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan iaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.

GAOTU (Great Architect Of The Universe), All Seeing Eye dan tiang Joachim Boaz


Jika kita perhatikan sejadah di atas secara teliti kita akan melihat 2 tiang iaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye bisa anda lihat di tengah antara 2 tiang. Cuba anda bandingkan sajadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah.


Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sajadah di atas. Dan jika anda zoom gambar di logde Freemason tersebut, anda akan melihat lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.


Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.


Inilah rencana jahat Yahudi dan Nasrani yang banyak beredar di antara kita tanpa kita sedari. Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rencana jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka setelah ini dalam kehidupan sehari-hari.

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) senang kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).  Al-Baqarah 109

Sumber: The Flying Kick

p/s: Saya bukanlah seorang paranoia dek cerita-cerita masonic movement di Malaysia tetapi hasrat saya berkongsi artikel ini sekadar berkongsi pendapat dan  renungan untuk kita bersama bahawa betapa rapuhnya elemen-elemen ibadat kita dipersenda sebegitu rupa.Selamat Berpuasa!




Wednesday 18 July 2012

ANGGOTA ATM CABAR SELAT INGGERIS

Bagi menyemarakkan semangat `Malaysia Boleh', 14 anggota ATM memilih tarikh 16 Sept ini sempena sambutan Hari Malaysia untuk memulakan cabaran berenang merentasi Selat Inggeris. Peserta ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) itu dijadual berlepas ke United Kingdom pada 24 Ogos untuk menjalani latihan penyesuaian diri di Dover.


Ekspedisi yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia itu menampilkan 14 anggota daripada tiga sayap pasukan keselamatan iaitu masing-masing lima anggota dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia dan empat anggota Tentera Darat.


Kesemua peserta akan berenang secara bergilir-gilir sejauh 80 kilometer (dua hala) dengan suhu air laut antara 16 dan 18 darjah Celcius selain terpaksa bersemuka dengan kawasan perairan laluan kapal besar dan keadaan ombak tidak menentu. Mereka akan memulakan renangan merentasi Selat Inggeris dari Dover, United Kingdom (UK) menuju Cap Gris Nez, Calais, Perancis sebelum berpatah balik ke Dover. 


RSI1M merupakan satu ekspedisi yang dinaungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Penasihat Kehormat. Antara tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia khususnya dan ATM untuk melakar nama di peta dunia, menjadi pasukan Malaysia pertama melakukan ekspedisi renangan berganti-ganti secara dua hala.

Askar Setia berharap agar program seumpama ini dapat diberi liputan ti televisyen dan lain-lain saluran media yang sewajarnya kerana ia dapat memberi impak positif kepada imej Angkatan Tentera Malaysia kepada masyarakat. Biar satu dunia tahu bahawa anggota ATM kita ni bukan calang-calang orangnya!

Thursday 5 July 2012

PERSATUAN-PERSATUAN BEKAS TENTERA DAPAT HABUAN..."ribu-ribu tu bro.."

RM5000 untuk PVTM (diwakil oleh Timbalan, Mej (B) Baharudin Saidon).
Ahli-ahli persatuan diminta untuk memantau kemana Presiden
Prebet Ali Tinju akan membelanjakan wang berkenaan.

Alhamdulillah.. program penyerahan dana bantuan Rayuan Hari Pahlawan di Dewan Seroja, Kementerian Pertahanan Malaysia kepada persatuan-persatuan bekas tentera Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya. Menurut maklumat dari rakan saya yang hadir, kira-kira 100 orang bekas tentera telah hadir dan ia mewakili lebih 65 buah persatuan-persatuan bekas tentera. Fuhhhhhhh.....

Askar Setia mengharapkan agar persatuan-persatuan berkenaan dapat menggunakan  dana berkenaan dengan amanah dan telus untuk terus membela kebajikan ahli-ahli naungan persatuan masing-masing.

RM200,000 kepada PBTM. "Banyak tu Ybhg Dato'..." hehehee.

“Rumah dah siap, tapi pahat masih berbunyi”. Itu peribahasa yang sesuai digunakan kerana saya percaya akan wujudnya perkhabaran radio buruk yang tidak berpuas hati dengan itu lah..dengan inilah.. itu tidak cukup dan banyak lagi. Kita tidak boleh menutup mulut orang, tetapi biarlah aktiviti yang berterusan oleh persatuan dapat menutup mulut-mulut yang tiada insuran.



Kepada HERO-HERO bekas tentera yang bernaung dibawah panji-panji pihak pakatan rakyat seperti KERABAT dan KOBAT, teruskan saja usaha kalian untuk menghasut tentera dan ketahuilah, usaha anda sia-sia belaka. Kalian boleh menyenarai 1001 malahan 1000001 janji bulan dan bintang untuk bekas tentera, namun, janji hanya tinggal janji. Nasihat saya, kepada bekas tentera yang melihat kelibat mereka-mereka ini, ketahuilah anda tidak akan mendapat apa-apa manfaat daripada persatuan-persatuan haram ini


Kepada bekas-bekas tentera yang hadir pada majlis tersebut dan berani dan lantang bersuara untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak berwajib...

"SYABAS saya ucapkan..."


Tindakan anda lebih mulia daripada canangan fitnah blogger-blogger dan bekas tentera yang hanya tahu merungut, komplen itu dan ini di internet, tetapi tidak berbuat apa-apa. Yang mereka tahu hanyalah memfitnah, menghasut dan memporak-perandakan kesatuan bekas tentera Malaysia.


Klik pada gambar untuk imej lebih besar.




SYABAS PADA MEREKA YANG HADIR!!!

p/s: Askar Setia mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat lama yang telah mengirimkan gambar-gambar berkenaan. Ada puluhan gambar lagi bro, tapi aku letak sikit-sikit aje lah ye...

Wednesday 4 July 2012

AGIHAN DANA RAYUAN HARI PAHLAWAN 5 JULAI 2012... KEPADA BEKAS TENTERA, INILAH MASA ANDA UNTUK .......


Semalam ada terbaca dari wall Presiden PBTM yang menyatakan akan ada perhimpunan untuk semua persatuan bekas tentera yang akan diadakan di Dewan Seroja, Kementah pada 5 July 12 (Khamis) jam 9 Pagi. Dinyatakan dimana wang derma Rayuan Hari Pahlawan akan diagihkan kepada semua persatuan bekas tentera untuk diagihkan kepada semua ahlinya dalam menjaga kebajikan pesara oleh Menteri Pertahanan sendiri.

Penulis menyarankan kepada bekas-bekas tentera yang masih belum mendapat pembelaan atau mempunyai masalah kebajikan bolehlah untuk hadir ke majlis tersebut. Sekurang-kurangnya mereka dapat menyuarakan masalah yang dihadapi oleh bekas tentera kepada Menteri Pertahanan dan pihak yang sepatutnya. Tidak perlulah mereka ini hanya menyalahkan pihak kerajaan walhal mereka sendiri tidak berusaha untuk membawa masalah mereka kepada orang yang wajar mereka temui. Pada majlis tersebut juga, pesara boleh menemui JHEV dan PBTM bagi menyelesaikan kemelut isu kebajikan yang sering dimanipulasikan oleh orang-orang yang berkepentingan yang cuba menjatuhkan kredibiliti Menteri Pertahanan dan ATM.



Sumber: Navy The Best

.......................................................

Yang ni saya setuju. Pengagihan dana Rayuan Hari Pahlawan yang dibuat secara terbuka dan terus kepada persatuan-persatuan bekas tentera Malaysia. Cuma apa yang saya risaukan, akan berlakunya perkhabaran dari 'radio buruk' yang akan mendakwa, itu salahlah.. Ini salahlah... Persatuan A ramai ahli tapi dapat sedikit, persatuan B ahli sedikit tapi dapat banyak.

Ahh.. Itu perkara biasa dalam berpersatuan. Semestinya akan ada cakap-cakap belakang yang kurang enak didengar. 

Cuma, nasihat saya, ahli-ahli persatuan seharusnya memantau kemana 'hala tuju' dana tersebut apabila ianya sampai kepada persatuan. Jangan letakkan 100% kepercayaan kepada kepala-kepala besar yang mungkin akan menggunakan dana berkenaan sewenang-wenangnya. Harus diingat, ada desakan dari presiden A yang mahukan dana tersebut disalurkan terus kepada presiden. 

Laporan AUDIT kewangan persatuan harus dibuat dan diperiksa secara berkala dan telus agar dana berkenaan tidak diseleweng dengan sewenang-wenangnya.

Kepada bekas-bekas tentera, hadirkanlah diri anda ke majlis di Dewan Seroja MINDEF esok. Inilah waktu yang sebaik-baiknya untuk kalian meluahkan segala permasalahan yang terbuku di hati. Luahkan sahaja pada esok hari lebih bermakna daripada kalian luahkan di internet yang hanya akan dapat perhatian HERO-HERO internet tetapi... 

tidak membantu apa-apa



p/s: mana tahu..jika ternampak kelibat Tuan Presiden tersohor PVTM, Prebet Ali Tinju dan konco-konconya, sampaikan salam pada mereka. Salam dan goncang tangan dia kuat sikit.. Ingat-ingatkan mereka sikit, dana tu amanah untuk persatuan dan untuk rolling kewangan persatuan. Ia untuk kebajikan kesemua ahli..bukan untuk poket mereka sendiri, bayar hutang piutang dia dan yeh yeh di karaoke...

Tuesday 3 July 2012

268 HEKTAR TANAH UNTUK RANCANGAN PERUMAHAN TENTERA

Rujuk artikel Askar Setia sebelum ini DISINI


Kerajaan negeri Perak akan membangunkan tanah seluas 268 hektar yang membabitkan 11 lokasi di seluruh Perak bagi menjayakan projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Perwira.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa RPT Perwira, Datuk Ramly Zahari, memaklumkan antara lokasi yang dikenalpasti ialah Sungai Gempur di Daerah Batang Padang dan Changkat Kinding (Kinta).
Sehingga kini, sejumlah 7,000 permohonan daripada bekas tentera telah diluluskan oleh kerajaan negeri dengan jumlah 7,849 unit lot kediaman ditawarkan.
Pertambahan 30 peratus lot disebabkan kerajaan negeri turut menawarkan lot kediaman kepada bekas tentera di kawasan RPT awam yang ada di seluruh Perak.
“Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan melancarkan rumah contoh bagi projek RPT Perwira menjelang September depan,” katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Ramly menasihatkan rakyat khususnya bekas tentera dan polis  tidak seharusnya termakan dengan hasutan pembangkang yang dilihat cuba memanipulasikan isu tersebut.
“Apabila kerajaan mengumumkan projek RPT Perwira ini, pihak pembangkang terus mendesak kerajaan negeri agar mempercepatkan pelaksanaan projek.
“Mereka sengaja cuba mengambil kesulitan yang dialami oleh kerajaan negeri sebagai titik tolak untuk memulakan wayang politik sedangkan wujud beberapa masalah yang melambatkan pelaksanaan projek RPT itu,” kata Ramly.

Saya dah isi.. Anda bagaimana?

Beliau memaklumkan, masalah peneroka haram yang bertapak di lokasi yang sebahagiannya telah diplotkan untuk pembinaan projek  menjadi punca utama yang menyekat pembinaan projek tersebut dengan kadar segera.
“Saya menyeru kepada peneroka haram untuk berbincang dan mungkin pihak Koperasi Tentera boleh memberi mereka ini sedikit saguhati bagi yang mahu mengosongkan tanah kerajaan tersebut,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, projek itu katanya, mengutamakan bekas anggota tentera dan polis yang masih belum memiliki rumah persendirian.
“Jika kita ingin memikirkan untung, buat apa kita kenakan bayaran RM500 (premium tanah)..lebih baik kita charge RM2,000,” katanya.
Malah, jelasnya dengan potongan harga 30 peratus berbanding harga rumah di pasaran juga membuktikan kerajaan negeri tidak pernah cuba mengaut keuntungan daripada projek tersebut.
SUMBER - Perak Today 


*** Semak slide dan penerangan lokasi dan lain lain DISINI 

*** Dapatkan Borang anda DISINI


*** Layari Laman web Pejabat Tanah Perak untuk keterangan lebih lanjut DISINI



Borang permohonan ini hendaklah dikemukakan ke Persatuan Bekas Tentera Malaysia Negeri Perak, Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Perak untuk pengesahan yang kemudian akan dihantar ke Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan.