Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday 13 June 2012

AL KISAH SCORPENE - APA YANG KECOH SANGAT NI HAAA !!!


Blogger beruk 

Sebelum ini Askar Setia telah menyiarkan kisah dakwaan puak-puak beruk tidak berotak yang kononnya, kisah Scorpene heboh dan kecoh diperkatakan di mahkamah Perancis dan akhbar-akhbar negara berkenaan. Ada pula yang mendakwa, pihak mahkamah Perancis seolah-olah ‘tidak cukup tangan’ untuk mengendali proses awal perbicaraan tersebut. Blogger-blogger parasit bekas tentera pula berkelakuan seperti HERO MALAYA. Mana tidaknya, habis dicanang sana sini macam ayam betina hilang telur sebiji kisah drama Scorpene oleh SUARAM. Sudah terlalu banyak maklumat mengenai modus operandi SUARAM, mengenai siapa orang kuat dibelakang SUARAM dan parti mana yang menaja SUARAM untuk terus beroperasi?

Cuba anda telti siapakah individu penggerak SUARAM? (Klik SINI) Lebih menyedihkan lagi, terdapat bekas tentera yang sanggup berkompromi dengan puak-puak Chauvanis bagi cuba menghasut anggota tentera dan bekas tentera untuk bersifat anti-establishment, menjadi ejen penyebar fitnah dan memburuk-burukkan institusi Kesultanan Melayu. Barangkali mereka telah lupa sumpah Taat Setia yang menjadi pegangan mereka sewaktu berkhidmat dahulu dan kini mereka tidak sedar bahawa mereka sedang diperalatkan untuk memporak-perandakan bangsa mereka sendiri. Mengikut kajian dan maklumat yang diperolehi, kebanyakkan bekas Pegawai Kanan dan bekas anggota tentera yang menyertai parti politik pembangkang adalah dari kalangan mereka-mereka yang mempunyai rekod masalah dan disiplin sewaktu mereka berkhidmat dahulu. 

Berbalik kepada cerita mengenai SUARAM, input dari rakan media yang saya perolehi, si YB Azmin sudah bertegang urat menegah wartawan daripada mengajukan soalan ‘Benarkah SUARAM ditaja oleh PKR?’.. Soalan tersebut diajukan   kepada YB Azmin Ali bersama-sama dengan Panglima Songlap Dato' Abdul Hadi bin Abdul Khatab ketika siding media mengenai wujudnya dokumen sulit mengenai Scorpene pada 6 Jun yang lalu. Saya ada buktinya!

Lagi satu. Bila usul pembahasan di Dewan Rakyat mengenai kononnya ada penjualan dokumen rahsia kepada syarikat DCNS (Perancis) telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia. Ia tindakan bijak.. Sebelum berbahas, buktikanlah dahulu mana dia dokumen tersebut. Jangan bersikap seperti lempar taik kemudian sorok tangan.

Apa yang menariknya, selain itu rakan blogger Askar Setia turut telah mendedahkan bahawasanya, media portal-portal utama termasuk laman web utama badan kehakiman Perancis  langsung tidak membuat sebarang artikel dan liputan mengenai kes skandal ini, lebih-lebih lagi ianya membabitkan Perdana Menteri Malaysia. Apakah ini yang mereka katakan bahawa kes Scorpene menjadi tajuk hebat perbualan di Perancis?

Klik SINI

Siapakah yang menipu dan siapa pula yang tertipu? Kah kah...

No comments:

Post a Comment