|
C70 ini bukan milik
Feriddy |
Kalau baca tanpa guna akal memang kesian bunyinya terhadap bekas tentera Mohd Firdaus Feriddy Abdullah. Tapi dengan sedikit ilmu yang ada saya rasa banyak pembohongan yang KOBATPR buat. Sebelum saya huraikan dengan lebih lanjut, saya nak bagi HINT sikit kat sini.
Cuba perhatikan gambar yang KOBATPR sertakan, ok sekarang cuba fokuskan kepada gambar motor tu, ok sekarang cuba tengok saiz tayar motor tu. Motor kapcai ke motor besar tu? Honda C70 ke? Sahih, kompom, alberto..itu motor besar tu..macamana kata hidup penuh kedhaifan kalau mampu beli motor besar? Minyak setangki dah berapa? Tayar sebijik koman-koman RM300, itu nak kata derita lagi. Kalau bagi saya memang derita, bukan sebab anak sakit, tapi sakit nak bayar cukai jalan, sakit nak bayar insuran.
Keduanya, saya rasa hairan bila KOBAT katakan "HABIS MADU, SEPAH DIBUANG ". Zalim sungguh KOBATPR membuat fitnah sebegitu. Susah nak cari makan, cuba pergi JHEV negeri, banyak peluang kerja yang tersenarai, cuma nak tak nak saja. Masalahnya kebanyakan memilih, nak rezeki tu sampai terus kat tangga rumah, kerja senang, gaji nak banyak.
Macamana tu?? Pasal penyakit anak, jangat nak buat fitnah, bawa kad pesara tu tunjuk kat hospital, tentu-tentu dapat rawatan percuma. Di Kuala Lumpur, Hospital Tunku Mizan ada, di Lumut, Perak hospital 96 HAT ada, KINRARA ada. Cuma perlu bawa anak sahaja, selebihnya rawatan adalah percuma. Sebab itu wujudnya JHEV, PBTM. Masalah kita sekarang ialah serba-serbi nak bersuap, payahlah kalau macam tu.
Ini tidak serba-serbi nak salahkan ATM dan yang pastinya kerajaan akan dikaitkan. Kalau betul KERABAT nak bantu, Hah!! Bantulah sekarang, kenapa nak tunggu sampai PRU baru nak kotakan janji-janji manis tu. Janganlah raih publisiti secara murahan. Itu masalahnya bila Presiden Persatuan Tak Berdaftar bercakap, tukang sokong pencacai (25 persen! macam cerita 3 Abdul).
Elok sangatlah, yang sorang berhenti Lt Kol sebab kuat ngap, yang sorang berhenti Kapten juga sebab ngap. Mereka kenyang perut, veteran yang termakan hasutan terlopong....NGA-NGA.
p/s: Saya teringat kisah bekas askar di Lenga, Muar yang menerima bantuan dari rancangan TV3 'Bersamamu'. Dari pandangan mata, memang jelas beliau tinggal di rumah usang yang serba tak lengkap. Tapi, siapa tahu, tanah sawit berekar-ekar dia ada. Dah dia gemar kehidupan macam tu. Apa nak buat. Dah TV3 bagi macam-macam dan dapat 3 ekar tanah free.. Sapu aje la...