Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Showing posts with label Projek Jiwa Murni. Show all posts
Showing posts with label Projek Jiwa Murni. Show all posts

Thursday, 15 March 2012

TIDAK KIRA KAWASAN SIAPA...ANGGOTA TENTERA TETAP TURUN!

Thanks buddy!!! 

Sahabat seperjuangan saya sudi mengirimkan sedikit gambar  bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah turun padang untuk membersihkan kawasan sekitar Kampung Lembah Jaya Utara yang telah dilanda banjir kilat teruk baru-baru ini.


TENTERA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

Kerja-kerja pembersihan dengan menggunakan 6 mesin penggali lubang dan enam lori bagi membersihkan longkang yang tersumbat akibat longgokkan sampah sarap dan lumpur tebal.


Seramai 210 anggota dari Rejimen Askar Melayu Diraja Bentong, Kem Wadieburn Setapak, 60 orang anggota bomba dan penduduk setempat telah sama-sama membanting tulang empat kerat dan bertungkus lumus membersihkan sampah sarap yang tersangkut akibat arus deras. 

Tuduhan-tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa projek Jiwa Murni ATM telah diperalat untuk meraih sokongan kerajaan jelas tidak benar kerana walaupun Kampung Lembah Jaya Utara merupakan 'kawasan liputan' Parlimen Ampang (YB Zuraida Kamaruddin - PKR), namun ia bukanlah sebab untuk ATM tidak menghulurkan bantuan. Sehingga ke hari ini, ATM tidak pernah gagal dalam menghulurkan bantuan ke mana-mana kawasan sekalipun tidak kira siapa pun Ahli Parlimen kawasan berkenaan kerana ATM adalah untuk rakyat!

"Alahhh.... dalam senyap-senyap, adalah tu nanti depa nak pengaruh agar penduduk kawasan tu pangkah BN".. Itu barangkali tanggapan sesetengah juak-juak politik yang sudah 'ditutup akal, mata dan telinga' oleh Allah S.W.T untuk menerima kebenaran. Segala kejadian yang berlaku di atas muka bumi ini hendak dipolitikkan. Namun, biarkan sahaja mereka-mereka itu terus 'buta' kerana apa yang pasti, ATM tidak pernah PILIH BULU dalam menjalankan tugas tidak kira kawasan siapa sekalipun. Apa yang jelas.. ATM adalah APOLITIKAL!!!

"Kerja pembersihan dalam rumah, kami boleh lakukan tetapi bagaimana kawasan luar yang dipenuhi sampah sarap dan lumpur tebal...nasib baik mereka bantu kami disini" 
- Muhammad Ahsanullah Osman Nasir 31 tahun - Sumber BERNAMA


TAHNIAH ATM!!!


Thursday, 27 October 2011

HOSPITAL ANGKATAN TENTERA BANTU RAKYAT

Hospital Angkatan Tentera (HAT) sememangnya memberi keutamaan rawatan dan perubatan kepada warga ATM dan bekas tentera. Ini tidak bermakna bahawa HAT tidak membantu rakyat seperti didakwa oleh blogger 'klboyzwangsa.blogspot.com' pada 19 Okt 2011 melalui paparan artikel bertajuk “Hospital Tentera Tengku Mizan Tak Boleh Bantu Rakyat Setempat..??" Kesahihan dakwaan oleh 'klboyzwangsa' amat diragui kerana HAT sentiasa dekat di hati rakyat.


HAT di seluruh negara (termasuk HAT Tuanku Mizan) amat prihatin terhadap keperluan rawatan dan perubatan rakyat terutama dalam kes-kes kecemasan. Justeru, sebarang dakwaan bahawa HAT tidak membantu rakyat adalah TIDAK BENAR malah tidak berasas. Tuduhan yang mengatakan bahawa HAT menolak bulat-bulat keperluan rawatan kecemasan seorang penduduk setempat (Wangsa Maju) akibat sesak nafas adalah tuduhan liar yang jauh terpesong dari landasan kebenaran. Tuduhan tersebut cuba discredit kebertanggungjawaban HAT sekali gus cuba menjejaskan kredibiliti ATM.


Isu pemberian rawatan kesihatan kepada rakyat sememangnya menjadi keutamaan KEMENTAH dan ATM. Bahkan ianya adalah sebahagian teras Projek Jiwa Murni yang bermatlamat untuk menjalin kerjasama antara rakyat dan ATM. Justeru, dakwaan artikel berkenaan adalah tidak masuk akal dan jelaslah bahawa penulis cuba meracuni pemikiran rakyat khususnya penduduk sekitar kawasan Parlimen Wangsa Maju terhadap ATM. Blog ini juga menanam persepsi negatif rakyat terhadap ATM.


Rakyat diseru agar tidak mudah dipesongkan oleh para bloggers yang berkepentingan terutama terhadap isu yang cuba menjejaskan imej dan kredibiliti ATM.

Wednesday, 21 September 2011

"SYUKUR NGAN TUHAN, TERIMAK KASIH ATM"

Ada lagi!

Berkesinambungan daripada laporan Projek Jiwa Murni ATM : Menaiktaraf Jalan Balak dari Long Lopeng ke Ba’kelalan, Sarawak yang lepas, Askar Setia pada kali ini memaparkan sekali lagi usaha murni pihak ATM dalam menaiktaraf mutu dan tahap sosio-ekonomi masyarakat di Sarawak. Projek ini bukanlah seperti projek juta-juta nak bina highway atau flyover seperti di Johor Bahru tu yang lengkap dengan pelbagai, tapi jalan tanah merah yang dinaik taraf paling tidak pun ia dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Kini, urusan seharian penduduk di Kampung Saeh, Bekenu, Miri Sarawak telah dipermudahkan dengan projek pembaikan sistem jalan kampung yang menggunakan soil stabiliser sepanjang 16.2km. Selain itu, empat buah jambatan Bailey Compact 200 turut disediakan oleh RAJD bagi menggantikan jambatan yang sedia ada manakala sebuah lagi sedang dibaikpulih. Syukur ngan tuhan...Terimak Kasih ATM !!!

Projek yang mengambil masa selama 8 bulan dijangka akan dapat disiapkan sepenuhnya pada bulan Oktober 2011. Melalui maklumat yang diperolehi, kerja-kerja mengaras dan menstabilkan struktur tanah telah siap sepenuhnya manakala jalan kampung berkenaan (sepanjang 13.5 km) telah diturap dengan 1 lapisan sealant dan 12 km telah diturap dengan menggunakan 2 lapisan sealant.

Bukan senang tau nak mengaras dan menstabil lapisan tanah berkilometer tu...

Selain itu, kerja pembinaan abutment untuk projek pembinaan dua buah jambatan turut sedang disiapkan dan 29 pembentung pun dah siap dibina. Harap-harap projek berkenaan akan berjalan lancar tanpa gangguan cuaca. Maklumlah, sekarang ni musim hujan.

Terima Kasih ATM!

Abutmen telah siap dibina

Dahulu – Kenderaan pacuan 4 roda pun terkandas
Sekarang – Jalan yang telah siap di lokasi yang sama
Jalan ranting ke Rumah Panjang turut dibina

Thursday, 8 September 2011

TERIMA KASIH ATM! : PROJEK MENAIKTARAF JALAN BALAK DARI LONG LOPENG KE BA’KELALAN, SARAWAK

Terima kasih ATM!!! Usaha murni Angkatan Tentera Malaysia terutamanya daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dalam menaik taraf jalan balak dari Long Lopeng ke Ba’kelalan sejauh 75 km termasuk jalan ranting. Projek Jiwa Murni ATM yang merupakan salah satu tanggungjawab sosial ATM membina 126 buah pembetung dan membina lima buah jambatan modular Compact 200 untuk kegunaan masyarakat setempat.

Jalan sepanjang 63.5 km telah siap dinaik taraf dengan soil stabiliser dan diletakkan satu lapisan sealant. Manakala 39 km telah siap dengan dua lapisan sealant. Empat buah daripada 5 buah jambatan telah dibina dan sebuah lagi akan disiapkan pada 26 Ogos 11. Dijangkakan, projek berkenaan akan disiapkan pada 16 September 2011.







Thursday, 25 August 2011

RAKYAT TERBELA DIBAWAH PROGRAM BANTUAN RUMAH RAKYAT


Program Bantuan Rumah Rakyat (PBRM) adalah merupakan salah satu tanggungjawab sosial ATM  kepada penduduk miskin di luar bandar. Antara program bantuan pembinaan infrastruktur asas yang telah dilakukan khususnya TD adalah Program Bantuan Rumah, Bekalan Air Luar Bandar dan termasuk penggunaan tanah tentera untuk kegunaan pertanian penduduk setempat.

 
Maklumat yang saya terima daripada rakan di 2 Divisyen telah memberi gambaran tentang aktiviti murni oleh ATM kepada masyarakat. Menurutnya, program yang telah mereka laksanakan di Pos Raya Simpang Pulai sebagai contoh telah membuktikan komitmen anggota tentera demi untuk menjaga kebajikan masyarakat setempat khususnya golongan miskin.

Di Pos Raya Simpang Pulai, sebanyak ENAM buah rumah telah diserahkan kepada masyarakat setempat dan di Pos Slim (berdekatan Cameron Highland saya rasa) pula terdapat SEMBILAN buah rumah lagi sedang giat di siapkan untuk diserahkan.


SYABAS ATM!

Tuesday, 23 August 2011

PROJEK JIWA MURNI ATM : KURANGKAN GIGI RAKYAT?

Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) – Pergigian ATM telah melaksanakan dua aktiviti sebulan setiap zon. Justeru, sebanyak 12 aktiviti sebulan merangkumi 144 aktiviti setahun sekali gus merekodkan sejumlah 7,776 projek jiwa murni dilaksanakan (144 x 54 tahun kemerdekaan) setakat ini!!!

Berlandaskan kepada kiraan matematik mudah, jika setiap projek tersebut dihadiri oleh 150 orang rakyat untuk urusan “cabut gigi” bagi setiap zon dan setiap orang dicabut sebanyak dua batang gigi sahaja, maka gigi yang dicabut mencatat sejumlah (300 batang x 6 zon) iaitu 1,800 batang gigi. Ini bermakna melalui projek jiwa murni tersebut, sebanyak 13,996,800 batang gigi rakyat telah dicabut oleh BPK-ATM.  


WOW!! Banyak tu.......



Jika diukur lagi, tiga batang gigi bersamaan satu inci, 13,996,800 batang gigi berukuran 4,665,600 inci (388,800 kaki atau 129,600 ela). Jika dihitung lagi, satu kilometer bersamaan 3,300 kaki, maka panjangnya susunan gigi tersebut mencatatkan 117.82 km. Manakala jika 2 batang gigi berukuran 3 inci tinggi maka jumlah gigi yang dicabut mencatat setinggi 20,995,200 inci (1,749,600 kaki atau 583,200 ela). Ini bermakna gigi rakyat yang dicabut oleh BPK-ATM turut mencatat ketinggian 176.73 km (jauh lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas……hehehe!). 


Ada baiknya jadi usahawan Gigi Palsu dan ia wajar dijadikan sebagai profesion yang perlu direnung! Betapa berjasanya ATM kepada rakyat hanya dari aspek “cabut gigi” sahaja...

*** Laman Web Kor Kesihatan Diraja (KKD) boleh dilawati di laman INI