Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Showing posts with label HAT Tunku Mizan. Show all posts
Showing posts with label HAT Tunku Mizan. Show all posts

Thursday, 27 October 2011

HOSPITAL ANGKATAN TENTERA BANTU RAKYAT

Hospital Angkatan Tentera (HAT) sememangnya memberi keutamaan rawatan dan perubatan kepada warga ATM dan bekas tentera. Ini tidak bermakna bahawa HAT tidak membantu rakyat seperti didakwa oleh blogger 'klboyzwangsa.blogspot.com' pada 19 Okt 2011 melalui paparan artikel bertajuk “Hospital Tentera Tengku Mizan Tak Boleh Bantu Rakyat Setempat..??" Kesahihan dakwaan oleh 'klboyzwangsa' amat diragui kerana HAT sentiasa dekat di hati rakyat.


HAT di seluruh negara (termasuk HAT Tuanku Mizan) amat prihatin terhadap keperluan rawatan dan perubatan rakyat terutama dalam kes-kes kecemasan. Justeru, sebarang dakwaan bahawa HAT tidak membantu rakyat adalah TIDAK BENAR malah tidak berasas. Tuduhan yang mengatakan bahawa HAT menolak bulat-bulat keperluan rawatan kecemasan seorang penduduk setempat (Wangsa Maju) akibat sesak nafas adalah tuduhan liar yang jauh terpesong dari landasan kebenaran. Tuduhan tersebut cuba discredit kebertanggungjawaban HAT sekali gus cuba menjejaskan kredibiliti ATM.


Isu pemberian rawatan kesihatan kepada rakyat sememangnya menjadi keutamaan KEMENTAH dan ATM. Bahkan ianya adalah sebahagian teras Projek Jiwa Murni yang bermatlamat untuk menjalin kerjasama antara rakyat dan ATM. Justeru, dakwaan artikel berkenaan adalah tidak masuk akal dan jelaslah bahawa penulis cuba meracuni pemikiran rakyat khususnya penduduk sekitar kawasan Parlimen Wangsa Maju terhadap ATM. Blog ini juga menanam persepsi negatif rakyat terhadap ATM.


Rakyat diseru agar tidak mudah dipesongkan oleh para bloggers yang berkepentingan terutama terhadap isu yang cuba menjejaskan imej dan kredibiliti ATM.