Elemen militan dikesan masih wujud dan tetap
menjadi ancaman kepada keselamatan negara namun aktiviti itu mampu dikekang
berikutan pemantauan keselamatan yang rapi, kata Panglima Angkatan Tentera
Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zain.
Beliau berkata walaupun insiden militan Al-Maunah
di Sauk, Perak berlaku kira-kira 12 tahun lepas namun situasi semasa
memperlihatkan ancaman militan dalam negara masih wujud.
Katanya sejak kejadian di Bukit Jenalik, Sauk yang
mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu, ATM melalui kerjasama dengan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengambil pelbagai inisiatif dalam
membendung penularan aktiviti militan di negara ini.
“Walaupun elemen militan dikesan masih wujud, namun
secara jelasnya keadaan itu berada dalam kawalan dan pemantauan pasukan
keselamatan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Zulkifeli berkata melalui kerjasama erat ATM dan
PDRM, seramai 13 individu dipercayai membawa anasir Darul Islam, yang
dipercayai mempunyai jaringan dengan kumpulan Jemaah Islamiah Indonesia dan
kumpulan-kumpulan militan di selatan Filipina khususnya kumpulan Abu Sayyaf,
ditahan di Tawau, Sabah pada November lalu.
Katanya pembentukan Jawatankuasa Perancang Gerakan
Kebangsaan (JPGK) yang dipengerusikan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri
Ismail Omar memperkukuhkan lagi pemantauan terhadap aktiviti militan kerana
perbincangan mengenai ancaman keselamatan negara termasuk elemen militan
menjadi antara fokus utama jawatankuasa itu.
Komen Askar Setia
Elemen-elemen subversif dan aktiviti oleh kumpulan-kumpulan yang disebutkan di atas sering kita diperdengarkan dan dipertontonkan dan ia bukanlah suatu isu yang baru. Walaupun pemantauan keatas sebarang elemen-elemen keganasan dilakukan secara berterusan oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat, namun kita sebagai rakyat Malaysia harus sedar bahawasanya terdapat pelbagai lagi bentuk fahaman dan aktiviti 'keganasan' baru dan sesungguhnya, sedang menular masuk kedalam masyarakat kita.
Barangkali ada yang tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan, kerana ia mungkin tidak bertepatan dengan definisi konvensional KEGANASAN DAN AKTIVITI MILITAN tetapi, pada pendapat saya, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa BUDAYA FITNAH dan MENGHASUT untuk melakukan kekacauan dan huru hara dengan menganjurkan pelbagai jenis demonstrasi dan perhimpunan juga boleh diklasifikasikan sebagai aktiviti KEGANASAN SENYAP dalam masyarakat yang jelas hanya akan membawa kepada kebinasaan.
Fitnah dan saranan sesetengah individu untuk melakukan huru-hara yang boleh kita dapati di Facebook dan blog mempunyai kesan VIRAL yang efektif untuik mengajak pembaca lain melakukan kekacauan dalam negara. Lebih menyedihkan, sekiranya individu-individu tersebut berasa bangga atas saranan mereka untuk melakukan kekacauan kerana mendapat sokongan daripada GOLONGAN BODOH. Saranan yang bertopengkan slogan seperti REVOLUSI, PERUBAHAN, DEMOKRASI, dan pelbagai slogan lain memang sedap didengar. Golongan-golongan REVOLUSI MELULU seperti mereka ini layak dikatakan sebagai PENGGANAS SENYAP dan bodoh, diperbodohkan. dan memperbodohkan orang lain Pejuangan mestilah disertakan dengan ILMU dan bukanlah berteraskan dengan sikap AMARAH, SUKA-SUKA dan TAQLID BUTA.
blogging sama seperti perjuangan bandit dalam guerilla warfare (ambush + hide) kerana 'dah tulis pastu dok cabut'. Cuma yang membezakan bandit (blogger) baik atau buruk - Adakah penulisan kita beretika ataupun tidak? Adakah kita bertanggungjawab dengan apa yang kita siarkan? Adakah penulisan kita mempunyai manfaat untuk orang lain dan negara (social responsibility?) Atau adakah penulisan kita hanya akan memusnahkan sistem masyarakat?
Askar Setia
|
Antara mesej keganasan dan pemberontakan dalam muzik |
Seperkara lagi, fenomena pergerakan berteraskan fahaman ANARKISM, AGAINST LAW & SYSTEM, EQUALITY FOR ALL, FREEDOM dan AGAINST ALL AUTHORITY (AAA) yang sedang menyerap masuk kedalam pemikiran anak muda. Gerakan senyap golongan yang mengaku sebagai REVOLUTIONIST ini dibawa masuk ke dalam pemikiran anak-anak muda melalui lirik-lirik muzik-muzik underground (kebiasaannya muzik-muzik grindcore), penulisan dalam zine-zine independent dan newsletter.
|
Zine dan Newsletter underground yang mudah didapati |
Saya tahu terdapat beberapa individu belia yang telah menjadi IKON dalam pembuatan filem-filem indie yang berlatar-belakangkan tema seperti kebebasan, hak sama-rata, perjuangan revolusi golongan bawahan dan banyak lagi. Kumpulan ini sering menganjurkan pertemuan di 'balai-balai seni' kerana beranggapan bahawa fenomena ini sebagai perjuangan kemasyarakatan dalam bentuk seni.
SIfat AMARAH anak-anak muda ini yang mengatakan mereka dizalimi oleh kerajaan, dinafikan hak untuk bersuara, mencontohi perjuangan golongan proletariat (communism vs capitalism) dan pelbagai dakwaan lagi yang menggambarkan bahawa perlembagaan/kerajaan/undang-undang/sistem merupakan punca kepada segala bencana dan penindasan.
Ataupun, adakah ia sebenarnya berpunca daripada satu penyakit yang berada dalam sistem saraf masyarakat MELAYU iaitu - sering merasakan dan membayangkan mereka DIZALIMI oleh sistem kehidupan dan menjadi MANGSA KEADAAN?
Ironinya, kita di Malaysia ini masih hidup dengan aman damai, anak-anak mudah mendapat pendidikan yang sempurna hingga ke menara gading, akhbar-akhbar baik pro-kerajaan/pro-pembangkang tumbuh bak cendawan dan pelbagai manfaat lagi yang kita boleh kongsikan bersama. Mungkin golongan ini terikut-ikut dan berhalusinasi dek kisah revolusi negara barat.. Barangkali?
|
Aduhai anak bangsaku... |
Pengalaman saya sendiri apabila berbual dengan seorang remaja PEACE-PUNK (dia yang gelarkan dirinya begitu) di stesen bas Kluang, Johor yang beranggapan sistem dan perlembagaan dan undang-undang hanya akan membawa lebih kebinasaan daripada keamanan. Manusia akan terkongkong dan tidak mendapat hak yang sewajarnya. Dengan memperagakan patches-patches di baju dan seluar yang membawa maksud yang pelbagai, beliau berkata (lebih kurang bunyinya seperti ini):
"Family gua nanti takkan ada sistem. Anak gua bebas buat apa saja dan ber 'aku' 'kau' je dengan gua"...
Saya menjawab:
"Bro.. Lu bayangkanlah sekiranya sebuah simpang empat yang sarat dengan kenderaan. Satu hari lampu trafik rosak. Lu rasa driver-driver di simpang tu akan bagi jalan ke pada kenderaan-kenderaan lain? gerenti ada yang berlanggar sesama sendiri. Kucar kacir!"
Pembaca-pembaca sekalian. Analogi mudah ini merujuk kepada simpang empat (sebuah negara), lampu trafik (perlembagaan, undang-undang dan sistem) dan pemandu (rakyat). Maka, akan huru-haralah sesebuah negara tanpa sistem, perlembagaan dan undang-undang yang jelas.
KEGANASAN MAYA dan KEGANASAN SENYAP inilah yang menjadi gunting dalam lipatan dan menghalang kepada pembentukan masyarakat yang harmoni dan muhibbah. RULES OF GOVERNANCE 101 - yang semestinya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak, namun, kita harus sentiasa waspada dengan elemen-elemen subversif ini yang secara senyap sedang menular masuk dan tidak keterlaluan jika saya katakan - IA SEDANG MENGGALAKKAN BUDAYA KEGANASAN SENYAP DALAM MASYARAKAT KITA.