Kerajaan Malaysia mesti
mempunyai satu keutamaan yang jelas iaitu melindungi keselamatan rakyat dan
negara ini, khususnya daripada pencerobohan militer oleh pengganas asing.
Rakyat Malaysia khususnya di Sabah masih tertanya-tanya mengapa Suruhanjaya Siasatan Diraja ataupun dikenali sebagai Royal Commission of Inquiry (RCI) tidak
ditubuhkan untuk menyiasat dan mengadili mereka yang terlibat dalam menyebabkan
kematian sekurang-kurangnya 10 anggota pasukan keselamatan negara kita di Lahad
Datu tempoh hari.
Apakah yang lebih penting, melayan kerenah seorang manusia yang sudah
gila bayang kerana gagal memenangi PRU13 untuk menjadi Perdana Menteri, atau
melayan keperluan rakyat kita di pantai timur Sabah yang memerlukan jaminan
keselamatan akibat pencerobohan pengganas yang kemungkinan akan berulang semula.
Tubuhkan dahulu RCI Pencerobohan Lahad
Datu, barulah tubuhkan RCI PRU13! Dahulukan mana peristiwa yang terdahulu
terjadi, ikut giliranlah!
Terdapat penemuan terbaru bahawa Anwar
Ibrahim mendapat bantuan kewangan yang besar dari sebuah syarikat di negara
jiran, dengan tujuan untuk melemahkan Kerajaan Malaysia dan menunjukkan kepada
dunia dan rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Malaysia lemah serta tidak mampu
menangani kemelut pencerobohan terancang di Lahad Datu itu.
Perkara ini disahkan sendiri oleh
pemimpin negara tersebut dan Anwar Ibrahim sudah tidak boleh menyembunyikannya
lagi!
Maka, kita mendesak supaya kerajaan
menyegerakan dan mengutamakan penubuhan RCI Pencerobohan Pengganas di Lahad
Datu, bukannya RCI PRU13 yang sudahpun selesai dengan jayanya.
Berjaya kerana kerana kerajaan DAP Pulau Pinang, kerajaan DAP Selangor
dan Kerajaan PAS di Kelantan turut telah berjaya ditubuhkan hasil daripada
kemenangan mereka di dalam PRU13 baru-baru ini. Mereka semua menerima dan tidak
membantah keputusan PRU13!
-My Massa