Badan Bukan Kerajaan,
Jaringan Melayu Malaysia, JMM siang tadi membuat laporan polis terhadap dua
bekas Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia kerana mendedahkan rahsia
ketenteraan serta membuat tohmahan terhadap ATM. Mereka ialah bekas Panglima
Tentera Darat,Jeneral Bersara Tan Sri Md Hashim Hussein dan Bekas Timbalan
Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Bersara Datuk Ghafir Abdul Hamid.
Laporan
dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada jam 3.30 petang.Jeneral Bersara
Tan Sri Md Hashim dituduh mendedahkan rahsia ketenteraan seperti lapisan
pertahanan negara dan kandungan aset ketenteraan bagi setiap lapisan pertahanan
negara ketika berceramah di Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai, Perak 15 Mac
lalu.
Manakala Leftenan Jeneral Bersara Datuk Ghafir dalam satu sidang media di
Ibu Pejabat PKR 13 Mac mendakwa Bahagian Perisikan Pertahanan, BSPP telah
hilang kepakaran kerana digunakan untuk operasi politik di samping mendedahkan
bahagian dalaman BSPP.
Tindakan laporan polis yang dibuat tidak mengejutkan malahan sudah menjangka ramai bekas tentera tidak berpuas hati dengan kenyataan pak-pak jeneral kitar semula tunggangan pembangkang. Pakatan Jeneral expired tersebut sanggup menggadaikan maruah dan mengingkari janji taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong dengan membocorkan rahsia-rahsia Angkatan Tentera Malaysia.
Adakah jeneral nyanyuk ini menjadi pilihan anda dalam PRU 13 akan datang?
MatMerapu telah dihubungi oleh sumber dalaman PKR dan
beliau memaklumkan bahawaJeneral Md Hashim (B) bakal dicalonkan sebagaicalon PKRbertanding di
kerusi parlimenP.160 Johor Bahrusempena PRU 13 nanti. Pada PRU 12, kerusi parlimen
ini ditandingi olehcalon BN - Datuk
Sharil@Shahril Ab Samadmanakalacalon PRM - Hassan Abdul Karim. Kerusi P.160
Johor Bahru ini dimenangi oleh calon BN dengan majoriti besar 25,349 undi.
Nampaknya Ketua Cabang PKR, PAS dan DAP kalau selama ini bermimpi untuk menjadi
calon.......melepas lah peluang kerana PKR dah ada calon "payung
terjun" hehehe. Hasil tinjauan rambang MatMerapu dan berteraskan
pengamatan trend pengundi pemilih berdaftar kerusi parlimen Johor Bahru,
pembangkang tiada peluang langsung untuk menang. Jika Jeneral Md Hashim (B)
yang bertanding maka peluang BN bertambah-tambah mudah dan cerah. Pembangkang
pula akan kerugian satu kerusi Parlimen lagi.....sebelum bertanding pun,
realiti keputusannya sudah terasa!!! Inilah janji kepada bekas Jeneral, kerusi
yang diberi umpama "kerusi maut" buat pembangkang!
Mana mungkin
pembangkang akan memperuntukkan "kerusi selamat" kepada bekas Jeneral
kerana mereka tidak layak untuk menang ekoran pelbagai penyalahgunaan kuasa dan
kemungkaran. MatMerapu mengucapkan TAKZIAH kepada Jeneral Md Hashim (B) kerana
pasti terkubur dalam PRU 13 di kerusi parlimen Johor Bahru!!!
Sebelum ini Askar Setia ada menyiarkan artikel mengenai 'HASRAT SEBENAR' panglima EXPIRED Tan Sri Md Hashim Hussien (Jack Palance) menyertai PKR - bertanding di PRU 13 yang akan datang. Saya dihentam teruk kononnya saya sudah silap buat andaian kerana JAck palance adalah seorang ex-military professional dan tidak mungkin beliau menyertai parti politik untuk bertanding menjadi ahli Parlimen.
Jangkaan hangpa amatlah meleset kerana puak-puak jeneral EXPIRED ni selain dijanjikan habuan yang lumayan, semestinya mereka ini dijanjikan BULAN DAN BINTANG termasuk menjadi AHLI PARLIMEN!!!
Bukan Jack Palance sahaja..Tapi Jeneral Expired Datuk Ghafir turut dikatakan telah dijanjikan peluang untuk bertanding di Parlimen Pasir Gudang Selain Lim Kit Siang dijangka akan bertanding di Gelang Patah. Apabila disogokkan dengan tawaran-tawaran menjadi ahli Parlimen di kawasan-kawasan strategik, berprofil tinggi dan kawasan industri, maka menggigil lah lutut pak-pak jeneral expired kerana memikirkan KEUNTUNGAN PELBAGAI PROJEK di kawasan-kawasan tersebut.
Kepada tukang komen di FB mahupun blog yang masih percaya bahawa pak-pak jeneral expired ni masuk pembangkang atas dasar perjuangan lah.....keadilan lahh....ketelusan lahhh... Anda perlu tahu bahawasanya mereka penyertai pembangkang dan sanggup menggadaikan maruah seorang bekas pegawai kanan tentera dengan menjadi boneka pembangkang dalam isu Lahad Datu kerana satu faktor..iaitu
JADI AHLI PARLIMEN ATAU ADUN DAN KAUT SEGALA KEUNTUNGAN YANG ADA
p/s: Bukan saya cakap..tapi MALAYSIAKINI yang cakap..di SINI
Harga Rokok dijangka akan bertambah mahal di JB.So, lagi bagus korang berhenti ngisap ye...
Operasi
Daulat masih lagi diteruskan dan ianya telah menampakkan tanda-tanda
keberhasilannya walaupn agak sukar untuk menjangkakan bilakah ia akan berakhir.
Statistik kematian dan kecederaan di kedua belah pihak semakin bertambah
dan kita hanya mampu mendoakan agar konflik ini akan berakhir dengan segera.
Insiden yang pada mulanya disangka sebagai satu sandiwara politik oleh pihak
tertentu ternyata ia adalah tuduhan palsu dan tidak bertanggungjawab setelah
melihat angka korban dan kecederaan yang berlaku. Akibat dari tomahan dan
tuduhan melulu itu maka ramai pihak yang menjadi amarah dan mula mengambil
tindakan tertentu seperti membuat kenyataan balas yang berunsur mencabar dan
mengutuk kepada pihak yang membuat tomahan. Selain dari itu beratus-ratus laporan
polis telah dibuat oleh pihak yang tidak bersetuju dengan kenyataan itu
terhadap si pembuat onar dan tomahan.
Hasilnya..erhmmmm….setakat
ini Den lihat tidak memberi sebarang kesan kepada mereka-mereka yang telah
mengeluarkan kenyataan bahawa insiden itu adalah sandiwara. Den secara
peribadi, memanglah marah, dengan tuduhan melulu dan tanpa usul periksa
tersebut, tetapi Den masih boleh menerima kenyataan dan mengawal perasaan
kerana ia adalah lebih kepadagimmickpolitik dan dibuat oleh
mereka-mereka yang mempunyai kepentingan politik atau agenda tersendiri di
dalam scenario politick…Den marah pada mereka dan berharap mereka akan dibalas
dengan sewajarnya kerana mencetuskan situasi yang tidak harmoni dikala pasukan
keselamatan bertungkus lumuh menentang pengganas Sulu tersebut.
“Any people with the
right frame of mind won’t said that the Lahad Datu incident is an opera and
orchestrated by the government , But if they think so , they are either stupid,
quite stupid, really stupid or damn stupid !!! - DEN COMANDO
Macam muka Jeneral pencen Datuk Ghafir kan?
Tidak cukup dengan dakwaan palsu dan tomahan sindiwara yang dibuat
oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik, erhh ado pulak rakyat jelata yang kununnya pakar dalam ilmu peperangan, bidang tugas dan
kuasa pihak keselamatan, pakar taktik dan teknik peperangan memberi komen-komen
dan kritikan yang menyakitkan hatidan menguris perasaan banyak pihak. Mereka
ini kebanyakkannya adolah anak-anak mudo dan ado jugak yang dah tuo tapi tak
sodar diri yang tidak ponah memegang senjata, tidak tahu apo itu FSMO, tak tahu apo itu Battle Appreciation, tak pernah pun membuat latihan rondaan
keselamatan, latihan serangan hendap malah tak pernah pun makan COMPO RATION,
tak tahu apo itu Morale, Combat Power, COG dsbnya, tapi bilo memberi komen dan
ulasan pasal isu keselamatan berapi-rapi macam baru balik dari STAFF COLLEGE
ATAU WAR COLLEGE. walhal...kursus Kadar pun tak poei laei.
Yang lobeh menyodihkan Den mereko ini, dah lah tidak menyokong atau
memberi semangat kepada pasukan keselamatan yang sedang bersabung nyawa dengan
pasukan pengganas, erhhh boleh kritik, kutuk dan pandai pulak mengkategorikan
kematian anggota keselamatan dengan pelbagai kategori yang tidak sedap
didengar walaupun kerajaan telah mengiktiraf perngorbanan mereka sebagai
pahlawan negaro…Lopeh tu bilo Kerajaan naikkan pangkat org yang terkorban pun
dikritiknyo, kerajaan naikkan gaji pasukan keselamatan pun dikritikkanya,
kerajaan bagi duit kepada rakyat yang terlibat di dalam kawasan operasi
dikritikkannya, Askar naik kapalterobang pun nak dikritikkannya. Askar guno
kapalterghobang mengebom pun dikritikkannyo. Entah apo agaknyo baik pado
mereko, intak semuanya salah dan ado yang tak kono bagi
mereka. Den termonong sekojap memikirkan…apo sobabnya mereko bertindak dan
berperanghai sedemikian…
Setelah dironung, setelah ditilik, baru laah Den perasaan bahawa
kebanyakkan dari mereko adolah orang yang mempunyai sentiment membenci atau
mempunyai dondam terhadap pasukan keselamatan dan kerajaan yang sangat
menoba, Den secara peribadi mengklasifikasikan mereka ini…. Sebagai SEORANG MALAUN. Kalau mengikut kamus Dewan io membawa erti … YANG TERKUTUK DAN TERKEJI. Mereko-mereko yang memberi
komen, kritik dan kutukan yang berunsur negative dan berbentuk menhina pasukan
keselamatan dan kerajaan di dalam melaksanakan opserasi Daulat adalah terdiri
dari orang –orang TERKUTUK DAN KEJI….aka..MALAUN @MAK
LAUN. Itu adolah istilah yang paling sesuai
Den ghaso dibori kepado mereko-mereko yang memberi komen, kritikan yang
melampau sampai tahap gaban terhadap perjuangan dan pengorbanan
pasukan keselamatan di dalam Ops Daulat.…kalau Den kato tidak
patriotik dan pelbagai kato nista lagi kang , ado yang marah dengan Den. Den
tak faham kenopo MAKLAUN yang marah sangat dengan PDRM dan kerajaan, mengambil
peluang untuk menghamburkan kato-kato amarah mereka terhadap anggota
keselamatan yang terkorban sedangkan kito sepatutnyo banggo tehadap perjuang
mereko demi menjago keamanan hinggo membolehkan kito hidup bersonang
lenang bersamo keluargo sedangkan kebanyakkan pasukan keselamatan tidak
berpeluang mengecapi kehidupan seperti kebanyakkan kito.
Bagi den MAKLAUN yang binghai dan bonghap ini adolah
orang-oang yang patut kito jadikan status dio “ persona non gratia” literally meaning "an unwelcome
person", pendek kato kalau boleh kito buang taraf kerayatan mereko
menjadikan mereko “stateless”. Sebagai tindakan awalan, mano-mano MAK LAUN ini
yang merupakan kaitangan kerajaan kito pastikan tindakan yang
sewajarnya di ambil ke atas mereka dan yang paling kurang, kito jadikan
mereko ini calon yang sesuai untuk di masukkan ke dalam COLD STORAGE.
Bagi Den lobih baik orang mengolarkan kan kito macam PAK MAUN dari
MAK LAUN..Sobabnyo Senakal-nakal Pak Maun dio menipu isteri kerano hanyo nak
berALOMPAK A GO GO , tapi lopeh itu isteri dio pun join samo jugak.Duo-duo
happy , semuo org happy…! Selepas balik dari surau, PAK MAUN rajin mentelaah
dan membaco buku walaupun kulit buku tak samo dengan isi kandungan buku
yang dibaconya. Dan menambahkan baiknya dio membaca..sambil Berastafirrullah,
menyebut Alhamdulilah dan MashAllah…Tapi bilo melibatkan maruah keluargo dan
sebagainyo, dio sanggup berjuang walau pun hanyo menggunokan senapang
gajah… Dan yang ponting secara keseluruhannyo, setiap perbuatan dan kata-kata
PAK MAUN tidak melibatkan orang lain marah, raso terhino, tidak menguris
atau menyakitkan hati orang lain malah orang seronok dan gumbira melihat
telatahnya…Kan elok kalau apa juga kata-kata kita , perbuatan kita tidak
menyakitkan hati atau menguris orang lain malah mengembirakan mereka.Khabarkanlah
berita gembira….erhhh macam ponah donga kan…!!!
Wahai para MAK LAUN sekelian, ingatlah, kalau kito
tidak mampu untuk membantu atau tidak mahu untuk menyokong atau tidak
mahu sedekahkan walau se patah ayat surah AL Fatihah kepada wira-wira kita yang
gugur, ingatlah ia tidak tidak menjadi masalah dan tidak menimbulkan sebarang
kemarahan kepada sesiapa juga.Kepado MAK LAUN-MAK LAUN ini Den nasihatkan : It’s better for you to SHUT UP, Do nothing, Say Nothing,
because for doing nothing and says nothing, you have made this world more
safe and harmony. Tetapi bila MAK LAUN-MAK LAUN ini
mula mengeluarkan kata-kata , kritikan dan komen yang sadis, tidak bertimbang
rasa dan tidak mengambil kira akan sensitivitinya kepada orang lain, maka
kamu semua ini memang wajarlah sekurang-kurangnya dikutuk dan dimarahi ,itu
adalah tindakan paling minima, kalau boleh mereka-mereka ini diambil tindakkan
yang sewajarnya disisi undang-undang dan yang paling baik sekali kita nyahkanMAK LAUN- MAK LAUN ini dari bumi Malaysia.
Dulu masa insiden Sauk, siapa Timbalan Panglima Tentera Darat? Perisikan juga disalahkan?
Kenyataan ini diperolehi
melalui temubual ringkas dengan beberapa warga dan bekas warga Bahagian Staf
Perisikan Pertahanan (BSPP). Ekoran daripada insiden pencerobohan di
Lahad Datu, pihak pembangkang terutama bekas Jeneral yang bersekongkol dengan
mereka cuba 'menangguk di air yang keruh' dengan melemparkan pelbagai tuduhan
melulu dan tidak bertanggungjawab terhadap keupayaan perisikan tentera. Mereka
cuba memperlekehkan kredibiliti perisikan tentera malah memfitnah bahawa
perisikan tentera digunakan untuk tujuan politik BN.
Satu pembohongan melampau......tapi ianya bukan
satu kejutan kerana sememangnya pihak pembangkang sanggup berbuat apa saja demi
memenuhi kerakusan nafsu mereka untuk berkuasa. Martabat perisikan tentera
kekal kredibel dalam mengesan kehadiran dan niat musuh yang cuba mengancam
keselamatan dan kedaulatan negara. Keupayaan perisikan tentera seharusnya tidak
boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak atau individu kerana semua kejayaan
operasi tentera berteraskan kepada kemampuan elemen perisikan tentera terutama
BSPP dalam merancang, mengutip dan mengumpul, memproses maklumat menjadikannya
Perisikan dan menyebar perisikan kepada pelanggan ATM dan nasional untuk
kegunaan operasi.
Tanpa perisikan ibarat "seorang peninju yang
buta di dalam gelanggang".......akibatnya, 'a thousand battle will be
lost'. Perisikan merupakan nadi kepada semua dimensi peperangan termasuk 'war
of perceptions'. Hakikat inilah yang digunapakai oleh pembangkang yang cuba
meracuni pemikiran rakyat supaya berpaling tadah terhadap kerajaan. Namun,
pembangkang terus gagal kerana mereka lupa untuk menilai diri
sendiri......rakyat kini sudah mual, muak, jemu, bosan dan tidak rela ditipu,
diperdaya dan dibohongi lagi oleh pembangkang. Harus diingat bahawa perisikan
mempunyai etosnya tersendiri......terpenting merupakan 'need to know basis'
malah mereka bergerak seperti "halimunan" untuk mendapatkan maklumat
walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan adakalanya mempertaruhkan
nyawa mereka sebagai sandaran.
Perlu ditegaskan bahawa dalam
insiden pencerobohan di Lahad Datu, pihak perisikan tentera (BSPP) TIDAK
PERNAH lalai atau abaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
Perlu juga diperjelaskan bahawa elemen perisikan tentera juga TIDAK
PERNAH digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak".
Admin amat kagum dan terharu dengan pendirian warga dan bekas warga BSPP serta
'sense of belonging' mereka terhadap organisasi. Syabas!!! Rakyat diseru agar
tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan pembangkang terutama
bekas Jeneral yang cuba meruntuhkan "martabat perisikan tentera" yang
telah terbina sejak era melawan insurgensi.
KUALA
LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang
perkhidmatannya, udara, laut dan darat dalam Operasi Daulat bagi menggempur
militan dari Sulu yang menceroboh negara ini.
Gerakan
ofensif pasukan keselamatan pada 5 Mac itu dimulakan oleh Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) yang menggunakan jet penyerang F/A 18D Hornet disusuli pasawat
Hawk yang menggugurkan bom.
F/A 18D Hornet yang merupakan pesawat pejuang penyerang moden mempunyai
keupayaan melancarkan pengeboman dengan panduan laser ke atas sasaran yang
telah ditanda di darat oleh komputer mudah alih yang dibawa unit-unit Pasukan
Khas Udara (Paskau).
Serangan udara oleh TUDM
itu diteruskan pasukan tentera darat dengan tembakan bertalu-talu daripada
mortar 91mm ke atas kubu pengganas bertujuan melemahkan musuh dari segi
kekuatan dan juga moral mereka.Setelah menggempur melalui udara, pasukan darat
mula begerak ke kawasan kubu musuh bagi menjalankan operasi susulan dan penggeledahan
untuk memburu saki-bakipengganas.
Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad
Zaki Mokhtar berkata, pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai
berantai Adnan yang mampu bergerak di atas pelbagai bentuk muka bumi. ACV300
itu dijangka memberi kelebihan kepada pasukan penggempur tentera kerana
senjatanya dikawal oleh komputer dan sistem optik untuk penyelasaran tembakan
lebih canggih dan stabil serta dilengkapi alat pandang malam.
Tidak
kurang penting dalam Operasi Daulat ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
yang mengawal perairan negara bagi memastikan tiada penceroboh yang masuk atau
meloloskan diri.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
pula berkata, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang
TLDM akan tiba di Lahad Datu secara berperingkat.
Penggunaan
aset ketenteraan oleh ATM dalam menangani krisis pencerobohan pengganas dari
Sulu itu memberi mesej jelas kepada musuh bahawa Malaysia tidak akan bertolak
ansur dalam soal kedaulatan negara.
Menurut
seorang penganalisis pertahanan, penggunaan aset perang konvensional ke atas
pengganas Sulu yang menggunakan taktik perang gerila dilihat lebih kepada
‘power projection’ atau paparan kekuatan ke atas mana-mana musuh yang mempunyai
niat tidak baik terhadap Malaysia.
“Power projection dalam keadaan aman dibuat melalui latihan
ketenteraan seperti ‘Eksesais Halilintar’ yang dijalankan di Langkawi
membabitkan lebih kurang 10,000 tentera,” katanya ketika dihubungi.
Beliau
berkata, kebanyakan orang awam tidak memahami operasi tentera dan mengkritik
taktik yang diguna pakai pasukan keselamatan semasa menggempur pengganas Sulu
di kawasan Kampung Tanduo. Nyawa tentera atau polis bukan murah untuk dihantar
terus secara berhadapan dengan pengganas Sulu yang berjumlah antara 100 hingga
200 orang, katanya.
“ATM merupakan pasukan yang mempunyai pengalaman perang gerila yang
sangat meluas, begitu juga pengganas Sulu. Kesilapan musuh adalah kerana mereka
menyangka pertempuran ini sama dengan pengalaman perang mereka di tempat
sendiri,” katanya.
Pengganas Sulu tidak
mengambil kira sokongan rakyat terhadap kerajaan dan keupayaan TLDM untuk
mengadakan sekatan-sekatan di lautan terutama bagi mengekang kemasukan bekalan
senjata dan peluru untuk musuh, katanya
Bila Askar Setia bagi
HINT di FB bahawa seorang bekas pegawai tentera berpangkat Lt Jeneral telah menolak tawaran RM500,000.00 yang ditawarkan
oleh PKR jika menyertai parti berkenaan, komen-komen dari para sahabat memang
amat menarik hati saya. Alhamdulillah, masih ada bekas pegawai kanan Angkatan
Tentera Malaysia yang masih celik hati, waras dan tidak gelap mata dengan
tawaran yang RM500,000.00 untuk memburuk-burukkan kerajaan dan menjadi anjing pencacai untuk memburuk-burukkan kepimpinan ATM.
Kisah 5 orang bekas
Jeneral ATM yang telah menyertai politik fitnah dan kebencian
yang dianjurkan oleh pakatan parti pembangkang telah mengecewakan hati banyak
pihak kerana mereka tergamak menjadi TALI BARUT pembangkang dengan menjadikan
ATM/KEMENTAH sebagai sasaran mereka. Jika mahu ‘masuk politik’ janganlah jadi
seperti ANJING YANG MENGGIGIT TANGAN YANG MEMBERINYA MAKAN...
My name is General Jack.. Jack Palance I ada jual rokok batang...
Daripada pangkat jeneral
kitar semula hinggalah bekas-bekas askar Lain-Lain Pangkat yang menyertai pihak
pembangkang adalah terdiri daripada mereka-mereka yang mempunyai rekod
kesalahan disiplin, diberhentikan dan kecewa dengan perkhidmatan. Jeneral Tan
Sri Md Hashim Hussien (bersara) atau lebih dikenali sebagai Jack Palance yang
menyertai PKR baru-baru adalah seorang jeneral yang mempunyai rekod kesalahan
menjual rokok bebas cukai kepada anggota semasa beliau menjawat jawatan sebagai
Komander Malbat 1 di Bosnia.
Penyalahgunaan kuasa beliau sebagai pegawai kanan
tentera ATM turut berlaku semasa beliau menjawat jawatan sebagai ASPA/TPTD
kerana telah ‘menutup kes’ menantunya yang telah ditangkap menyalah gunakan
kenderaan tentera untuk tujuan peribadi. Bukan itu sahaja, semasa jeneral Jack
Palance menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan,
beliau telah menjual VISA kepada rakyat Pakistan! Easy money bukan? Beliau turut menyalahgunakan kuasanya dengan ‘menukar
status’ cucunya menjadi anaknya bagi mendapatkan pembiayaan kerajaan.
Ahh.. banyak lagi hendak
disebut tapi nantilah...beliau yang disebut-sebut sebagai calon Menteri
Pertahanan dan mungkin bertanding di PRU 13 di Parlimen Setiawangsa, kini anda
sudah tahu latar-belakang penyangak tersebut...
Menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat semasa insiden Sauk di Bukit Jenalek
Lain pula cerita Lt Jen
Datuk Ghafir, seorang yang kini melalak tidak tentu pasal dengan menyalahkan
pihak kerajaan dan kepimpinan ATM kerana kemudahan dan kebajikan anggota
tentera yang dikatakan ‘tidak terbela’. Alahai Datuk.Saya fikir Datuk dah tua
dan mungkin rabun teruk dan memerlukan bantuan KAR1SMA yang membolehkan Datuk
beli kaca mata bagus dengan harga murah. Bukan itu sahaja, perajurit kita di Lahad Datu dikatakan mempunyai standard duduk dibawah rumah orang dan sembunyi dalam reban ayam aje. Ataupun, Datuk perlu dibekalkan dengan kemudahan internet untuk GOOGLE dan ‘spot-check’ peningkatan infrastruktur kem tentera, kebajikan, dan gaji untuk anggota tentera. Janganlah Datuk bandingkan ATM pada zaman Datuk dengan ATM zaman sekarang.
Nampak usang dan hodoh kan prasarana ATM ni? (Aku perli Datuk Ghafr laa)
Mengenai kes Lahad Datu, Datuk
bukan main hentam pihak perisikan tentera kononnya gagal itu lah, gagal ini
lah. Mungkin Datuk lupa, tapi saya suka ingatkan masa insiden Sauk/Bukit
Jenalik, Datuk merupakan Timbalan Panglima Tentera Darat. So, Datuklah boss
yang mesti dipersalahkan kerana perisikan gagal mengesan aktiviti Mat Amin dan konco-konconya
seperti Mej Jamaludin Darus yang merupakan anak buah Datuk dahulu..Lupa kaa?
Enjin jet dah...Lepas ni enjin motor EX-5 jiran aku pulak..
Cerita pasal Jeneral
yang telah ditarik pangkat dan tauliah iaitu Datu Hadi Khatab tak payahlah saya
ceritakan pasal ada bersusun cerita mengenainya di dalam blog saya. Jika anda
mahu kenal siapakah bakal calon PKR dalam PRU akan datang nanti, sila rujuk
entri-entri mengenai jeneral songlap enjin jet ini. Ada banyak termasuk luahan
hati warga Log TUDM pun ada.
Ada bersusun lagi
cerita mengenai pak-pak jeneral dah habis tarikh luput ni, tapi mungkin akan disiarkan
pada waktu lain. Pada geng-geng KERABAT dan KOBAT termasuk Lt Kol Nazari
Mokhtar (Bersar), anda semua dah takda peluang dah untuk jadi calon atau
menteri pertahanan. Semuanya peluang bisnes dan kontrak pak jeneral reput ni
dah sapu.
Kepada pak jeneral KITAR SEMULA, bayang-bayang kekalahan pihak pembangkang dalam PRU 13 sudah hampir jelas. Sekarang yang kawan dah jadi lawan. Jangan nanti bila dah kalah, malu nak jumpa kawan-kawan lama. Jangan nanti dah sampai ajal, tiada lori 3 tan untuk urusan pengebumian...
Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun
Razak telah mengumumkan kesediaan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri
Sabah untuk menubuhkan kawasan keselamatan khas di Sabah atau pun dikenali
sebagai ESSCOM (Eastern Sabah Security Command)
Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas
Sulu serta pembunuhan ngeri enam orang anggota keselamatan di Semporna
baru-baru ini menjadi faktor utama yang mendorong kepada penubuhan kawasan
keselamatan khas ini
Sebanyak lima batalion tambahan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) dengan bantuan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan di tempatkan
di ESSCOM, manakala lima lagi Balai Polis akan di bina di Sabah bagi
memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.
Kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad
Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk dalam ESSCOM ialah Kudat,
Kunak, Sandakan dan Tawau, yang ke semuanya berada di pantai timur Sabah
meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 kilometer.
Kawasan yang sebegini panjang dan luas sememangnya
terdedah kepada risiko keselamatan dan pembentukan ESSCOM ini menunjukkan
Kerajaan Pusat telah mengambil iktibar dari insiden pencerobohan itu sebagai
pengajaran berguna.
Usaha menambah baik aspek keselamatan sempadan
Sabah ini merupakan langkah pro aktif yang membuktikan keprihatinan Kerajaan
dalam menjaga keselamatan rakyat negeri ini. Dari sudut lain, kebanjiran
pendatang asing juga akan dapat di kekang.
Kewujudan ESSCOM juga selain bermatlamat untuk
membendung pencerobohan di Lahad Datu dari terus berulang di masa depan, di
masa yang sama ia meningkatkan keyakinan para pelabur yang sebelum ini telah
menjauhkan diri berikutan insiden tersebut.
Sekitar tahun 1970-an dulu di Sarawak pernah wujud
Markas Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) yang terbukti berjaya menghapuskan
ancaman pengganas komunis di Sarawak yang kemudiannya diikuti dengan limpahan
keamanan dan tumpuan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan.
Justeru itu kewujudan ESSCOM di Sabah juga diyakini
mampu mencapai matlamatnya sama seperti kejayaan RASCOM sekaligus mengembalikan
semula ketenteraman dan merancakkan semula kegiatan ekonomi di negeri ini.
Datuk Ghafir Abdul Hamid dan mentor agungnya. Senanggggg diri!!
LEFTENAN JENERAL (B) DATUK GHAFIR ABDUL HAMID merupakan Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat.
GHAFIR Abdul Hamid (dua dari kanan) berucap
sebagai anggota panel semasa Forum T bertajuk 'Solidariti Lahad Datu' anjuran Akademi Pak
Sako di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Kuala Lumpur malam
tadi. Turut menjadi anggota panel ialah Fathi Aris Omar (kiri) dan Wilfred
Bumburing (dua dari kiri). - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
KUALA LUMPUR 13 Mac - Menyedari masyarakat tidak
menerima sebaliknya mengutuk mereka kerana mendakwa pencerobohan pengganas di
Sabah sebagai sandiwara, pentas-pentas ceramah pembangkang kini beralih pula
memburuk-burukkan pasukan keselamatan negara.
Terbaru malam tadi, bekas Timbalan Panglima Tentera
Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang kini berceramah di pentas-pentas
pembangkang, memperleceh cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya"duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".
Menyorok BAWAH RUMAH ORANG aje..
Beliau dengan mudah membuat kesimpulan sendiri
bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh ATM telah membuatkan pasukan
keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana. Ghafir juga seolah-olah memperkecilkan peranan
pasukan keselamatan apabila mendakwa Ops Daulat telah gagal pelaksanaannya
sehingga ke hari ini.
Ketika berucap ketika menjadi anggota panel 'Forum T' anjuran Akademi Pak Sako bertajuk Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan
Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini, beliau berkata:
"Tiada misi jelas dalam operasi ketenteraan di
Lahad Datu, kita tengok sekarang tentera duduk di bawah rumah orang, di reban
ayam. Sepatutnya agensi keselamatan lain yang buat itu"
"Kerajaan juga gagal menafsir Perjanjian
Geneva mengenai peperangan sehingga mengakibatkan polis yang terpaksa mengetuai
operasi pada peringkat awal.
"Sepatutnya dari awal lagi kerajaan
mengklasifikasikan pengganas Sulu sebagai aggressor (penyerang) bukan intruder
(penceroboh) agar ATM boleh terus ambil tindakan dari awal."
Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli
Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor portal propembangkang,
Malaysiakini, Fathi Aris Omar.
-UTUSAN ONLINE
Pengorbanan Allahyarham Kpl Ahmad Hurairah Ismail hanya 'standard reban ayam dan bawah rumah orang?'
Makin hari, makin ramai tali barut dari pakatan pembangkang mengkritik usaha dan pengorbanan pasukan kselamatan Malaysia di Sabah. Ia dikatakan sandiwaralah, cawangan Khas dan SB PDRM perlu dimansuhkanlah dan lebih menyedihkan, kenyataan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat tersebut.
Apakah anda turut bersetuju bahawa nilai dan kemampuan askar Malaysia di Lahad Datu Sabah hanya berada di ......
Di sebalik insiden ‘peperangan’ yang berlaku di Lahad Datu,
Sabah, parti gabungan, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP semakin rancak
juga mencipta peperangan mereka kepada pasukan keselamatan negara. Terbaru
tentulah insiden pencerobohan pasukan militan dari Filipina di Lahad Datu dan
Semporna, Sabah. Di peringkat awal isu ini Tian Chua tidak segan silu mendakwa
isu ini merupakan sandiwara UMNO dan pihak keselamatan negara.
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua menuduh parti UMNO dalang disebalik kejadian
tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Tian Chua juga tidak segan
mengutuk perajurit negara yang sudah terkorban dalam insiden tersebut sebagai
mati katak.
Seperti biasa, setiap ahli pembangkang mempunyai idea-idea yang
tertentu apabila terjadinya kejadian yang serius dalam negara kerana sikap
ingin melepaskan diri mereka dari membantu apatah lagi tidak mahu parti mereka
dipersalahkan oleh rakyat dan juga kerajaan.
Selepas
kecoh di sana-sini dengan sikap angkuh Tian Chua tersebut, beliau menafikan
pula dalam laman Twitternya dengan mengatakan bahawa dia langsung tidak
mengeluarkan kenyataan tersebut walhal sudah terang dan jelas kenyataan telah
dibuat., Tian Chua sememangnya mengeluarkan kenyataan tersebut.
Baru-baru
ini, Tian Chua sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa tidak masuk akal untuk
anggota polis terkorban dalam menentang militan dari Filipina ini kerana
pasukan anggota keselamatan negara sudah ‘puas’ menikmati segala bantuan
keselamatan dan alatan-alatan seperti senapang, pistol dan sebagainya.
Ini
bukanlah kali pertama Tian Chua menunjukkan kebenciannya kepada pihak Polis.
Beberapa tahun lalu Ahli Parlimen Batu ini juga pernah ditangkap dan didakwa
kerana menggigit anggota Polis yang sedang menjalankan tugas menjaga keamanan.
Sikap
negatif Tian Chua terhadap pasukan keselamatan negara bukanlah sesuatu yang
baru kepada parti-parti dalam Pakatan. Sejarah kebencian pemimpin Pakatan
bukanlah bermula dengan Tian Chua, sebaliknya ia telah dibentuk dan ditanam
oleh pemimpin “numero uno” mereka, Anwar Ibrahim.
Pada
1998, Anwar tidak segan silu memanggil anggota keselamatan yang menghalang
demontrasi jalananya sebagai “anjing kerajaan.” Malahan itulah punca beliau
ditumbuk oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor. Anwar telah
memanggil Rahim sebagai “Bapa Anjing”.
Dalam
perhimpunan Bersih 2.0 pada 24 April 2012, terdapat bukti video yang jelas
menunjukkan Anwar memberi isyarat kepada penyokongnya agar merempuh anggota
Polis.
Tonton Video di bawah:
Tidak
cukup itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat
Sabu telah dengan terang-terangan mengisytiharkan Mat Indera, yang menjadi
ketua Platun komunis, yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira
sebenar. Dalam ceramahnya pada 21 Ogos 2011,di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Mat
Sabu menyatakan Polis yang menjaga keselamatan penduduk Bukit Kepong sebagai
“anjing penjajah”.
Ini
antara kata-kata yang dituturkan oleh Mat Sabu sendiri bagi menguatkan lagi
pendiriannya yang menjunjung hormat ‘pahlawan’ komunisnya itu.
“Jins
Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit
Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan
balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum
gantung,” katanya.
Permainan
dan pemikiran Mat Sabu itu jelas dapat ditafsir semuanya kerana niat dan agenda
politik semata-mata. Belia sanggup menafikan kekejaman Komunis “Bintang Tiga”
ke atas rakyat negara ini terutamanya kepada orang Melayu hanya kerana mahu
memburukkan pasukan keselamatan negara dan kerajaan Barisan Nasional.
Sikap
Mat Sabu untuk memburuk dan menjatuhkan maruah pasukan keselamatan sangat
konsisten dalam dirinya. Dalam himpunan Bersih 2.0 Timbalan Presiden Pas ini
mendakwa beliau dirempuh oleh Land Rover Polis. Habis dicanangnya kepada media
dan orang ramai, kononnya Land Rover PDRM telah merempuhnya hingga menyebabkan
kakinya cedera teruk dan perlu dibedah. Dia begitu gigih mempertahankan
kenyataannya.
Namun,
setelah PDRM mempamerkan rakaman CCTV yang diambil dari kawasan dia ditangkap
dan rakaman visual tersebut jelas menunjukkan Land Rover PDRM itu tidak
langsung bersentuh dengan motosikal yang diboncengnya. Tidak langsung meminta
maaf terus dia pusing cerita, kali ini kononnya dia dilanggar oleh kereta Waja
PDRM pulak! Padahal, rakaman itu jelas menunjukkan dia langsung tidak
dilanggar. Sebaliknya motosikal yang dibonceng Mat Sabu itu sebetulnya hilang
kawalan dan terlanggar pembahagi jalan!
Apakah
parti seperti ini yang mahu diundi oleh pasukan Keselamatan negara dan rakyat?
Mat
Sabu juga merupakan antara pemimpin Pakatan pertama yang mendakwa peristiwa
rampasan kem Bukit Jenalik di Sauk Perak oleh kumpulan pengganas al-Maunnah
sebagai sandiwara UMNO. Dalam kes ini dua orang anggota keselamatan terkorban,
namun Mat Sabu langsung tidak menghargai pengorbanan mereka menjaga keselamatan
negara.
Sebaliknya,
pengorbanan para anggota keselamatan negara dibalas dengan cercaan dan tuduhan
kononnya ini semua sandiwara kerajaan dan anggota keselamatan. Tidak pernahkah
Mat Sabu mendalami perasaan anak-anak perajurit ini apabila membaca
kenyataan-kenyataan tidak berhati perut beliau hanya atas sebab politik
kepartian. Nyawa tidak penting kepada Mat Sabu berbanding politik kebenciannya.
Yang
menghairankan ada bekas pegawai Polis dan Tentera sanggup menyertai Pakatan
hanya kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan atas sebab peribadi seperti –
kenaikan pangkat, tidak dapat lesen syarikat keselamatan atau mendapat apa-apa
kontrak kerajaan.
Dengan
berdiri atas pentas Pakatan, bekas jeneral dan pegawai kanan Tentera dan Polis
ini tidak sedar mereka sedang “kencing atas kubur” rakan seperjuangan mereka
yang terkorban mempertahankan rakyat sejak zaman darurat dahulu.
Bagi
Pakatan, selagi Barisan Nasional memerintah, pasukan Keselamatan tidak lebih
daripada anjing kerajaan biarpun merekalah yang menjaga keselamatan rakyat
tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
Inikah parti yang
akan kita undi? Sangat menghairankan jika ada anggota pasukan keselamatan yang
sanggup mengundi parti ini. Amat juga menakjubkan ada rakyat biasa yang telah
menikmati keselamatan dan keamanan hasil usaha keras pasukan keselamatan negara
sanggup memberi undi kepada kumpulan pemimpin politik yang tidak mengenang jasa
ini. MYKMU
Alhamdulillah, setelah negara
digemparkan dengan insiden pencerobohan pengganas dari Filipina yang mengaku
dari “kesultanan Sulu”, akhirnya pihak berkuasa mengumumkan Sabah sebagai
kawasan selamat sejak diceroboh.
Jutaan
terima kasih dan tahniah kepada pasukan PDRM dan ATM yang siang malam bersabung
nyawa mempertahankan kedaulatan negara dengan penuh semangat kenegaraan yang
tinggi. Semoga Allah SWT saja yang dapat membalas jasa dan bakti yang
dicurahkan kalian.
Selain
itu, ribuan terima kasih juga wajar diucapkan kepada Felda atas kemudahan dan
persediaan logistik bagi wira-wira negara di sana, termasuk kepada wartawan dan
pemimpin yang hadir memantau keadaan di sana.
Lega
rasanya apabila Tan Sri Isa Abdul Samad memberitahu tentang keadaan Gugusan
Felda Sahabat yang kembali beroperasi seperti biasa, membayangkan bahawa
kehidupan warga peneroka di Sabah kembali tidak terjejas. Lancar memakmurkan
bumi Sabah…
Walaupun
keamanan negara kita terganggu buat seketika, namun rasanya majoriti rakyat
Malaysia bersatu hati dalam menangani isu pencerobohan pengganas tidak
bertauliah dari Filipina itu.
Kalau
ada pun beberapa pihak dari parti pembangkang yang mempolitikkan keadaan, ia
adalah satu “bonus” untuk Kerajaan BN kerana ternyata sikap bodoh puak-puak
Pakatan Haram itu ditentang hebat oleh seluruh rakyat di negara ini.
Meskipun
begitu, sebak rasa di dada apabila mengenangkan 8 anggota pasukan keselamatan
kita yang terkorban di Lahad Datu tempohari. Semoga “syahid” mereka diterima
Allah SWT dan dicucuri rahmat kepada roh mereka.
Kerajaan
Malaysia dan Filipina sepakat mengatakan wujudnya konspirasi sulit yang menjadi
dalang di sebalik insiden yang meragut puluhan nyawa ini.
Biarpun
dalangnya menafikan penglibatan dalam insiden itu, saya yakin Allah lebih tahu
dan tidak akan membiarkan seorang yang zalim untuk menjadi PM atau Sultan,
insyaAllah. Rasanya, dia nak jadi “cikgu” pun Allah takkan izinkan…
Saya
melihat, rakyat di negara ini perlu mengambil iktibar di sebalik apa yang berlaku
di Sabah. Keamanan di Sabah hanya diragut untuk seketika. Namun penderitaan,
kesusahan dan kepayahan jelas terasa di seluruh negara, khususnya rakyat di
negeri di bawah bayu itu.
Insiden
ini membuktikan bahawa semangat perpaduan, jati diri dan jiwa patriotik amat
penting di negara berbilang bangsa, kaum, etnik, bahasa, budaya, agama dan adat
resam ini. Kita rakyat Malaysia wajib pertahankan kedaulatan negara walau apa
jua yang mendatang.
Pun
begitu, insiden ini juga merupakan satu amaran keras terhadap mana-mana pihak
yang cuba mencabul kedaulatan dan keamanan Malaysia sebagai sebuah negara yang
berdaulat.
Jangan
ingat Malaysia merdeka tanpa pertumpahan darah bererti rakyatnya tidak sedia
berkorban darah demi negara. Cubalah berkurang ajar seperti yang dilakukan
Kiram III, nescaya binasa biarpun berbekalkan “tangkal tidak mujarab” yang
diikat “di anu” pengganas yang dihantarnya!
Musuh-musuh
di luar negara perlu membuka mata mereka bahawa rakyat di negara ini menolak
sebarang keganasan, terutama yang melibatkan senjata. Tiada kompromi dan tiada
tempat untuk pengganas di negara ini.
Mengenai
“pengganas yang tidak bersenjata” di dalam negara ini dan sering mencetus
huru-hara, mereka juga perlu mengambil pengajaran dari insiden di Lahad Datu.
Jangan ingat mereka “sahabat baik rejim Zionis Yahudi Israel” maka mereka fikir
mereka diterima. Cubalah buat onar kalau berani…
Jangan
ingat rakyat Malaysia bodoh dengan pengkhianatan “dalaman”. Maklumat di zaman
ini tiada sempadan. Jadilah “sesumpah” spesis apa pun sekali, saya yakin pihak
berkuasa Malaysia dapat menghidu bau busuk “bangkai” di dalam hati mereka.
Cukuplah
apa yang berlaku di Sabah. Cukuplah Kiram III saja “diajar” tentang tatacara
menghormati kedaulatan negara ini. Harapan saya semoga tidak muncul pula “Si
Kitul III”, “Raja Mendaliar III” atau “Omega III”. Bukan apa, buruk padahnya
nanti…kan?