Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Tuesday, 28 May 2013

KAPAL PERANG INDIA SUDAH MASUK MALAYSIA !!!


PELABUHAN KLANG— Empat buah kapal Tentera Laut India dari Armada Timur yang ditugaskan ke Laut China Selatan dan Pasifik Barat berlabuh di sini. Kapal-kapal itu Frigat Satpura, Pemusnah Ranvijay, Korvet Kirch dan kapal tangki Shankti yang membawa kira-kira 800 orang kru sedang mengadakan lawatan muhibah antara pertengahan Mei dan Jun.

Frigat INS Satpura F-48

Mereka akan menuju Vietnam sebelum singgah di destinasi terakhir Filipina. Satu majlis jamuan malam akan diadakan di salah sebuah kapal itu untuk pegawai tinggi kedutaan India dan Malaysia pada Isnin. Pegawai Pemerintah armada tersebut, Laksamana Muda P. Ajit Kumar yang mengetuai armada India ke Malaysia buat kali kedua berkata beliau mahu meningkatkan kerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Beliau berkata satu bentuk latihan bersama ‘Passage Exercise’ telah dirancang dengan TLDM yang dapat meningkat keamanan dan keselamatan maritim di rantau ini.

Destroyer INS Ranvijay D55

“Bentuk latihan ini mengandungi latihan peperangan konvensional dan kerjasama tindakan kenteraan terhadap ancaman bukan konvensional,” katanya kepada pemberita di atas salah sebuah kapal tersebut. Ajit berkata persinggahan selama lima hari itu turut mengandungi beberapa program bersama TLDM.

Korvet INS Kirch P62


INS Shankti A57

SUMBER: NAVY BEST!

Thursday, 16 May 2013

SELAMAT DATANG MENTERI PERTAHANAN YANG BARU!


KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjanji akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memberi perkhimatan terbaik kepada rakyat.

Dalam mesej melalui laman Twitternya, Hishammuddin berkata beliau bersyukur atas pelantikan itu dan tidak sabar untuk menjalankan tugas melalui portfolio berkenaan.

Kata bekas Menteri Dalam Negeri ini, beliau akan mengangkat sumpah jawatan pada pukul 3 petang esok.

"Najib amat berharap kami akan menjalankan tugas dengan penuh bersemangat," katanya.

Pengumuman senarai anggota Kabinet baharu hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Barisan Nasional (BN) memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen dalam Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei, menyaksikan pertukaran portfolio antara Hishammuddin dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung melalui media elektronik dari Putrajaya itu, Najib berkata Ahmad Zahid dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri dan Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan.

Ahmad Zahid, Anggota Parlimen Bagan Datoh (Perak), dilantik Menteri Pertahanan pada 2009, manakala Hishammuddin, yang merupakan Anggota Parlimen Sembrong (Johor) pula, diberi tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan.

Najib juga mengumumkan pelantikan Anggota Parlimen Kudat (Sabah) Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, manakala Anggota Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

p/s: Semoga pentadbiran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menyemarakkan lagi kecemerlangan dan keampuhan Angkatan Tentera Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.


Wednesday, 8 May 2013

DILEMA MB SELANGOR - KHALID IBRAHIM PALING LAYAK... AZMIN & DR RANI BOLEH BLAHHHHH...

Percaturan dan Konflik perebutan kerusi MB Selangor

KEMELUT CALON MB SELANGOR

Jika dilihat kepada PAS dan PKR, masing-masing memenangi 15 dan 14 kerusi. Maknanya PAS lebih 1 kerusi berbanding PKR. Dari segi heirakinya , PAS adalah lebih layak untuk dilantik sebagai MB. Namun demikian jangan lupa perana  DAP. Mereka juga ada peranan untuk memberikan restu kepada parti mana yang bakal menjadi MB. Sudah tentu mereka juga inginkan seorang MB yang mempunyai visi dan misi yang paling hampir dengan mereka. Kalau tidak silap aku, DAP sudah pasti akan menyokong PKR. Jadi pilihan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. 

Percakaran antara mereka berdua sudah menjadi
 rahsia terbuka kepada umum (Open Secret)

PAS DALAM DILEMA

PAS tidak boleh buat apa-apa kerana itu adalah keputusan teramai. Dalam masa yang sama ADUN BN tidak boleh membantu. Jadi terpulang kepada Sultan untuk merestui siapa yang baginda restui untuk menjadi MB. Sultan tidak terlibat dengan politik. Baginda hanya mahukan seorang MB yang boleh menjaga negeri dan membawa kesejahteraan rakyat baginda. Jadi aku tidak fikir Sultan akan campur tangan. Baginda akan merestui siapa sahaja yang dipilih oleh Parti kecuali jika baginda mendapati ADUN tersebut mempunyai moral yang kurang bagus. Jadi Azmin Ali aku fikir tidak akan direstui oleh Baginda.  

DAP KHIANATI PAS JIKA TAK SOKONG CALON PAS JADI MB SELANGOR

Dengan menyokong PKR, bermakna PAS terlepas peluang untuk menjadi MB. Ianya membawa maksud tersirat bahawa DAP telah mengkhianati PAS kerana kenapa DAP tidak menyokong PAS sedangkan PAS memiliki kerusi yang lebih besar berbanding PKR. PAS akan menerima sahaja apa jua keputusan yang diputuskan kerana itu memang sudah menjadi adat di dalam sebuah Pakatan. Suara majoriti suara dituruti. Jika PAS membantah, bermakna PAS telah ingkar. Hubungan akan menjadi keruh dan jika PAS di singkirkan dari Pakatan, DAP dan PKR masih boleh membentuk kerajaan.

azmintwiter

AZMIN MERACAU NAK JADI MB SELANGOR

TETAPI.... Lain pula ceritanya apabila PKR sendiri masih berteka teki siapakah calon paling layak untuk menjadi MB Selangor. Adakah Khalid Ibrahim atau Azmin Ali? Azmin Ali pula dilihat meracau-racau dan melobi namanya untuk menyandang jawatan penting tersebut. Krisis perlantikan Menteri Besar Selangor menjadi semakin menarik apabila Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Mohamed Azmin Ali, telah mengumumkan kepada para penyokong bahawa beliau akan meninggalkan PKR sekiranya tidak dipilih menjadi Menteri Besar Selangor.

AZMIN ALI BUKAN PILIHAN ISTANA

Dalam masa yang sama DAP tidak mahu Azmin sebagai Menteri Besar walaupun majoriti wakil rakyat PKR mahukannya. Sementara itu, sumber Istana dikatakan lebih menyukai calon Pas sebagai Menteri Besar. Anwar sehingga kini masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan. Tindakan Azmin ini telah dijangka setelah dalam twitternya semalam menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bermuhasabah diri mengenai kekalahan dan jangan menyalahkan lain.

PAS SEDIA USUL CALON MB SELANGOR

Dr Rani (PAS) turut disebut-sebut calon tebaik PAS
 untuk jawatan MB Selangor

OK.. Azmin Ali dah dok mencanang bahawa beliaulah manusia paling layak menjadi MB Selangor. Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha, berkata jika parti itu terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar, ini membuktikan PAS sentiasa diperkotak-katikkan rakannya dalam pakatan terbabit. PAS perlu menuntut mendapatkan kuasa kerana jumlah kerusi yang dimenangi parti itu. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, adalah individu paling layak mengetuai kerajaan negeri berkenaan, lebih-lebih lagi Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor mensyaratkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah dalam kalangan orang Melayu.


Jika PAS terpaksa tunduk kepada PKR atau DAP dengan melepaskan jawatan Menteri Besar, ia membuktikan parti itu sentiasa menjadi belasahan dan diperkotak-katikkan rakannya dalam pembangkang,”

- Norman Toha


Abdul Rani berkata, beliau bersedia diberi tanggungjawab sebagai Menteri Besar jika mendapat mandat daripada kepemimpinan pakatan pembangkang di peringkat pusat. 

“Jika saya diberi tanggungjawab, saya sedia menerimanya sama ada sebagai Menteri Besar atau Perdana Menteri. Terserah kepada pucuk pimpinan,”

- Dr Abdul Rani

Khalid Ibrahim paling layak jadi MB Selangor!

PAS SANGGUP BERI PELUANG KEPADA PKR - KHALID IBRAHIM MENANG!!!

Tetapi, lain pula cerita yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali yang menyatakan bahawa PAS Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13). Katanya lagi, atas 'semangat setia kawan' dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah. Tetapi, jika Khalid Ibrahim benar-benar menjadi MB Selangor, beliau perlu melantik lebih ramai pemimpin PAS dalam barisan EXCO bagi menunjukkan keseimbangan pembahagian jawatan berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi.

Harap-harap begitulah ye...

Thursday, 2 May 2013

KAKI MEMBOHONG - DARI BAPAK TURUN KE ANAK.. IZZAH OOOHHH IZZAH..


Individu sebenar dalam gambar (Mej Azmee Buang) dah pun tampil buat kenyataan.
Kalau  MACAI masih percaya Izzah ni, memang kasihan...

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai tentera yang dikaitkan dengan dakwaan parti pakatan rakyat bahawa dakwat kekal yang dicalit ke jarinya hilang selepas mengundi awal semalam, hari ini berkata beliau bukanlah orang yang dimaksudkan.


Mejar Azmee Buang, 41, dari Unit Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, berkata dakwat yang dicalit dijarinya masih kekal hingga hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan beliaulah orang yang menaiki sebuah kereta berwarna merah sambil menunjuk jarinya yang dicalit dakwat, yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook semalam oleh pihak yang tidak dikenali.

Azmee berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Kementerian Pertahanan di sini hari ini bersama beberapa anggota tentera untuk memberi penjelasan mengenai dakwat kekal.

Menurutnya gambar itu diambil semasa beliau berhenti di Taman Koperasi Polis selepas mengundi di Kem Perdana Sungai Besi tengah hari Selasa, dan ketika itu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar yang berada di situ memintanya menunjukkan jari yang dicalit dakwat.

Dulu kata Melayu boleh menganuti agama lain.. Kali ni dok
kalut tipu pasal dakwat kekal pulak..
Pada masa itu terdapat beberapa orang yang tidak dikenali bersama Nurul Izzah, mengambil gambarnya.

Azmee berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah mencemar namanya jika mereka tidak mengambil tindakan membuat pembetulan atas dakwaan tersebut.

"Saya nafikan yang saya adalah anggota tentera yang mendakwa dakwat kekal yang dicalit ke jari saya oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, hilang.



Selain itu, Azmee turut menafikan bahawa beliau bersama Naib Presiden PKR Tian Chua membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang di sini, semalam berhubung dakwaan kononnya penggunaan dakwat kekal tidak kekal.

Pada Selasa, Tian Chua dilaporkan mendakwa beliau terpaksa membuat laporan polis berseorangan setelah anggota tentera yang dikenali sebagai Azmi hilang sebelum Tian Chua sempat membawanya ke balai polis untuk membuat laporan mengenai dakwat kekal itu. Azmee turut menafikan bahawa beliau adalah anggota tentera yang dimaksudkan oleh Tian Chua dalam laporan polis itu.

Sementara itu, beberapa anggota tentera menafikan dakwat kekal itu telah hilang setelah dibasuh beberapa kali.


Staff Sarjan Anismah Tapa, 36, berkata dakwat yang dicalit ke jarinya kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam masih kekal sehingga kini, walaupun dicuci beberapa kali. Perkara itu turut diakui Mejar Zulkifli Mohd Zabidi, 50, dari Markas Tentera Darat dan Rossu Indera Busu, 27, dari Markas Tentera Laut (Pembangunan). -BERNAMA 



Untuk artikel lain mengenai pembohongan anak Anwar Ibrahim, Anda boleh layari di pautan sebelah ----- >  IZZAH KANTOI BOHONG


Wednesday, 1 May 2013

TERKINI - LAGI PENDEDAHAN MENGAPA JENERAL JACK PALANCE BERIYA-IYA SANGAT MASUK PKR


Jeneral Jack Palance menyifatkan penjawat awam seperti KERA!

Anwar akan mengajak sesiapa sahaja yang mempunyai dendam kesumat kerana cita-cita yang tidak kesampaian sepertinya menyertai pakatan untuk memberontak dan menghancurkan Negara secara tersusun. Maka muncul lah individu yang bernama Jeneral Tan Sri Md Hashim Bin Hussein yang cukup berdendam dengan kegagalan beliau mendapatkan jawatan yang diidamkan.

Tan Sri Mat Hashim Hussein tampil disebelah  Anwar semata-mata untuk menempelak Angkatan Tentera Malaysia semasa pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu baru-baru ini. Pihak kerajaan Filipina telah membuat kenyataan bahawa pencerobohan tersebut didalangi oleh pemimpin pembangkang Malaysia. Maka apabila Jeneral Mat Hashim menyatakan pendiriannya disisi Anwar Ibrahim, yang diragui tahap kesetiaan kepada Raja dan Negara. Ini menunjukkan bahawa beliau juga berpaling tadah terhadap Negara kita.

Persatuan Bekas Tentera Malaysia (Cawangan Johor Bahru) dah
REJECT Jack Palance di JB

Dua bekas Jeneral telah Anwar letakkan sebagai calon dalam PRU13 ini untuk mendapatkan undi dari Angkatan Tentera Malaysia. Penulis ingin mengupas identiti Mat Hashim ini.

Beliau amat terkenal dengan panas baran dan angkuh. Kononnya beliaulah yang paling hebat sekali di ATM. Rupa-rupanya ada rahsia yang tersembunyi.

Tujuan utama Mat Hashim menyertai Anwar kerana mahukan jawatan

Jawatan yang pertama beliau GAGAL kejar :

Bukan sahaja menyifatkan penjawat awam sebagai KERA tapi beliau
telah melanggar etika ketenteraan

 PENGERUSI REJIMEN ASKAR MELAYU DI RAJA

Mat Hashim telah cuba pelbagai cara, pelbagai ‘kabel’ supaya beliau di lantik sebagai Pengerusi tersebut. Ketika itu Mat Hashim hanyalah berjawatan Timbalan Panglima Tentera Darat. Akhirnya atas nasihat maka Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah membuat keputusan melantik dan memperkenankan Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Shahrom Nordin sebagai Pengerusi Rejimen Askar Melayu Di Raja.

Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Shahrom Nordin ketika itu menjawat jawatan Panglima Medan Tentera Darat.

Pegawai Tentera Darat, yang berada dalam Regimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) memang berebut nak jadi Pengerusi  Rejimen Askar Melayu Di Raja kerana ianya  akan memudahkan mereka menjadi Panglima Tentera Darat atau Panglima Angkatan Tentera.


 Kekecewaan yang amat sangat ini tidak berakhir d situ :

TIDAK DI LANTIK SEBAGAI PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (PAT)

Kekecewaan Mat Hashim bertambah parah kerana sekali lagi beliau di persendakan kerana tidak di lantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia, sedangkan ketika itu beliau sudahpun menjawat jawatan Panglima Tentera Darat.

Majlis Angkatan Tentera (MAT) telah memilih Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor adalah Panglima Angkatan Tentera dari Tentera Laut Diraja Malaysia menjadi Panglima angkatan Tentera Malaysia yang baru.

Perlantikan Laksamana Anwar merupakan titik baru dalam sejarah Angkatan Tentera Malaysia kerana menjadi PAT yang pertama bukannya dari Tentera Darat.


Perlantikan Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Mohd Anwar dikatakan telah memalukan Mat Hashim kerana ketika itu beliau d anggap sebagai Panglima yang d geruni namun akhirnya tewas mudah pada Panglima Tentera Laut.

Ramai yang tak tahu kisah ini kerana cerita Angkatan Tentera Malaysia hanya kelompok mereka sahaja yang tahu.


Namun keangkuhan dan dendam yang mengaburi mindanya telah membuatkan Mat Hashim naik ke pentas ceramah politik dan mula menyerang dan memfitnah ‘tangan’ yang pernah menyara beliau dan sekeluarga maka sudah sampai masanya kisah sebenar Mat Hashim di bongkarkan.

MYKMU