Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday, 29 February 2012

KD LAKSAMANA HANG NADIM SELAMATKAN PEMANCING.. BRAVO ZULU TLDM!




Lumut, 28 Feb – Kapal milik TLDM dari Skuadron Korvet ke-24 Kelas Laksamana, Kapal Diraja (KD) LAKSAMANA HANG NADIM telah berjaya menyelamatkan tiga orang pemancing  mangsa bot karam. Dalam kejadian tersebut, tiga orang pemancing Marzuki bin Daraman, 52 tahun, Zulkhairi bin Abdul Rahman, 47 tahun dan Mualim bin Giyar, 40an, dari Teluk Muroh ditemui sedang terapung-apung di lokasi 30 batu nautika Barat Daya Pulau Pangkor berdekatan dengan Pulau Jarak.


KD LAKSAMANA HANG NADIM sewaktu menemui mangsa,  sedang dalam siri rutin rondaan berterusan dan pengawasan keselamatan maritim oleh kapal-kapal TLDM di Perairan Selat Melaka. 



Menurut mangsa, bot yang dinaiki mereka sedang bersauh di kira-kira 400 meter arah Selatan Pulau Jarak kerana berlindung dari cuaca buruk, ombak dan angin kencang mulai jam 1 pagi 27 Feb. Pada kira-kira jam 3 pagi angin kencang dan ombak kuat telah menghanyutkan bot ke arah Pulau Jarak. Cubaan mereka untuk membongkar sauh dan meninggalkan kawasan perairan tersebut telah gagal akibat enjin bot tidak dapat dihidupkan dipercayai disebabkan oleh masalah bateri.



Pada jam 11 pagi dalam keadaan air surut, bot yang sedang terapung-apung telah dipukul ombak kuat sehingga menyebabkan bot jenis fiber ini terhempas di batu besar di kawasan perairan tersebut dan pecah. Akibat daripada hempasan tersebut, keseluruhan bot ditenggelami air dan ketiga-tiga mereka terpaksa berapung untuk menyelamatkan diri.


Pada kira-kira jam 12.45 tengahari, KD LAKSAMANA HANG NADIM yang sedang meronda dikawasan tersebut telah mengesan ketiga-tiga mangsa dan bertindak memberikan bantuan menyelamat. KD LAKSAMANA HANG NADIM yang dalam rutin rondaan, kemudiannya telah menyerahkan ketiga-tiga mangsa kepada Tim Sentosa di Pos Pemerhati Pulau Jarak untuk bantuan lanjut. Ketiga-tiga mangsa kemudiannya telah dipindahkan dari Pos Pemerhati Pulau Jarak ke atas sebuah lagi kapal TLDM iaitu Kapal Tunda Diraja (KTD) PENYU yang sedang dalam rutin penghantaran logistik kepada Tim Sentosa di Pos Pemerhati Pulau Jarak kira-kira jam 4.45 petang.


Dalam masa yang sama, Daerah Maritim 3 (DM3) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang telah dimaklumkan mengenai kejadian oleh Pusat Operasi TLDM di Markas Armada telah menugaskan aset mereka KM TUGAU untuk bantuan. KM TUGAU telah membuat pertemuan dengan KTD PENYU pada jam 11.45 malam di posisi 8 batu nautika Barat Daya Pangkor Laut dan ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada KM TUGAU untuk di bawa pulang ke Jeti APMM Kg. Acheh.

Mangsa selamat tiba bersama KM TUGAU di Jeti APMM Kampung Acheh pada kira-kira jam 12.35 malam 27 Feb

Sumber: Perhubungan Awam Markas Armada TLDM


p/s: Cerita-cerita sebegini sepatutnya wajar dihebahkan secara meluas kepada masyarakat agar mengetahui betapa besarnya jasa-jasa pengorbanan TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia secara amnya kepada masyarakat. Mungkin ada yang akan memperlekeh dengan mengatakan "eleh..Askar Setia copy and paste jugak".. Tetapi...


Saya ingin mengingatkan bahawa, segala artikel yang disiarkan adalah berlandaskan fakta dan tidak dicedok dari mana-mana blog melukut di tepian gantang. Paling tidak pun, perkongsian maklumat MESTI SAHIH dan jika tidak, tiada bezanya dengan menyebarkan FITNAH.


Apa yang berlaku adalah kita sering dimomokkan dengan fitnah dan cerita-cerita negatif yang tidak jelas hujung pangkal dan kesahihannya. Lebih menyedihkan, ada dikalangan bekas tentera yang sanggup 'menjual maruah' dengan  menjadi kuda tunggangan parti-parti politik dengan menjadi ejen menyebarkan artikel-artikel 'murahan' dan tidak habis-habis mengkritik kepimpinan kerajaan dan ATM. Mungkin tidak cukup 'forward-roll' semasa berkhidmat dahulu. 

Monday, 27 February 2012

CERITA GAJI ANGGOTA TNI NAIK 40%... BUDAYA POLITIK MURAHAN BLOGGER PEMBANGKANG

Cerita kenaikkan gaji Tentera Nasional Indonesia (TNI) sebanyak 40% heboh di hebahkan di laman-laman blog pihak pakatan rakyat. Mana tidaknya.. Mereka seolah-olah sedih kerana negara seperti Indonesia berusaha untuk menjaga kebajikan tenteranya dengan kenaikan gaji tersebut. Ironinya, blogger-blogger politik pembangkang ini yang ingin dilihat sebagai HERO SERBA TAHU dan PEMBELA KEBAJIKAN mungkin terlupa bahawa kenaikan 40% untuk TNI tu besar mana nilainya jika hendak dibandingkan dengan jumlah gaji yang diperolehi oleh anggota ATM dari pangkat Prebet hinggalah ke Panglima Angkatan Tentera.

Blogger HERO SERBA TAHU tersebut dengan pantas 'memuat-turun' cerita kenaikkan gaji tersebut di Facebook dan blog-blog mereka. Blogger KOBATPKR dengan pantas memadamkan entri berkenaan di Facebook  selepad 'dihentam' keranan mempamerkan budaya politik murah dengan mempolitikkan isu berkenaan yang jelas tidak benar. Ada ke patut dia nak bandingkan 40% nilai matawang Rupiah dengan gaji anggota ATM (Ringgit Malaysia)? Entri berkenaan seperti disiarkan di entri laman web TKO:


Entri di Laman blog proksi KOBAT PKR iaitu PKR Pahang



Ok..Tanpa buang masa, jom kita bandingkan gaji tentera TNI dengan gaji yang diperolehi oleh anggota ATM:

Gaji anggota TNI, PNS dan POLRI seperti di web Indonesia  menurut PP No 15, 16, 17 tahun 2012



Ok..  Sekarang kita cuba convertkan nilai gaji Prajurit Dua TNI (Rp 1325,000 yang dahulunya Rp 1230,000)


HANYA LINGKUNGAN RM443?

Sekarang cuba kita lihat jumlah gaji yang diterima oleh anggota ATM berdasarkan Skim Gaji Baru Angkatan Tentera Malaysia 2012:


Kenaikan gaji tentera (pemegang Ijazah Sarjana Muda) daripada RM2,100 kepada RM2,400, sebulan

Gaji pokok permulaan anggota tentera berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinaikkan sekitar daripada RM800 kepada RM1,125 sebulan

Anggota prebet muda yang menyertai ATM ketika berusia 18 tahun boleh berkhidmat sehingga usia 45 tahun iaitu perkhidmatan maksimum selama 27 tahun

Sejajar dengan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ATM perkhidmatan terkanan di negara ini



Gaji anggota tentera berpangkat Prebet sudah mencecah RM1,125.00 sebulan! Gaji anggota Prebet ATM hampir menyamai dengan Perwira Tinggi TNI (Rp 4717500 = RM1577,75)???

Selain jumlah gaji tersebut, sekarang kita cuba sama-sama mengingati kemudahan-kemudahan lain yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan ATM kepada anggota yang yang masih berkhidmat (apa yang saya ingat)...

1. Kemudahan Pinjaman Perumahan
2. Elaun COLA
3. Elaun Perjalanan
4. Elaun Rumah
5. Elaun Khidmat
6. Elaun Tuntutan Pindah
7. Claim Cuti Tahunan
8. Waran Keretapi/Kapal Terbang/Kapal secara percuma setahun sekali
9. RM450 saguhati dari Koperasi Tentera untuk anak-anak anggota tentera yang cemerlang dalam peperiksaan
10. Khairat Kematian (RM1000 atau RM3000?. Saya terlupa)


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.W.T diatas rezeki yang diberi.

Nasihat saya kepada blogger-blogger pembangkang terutamanya kepada blogger bekas tentera yang dahulunya dididik untuk jujur dan adil, TOLONGLAH... Jangan kerana hendak hidup lama dalam politik, semua cerita hendak dipolitikkan. Anda hanya mempamerkan budaya politik KELAS KETIGA dan tahap pengetahuan yang rendah dengan menyiarkan entri-entri murahan seperti itu. Anggota tentera tidak sama sekali menyokong budaya politik murahan seperti apa yang anda tonjolkan!

Soalan saya kepada kalian... Pernahkah anda melawat dan tinggal di Indonesia? Mungkin mereka tidak tahu bahawa kos kehidupan di Indonesia adalah 2 kali ganda dari di Malaysia?

Mungkin Tidak Pernah!

p/s: Kelakar apabila meihat ada seorang HERO BLOGGER PEMBANGKANG cepat-cepat padam artikel tersebut bila diserang hebat di Facebook. Kantoi daaaa..

KOBAT PKR MASIH BERKOKOK ATAS NAMA PEMBELAAN?

Sebelum ini, Askar Setia ada menyiarkan artikel mengenai usaha palsu KOBAT PR yang menjadikan bekas tentera sebagai batu loncatan survivaliti dan kelangsungan mereka dalam parti politik PKR. Artikel-artikel yang mereka siarkan boleh dikatakan kesemuanya di 'copy n paste' dari blog-blog picisan yang merata-rata (mungkin tiada isu hendak dimanipulasi). Lebih menyedihkan lagi, entri-entri sendiri pula penuh dengan maklumat palsu (jika blog terdahulu masih ada, anda bole lihat sendiri). Itu tidak termasuk pemilik blog yang mendakwa dirinya 'bekas pegawai tentera' hinggalah mat ca'i - mat ca'i KOBAT yang mungkin pada ketika dahulu, tidak merasa pakai blazer dan one suit, kini bertindak seperti HERO POLITIK SERBA TAHU. Almaklumlah..dapat bersalaman dengan Anwar Ibrahim dan bagi ceramah... (kelakar aku baca statement Wfauzdin NS yang mendakwa pihak perisikan bagi amaran padanya untuk tidak terlalu vokal dalam mengkritik kerajaan..Siapa kau Wfauzdin NS?Mimpi siang hari ke? hahahaha)...

Berikut beberapa entri mengenai penipuan KOBAT yang pernah disiarkan di Askar Setia dahulu.


Memang handal KOBAT
mencipta  'LOGO'
Kini, Wfauzdin NS dan bos besar iaitu Yazid Deni sekali lagi cuba menghidupkan KOBAT dengan mewujudkan KOBATPKR (sayap kanan PKR PAHANG) yang bertujuan untuk menjadi 'penyelamat' buat bekas anggota tentera yang didakwa tidak mendapat pembelaan kebajikan yang sewajarnya dari pihak kerajaan. Sama seperti sekutu KOBAT iaitu KERABAT (berapa banyak BAT daaa), mereka-mereka ini yang menjadi orang suruhan parti politik pembangkang, banyak menyebarkan fitnah, maklumat tidak betul dan amat menyedihkan apabila cuba menghasut bekas tentera dan anggota ATM yang masih berkhidmat untuk menentang kerajaan. golongan seperti ini yang layak di'klasifikasikan; seperti kacang lupakan kulit dan seperti melepaskan anjing tersepit bermati-matian cuba menafikan keistimewaan dan kebajikan yang telah dicurahkan oleh pihak kerajaan kepada mereka sewaktu berkhidmat didalam ATM dan sanggup bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk mengkritik dan menabur fitnah utnuk menggugat kepimpinan Perdana Menteri.

Saya bukanlah pro mana-mana parti politik, cuma ingin menegaskan bahawa biarlah kita berlaku adil, ikhlas dan jujur dalam perjuangan. Siapa tidak tau yang orang kuat KOBAT merupakan businessman yang sama sahaja dengan kebanyakkan ahli politk yang lain untuk menggunakan landasan politik untuk meraih keuntungan cepat. 

Kor?
Baru-baru ini, KOBATPKR dengan tiada segan silunya mempelawa anggota tentera untuk menyertai Perhimpunan Hijau 2.0 walhal sudah jelas bahawa perhimpunan tersebut merupakan anjuran parti politik (Pakatan Rakyat). Untuk apa? Anggota tentera tidaklah bodoh. Mereka juga sudah jelek dan bosan dengan taburan janji manis Pakatan Rakyat. Sama seperti KERABAT yang kononnya mahu menjadi HERO dan SAVIOUR untuk bekas tentera, namun sedarlah bahawa, mereka-mereka ini hanyalah KUDA TUNGGANGAN pihak pembangkang yang berkhidmat dengan 'ikhlas' untuk mengkoordinasi hal berkaitan bekas tentera dan anggota yang masih berkhidmat.

Kepada bekas anggota tentera, jaminan pihak kerajaan dari aspek kebajikan dan pembelaan adalah PASTI. Saluran yang betul amat jelas dan telah disediakan . Cuma, isu-isu berkaitan birokrasi dan perkara remeh-temeh dalam kerjasama JHEV dan PBTM dengan kerajaan pusat dan kerajaan negeri kadangkala 'melambatkan' sesuatu inisiatif yang direncanakan. Entiti-entiti politik seperti KOBAT dan KERABAT hanya menggunakan isu 'kententeraan' dan 'pembelaan' untuk survivaliti politik mereka. Saya teringat kata-kata seorang veteran yang ada menghadiri perhimpunan KERABAT bersama bekas tentera di Serdang, Selangor (saya lupa tarikh perhimpunan tersebut)..Bunyinya lebih kurang seperti berikut:

"..dah dia kata nak bg tanah, kita bedal aje la..kita amik aje dua-dua tanah (dari kerajaan dan pembangkang)... perhimpunan tu sama seperti perhimpunan politik. kata nak bela bekas askar, tapi cuma 1 per 10 cerita pasal kebajikan. Yang lain semua cerita poltik itu hentam Parti itu ini. Takda beza dengan ceramah-ceramah politik yang lain. Kata nak bagi tanah...Ada pulak yang bagi aku kertas putih disuruhnya aku angkat pasal sokong mansuhkan undi pos...."

*** Cuba baca manifesto KERABAT untuk Pakatan Rakyat sekiranya dapat menawan Putrajaya. Jika diteliti, kebanyakkannya business-oriented dan menguntungkan mereka sahaja


Saya puji inisiatif-inisiatif mana-mana pihak yang benar-benar ikhlas membela kebajikan perwira-perwira tanah air tetapi, biarlah menggunakan saluran yang betul. percayalah. Kerana memerlukan sokongan bekas tentera, mereka sanggup 'menghalalkan' fitnah dan maklumat palsu dalam perjuangan. Hala tuju perjuangan juga masih sama-samar.  KOBAT ini hanya seperti melukut di tepian gantang. Jika benar Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya, mereka-mereka ini pasti akan dilupakan. Mana-mana bekas tentera dan anggota yang masih berkhidmat yang ingin menyokong KOBATPKR? Fikirlah dahulu sebelum menyesal... Mereka itni tiada bezanya seperti ayam yang suka berkokok...kokokokokkKKKKkkKKKK


Tuesday, 14 February 2012

14 FEBRUARI... APA YANG ISTIMEWANYA?

Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca Askar Setia. Pada masa saya menziarahi blog rakan-rakan seperjuangan ditambah pula kekeringan idea untuk menyiarkan sebarang artikel (sibuk hal keluarga sebenarnya + sambutan hari lahir ibunda tercinta yang juga pada tarikh 14 Feb...), saya ingin berkongsi sedikit 'reading pleasure' yang saya dapati dari blog-blog berkenaan. 

Dipetik dari blog Navy The Best


Paparan ini tiada kena-mengena dengan TLDM. Namun Navy The Best berpendapat tidak salah kalau dipaparkan artikel ini sebagai menghargai pengorbanan jasa wira Negara. Tanggal 14 Febuari sering dikaitkan dengan Hari Mengingati Kekasih atau lebih sinonim dengan Valentine Day

Namun jarang yang ambil tahu bahawatanggal 14 Febuari juga adalah tarikh keramat dimana tahun ini genaplah 70 syahidnya Leftenan Adnan di Bukit Chandu, Singapura.

Al Fatihah kepada Allahyarham Leftenan Adnan Saidi yang maut dalam menjaga kedaulatan Negara di tangan Jepun. Sebagai anak watan yang masih wujud, ayuh kita ambil semangat juang beliau untuk menentang musuh negara baik dalam apa jua landasan tidak lain DEMI UNTUK MEMPERTAHAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.


Al Fatihah...

Thursday, 9 February 2012

Pesara Tentera Dapat Pencen Baru

 Kerajaan telah umumkan kenaikan pencen baru pesara tentera naik antara 2.5% hingga 8%. Sedikit sebanyak inisiatif kerajaan dapat membantu pesara tentera yang dalam menaikkan taraf hidup mereka. Kadar pencen baru tentera meliputi seramai 100,300 pesara tentera selaras dengan pembentangan Bajet 2012 berjumlah RM600 juta membabitkan 600,000 pesara kerajaan di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Memey senyum le pak cik dapat pencen baru..

Antara inisiatif kerajaan bagi membantu bekas tentera seperti berikut:

  1. Waris pesara tentera yang layak, termasuk isteri dan anak, akan ditentukan berdasarkan pemindahan gaji akhir penjawat awam ketika bersara atau tamat perkhidmatan
  2. Pesara tentera akan menerima pencen bulanan minimum lebih tinggi berbanding RM720 yang diterima sebelum ini
  3. Pesara tentera akan menikmati kenaikan pencen sehingga 8 peratus ekoran pelarasan pencen oleh JPA dan JHEV di bawah skim saraan baru Perkhidmatan Awam (SBPA 2012)
  4. Pembayaran  pencen baru tentera akan dilakukan secara berperingkat mulai hujung bulan Februari 2012 ini
  5. 20,000 pesara yang menamatkan perkhidmatan selepas 1 Oktober 2004 yang mana akan menerima bayaran pencen dengan kadar baru itu
  6. Baki 80,300 pesara atau penerima pencen sebelum tarikh itu akan diselaraskan selepas mendapat kelulusan penggunaan jadual gaji baru yang diluluskan di bawah SBPA ATM dan sifir pemindahan gaji oleh JPA
  7. JHEV akan membuat penyelarasan bayaran tunggakan bagi kadar pencen baru yang berkuat kuasa Januari 2012