Calon PKR bagi kawasan
Parlimen Johor Bahru, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein dikatakan melanggar
tiga etos ketenteraan dengan memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan
negara.
Sebagai seorang bekas Panglima Tentera Darat (PTD) perbuatan itu
adalah tidak bertanggungjawab, kata bekas Panglima Latihan dan Doktrin Tentera
Darat Mej Jen (B) Datuk Amir Baharudin. Beliau berkata Md Hashim sudah
melanggar tiga etos ketenteraan iaitu kesetiaan dan ketaatan, maruah serta
integriti.
"Ini secara tidak langsung memberi imej negatif kepada
pasukan keselamatan. Sanggup memutar belit kenyataan demi kepentingan
politik," katanya pada ceramah di kampung Plentong Tengah di sini malam
semalam.
Amir yang dikenali dengan panggilan mesra Pak Guntor berkata Md
Hashim perlu menjaga maruah tentera khususnya pasukan yang pernah dipimpinnya.
Amir berkata tindakan beliau bersama rakan-rakan bekas panglima angkatan
tentera mengadakan demontrasi sebelum ini bukan disebabkan Md Hashim menyertai
PKR tetapi kerana kecewa atas penghinaan yang dibuat calon itu.
"Kami
tidak bantah dia bersama PKR kerana itu hak dia sebagai rakyat Malaysia untuk
berpolitik, tetapi kami kecewa sebab dia memperlekeh pasukan keselamatan,"
katanya.
Beliau berkata Md Hashim yang memiliki Sarjana dalam Kajian Perang
tidak pernah mempunyai pengalaman di medan tempur sebagaimana yang didakwa.
"Pasukan yang ke Bosnia itu hanya sebagai pengaman dan tidak terlibat
langsung dengan sebarang pasukan pertempuran.
Mereka yang mengalami pengalaman
bertempur hanya pasukan yang pergi ke Somalia," katanya.
Beliau berkata
sekiranya Md Hashim mahu membuat perubahan pada pasukan tentera Malaysia beliau
patut melakukannya semasa menjadi PTD dari Januari 1999 sehingga Disember 2002...