![]() |
| Doktor pengiring siap sedia untuk berlepas. "Bawak organ tu...Hati-hati Doc!" |
Kalau hendak disenaraikan kejayaan demi kejayaan yang ditempa oleh TLDM dalam kesemua operasi di dalam dan di luar perairan negara memang tidak larat rasanya. Terlalu banyak jasanya. Namun, pada kali ini Askar Setia ingin memberi liputan kepada keprihatinan TLDM dalam memikul tanggungjawab sosial dan salah satu peranan pihak tentera pada masa aman – Military Operation Other Than War (MOOTW) dengan melakukan penerbangan ihsan membawa organ dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh ke Hospital Kuala Lumpur pada petang 19 Oktober 2011. Pesawat FENNEC dari Skuadron 502, Markas Udara TLDM yang berpangkalan di Lumut telah berjaya membawa dua organ penting iaitu berupa jantung dan paru-paru. Dua organ ini terbangkan bagi dipindahkan kepada seorang penerima yang menunggu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Untuk makluman pembaca, penghantaran organ melalui penerbangan hanya boleh bertahan sekitar empat jam sahaja selepas diperolehi dari penderma (jika lebih, organ berkenaan rosak!). TLDM berjaya menghantar organ berkenaan dalam tempoh yang lebih singkat. Penerbangan ihsan melibatkan pemindahan organ ini merupakan yang ketiga dilaksanakan oleh TLDM.
![]() |
| Selamat tiba di hospital Kuala Lumpur |
Februari 2010, TLDM berjaya membantu pemindahan organ jantung dengan menerbangkan organ dari penderma di Hospital Pulau Pinang ke IJN.
Disember 2009, pesawat TLDM berjaya membuat penerbangan pemindahan organ jantung dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dalam membantu Tan Geek Koon yang pada ketika itu berusia 40 tahun memperolehi jantung baru.
Pada 18 Oktober TLDM Lumut telah berjaya membuat penerbangan ihsan bagi memindahkan seorang ibu mengandung dari Pos Gob, Gua Musang, Kelantan ke Hospital Ipoh. Seorang ibu muda yang sarat mengandung, Muna A/P Rahim berusia 20 tahun mengalami kesakitan sebab nak bersalin dan suami diterbangkan dari Pos Gob kira-kira jam 1:40 petang. Untuk pemeriksaan segera di hospital.
![]() |
| Muna A/P Rahim dan suami |
Pesawat FENNEC milik TLDM tiba pada jam 1:30 petang di Pos Gob, Gua Musang mengambil pesakit dan selamat mendarat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh pada jam 2:20 petang. (Kurang satu jam beb!) Pesakit kemudiannya digegaskan ke Hospital Ipoh.
![]() |
| FENNEC milik TLDM.. Besar jasanya kepada perkhidmatan dan masyarakat |
Sumber : PA Markas Armada TLDM



