Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday, 23 September 2011

KD PARI.... IA SATU KEMALANGAN!

Letih saya membaca (dah tak lalu sebenarnya) cerita-cerita dan tuduhan mengarut yang disiarkan blogger-blogger mengenai KD Pari - Fast Attack Craft (FAC) yang tenggelam. Yang anehnya, semua 'tukang karut' tersebut, tidak langsung memiliki apa-apa pengalaman mengemudi kapal mahupun pengetahuan tentang kapal. Kadangkala, geli hati pun ada baca cerita-cerita yang disiarkan. 


Kapal Peronda PRC yang kelihatan berhampiran Spratly's Island

Untuk makluman pembaca, setiap detik kemalangan berlaku (tak kira di mana jua) berpunca daripada pelbagai faktor (mekanikal dan human error) dan tidak terkecuali kepada KD PARI.  Insiden separa tenggelamnya KD PARI berlaku sewaktu krew kapal hendak memenuhi keperluan tugas untuk melindungi perairan Malaysia daripada dicerobohi oleh kapal People's Republic of China (PRC).


Jatuhnya pesawat dari angkasa, tenggelamnya kapal (termasuk KD PARI), perlanggaran kenderaan dan sebagainya bukanlah satu insiden yang pelik. Ianya berlaku mengikut kehendak qada dan qadar Illahi jua, Apa yang pasti, diyakini pihak TLDM akan melaksanakan siasatan terperinci bagi menentukan punca sebenar kemalangan KD PARI.
  
Yang pelik dan anehnya, belum sempat pihak TLDM membuat siasatan terperinci, ada bloggers  pro-pembangkang yang berkepentingan seolah-olah kemaruk untuk mensensasikan insiden ini. Pihak bloggers ini pula mendapat maklumat daripada individu yang bersifat anti-establishment dengan motif untuk discredit TLDM. Usahlah kita jadikan TLDM sebagai sasaran atau punching bag untuk memenuhi kepentingan peribadi dan politik. Apa jua keadaan, TLDM sebagai organisasi yang profesional dan komprehensif akan terus kredibel dan relevan dalam mempertahankan perairan negara.

Syabas dan Tahniah! kepada 9 Pegawai (terutama Pegawai Memerintah) dan 27 anak kapal KD PARI yang telah berjaya merapatkan kapal tersebut di jeti Pulau Layang-Layang dalam keadaan kapal yang amat kritikal. Kejayaan ini adalah hasil daripada tindakan pantas dan kecekapan krew kapal KD PARI termasuk bantuan penyelam TLDM yang mengapungkan kapal tersebut dengan menggunakan lifting bag. Tindakan ini turut mempamerkan tahap kompetensi, semangat juang dan kebertanggungjawaban untuk menyelamatkan harta kerajaan yang terhasil melalui latihan dan disiplin yang tinggi.

p/s: saya teringat kisah pemilik Honda Civic yang menampal keseluruhan keretanya dengan stiker mengutuk pihak Honda Malaysia ekoran breknya yang gagal berfungsi. Kebarangkalian kereta baru untuk rosak adalah mustahil. Tetapi, takkanlah kerana sebuah kereta, Honda keseluruhannya hendak disalahkan.. Saya punya ok je....

Wednesday, 21 September 2011

"SYUKUR NGAN TUHAN, TERIMAK KASIH ATM"

Ada lagi!

Berkesinambungan daripada laporan Projek Jiwa Murni ATM : Menaiktaraf Jalan Balak dari Long Lopeng ke Ba’kelalan, Sarawak yang lepas, Askar Setia pada kali ini memaparkan sekali lagi usaha murni pihak ATM dalam menaiktaraf mutu dan tahap sosio-ekonomi masyarakat di Sarawak. Projek ini bukanlah seperti projek juta-juta nak bina highway atau flyover seperti di Johor Bahru tu yang lengkap dengan pelbagai, tapi jalan tanah merah yang dinaik taraf paling tidak pun ia dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Kini, urusan seharian penduduk di Kampung Saeh, Bekenu, Miri Sarawak telah dipermudahkan dengan projek pembaikan sistem jalan kampung yang menggunakan soil stabiliser sepanjang 16.2km. Selain itu, empat buah jambatan Bailey Compact 200 turut disediakan oleh RAJD bagi menggantikan jambatan yang sedia ada manakala sebuah lagi sedang dibaikpulih. Syukur ngan tuhan...Terimak Kasih ATM !!!

Projek yang mengambil masa selama 8 bulan dijangka akan dapat disiapkan sepenuhnya pada bulan Oktober 2011. Melalui maklumat yang diperolehi, kerja-kerja mengaras dan menstabilkan struktur tanah telah siap sepenuhnya manakala jalan kampung berkenaan (sepanjang 13.5 km) telah diturap dengan 1 lapisan sealant dan 12 km telah diturap dengan menggunakan 2 lapisan sealant.

Bukan senang tau nak mengaras dan menstabil lapisan tanah berkilometer tu...

Selain itu, kerja pembinaan abutment untuk projek pembinaan dua buah jambatan turut sedang disiapkan dan 29 pembentung pun dah siap dibina. Harap-harap projek berkenaan akan berjalan lancar tanpa gangguan cuaca. Maklumlah, sekarang ni musim hujan.

Terima Kasih ATM!

Abutmen telah siap dibina

Dahulu – Kenderaan pacuan 4 roda pun terkandas
Sekarang – Jalan yang telah siap di lokasi yang sama
Jalan ranting ke Rumah Panjang turut dibina

Tuesday, 13 September 2011

RAMAI YANG MASIH KELIRU ANTARA TUGU PERINGATAN DAN TUGU NEGARA

Nak dijadikan cerita, ada blogger yang mempertikaikan kenapa tercatat nama-nama pejuang di Tugu Peringatan tetapi tiada nama di Tugu Negara. Ada juga yang mempersoalkan kenapa tercatat nama anak-anak Melayu di Tugu Peringatan yang ada di Britain. Ada pula yang mendakwa, Mat Salleh lebih menghargai askar-askar kita dari kerajaan kita sendiri? Sebelum mengulas dengan lebih lanjut, Askar Setia telah melakukan sedikit penyelidikan dan menyediakan sedikit informasi berkenaan dengan Tugu Peringatan dan Tugu Negara.

Tugu Peringatan

Pada mula ia di bina pada 1920-21 oleh British ia adalah sebagai tugu memperingati pengorbanan tentera-tentera British yg terbunuh sewaktu Perang Dunia Pertama (1914-1918) yang terletak di sebuah bulatan di Jalan Tugu yang sebelum ini dikenali sebagai Jalan Cenotaph. Di keempat-empat penjuru monumen tersebut terukir 296 nama anggota tentera yang berkhidmat untuk tentera koloni British yang telah berkhidmat di bawah panji-panji British juga dikenali sebagai Negara-Negara Commonwealth. Perbarisan ringkas diadakan di sisi tugu peringatan ini pada setiap 11 November. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, nama-nama pejuang yang terkorban telah ditambah pada tugu peringatan ini sehingga digantikan dengan Tugu Negara pada tahun 1964.

Apa Isunya? 

Blogger Yob Tualang Sekah (KLIK SINI) sebagi contoh, mengkirik sekeras-kerasnya dan mendakwa kerajaan tidak menghargai pejuangan pejuang kita kerana nama-nama askar Mat Salleh yang diukir di tugu tersebut. Persoalannya, adakah beliau tidak tahu tujuan tugu peringatan tersebut dibina? Memanglah nama askar Mat Salleh terpahat di situ sebab ia nama askar koloni British pada PEPERANGAN DUNIA PERTAMA (1914-1918) - Lihat gambar kiri.. 

Tugu Negara 

Pada tahun 1963, Tugu Peringatan telah digantikan dengan Tugu Negara berbentuk patung ukiran manusia setinggi 15m direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang telah diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Siap dibina dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 1966 bagi memperingati dan memberi penghormatan kepada lebih 11,000 orang yang terkorban semasa Zaman Darurat (1948-1960). Mungkin blogger Yob Tualang Sekah boleh tawar diri untuk memahat nama 11,000 (atau lebih) orang yang terkorban tu?

Asas tugu yang tertulis ‘Dedicated To The Heroic Fighters In The Cause Of Peace And Freedom, May The Blessing Of Allah Be Upon Them’ serta ‘Memperingati Perwira-Perwira Yang Berjuang Untuk Menegakkan Keamanan Dan Kebebasan, Moga-Moga Allah Cucurkan Rahmat Ke Atas Mereka’ dalam tulisan jawi diletakkan pada bahagian kiri dan kanan Jata Negara. Hari Pahlawan juga telah ditetapkan pada 31 Julai setiap tahun bagi memperingati dan memberi penghormatan kepada mereka yang telah berjuang untuk mempertahankan Negara.

Serangan Komunis

Tugu Negara ini telah dibom pada 26hb Ogos 1975, pada jam 5.00 pagi memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF). Kerja membaikpulih Tugu Negara telah siap pada 11 April 1977 oleh Christoper Carney, Pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Institut Teknologi Mara.

Isu-Isu Berkaitan Tugu Negara

Persoalannya, adakah timbul isu di mana pihak British lebih memperingati anak-anak Melayu atau rakyat Malaysia berbanding negara kita sendiri? Jawapannya mudah, nama-nama yang terpahat di tugu-tugu British (Tugu Peringatan dan tugu-tugu di Britain) adalah mereka yang berkhidmat di dalam unit-unit tentera British yang berada di bawah pentadbiran British atau unit-unit yang asalnya ditubuhkan di Britain dibawa ke Malaysia untuk memerangi musuh. Mereka tidak boleh disamakan dengan RAMD, RRD atau kor yang lain kerana mereka berkhidmat di bawah panji-panji yang berbeza. Pertikaian tersebut tidak salah kerana ramai yang masih keliru atau tidak tahu akan asal usul kedua-dua tugu tersebut terutamanya siapa empunya tugu tersebut.

Gambar-gambar dibawah merupakan beberapa tugu peringatan bagi memperingati perajurit kita yang terkorban semasa berjuang mempertahankan kedaulatan negara.


Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja
Tugu Peringatan Rejimen Askar Melayu Diraja
Tugu Peringatan Kalabakan
Nama perajurit yang terkorban terdapat di Muzium tentera

p/s: Askar Setia berharap agar kita sama perbetulkan fakta-fakta salah yang terdapat di blog-blog. Blogger Yob Petualang Sekah diharap dapat membuat pembetulan..sejajar dengan slogan blog berkenaan "Yang Benar Jangan Dipertikaikan dan Yang Salah Jangan Diselindungkan"..




















Friday, 9 September 2011

KEKEJAMAN KOMUNIS TIDAK BOLEH DIMAAFKAN

Ekoran daripada kenyataan Mat Sabu yang mengangkat komunis sebagai hero, timbul pelbagai reaksi terutama bekas tentera, homeguard, bekas polis dan ahli keluarga mangsa yang terlibat secara langsung dalam melawan komunis. Semuanya marah, kecewa serta menegaskan bahawa kekejaman komunis tidak boleh diketepikan dan dimaafkan.


"Kalau boleh, saya akan minta orang buat jerangkap samar seperti yang saya kena dulu dan masukkan Chin Peng ke dalamnya biar berkecai tubuh badannya sehingga tiada secebis daging pun yang tinggal." 

Begitulah marahnya bekas anggota Rejimen Askar Melayu, Suparman Taib, 55, yang pernah berjuang menentang pengganas komunis sekitar tahun 1980-an dulu apabila mengetahui ada pihak yang beria-ia mahu membawa balik bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu ke negara ini".

'Paling tidak dapat dilupakan ialah peristiwa anak-anak buah saya terkorban apabila trak dinaiki mereka diserang hendap komunis. Semasa ditemui, bukan saja telinga dikerat, alat kemaluan mereka juga dipotong dan disumbatkan ke dalam mulut," katanya.Sebab itulah, kata Suparman, Chin Peng tidak boleh dibenarkan menjejak kakinya ke Malaysia dan patut dibiarkan mati di luar negara.



Onjining menunjukkan kaki kananya yang kudung 
terpijak jerangkap samar Pengganas  Komunis



Selain itu, kenyataan oleh 3 bekas komando iaitu bekas Pegawai Waren  Hussin Mahbeb dan Damanhuri Husin serta  bekas Koperal Yaacob Hasan dalam Berita Harian dan Utusan Malaysia telah mengambarkan betapa marah dan geramnya bekas-bekas tentera ini terhadap kenyataan Mat Sabu. Mereka mencabar Mat Sabu untuk bertemu mereka dan menceritakan ketidakpuasan hati beliau terhadap pasukan keselamatan negara hingga sanggup mengangkat komunis sebagai wira. berita lanjut


Bekas anggota PPH 1/72 RASCOM, Sarawak pulak menghantar surat terbuka kepada Mat Sabu menceritakan pengalaman bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH)  1/72 yang berkhidmat di Sarawak sejak tahun 1972 hingga 1981. Mereka menyoal Mat Sabu bagaimanakah sekiranya di antara yang terkorban itu adalah adik beradik Mat Sabu, adakah beliau mengizinkannya. Mereka juga tidak meminta Mat Sabu untuk melawat ke pusara atau mengalung bunga atau melawat mereka yang masih hidup. Tetapi tidak perlu la memperlekeh dan memperlecehkan mereka yang terkorban dengan darah dan nyawa. berita lanjut


Beberapa bekas pengawal kampong atau homeguard kaum cina Daerah Bera, Pahang iaitu Tan Kim Hock, Mohamed Tan Abdullah dan Koe Tan turut mengecam Mat Sabu kerana menjulang komunis dalam tragedi Bukit Kepong. Mereka menyifatkan bahawa hanya mereka yang gila dan hilang akal sahaja akan menyokong komunis. Mereka berharap pemimpin pembangkang tidak bermain politik dengan menjual bangsa dan negara. Tan Kim Hock  berkata, “Jagalah negara ini, sokonglah kerajaan sedia ada, banyak faedah sudah kita dapat setelah merdeka 54 tahun lalu”. berita lanjut



Dalam akhbar Sinar Harian, anak mangsa tragedi Bukit Kepung, Azlas Jaafar menegaskan beliau enggan berjumpa Mat Sabu.  Beliau sangat sedih dan tidak sangka sama sekali Mat Sabu sanggup akan mengangkat komunis sebagai hero. Beliau berkata “Saya tak akan maafkan dia. Jangan datang jumpa kami di sini, kami tidak mahu dan saya benci dia. Dia sepatutnya dikenakan hukuman. Sebenarnya dialah penderhaka dan pengkhianat negara.”

Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin PKR yang menyokong kenyataan Mat Sabu ini perlu segera meminta maaf kepada pejuang-pejuang negara dan saudara mara kepada mereka yang terkorban dalam menjaga keselamatan negara. Mereka perlu memohon maaf kepada balu-balu anggota keselamatan yang terkorban semasa tragedi Bukit Kepong.


Thursday, 8 September 2011

TERIMA KASIH ATM! : PROJEK MENAIKTARAF JALAN BALAK DARI LONG LOPENG KE BA’KELALAN, SARAWAK

Terima kasih ATM!!! Usaha murni Angkatan Tentera Malaysia terutamanya daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dalam menaik taraf jalan balak dari Long Lopeng ke Ba’kelalan sejauh 75 km termasuk jalan ranting. Projek Jiwa Murni ATM yang merupakan salah satu tanggungjawab sosial ATM membina 126 buah pembetung dan membina lima buah jambatan modular Compact 200 untuk kegunaan masyarakat setempat.

Jalan sepanjang 63.5 km telah siap dinaik taraf dengan soil stabiliser dan diletakkan satu lapisan sealant. Manakala 39 km telah siap dengan dua lapisan sealant. Empat buah daripada 5 buah jambatan telah dibina dan sebuah lagi akan disiapkan pada 26 Ogos 11. Dijangkakan, projek berkenaan akan disiapkan pada 16 September 2011.







Monday, 5 September 2011

“JUMPA SAYA DAPATKAN BAHAN SEJARAH” – Prof Emeritus Khoo Kay Kim


Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim mempelawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berjumpa dengannya untuk mendapatkan bahan sejarah berhubung peristiwa Bukit Kepong.

Kay Kim berkata, ia bagi mengelakkan Mat Sabu daripada terus mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan terpesong daripada fakta sebenar.

Beliau juga meminta Mat Sabu supaya melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum memperkatakan perkara berkaitan sejarah.

Mat Sabu boleh tanya saya di mana boleh dapat bahan sejarah. Saya tahu mana tempatnya"

Mat Sabu mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila menyifatkan pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 sebagai hero sebenar dan bukannya anggota polis yang terkorban dalam peristiwa itu.


Menyingkap sejarah penubuhan PKM, Kay Kim berkata, ia diasaskan di Kuala Pilah pada 1930-an dengan alasan memperjuangkan sebuah negara bebas, namun hasrat sebenarnya adalah membentuk sebuah ‘order’ baru komunis di negara ini.

“PKM juga sanggup bernaung di bawah pemerintahan Rusia sekiranya mereka berjaya menjatuhkan kerajaan British. Maka, perjuangan mereka tidak boleh dianggap sebagai nasionalis dan mereka bukan pejuang sebenar negara"

Dalam pada itu, Kay Kim berkata, beliau mempunyai beberapa persoalan yang ingin ditujukan kepada Mat Sabu dan berharap pemimpin nombor dua Pas itu dapat menjawabnya.

“Antara persoalan saya ialah apakah perjuangan parti komunis antarabangsa? Apakah perjuangan sebenar PKM di negara ini? Minta dia jawab"

Dalam pada itu, beliau berkata, sebenarnya ramai orang Cina yang menentang komunis terutama di Karak kerana mereka benci terhadap perjuangan komunis yang dianggap keji dan tidak berperikemanusiaan.

Pandangan beliau turut dikongsi oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian yang menyifatkan Mat Sabu sebagai buta sejarah.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan siapa sebenarnya pejuang serta wira negara, oleh itu pemimpin Pas itu diminta supaya berhati-hati ketika mengungkit peristiwa Bukit Kepong.

“Bukan sahaja pejuang-pejuang Melayu yang terkorban dalam peristiwa itu, malah mereka yang berketurunan Cina dan India turut menjadi mangsa kejadian. Kita tidak boleh mempertikai sumbangan kaum-kaum lain (Cina dan India) ketika menentang fahaman (komunis) yang tidak boleh diterima sama sekali. Kenyataan beliau bukan saja menimbulkan kemarahan orang Melayu, malah orang Cina dan India juga,” katanya


*** Sila layari kandungan penuh temubual bersama Prof Khoo Kay Kim di SINI