Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Showing posts with label Platun Seni. Show all posts
Showing posts with label Platun Seni. Show all posts

Tuesday, 18 October 2011

ASKAR WATANIAH BENTENG KEDUA PERTAHANAN NEGARA

Rujuk Utusan Malaysia (17 Okt 2011), Askar Wataniah (AW) adalah angkatan sukarela dalam Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) dan ditubuhkan pada tahun 1958. Namun kewujudannya dalam lipatan sejarah sebagai Unit Sukarela Tentera Darat negeri-negeri Selat di Pulau Pinang sejak 1861 lagi. AW berfungsi sebagai membantu-ganti tugas (relief in place) kepada peranan warga tetap ATM apabila situasi memerlukan terutama dalam peperangan, bencana alam dan darurat. 

Bukan calang-calang AW kita ni
Research yang saya lakukan baru-baru ini, nisbah AW telah menyamai anggota tetap dengan skala 1:1 namun menjelang tahun 2020, skalanya akan berkembang dan berada di tahap 2:1 bagi menepati matlamat atau sasaran ATM. Di peringkat Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pula, sebuah unit pasukan AW yang terbuka kepada kakitangan awam KEMENTAH turut diwujudkan dengan penyertaan setakat ini seramai 351 orang. Walau bagaimanapun, bilangan penyertaan dari kalangan Bukan Bumiputera masih di tahap yang rendah. Justeru, rakyat Malaysia terutama Bukan Bumiputera diseru agar menyertai PSTD. (David Teoh dah pun buktikan..)

Usaha untuk menarik minat bekas tentera untuk menyertai AW turut diberi keutamaan oleh ATM. Melaluinya segala pengalaman dan kepakaran mereka boleh terus dimanfaatkan untuk mengukuhkan kredibiliti ATM. Bagi menyokong usaha murni  ini, pihak JHEV, PBTM dan NGO (bekas tentera) diseru untuk menggalakkan ahli-ahli mereka yang layak untuk menyertai AW/PSTD.  

Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan AW pula dan juga usaha membantu mempromosi imej ATM, sebuah platun media telah ditubuhkan dalam bulan Mac tahun ini. Seramai 24 pengamal media telah menyertainya dan dijangka jumlah ini akan ditingkatkan ke paras 40 pengamal media sebelum akhir tahun ini. Pihak media tempatan dan bloggers turut diseru untuk menyertainya. 

Sebuah platun yang dikhaskan untuk golongan selebriti juga telah diwujudkan sejak bulan Jun 2011 dan disertai oleh seramai 27 selebriti termasuk Dato’ Siti Nurhaliza, Ana Rafali, Aizat, Shaheizy Sam dan Intan Ladyana. Ini merupakan strategi pemangkin ATM untuk menarik minat golongan belia menyertai AW bersama artis kesayangan mereka. Artis-artis lain adalah diseru untuk menyertai AW/PSTD bagi mengikut jejak langkah selebriti yang telah menyertainya. Wahh.. kalaulah dapat 'berjalan laju' disebelah Lisa Surihani. hehe..

Peningkatan penyertaan rakyat adalah memberangsangkan dan seiring dengan matlamat ATM dan kerajaan untuk memupuk semangat patriotisma selaras dengan dasar pertahanan menyeluruh (HANRUH). Apa pun, tahap kesiapsiagaan dan keupayaan AW perlu berada di tahap setanding dengan anggota tetap ATM dan fungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara kekal berkesan dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.