Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’
sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk
memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau.
Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai
Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat
memendekkan tempoh pemerintahan beliau.
Seperti yang
diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk
menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, SUHAKAM, Himpunan Hijau, SUARAM dan
macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan. Dalam kes scorpene
ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi
pihak mereka. Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS,
syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk
Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan
pembelian kapal selam tersebut. Isu ini dikatakan berkait rapat dengan
pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba
digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.
Penyelaras Suaram,
Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen
114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.” Seperti yang
disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak
pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara.
Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan
iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa
perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia. Kos
pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak
boleh dibentangkan secara terperinci. Setiap kerajaan di dunia perlu
menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan
negara masing-masing.
KD TAR Life Firing Exorcet Missile
Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia
mampu mendedahkan negara kepada bahaya. Apa yang tidak pernah
disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene
secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion. Dari jumlah
itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol)
sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics
Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam. Bakinya, iaitu EURO
114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada
Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada
Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol
serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.
Semua ini tertulis
secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002. Merujuk
kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas,
iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan
kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang
timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna
Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma?
Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat
kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.
Secara dasarnya,
Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:
1) Menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol
untuk tempoh 6 tahun.
2) Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap
bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di
Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
3) Membayar elaun harian dan
elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun
pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.
4) Membiayai kos
penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia
setiap empat bulan sekali.
5) Syarikat ini juga bertanggungjawab
memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat
yang berpotensi untuk menyertai program offset.
6) Membantu kontraktor
utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.
7) Menyelaras
latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.-Menyediakan laporan
koordinasi dan lain-lain lagi. Maka, sekali lagi kita ingin bertanya,
jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana
Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?
Hakikatnya, bayaran
EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang
disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan
tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini. Yang pelik hanyalah tuduhan
SUARAM dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali. Kesungguhan pihak
ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang
punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka
cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang
konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan
persoalan.
Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai
apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut? Dengan
RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup
untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene
ini juga adalah rekaan juga. Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan
pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene
ini. Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar
cerita rekaan pembangkang.