Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday, 17 October 2012

PIALA MALAYSIA - ATM VS KELANTAN : PERLAWANAN EPIK YANG MENDEBARKAN

Saya cukup suka gambar ini!
Pertemuan yang dijangka sebagai pertemuan epik diantara pasukan ATM dan Kelantan dalam merebut Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, 20 Oktober ini memang amat mendebarkan. Pelbagai tekaan, taktik dan komen yang dapat dibaca dan didengari dari hari ke sehari dan tentunya, pemain dan penyokong tegar merasakan debarannya yang berlipat kali ganda. ATM membuktikan status mereka sebagai Juara Liga Perdana dan sebuah pasukan berstatus kelab dijangka mampu memberikan saingan kepada Juara Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan.


Aset utama ATM ialah barisan pemain berpengalaman dan pernah menjuarai Piala Malaysia seperti Hairuddin Omar, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Rezal Zambery, Irwan Fadhli Idrus, Farizal Harun, Azmi Muslim, Bruno Martelotto dan Marlon Alex James.

Aidil, Zaquan, Hairuddin, Rezal, Farizal dan Irwan merupakan bekas pemain Negeri Sembilan yang menjuarai Piala Malaysia di musim 2009 dan 2011, manakala Azmi Muslim dan Marlon membantu Kedah menjadi juara 'treble' 2 tahun berturut-turut, sementara Bruno juga pernah membantu MPPJ menjuarai Piala Malaysia pada musim 2003.

ATM turut diperkuatkan penjaring terbanyak Liga Perak perdana 2011, Fitri Omar yang kali ini cemerlang bermain di posisi pertahanan kiri disamping Zaquan Adha, bekas penyerang kebangsaan yang dialihkan ke bahagian sayap kanan.


Pemain tumpuan bagi ATM sudah tentulah kepada penyerang import berbahaya yang merupakan penjaring kedua dan keempat terbanyak Liga Perdana musim ini dengan 21 gol iaitu Marlon Alex James dan Hairuddin Omar dengan 12 gol.

Rekod pertemuan ATM vs Kelantan sejak 2007

Marlon setakat ini telah menjaringkan 3 gol dalam 2 perlawanan ketika menewaskan Terengganu 2-1 dan 1 gol ketika menentang Kelantan.


Bagi Kelantan, semestinya Bojan Hodak akan menurunkan skuad terbaiknya bagi menyekat kemaraan ATM  dan mencari kemenangan bergaya – menjuarai Piala Malaysia 2012. Bojan Hodak walaubagaimana pun mengakui ketiadaan dua tonggak utama, Mohd Norfarhan Muhammad dan Mohamad Ghaddar, sedikit menggusarkan beliau menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sabtu ini. 


 "Ketiadaan mereka berdua bakal memberikan sedikit kesulitan kepada Kelantan dalam usaha merangkul kejuaraan ketiga selepas menjulang Piala FA dan Liga Super musim ini. Saya ada taktik tersendiri menjelang pertemuan itu, dan ia sedikit melegakan saya apabila ATM turut kehilangan bek berpengaruh, Irwan Fadly Idrus. Saya tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan dan tetap mahu beri persembahan terbaik ketika berdepan ATM pada perlawanan akhir nanti. Saya kini tertumpu kepada Norshahrul Idlan Talaha, Afiq Azmi, Mohd Ramzul Zahini Adnan dan Azlan Ismail. Saya juga mempunyai pilihan lain dengan meletakkan Indra Putra Mahayuddin dari bahagian tengah ke posisi penyerang,".

-Bojan Hodak

Keampuhan benteng Kelantan yang diterajui Subramaniam dan Obinna dijangka mampu mengikat Marlon Alex James dan Hairuddin sementara Daudsu dan Zairul perlu berusaha lebih untuk mengunci pergerakan Christie Jayaselam dan Zaquan Adha.


Walau apa-pun jua, Askar Setia berharap agar kedua-dua pasukan akan mempamerkan mutu permainan yang tinggi sehingga saat yang terakhir. Selain itu, penyokong-penyokong kedua-dua pasukan diharapkan agar cuba mengelakkan provokasi dan tindakan  keterlaluan yang boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini. 


ATM vs KELANTAN
Apa jangkaan keputusan yang anda fikirkan?



 ATM akan memakai home kit, Kelantan away kit.

 Penyokong ATM masuk pintu A.

Penyokong Kelantan pintu C.

 Pintu SSA mula jam 4 ptg.

 FAM hanya cetak 60k tiket, 30k utk Kelantan, 30k utk ATM. 10k tiket pendahuluan telah dberi kpd ATM & KAFA.

 Selebihnya akan djual di Stadium pada 19 haribulan jam 9pg-7mlm

20 comments:

  1. NAK SOKONG ATM MCM MANA KEBANYAKAN TENTERA NI DIKALANGAN RAKYAT KELANTAN....ADMIN PILIH KELANTAN 3-1 ATM..

    ReplyDelete
  2. Diatas kertas ATM lah juara sebab TRW sudah kehilangan dua pemain penyerang yg tak dapat masuk final sedangkan ATM masih mengekalkan penyerang berbisanya.

    Nasihat saya kat pengadil perlawanan untuk musim depan janganlah ringan tangan angkat kad kuning atau merah pada perlawan separuh akhir 1/2, kesian pemain tak dpt main final.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kertas ape? mane? nak tengok...
      takkan hilang pemain terus dikire kalah...
      biar lawan dulu, baru kate...

      Delete
    2. ha ha ha naik angin awe kelate, ambo pun ore kelate jugak ambo anggap komen lagu tu sebagai motivasi, dulu ambo sombong juga tapi bila ambo keluar dari kelate ambo dah pro tok kisah apa ore nok kutuk ambo anggap tu sebagai motivasi untuk berjaya.

      Delete
  3. tak sabaq nak tgok..sapot ATM..yg penting semangat kesukanan tu ada.yg menyokong tu sokong molek...harap stadium bergema ngn lagu darah satria ka lagu2 ketenteraan yg menaikkan semangat.mesti berderau darah ni...

    ReplyDelete
  4. La datang dari mana pulak kenyataan "kebanyakan tentera byk dri kelantan" ni.smgt kenegerian tu cbe bwk simpan2 sket,sedara ngn kawan2 aku byk join army pon xde nk claim yg army tu penuh ngn member2 senegeri.kalo "tentera kilang" tu aku setuju la korg kata kebanyakannye rakyat negeri korang.sorry no offense tp rasanye ATM menang 2-0

    ReplyDelete
    Replies
    1. La datang dari mana pulak kenyataan "tentera kilang" ni. smgt kenegerian tu cbe bwk simpan2 sket,sedara ngn kawan2 aku byk join kilang pon xde nk claim yg kilang tu penuh ngn member2 senegeri. sorry no offense tp rasanye Kelate menang 2-0

      Delete
  5. ambo predict atm 2 kelate 1

    ReplyDelete
  6. ATM 2 - 1 TRW
    justifikasi:
    1. hai o akan membawa pasukan yg diwakili utk menjulang piala malaysia.
    2. TRW kehilangan ghaddar & beberapa pemain utama akibat kad kuning berganda.
    3. sudah terlalu lama ATM berjuang tak menang2. ini peluang terbaik utk dptkan piala malaysia.

    ReplyDelete
  7. Firstly well done ATM entering final tapi sebagai xarmy sedih juga tak ada original askar dlm tim ni.Dulu all pl,ayers were from the services mcm Dato Azzudin(Sec FAM) and even Dali Omar pernah main untuk ATM.Nevertheless good luck,tak kira siapa menang kerana yang menang ialah Malaysian soccer.

    ReplyDelete
  8. atm 2 kelantan 1..pemain lincah atm venice elphi pasti ada sumbat 1 gol..laju macam messi tu..wkwk...

    ReplyDelete
  9. Gomo Kelate Gomo,tetap sokong kelate

    ReplyDelete
  10. Lu TA je tak payah la nak menyebok pasal ATM. Poraaaahhh la lu TA jangan nak tumpang syok la sebab lu banyak yang menyampah..... kaki ampu punya Wataniah kerja askar pun cap jari tak kering dah berhenti.....poraaahhhh

    ReplyDelete
  11. mintak izin copy url gambo paling atas, stap! tqvm.

    ReplyDelete
  12. ambek sek2 mu,,3-2
    main lagu2 patriotik,macm la marlon 2 paham..malu la.ambo pun askar jugok,malu sero dgr lagu gitu..kalu marlon tu askar xpola jugok..

    >gkg<

    ReplyDelete
  13. These backpacks usually come in various styles, colors, sizes and price tags.

    With school books, notebooks, computers, video games,
    cell phones (not to mention snacks and water bottles), all having become "must have" items.
    Fortunately, these days baby bags come in manly colors and
    designs.

    Here is my page :: northface backpacks

    ReplyDelete
  14. A pink round bassinet with pink decorative bed linen can really
    look stunning any time of the day or night. What makes bassinets so popular is their
    portability. And as a parent, it is only natural that you find the perfect bassinet mattress for your baby.


    my weblog: www.9jaconnected.com

    ReplyDelete
  15. KharismaPoker Menjadi SitusBandarQQ Online Terprcaya

    Indonesia

    Promo yang diberikan :
    Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
    Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan

    DANAMON.
    Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.

    Kami Menyediakan 5 game Dalam Satu User ID
    *POKER
    *DOMINO99
    *BANDARQ
    *BANDARPOKER
    *BANDAR66

    DISINI

    Siap Melayanani Anda 24 jam
    Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya (seumur hidup)
    Bonus CASHBACK 0.3- 0,5% setiap hari
    Contact resmi kharismaPoker :


    LIVE CHAT ; DISINI
    Telp :+85587983703
    BBM ; khpk02
    WA : +85587983703
    LINE ; khpk02

    ReplyDelete