Agak lama Askar Setia tidak
menulis dan ia bukanlah disebabkan kekalahan pasukan ATM di tangan pasukan The
Red Warrior, Kelantan. Kesibukkan kerja yang bertimbun dan pulang ke kampung
halaman sempena sambutan Hari Raya Aidiladha antara ‘punca’ penyebab saya tidak
menulis untuk beberapa hari kebelakangan ini.
Pelbagai isu berkaitan Angkatan
Tentera Malaysia dan keselamatan awam telah tersiar di laman-laman media utama
termasuk media baru. Blogger-blogger tidak akan melepaskan peluang untuk
mengutarakan isu-isu seperti hasrat DAP untuk memindahkan pangkalan TUDM
Butterworth ke Juru yang ditentang hebat oleh kepimpinan tertinggi pangkalan
berkenaan. Samada cerita itu benar atau tidak, saya tidak hairan kerana
puak-puak chauvanis itu akan sentiasa memikirkan bagaimana untuk memindahkan
kepentingan bangsa dan negara dari tanah
Pulau Mutiara itu. Adakah anda sedar?
Gambar Hiasan |
Selain itu, kita juga digemparkan dengan pembabitan 2 orang rakyat malaysia yang berumur 21 dan 28 tahun yang didakwa mempunyai kaitan dengan serangan pengebom berani mati di Syria dan telah ditahan oleh perisikan tentera di Lubnan. Malahan mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan pergerakan Al Qaeda. Sumber daripada akhbar Lubnan, Al-Joumhouria mengatakan mereka telah direkrut sebagai pengebom berani mati Al Qaeda oleh rakyat Malaysia sendiri. Menurut Panglima Angkatan Tentera, berkemungkinan individu-individu ini mendapat latihan dan pendedahan daripada rangkaian kumpulan pengganas di negara-negara jiran.
Oh ya. Tidak ketinggalan mengenai
cerita satu inisiatif positif daripada Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen
(PBTTB – Perak) yang telah mengadakan mesyuarat agung khas bagi membangunkan
satu badan koperasi persatuan berkenaan. Koperasi tersebut diwujudkan untuk
melipat gandakan aktiviti ahli persatuan tersebut dalam industry pertanian.
Mesyuarat yang telah diadakan di Dewan 9 Renjer Taiping dilihat sebagai satu
langkah yang positif dan bijak dalam menerangkan fungsi sesebuah persatuan yang
boleh memberi pulangan kepada ahli-ahlinya. Inisiatif ini juga boleh
membuktikan bahawa bekas tentera yang tidak berpencen mampu ‘berbuat sesuatu’
untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga masing-masing dan diharapkan
agar lebih ramai bekas tentera tidak berpencen di Perak dapat menyertai
aktiviti ini.
KERABAT? KOBAT? Satu habuk pun tarakkk |
Pembabitan bekas tentera
terutamanya yang tidak berpencen dalam aktiviti-aktiviti berunsurkan perniagaan
yang dibangunkan oleh persatuan masing-masing adalah jauh lebih mulia daripada
menyertai persatuan-persatuan haram seperti KOBAT dan KERABAT yang hanya tahu
menghentam dasar kerajaan dan membuat pelbagai tuntuan yang tidak masuk dek
akal. Manakan tidaknya, pemberian RM1000 one-off kepada bekas tentera tidak
berpencen tidak lama lagi pun hendak dihentam sana dan sini. Soalan saya,
apakah janji-janji KOBAT dan KERABAT yang telah ditunaikan? Daripada isu
pemberian tanah, pelbagai borang tanah FELDA hinggalah memorandum 9 muka surat (31 tuntutan) kepada
Anwar Ibrahim... Memorandum yang mungkin hampir sama telah diserahkan kepada
pucuk pimpinan Pakatan Rakyat oleh KERABAT,
tetapi jelas bahawa sampai sekarang...SATU HABUK PUN TARAKK...
Oh ya, orang kuat PKR Pahang
iaitu bekas sarjan Mesin Taip dengan tidak semena-mena telah tergesa-gesa BLOCK
saya daripada FB. Barangkali beliau khuatir fitnah dan tohmahan beliau untuk
menghasut bekas tentera selalu diperlekeh oleh saya dan rakan-rakan yang lain
ataupun khuatir perilaku salah beliau akan didedahkan? Wallahu ‘Alam. Pokok
pangkalnya, saya sarankan agar bekas-bekas tentera agar menyertai persatuan
atau pertubuhan yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan kebajikan kalian. Buatlah pilihan bijak..
Pihak kerajaan sentiasa peka dan prihatin mengenai isu kebajikan bekas tentera |
Kepada bekas-bekas tentera yang tidak berpencen, saya sarankan agar cepat-cepat mengambil dan mengisi borang pemberian one-off RM1000. Borang-borang berkenaan boleh didapati di seluruh pejabat PBTM dan JHEV bermula pada 2 November ini. Pemberian RM1000 berkenaan akan diberikan pada Januari 2013. - Sebar-sebarkan dan sampai-sampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain ya!
Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila layari FB Jabatan Hal Ehwal Veteran di SINI
HONORING ALL WHO SERVED
pendedahan terbaik
ReplyDeletego go go askar setia!!!..
ReplyDelete
ReplyDeleteKenapa askar beri 1,020 ekar kat Kota Belut kat kerajaan negeri pada hal askar pun tak ada tanah. kalau buat rumah murah dan beri kat askar lebih baik?. PDRM pun ada tanah tapi tak beri pun.
ko pun bodo....mmg la KERABAT atau KOBAT tak boleh tunai janji, pasal dia tak memerintah dan jadi kerajaan lagi. Bukan mcm ko, kuat ampu...sampai kereta RIV dibeli dgn harga RM960, 000 sebiji pun ko membisu....
ReplyDeleteBiasa la....Askar Setia tu kan TA...bukan tau apa...TA mmg kuat bodek...Dlm askar selekeh puak2 TA ni..
ReplyDeleteHahaha satu pendedahan yg lawak
ReplyDeleteSaya simpati melihat puak2 anonymous yang mempertikaikan status saya sebagai bekas pegawai askar wataniah.
ReplyDeleteitu la dia masalah sikap yang jelas membayangi puak-puak pakatan rakyat. Saya bersimpati.
Mungkin mereka lupa, kebanyakkan pegawai wataniah merupakan dari golongan professional dan cerdik pandai.
CERDIK PANDAI AMPU....KAHKAHKAH...TA!!!
ReplyDeleteramai plak kaki ampu komunis dalam ni..haha
ReplyDeleteBiasa la pembangkang, pro republik, menang pembangkang, urusan org melayu dan agama islam mesti tergugat, berlaku perpecahan org melayu, darurat pasti diistiharkan, yg dipertuan agong dan pihak tentera/polis ambil alih, kerajaan dibubarkan kembali harap2 org2 dpt bersatu kembali,
ReplyDeleteDiharapkn base TUDM n ATM di penang tdak dipindhkn. Khusus untuk pertahankan org islam melayu dr ancaman bangsa len di mlaysia..
ReplyDeleteSaya simpati melihat puak2 anonymous yang mempertikaikan status saya sebagai bekas pegawai askar wataniah.
ReplyDeleteitu la dia masalah sikap yang jelas membayangi puak-puak pakatan rakyat. Saya bersimpati.
Mungkin mereka lupa, kebanyakkan pegawai wataniah merupakan dari golongan professional dan cerdik pandai.
salam..
wahai Askar Setia ni ExRAMD nak pesan aku ada Dr of Philosophy pun malu nak ngaku cerdik pandai walau kerja professional kerana kita sama di sisi Allah. tanya SKOT RAMD apa itu ASYKAR MELAYU. baru boleh mengaku askar Setia...wassalam
wahai askar... tak usahlah dilayan puak puak tu. mereka ini jenis kurang membaca kurang RnD kurang ambil tahu hal hal pengetahuan dan yang elok elok dan kurang ajar.
ReplyDeletekita kat Penang ni bila 'masuk dalam kain kain org org DAP'(Berkawan dgn mereka dan org2 dlm KOMTAR) baru kita tahu bertapa AKAN tersisih dan terpingirnya orang orang Melayu naNti jika DAP/PAS ambil alih kuasa.
Wahai org org Melayu cuba duduk tenang tenang dan rungkaikan permasaalahan Melayu dan Islam kita sekarang. Org senang senang persundalkan kita org2 Melayu dan Islam.Ingat!!! semasa ada perhimpunan hanya ANJING ANJING 'mereka'yang mereka lepaskan sahaja yg terkinja kinja melawan dgn pihak berkuasa sementara 'mereka' dok goyang kaki menonton dpn TV tngok 'aksi ANJING sarkas mereka sedang beraksi".Bodohnya MELAYU.
Me....la...yu ku.....layu layu.. Bengong punya Melayu
aku pun harap malaysia x diperintah oleh DAP..mintak simpang la..habis orang melayu nant jd keldai depa jer..
ReplyDeleteKharismaPoker Menjadi SitusBandarQQ Online Terprcaya
ReplyDeleteIndonesia
Promo yang diberikan :
Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan
DANAMON.
Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.
Kami Menyediakan 5 game Dalam Satu User ID
*POKER
*DOMINO99
*BANDARQ
*BANDARPOKER
*BANDAR66
DISINI
Siap Melayanani Anda 24 jam
Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya (seumur hidup)
Bonus CASHBACK 0.3- 0,5% setiap hari
Contact resmi kharismaPoker :
LIVE CHAT ; DISINI
Telp :+85587983703
BBM ; khpk02
WA : +85587983703
LINE ; khpk02
KharismaPoker Menjadi SitusBandarQQ Online Terprcaya
ReplyDeleteIndonesia
Promo yang diberikan :
Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan
DANAMON.
Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.
Kami Menyediakan 5 game Dalam Satu User ID
*POKER
*DOMINO99
*BANDARQ
*BANDARPOKER
*BANDAR66
DISINI
Siap Melayanani Anda 24 jam
Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya (seumur hidup)
Bonus CASHBACK 0.3- 0,5% setiap hari
Contact resmi kharismaPoker :
LIVE CHAT ; DISINI
Telp :+85587983703
BBM ; khpk02
WA : +85587983703
LINE ; khpk02