Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday 21 September 2012

EKSESAIS ANGSA 7/2012 - UJI KESIAPSIAGAAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


Sebelum baca, layari preview Eks Angsa 7/2012

Kuala Lumpur – Eksesais ANGSA Siri 7/2012 (Eks ANGSA) merupakan eksesais tahunan yang membabitkan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). ANGSA adalah singkatan Angkasa dan Samudera yang merupakan gabungan dua eksesais utama TUDM dan TLDM.

Bermula daripada tahun 2006 ia telah dilaksanakan secara CPX dan FTX serta dihoskan secara bergilir-gilir antara TUDM dan TLDM di mana dalam eksesais kali ini Pangkalan Udara Butterworth telah dipilih untuk menjadi lokasi utama eksesais yang dianjurkan oleh TUDM.

Dalam edisi kali ini, buat pertama kalinya Command Post Exercise (CPX) dan Field Training Exercise (FTX) dilaksanakan secara serentak yang membabitkan penumpuan kepada STAFFEX dan pelaksanaan CPX menggunakan sistem JTLS manakala FTX tertumpu kepada pelaksanaan secara bersama diperingkat taktikal dan menggunakan kaedah SOE Driven. Seramai 442 orang dari ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam eksesais kali ini.

Live Missile Firing di perairan Selat Melaka (WMD 413 – 60 km Barat Tg Hantu Lumut, Perak) dan penembakan yang dilancarkan dari platform penembak yang berbeza ini telah berjaya mengenai sasaran permukaan pada jarak dan kelajuan yang diprogram.

Dalam penembakan pagi tadi, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melancarkan misil jenis EXOCET MM40 dari Kapal Diraja (KD) LEKIU dan misil jenis Sea Skua dari helikopter TLDM jenis Super Lynx. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula telah melancarkan misil jenis Maverick dan Harpoon dari pesawat pejuang F/A-18D. Sementara itu, pasukan 51 Rejimen Artileri Diraja, Tentera Darat Malaysia (TDM) pula telah melancarkan Sistem Roket Lancar Berganda ASTROS II dari tapak penembakan di Tanjung Antu, Segari, Perak. Kesemua penembakan ini telah berjaya mengenai tepat dan memusnahkan sasaran.


A Sea Skua missile motor kicks up moments after the launch from a Super Lynx helicopter
Fox Two!
Birds Away!
A Harpoon or an Exocet missile approaching its target.
Approaching target....
BOOM!
Penembakan secara bersepadu ini dilaksanakan dalam usaha meningkatkan latihan secara bersama (joint) antara ketiga-tiga perkhidmatan. Selain itu, penembakan ini digabungkan sebagai langkah penjimatan secara perkongsian perbelanjaan dalam pengoperasian penembakan.

Penembakan bersepadu ini telah melibatkan aset bantuan ketiga-tiga perkhidmatan sebagai unsur untuk pembersihan kawasan, tim penyediaan sasaran, rakaman dan analisis. Antara aset dan unsur TLDM lain yang terlibat ialah KD MAHAWANGSA, KD PAHANG, KD TERENGGANU, KD LAKSAMANA HANG NADIM, KD MAHAMIRU, KTD PENYU, Bot Tempur CB 90, Tim Penyelam, Weapon Trial and Assesment Team (WTAT) dan helikopter Fennec. Sementara aset TUDM lain yang terlibat ialah pesawat SU30MKM, pesawat CN235, pesawat B200T dan C130. Unit TDM yang terlibat ialah 51 Rejimen Artileri DiRaja.

Kejayaan penembakan misil dan roket bersepadu ATM ini telah sekali lagi membuktikan bahawa kesiagaan aset-aset ATM sentiasa di tahap yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga sekaligus meletakkan ATM antara pasukan Angkatan Tentera yang wajar digeruni di rantau ini.


Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Jaafar, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi dan Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Dato’ Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Operasi Udara Dato’ Seri Mohd Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Panglima Armada Laksamana Madya Dato’ Abdul Hadi bin A. Rashid hadir menyaksikan penembakan ini dari platform kapal KD MAHAWANGSA di Perairan Selat Melaka.
Sumber: Navy.Mil dan Air Force 

p/s: Ada sesiapa yang pernah terlibat dalm Eks ini? Mesti teringat 'kenangan indah' tak tidur malam kan? This is War!


12 comments:

  1. lain kali pilih monsoon buat exercises.. baru tahu kasak ke tak..

    ReplyDelete
  2. kecik hati kami....x sebut pun penglibatan Nuri dlm ex ni. kami siap buat Live Broadcast ke KD Mahawangsa tu.....huhuhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x mengapa bro.. sebenarnya orang blkg pun penting gak tu.. yg penting sentiasa bangga dan setia kepada perkhidmatan... gempur wira!!

      Delete
  3. Artikel menarik... saya jarang jumpe artikel blog yg berkaitan senjata ketenteraan... dengan izin saya nk copykan dlm blog saya.....
    Mohon pautkan blog saya di sini :
    http://miazarraannur.blogspot.com/
    terima kasih.

    ReplyDelete
  4. tak payah le, secanggih mana pun kita musuh lagi canggih,kerajaan lebih rela habiskan duit untuk politik dari memperkuatkan angkatan tentera..........lebih baik tentera bersiap sedia untuk gerila warfare.

    ReplyDelete
  5. Semua tu akan jadi milik pembangkan pru ini...sebab politik kita lemah , melayu da berpecah wpun dalam kerajaan sendiri, sama sama kita pun kita tau kawan kerja kita tu sokong parti mana..elaun lambat bayar mslahkan kerajaan, rumah tak di baiki salahkan kerajaan, kertas A4 habis beli sendiri salahkan kerajaan, dan Pihak atasa pun kata Kita tak ada peruntukan, maknanya kerajaan tak tak ada duit, duit abis di beri kat org ramai yg undi tak tau dapat ke tidak...melyau mudah lupa pak najib..

    ReplyDelete
  6. Exercise Lancau.... free ke atau buang masa. kamu askar setia memang bangang tak tahu apa... pooraaahhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf saudara, tolong jaga bahasa tu ya, saya slh seorang anggota ATM, dari rej ggk..tak enak rasanya saya baca komen saudara ni..kalau perang nanti saudara pergi kemana? siapa yang saudara harap nak selamatkan nyawa saudara? kalau bukan anggota2 yang terlibat dalam "Exercise Lancau" ni..ingat saudara...walau saudara pakai id anon, ip saudara kami tau,identiti saudara kami tau..

      Delete
  7. bekas askar wataniah je...

    ReplyDelete
  8. bekas askar wataniah je...la patut kuat ampu sana ampu sini...

    ReplyDelete
  9. Nuri...jangan kecik2 hati. Atur strategi je sptmana kata anonymous 3. Dgn politik kelam kabut ni duit asyik xde je. Keje gomen la ni nak claim perjalanan lodging pun payah. Dah banyak berabis pi meeting sana sini, borang claim tersadai camtu je. Hujung tahun nanti kira 'burn'...biasalah tu. Duit perabis pi lobi nun sana sinun utk pru, kekonon jenama BR1M. Agenda lebih penting diambik mudah dan lewa. Betul Melayu ni bnyak yg dh lupa diri dan hilang jati diri.

    Alahai gomen taksub politik..pulau batu putih pun tak boleh nak 'fight', walhal guna minda aje. Malu tau!!!

    ReplyDelete
  10. saya agak risau jika Pakatan Rakyat menang.. kerana DAP itu merupakan sekutu kuat parti PAP di Singapura.. Sedangkan semua orang tahu Singapura tidak pernah berhenti mencari jalan daripada ingin menakluki Semenanjung Malaysia samaada dari segi politik mahupun ketenteraan... Kini kita dapat lihat PAP sedang menggunakan DAP untuk memastikan sekiranya pakatan rakyat menang, Singapura diberi peluang untuk join Malaysia dan menjadi salah satu negeri di bawah Malaysia... sedangkan jika singapura join Malaysia. Singapura yang lebih untung kerana lihat sahaja saiz, sumber semulajadi, keluasan tanah dan lain2 yang terdapat di Malaysia lebih menguntungkan rakyat singapura.. Manakala tidak apa yang menguntungkan rakyat Malaysia jika singapura join Malaysia... kerana singapura itu kecil dan ibarat, kita bagi mereka satu periuk nasi, tapi mereka hanya bagi kite sebiji nasi? berbeza bukan?

    ReplyDelete