Wednesday, 26 September 2012

VIDEO PANAS EKSESAIS ANGSA 7/2012 - WAJIB TONTON

Sebelum ini Askar Setia telah menyiarkan sedikit maklumat mengenai kejayaan Eksesais Angsa 7/2012 yang membabitkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Eks yang telah diadakan di perairan Selat Melaka dan kawasan berdekatan dikatakan telah mencapai matlamatnya. Rujuk artikel sebelum ini di SINI.

Artikel berkenaan mendapat banyak komen terutamanya di Facebook dan rata-rata berpuas-hati dan yakin bahawa ATM sentiasa bersedia dan mampu mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. Walaubagaimanapun, ia tidak terlepas daripada dihujani dengan komen-komen negatif (seperti biasa) yang jelas tidak tahu apa-apa mengenai ketenteraan dan persenjataan milik ATM. Tidak habis-habis ia dipolitikkan malahan ada yang mengaitkan pelancaran misil dengan politk. Ahh.. jenis mentaliti apakah itu? Mungkin itu la kelas mentaliti sesetengah puak politik negara ini yang tidak habis-habis mahu mengaitkan sesuatu perkhabaran dengan politik tanah air. Oh ya.. pagi ini terdapat kemalangan sebuah Proton BLM yang terbabas di susur keluar Putrajaya - UPM Serdang. 

Mungkin sekiranya pengikut totok parti berkenaan menyaksikan kemalangan tersebut, mereka akan mengaitkan kemalangan tersebut dengan kesalahan UMNO atau BN dan mungkin PAS atau DAP. 

Walau apa pun, saya berbangga dengan kemampuan ATM dan tahap kesiapsiagaan yang yang dimiliki oleh ketiga-tiga cabang perkhidmatannya. Saya siarkan skali video penuh kejayaan pelancaran roket dan misil semasa Eksesais berkenaan. Sila tonton video di bawah.


SYABAS ATM



A Sea Skua missile motor kicks up moments after the launch from a Super Lynx helicopter


A Harpoon or an Exocet missile approaching its target.







TONTON VIDEO DIBAWAH INI



Friday, 21 September 2012

EKSESAIS ANGSA 7/2012 - UJI KESIAPSIAGAAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


Sebelum baca, layari preview Eks Angsa 7/2012

Kuala Lumpur – Eksesais ANGSA Siri 7/2012 (Eks ANGSA) merupakan eksesais tahunan yang membabitkan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). ANGSA adalah singkatan Angkasa dan Samudera yang merupakan gabungan dua eksesais utama TUDM dan TLDM.

Bermula daripada tahun 2006 ia telah dilaksanakan secara CPX dan FTX serta dihoskan secara bergilir-gilir antara TUDM dan TLDM di mana dalam eksesais kali ini Pangkalan Udara Butterworth telah dipilih untuk menjadi lokasi utama eksesais yang dianjurkan oleh TUDM.

Dalam edisi kali ini, buat pertama kalinya Command Post Exercise (CPX) dan Field Training Exercise (FTX) dilaksanakan secara serentak yang membabitkan penumpuan kepada STAFFEX dan pelaksanaan CPX menggunakan sistem JTLS manakala FTX tertumpu kepada pelaksanaan secara bersama diperingkat taktikal dan menggunakan kaedah SOE Driven. Seramai 442 orang dari ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam eksesais kali ini.

Live Missile Firing di perairan Selat Melaka (WMD 413 – 60 km Barat Tg Hantu Lumut, Perak) dan penembakan yang dilancarkan dari platform penembak yang berbeza ini telah berjaya mengenai sasaran permukaan pada jarak dan kelajuan yang diprogram.

Dalam penembakan pagi tadi, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melancarkan misil jenis EXOCET MM40 dari Kapal Diraja (KD) LEKIU dan misil jenis Sea Skua dari helikopter TLDM jenis Super Lynx. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula telah melancarkan misil jenis Maverick dan Harpoon dari pesawat pejuang F/A-18D. Sementara itu, pasukan 51 Rejimen Artileri Diraja, Tentera Darat Malaysia (TDM) pula telah melancarkan Sistem Roket Lancar Berganda ASTROS II dari tapak penembakan di Tanjung Antu, Segari, Perak. Kesemua penembakan ini telah berjaya mengenai tepat dan memusnahkan sasaran.


A Sea Skua missile motor kicks up moments after the launch from a Super Lynx helicopter
Fox Two!
Birds Away!
A Harpoon or an Exocet missile approaching its target.
Approaching target....
BOOM!
Penembakan secara bersepadu ini dilaksanakan dalam usaha meningkatkan latihan secara bersama (joint) antara ketiga-tiga perkhidmatan. Selain itu, penembakan ini digabungkan sebagai langkah penjimatan secara perkongsian perbelanjaan dalam pengoperasian penembakan.

Penembakan bersepadu ini telah melibatkan aset bantuan ketiga-tiga perkhidmatan sebagai unsur untuk pembersihan kawasan, tim penyediaan sasaran, rakaman dan analisis. Antara aset dan unsur TLDM lain yang terlibat ialah KD MAHAWANGSA, KD PAHANG, KD TERENGGANU, KD LAKSAMANA HANG NADIM, KD MAHAMIRU, KTD PENYU, Bot Tempur CB 90, Tim Penyelam, Weapon Trial and Assesment Team (WTAT) dan helikopter Fennec. Sementara aset TUDM lain yang terlibat ialah pesawat SU30MKM, pesawat CN235, pesawat B200T dan C130. Unit TDM yang terlibat ialah 51 Rejimen Artileri DiRaja.

Kejayaan penembakan misil dan roket bersepadu ATM ini telah sekali lagi membuktikan bahawa kesiagaan aset-aset ATM sentiasa di tahap yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga sekaligus meletakkan ATM antara pasukan Angkatan Tentera yang wajar digeruni di rantau ini.


Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Jaafar, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi dan Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Dato’ Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Operasi Udara Dato’ Seri Mohd Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan Panglima Armada Laksamana Madya Dato’ Abdul Hadi bin A. Rashid hadir menyaksikan penembakan ini dari platform kapal KD MAHAWANGSA di Perairan Selat Melaka.
Sumber: Navy.Mil dan Air Force 

p/s: Ada sesiapa yang pernah terlibat dalm Eks ini? Mesti teringat 'kenangan indah' tak tidur malam kan? This is War!


Wednesday, 19 September 2012

TAHNIAH MEJAR (K) DATUK NICOLE ANN DAVID (TUDM)


Tahniah buat Datuk Nicole Ann David yang hari ini dianugerah dengan pangkat pegawai kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memakaikan pangkat Mejar kepada Nicol pada majlis yang berlangsung di Kementerian Pertahanan.


Pemilihan Nicole sebagai menghargai semangat juang Nicole sehingga muncul pemain nombor satu dunia. Sementara itu, Nicoel melahirkan rasa terima kasih di atas pengiktirafan pencapaiannya dan beliau tidak sabar mengikut program disediakan oleh TUDM terutama kelas penerbangan.

Mejar (Kehormat) Datuk Nicol Ann David dilantik sebagai Pegawai Kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM) yang berkuat kuasa 28 Jun 2012 selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat mengalu-alukan semangat dan minat anda bagi memasuki alam ketenteraan demi mempertahankan negara

Thursday, 13 September 2012

CERITA KOTOR DISEBALIK SUARAM DAN MALAYSIAKINI

Sebelum ini Askar Setia menyiarkan artikel mengenai penglibatan ejen asing yang berselindung disebalik persatuan-persatuan, NGO, pergerakan pelajar dan banyak lagi yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan danmenaja SUARAM untuk menyebarkan fitnah dan tekanan kepada kerajaan lebih-lebih lagi untuk menyungkil rahsia pertahanan negara. 


Kenyataan tersebut dikuatkan lagi dengan maklumbalas daripada Pengarah SUARAM sendiri iaitu Kua Kia Soong mengaku bahawa SUARAM  itu menerima dana dari negara asing dan individu di seluruh negara. SUARAM dilihat bermati-matian mahu dilabelkan sebagai sebuah NGO, walhal ia merupakan satu syarikat HARAM yang bergerak menggunakan nama SUARA RAKYAT MALAYSIA. 


SUARAM yang telah menerima dana dari sumber-sumber strategiknya dari negara Amerika Syarikat, Finland dan Kanada dan beberapa negeri di Malaysia (yang dikuasai pembangkang) selain sumbangan daripada individu. Walaubagaimanapun, Kua Kia Soong berkeras untuk mempertahankan kerahsiaan jumlah yang diterima SUARAM sehingga hari ini serta penyumbang dana dan siapakah penaja utama. 

"Adakah saya perlu memberitahu anda dari mana dana itu datang? Kenapa semua orang ingin tahu dari mana dana kami?" 

Kua Kia Soong
 Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2011



SUARAM telah menerima peruntukan tahunan secara konsisten dari 'National Endowment for Democracy' (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sejak 2006. Menurut portal AIDC, seperti dinyatakan dalam laporan tahunan NED, Suaram menerima sejumlah US$385,000 (RM1,218,328.65) bagi tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009.

Selain itu, SUARAM turut ditaja oleh:

1) International Republican Institute 
2) Southeast Asian Press Alliance 
3) Centre for Independent Journalism 
4) Open Dialogue Centre 
5) National Democratic Institute for International Affairs 
6) Open Society Institute, New York (yang diasaskan oleh George Soros yang turut menaja program BERSIH 3.0) 
7) National Endowment for Democracy, Washington 
8) Southeast Asian Centre for e-Media 
9) Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur. 


Namun, Adakah anda tahu bahawa pertubuhan-pertubuhan tersebut diwujudkan hanya untuk menaja sesebuah organisasi lain untuk memporak-perandakan sesebuah negara? Tahukah anda bahawa salah satu pertubuhan berkenaan terlibat dalam menaja pergerakan menentang kerajaan China di Xinjiang dan kerajaan Tibet? 


Di Malaysia, SUARAM menjadi ejen penggerak pertubuhan berjenaan. Persoalannya, mengapa SUARAM yang tidak pernah didaftarkansebagai NGO dengan Pendaftar Pertubuhan sebaliknya hanya didaftarkan sebagaisebuah syarikat atas nama, Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan modal berbayar RM2 juta. Namun, sehingga kini, SUARAM diam seribu bahasa  mengenai dakwaan status pertubuhan serta sumber dana pembiayaannya.


Kini, portal AIDC telah mendedahkan bahawa salah satu sayap kanan e-media pakatan rakyat iaitu Malaysiakini (yang mahu dilihat sebagai portal berita) turut mendapat sumber kewangan daripada Media Development Fund yang ditaja Open Society Institute oleh George Soros. 


Geran bantuan berjumlah RM188,000 telah meningkat sehingga RM1.3 juta dan RM385,000 daripada NGO luar negara. Persoalannya, mengapakah portal yang sering dilihat menyiarkan sentiment anti-malaysia dan seringkali dilihat memanipulasi berita semasa mendapat mendapat tajaan dana ejen asing yang tinggi? Pihak Malaysiakini mungkin kini berbangga dengan apa yang dimiliki sekarang kerana dilihat pembaca sebagai sumber media bebas dan telus, walhal penyiaran artikel Malaysiakini seringkali dilihat mahu mewujudkan lebih banyak pertelingkahan. 

Harus kita sedar bahawa CEO Malaysiakinidan, Premesh Chandran dan Ketua Editor, Steven Gan adalah ‘orang kuat’ pergerakan ANTI-MALAYSIA di Australia semasa zaman universiti mereka bersama-sama dengan Tian Chua dan Elizabeth Wong. 

Kita disajikan dengan pelbagai jenis bentuk penulisan dan berita samada di portal berita, facebook dan blog namun persoalannya, adakah kita menerima dan menelan bulat-bulat sesuatu perkhabaran yang dimomokkan? 

Apakah kita merelakan diri sendiri untuk menjadi ‘ejen tidak sedar’ dengan berkongsi menyebarkan artikel-artikel berbentuk fitnah dan anti-Malaysia di sebarang medium media/web sosial yang kita miliki? 

Bertepuk tanganlah ejen-ejen berkenaan kerana usaha mereka untuk memporak-perandakan negara ini dijalankan secara auto-pilot oleh individu-individu gatal tangan yang kononnya berjuang untuk menegakkan keadilan, kebebasan dan ketelusan walhal, mereka tidak sendiri tidak tahu apakah erti istilah-istilah tersebut.


Sumber maklumat DISINI dan DISINI

Wednesday, 12 September 2012

BUDAYA PELOPOR KEGANASAN SENYAP DALAM SISTEM MASYARAKAT MALAYSIA


Elemen militan dikesan masih wujud dan tetap menjadi ancaman kepada keselamatan negara namun aktiviti itu mampu dikekang berikutan pemantauan keselamatan yang rapi, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zain.

Beliau berkata walaupun insiden militan Al-Maunah di Sauk, Perak berlaku kira-kira 12 tahun lepas namun situasi semasa memperlihatkan ancaman militan dalam negara masih wujud.


Katanya sejak kejadian di Bukit Jenalik, Sauk yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu, ATM melalui kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengambil pelbagai inisiatif dalam membendung penularan aktiviti militan di negara ini.

“Walaupun elemen militan dikesan masih wujud, namun secara jelasnya keadaan itu berada dalam kawalan dan pemantauan pasukan keselamatan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.


Zulkifeli berkata melalui kerjasama erat ATM dan PDRM, seramai 13 individu dipercayai membawa anasir Darul Islam, yang dipercayai mempunyai jaringan dengan kumpulan Jemaah Islamiah Indonesia dan kumpulan-kumpulan militan di selatan Filipina khususnya kumpulan Abu Sayyaf, ditahan di Tawau, Sabah pada November lalu.

Katanya pembentukan Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan (JPGK) yang dipengerusikan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memperkukuhkan lagi pemantauan terhadap aktiviti militan kerana perbincangan mengenai ancaman keselamatan negara termasuk elemen militan menjadi antara fokus utama jawatankuasa itu.

Baca sambungan artikel  DISINI

Komen Askar Setia

Elemen-elemen subversif dan aktiviti oleh kumpulan-kumpulan yang disebutkan di atas sering kita diperdengarkan dan dipertontonkan dan ia bukanlah suatu isu yang baru. Walaupun pemantauan keatas sebarang elemen-elemen keganasan dilakukan secara berterusan oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat, namun kita sebagai rakyat Malaysia harus sedar bahawasanya terdapat pelbagai lagi bentuk fahaman dan aktiviti 'keganasan' baru dan  sesungguhnya, sedang menular masuk kedalam masyarakat kita.


Barangkali ada yang tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan, kerana ia mungkin tidak bertepatan dengan definisi konvensional KEGANASAN DAN AKTIVITI MILITAN  tetapi, pada pendapat saya, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa BUDAYA FITNAH dan MENGHASUT untuk melakukan kekacauan dan huru hara dengan menganjurkan pelbagai jenis demonstrasi dan perhimpunan juga boleh diklasifikasikan sebagai aktiviti KEGANASAN SENYAP dalam masyarakat yang jelas hanya akan membawa kepada kebinasaan. 



Fitnah dan saranan sesetengah individu untuk melakukan huru-hara yang boleh kita dapati di Facebook dan blog mempunyai kesan VIRAL yang efektif untuik mengajak pembaca lain melakukan kekacauan dalam negara. Lebih menyedihkan, sekiranya individu-individu tersebut  berasa bangga atas saranan mereka untuk melakukan kekacauan kerana mendapat sokongan daripada GOLONGAN BODOH. Saranan yang bertopengkan slogan seperti REVOLUSI, PERUBAHAN, DEMOKRASI, dan pelbagai slogan lain memang sedap didengar. Golongan-golongan REVOLUSI MELULU seperti mereka ini layak dikatakan sebagai PENGGANAS SENYAP dan bodoh, diperbodohkan. dan memperbodohkan orang lain Pejuangan mestilah disertakan dengan ILMU dan bukanlah berteraskan dengan sikap AMARAH, SUKA-SUKA dan TAQLID BUTA.

blogging sama seperti perjuangan bandit dalam guerilla warfare (ambush + hide) kerana 'dah tulis pastu dok cabut'. Cuma yang membezakan bandit (blogger) baik atau buruk - Adakah penulisan kita beretika ataupun tidak? Adakah kita bertanggungjawab dengan apa yang kita siarkan? Adakah penulisan kita mempunyai manfaat untuk orang lain dan negara (social responsibility?) Atau adakah penulisan kita hanya akan memusnahkan sistem masyarakat?


Askar Setia


Against All Authority Pictures, Images and Photos

Antara mesej keganasan dan pemberontakan
dalam muzik

Seperkara lagi, fenomena pergerakan berteraskan fahaman ANARKISM, AGAINST LAW & SYSTEM, EQUALITY FOR ALL, FREEDOM dan AGAINST ALL AUTHORITY (AAA) yang sedang menyerap masuk kedalam pemikiran anak muda. Gerakan senyap golongan yang mengaku sebagai REVOLUTIONIST ini dibawa masuk ke dalam pemikiran anak-anak muda melalui lirik-lirik muzik-muzik underground (kebiasaannya muzik-muzik grindcore), penulisan dalam zine-zine independent dan newsletter. 

Zine dan Newsletter underground yang mudah didapati 

Saya tahu terdapat beberapa individu  belia yang telah menjadi IKON dalam pembuatan filem-filem indie yang berlatar-belakangkan tema seperti  kebebasan, hak sama-rata, perjuangan revolusi golongan bawahan dan banyak lagi. Kumpulan ini sering menganjurkan pertemuan di 'balai-balai seni' kerana beranggapan bahawa fenomena ini sebagai perjuangan kemasyarakatan dalam bentuk seni. 


SIfat AMARAH anak-anak muda ini yang mengatakan mereka dizalimi oleh kerajaan, dinafikan hak untuk bersuara, mencontohi perjuangan golongan proletariat (communism vs capitalism) dan pelbagai dakwaan lagi yang menggambarkan bahawa perlembagaan/kerajaan/undang-undang/sistem merupakan punca kepada segala bencana dan penindasan.

Ataupun, adakah ia sebenarnya berpunca daripada satu penyakit yang berada dalam sistem saraf masyarakat MELAYU iaitu - sering merasakan dan membayangkan mereka DIZALIMI oleh sistem kehidupan dan menjadi MANGSA KEADAAN? 

Ironinya, kita di Malaysia ini masih hidup dengan aman damai, anak-anak mudah mendapat pendidikan yang sempurna hingga ke menara gading, akhbar-akhbar baik pro-kerajaan/pro-pembangkang tumbuh bak cendawan dan pelbagai manfaat lagi yang kita boleh kongsikan bersama.  Mungkin golongan ini terikut-ikut dan berhalusinasi dek kisah revolusi negara barat.. Barangkali?

Aduhai anak bangsaku...
Pengalaman saya sendiri apabila berbual dengan seorang remaja PEACE-PUNK (dia yang gelarkan dirinya begitu) di stesen bas Kluang, Johor yang beranggapan sistem dan perlembagaan dan undang-undang hanya akan membawa lebih kebinasaan daripada keamanan. Manusia akan terkongkong dan tidak mendapat hak yang sewajarnya. Dengan memperagakan patches-patches di baju dan seluar yang membawa maksud yang pelbagai, beliau berkata (lebih kurang bunyinya seperti ini):

 "Family gua nanti takkan ada sistem. Anak gua bebas buat apa saja dan ber 'aku' 'kau' je dengan gua"...

Saya menjawab:

"Bro.. Lu bayangkanlah sekiranya sebuah simpang empat yang sarat dengan kenderaan. Satu hari lampu trafik rosak. Lu rasa driver-driver di simpang tu akan bagi jalan ke pada kenderaan-kenderaan lain? gerenti ada yang berlanggar sesama sendiri. Kucar kacir!"

Pembaca-pembaca sekalian. Analogi mudah ini merujuk kepada simpang empat (sebuah negara), lampu trafik (perlembagaan, undang-undang dan sistem) dan pemandu (rakyat). Maka, akan huru-haralah sesebuah negara tanpa sistem, perlembagaan dan undang-undang yang jelas.

KEGANASAN MAYA dan KEGANASAN SENYAP inilah yang menjadi gunting dalam lipatan dan menghalang kepada pembentukan masyarakat yang harmoni dan muhibbah. RULES OF GOVERNANCE 101 - yang semestinya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak, namun, kita harus sentiasa waspada dengan elemen-elemen subversif ini yang secara senyap sedang menular masuk dan tidak keterlaluan jika saya katakan -  IA SEDANG MENGGALAKKAN BUDAYA KEGANASAN SENYAP DALAM MASYARAKAT KITA. 














Tuesday, 4 September 2012

KD INDERA SAKTI DAN MISI BANTUAN UNTUK ROHINGYA - TERIMA KASIH TLDM

 “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksanya bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya.” 

(Surah Al-Maaidah, ayat 2)



KD SRI INDERA SAKTI DALAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN ETNIK ROHINGYA

Tahukah anda bahawa kapal TLDM iaitu KD Indera Sakti telah digunakan untuk tujuan pengangkutan bantuan kemanusiaan untuk masyarakat Rohingya di Myanmar? 




Jumlah keseluruhan barangan yang dibawa dengan menggunakan kapal KD Sri Indera Sakti adalah 480 tan melibatkan barangan keperluan seperti makanan, ubat-ubatan serta keperluan harian lain. Kesemua sumbangan itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM9.67 juta dan ia adalah hasil sumbangan rakyat berbilang kaum di negara ini dalam tempoh hanya lapan hari dan dikoordinasi oleh Kelab Putera 1Malaysia. 


Selain itu, bantuan tersebut akan disampaikan bukan sahaja untuk masyarakat Rohingya namun, ia turut disumbangkan masyarakat bukan Islam yang hidup dalam serba kesukaran di Myanmar. Selain itu, sukarelawan yang akan menyertai misi tersebut terdiri daripada doktor pakar, pengamal media serta artis popular seperti Datuk DJ Dave dan Datuk Malek Ridzuan.KD Sri Indera Sakti akan digunakan untuk tujuan logistik ke Pelabuhan Sittwe, Myanmar bagi menghantar sumbangan tersebut dan misi berkenaan secara keseluruhannya berkemungkinan akan mengambil masa selama 11 hari. 

Mengikut perancangan, misi itu sepatutnya berlepas hari ini tetapi atas sebab-sebab keselamatan mereka terpaksa mengubah laluan asal dan kini sedang menunggu kebenaran dari Wisma Putra untuk berlepas.

Sumber: Portal Rasmi TLDM, Utusan Online, Navy The Best

p/s: Sebelum ini, saya ada menyatakan komen di FB ekoran ada rakan FB saya yang kemaruk  menghentam dasar luar Malaysia yang kononnya meminggirkan nasib saudara Islam kita iaitu masyarakat Rohingya di Myanmar. Namun, saya katakan pada mereka, Malaysia sentiasa mengamalkan dasar luar 'MUSLIM FIRST' yang akan sentiasa peka dan reaktif ke atas apa yang berlaku kepada saudara Islam kita dimana-mana negara lebih-lebih lagi di rantau Asia Tenggara. Bantuan kepada masyakarat Islam Myanmar (suaka politik) telah diberikan sejak berkurun lamanya sebelum isu kesengsaraan mereka heboh diperkatakan. Itu tidak termasuk bantuan kerajaan Malaysia kepada kepada masyarakat Islam di Acheh, Selatan Thailand (dalam projek-projek memajukan taraf sosio-ekonomi di beberapa kawasan yang dikenalpasti, termasuk bantuan berkala IMT di Mindanao (selatan Filipina). 

Ketahuilah bahawa perlaksanaan sesuatu dasar luar terbatas dek 'hukum kedaulatan' sesebuah negara yang perlu dipatuhi. Namun, masyarakat harus sedar bahawa apa yang berlaku keatas saudara sesama Islam ia seperti cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya. Kesengsaraan mereka, kepayahan mereka tidak sesekali akan dibiarkan. Sudah menjadi satu kebiasaan yang mana ATM dan ketiga-tiga cabang perkhidmatannya sentiasa bersedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat.



Terima Kasih TLDM!