Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday, 16 May 2013

SELAMAT DATANG MENTERI PERTAHANAN YANG BARU!


KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjanji akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memberi perkhimatan terbaik kepada rakyat.

Dalam mesej melalui laman Twitternya, Hishammuddin berkata beliau bersyukur atas pelantikan itu dan tidak sabar untuk menjalankan tugas melalui portfolio berkenaan.

Kata bekas Menteri Dalam Negeri ini, beliau akan mengangkat sumpah jawatan pada pukul 3 petang esok.

"Najib amat berharap kami akan menjalankan tugas dengan penuh bersemangat," katanya.

Pengumuman senarai anggota Kabinet baharu hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Barisan Nasional (BN) memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen dalam Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei, menyaksikan pertukaran portfolio antara Hishammuddin dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung melalui media elektronik dari Putrajaya itu, Najib berkata Ahmad Zahid dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri dan Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan.

Ahmad Zahid, Anggota Parlimen Bagan Datoh (Perak), dilantik Menteri Pertahanan pada 2009, manakala Hishammuddin, yang merupakan Anggota Parlimen Sembrong (Johor) pula, diberi tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan.

Najib juga mengumumkan pelantikan Anggota Parlimen Kudat (Sabah) Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, manakala Anggota Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

p/s: Semoga pentadbiran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menyemarakkan lagi kecemerlangan dan keampuhan Angkatan Tentera Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.


16 comments:

  1. DAH 20 TAHUN JADI MENTERI...APA KO BUEK? SETAKAT MEMANASKAN KERUSI YO.. LEPAIH TU KAU BUAT HAL YANG MERUGIKAN UMNO WEI...GUNA LESEN BESAR, SEPUPU PM...RAKYAT DAN UMNO YANG SUSAH...JAWATAN PM TU BUKAN KERJAYA BRO..UDAH-UDAH LE TU...TUAN MENYUSAHKAN UMNO SAJA...

    ReplyDelete
  2. Kita kena utamakan kaliber yg berkelayakan dan bukan lebih nak jaga hati... Jaga hati... Mati. Jaga sedara ... Sengsara... Jaga agama utama.

    ReplyDelete
  3. Sebagai Menteri KDN beiau telah gagal malah menjadikan kedudukannya satu liabiliti untuk Kerajaan.

    Ditampung olih PM dan dilantil sebagai Menteri Pertahanan hendaknya beliau bangkit dan bersedia melahirkan semula kewibaannya sebagai Menteri Pertahanan kalau bolih lebeh terserlah dari Zahid.

    Jangan pula asyik BERTAHAN DAN MASIH DENGAN SIFAT AMARAN BELIAU.

    JANGAN HAMPAKAN PENGUNDI YANG MEMANGKAH TELAH MEMANGKAH BN

    ReplyDelete
  4. Jgn sok kementerian Pertahanan akan mnjadi kementerian AMARAN lak ye.........muahahhahahahhahahahhahahhahhahahahhahah

    ReplyDelete
  5. ????????????????????????????????harap-harap la!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Baik bagi para anggota tentera.....budi baik dibalas tuba....ramai pengundi pembangkang dlm tentera...jelas dlm undi pos.....kini terimalah menteri yg lemah dalam soal membela anggota pertahanan...doklah 5 taun baru army malaysia rasa menteri baru....,,,,

    ReplyDelete
  7. Bole ke mamat ni? Kes LD pon jadi huru hara...tlg laaa...

    ReplyDelete
  8. ya allah selamatkan lah kementerian pertahanan aminnnnnn..

    ReplyDelete
  9. Abih tu nak buat camano,bertanding peringkat parti monang kerusi Naib Presiden,bukan calang jawatan.Tumbangkan dio dulu di perinkat Parti baru bolih bertokak kek sini dan soal kenapo Najib lantik dio.Kalau macam mat Sabu bolihlah,masuk PRU kalah walau pun jadi Timb Presiden,ado sobab nak diterajang.Tapi nak ingatkan kek dio ni,kalau dalam Tentera nak bagi amaran ajo,habihlah anak buah den sojar nanti,nanti orang cakap jadi pondan...ingat tu Jang.

    ReplyDelete
  10. Emm...mr sotong sudah dapat kerusi cantek..jaga rimau pulak tuh...
    Persoalannya..boleh ker sotong cumi ni pi jaga rimau tuh???
    Buat kerja sume tak proper..harapkan kabel darah jer kuat dgn PM.

    *Icamuddin malas buat HOMEWORK!!!
    Dont be lazy boyyyy....

    ReplyDelete
  11. Jangan sampai NEGARA LUAR menyerang Malaysia dikatakan nelayan2 asing mencari makan (menceroboh) diperairan Malaysia dengan menggunakan M16/SCUD dll.

    Dengan kata lain Pak Menteri masih memberi amaran bermula dengan siri 1 2 dan 3 (sebab kementerian yang baru),

    PISANG TAK BERBUAH 2 (TIGA) KALI.

    Pak Najib akan bakal dihukum di PRU14.

    ReplyDelete
  12. aku berani jamin la kalau tentera sos tiram tu dtg serang sabah lagi.perkataan yg pertama akan keluar dari mulut krismudin ni AMARAM,AMARAN,AMARAN.tk caya tunggu la.

    ReplyDelete
  13. Dia tak ada peluang nak bagi amaran dah,sebab askar sos tiram tak akan berani buat lagi.Apa dia ingat dia orang kebal,dia orang lupa askar dan polis kita juga bukan dari jenis kosong,mereka pun berisi juga walau pun ajal maut adalah ketentuan ALLAH,tetapi kita berusaha dan tawakal.

    ReplyDelete
  14. perhimpunan agung umno nti tolak hisham,jgn letaknn dia jd naib presiden,calonkan jd ktua wanita umno

    ReplyDelete
  15. Askar setia kaki bodek nak mampus tak lama lagi....Lu ingat menteri pertahanan akan bantu lu...

    ReplyDelete
  16. terus terang akap , dengan Hishamuddin ni aku tak yakin, dulu masa menteri dalam negeri apa dia buat? saya bagi amaran ..bagi amaran , amaran dan amaran, entah berapa ratus kali asyik bagi amaran,
    akhirnya demo haram meletus sana sini , pun masih bagi amaran, rusuhan berulang pun bagi amaran, memang dia layak sebagai menteri amaran!

    kerana mulut dialah ramai anggota keselamatan terkorban di Lahad Datu, di atak pandai simpan rahsia pasukan habis semuanya diceritakan pada waratwan, semua rahsia pun bocor, geng kiram senyum dengar kerana dah tahu berapa kekuatan akan masuk dan taktik mereka guna,

    tak percaya, lihatlah nanti perangai Hishamuddin selama dia jadi menteri pertahanan, lihat apa dia akan cakap ..

    ReplyDelete