Saya tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh brader ShahPaskal (beliau bukan soldier ya) mengenai salah satu implikasi yang bakal ditempuhi oleh negara kita sekiranya rahsia pertahanan negara terus dicungkil oleh puak-puak berkepentingan. Klik di SINI.
Tahukah anda, aktiviti proses pengutipan dan pengumpulan maklumat pertahanan (cycle) merupakan satu proses berterusan dan ia dilakukan melalui pelbagai cara termasuk maklumat yang disalurkan kepada penganalisis pertahanan, ahli akademik, wartawan, forum dan termasuk tekanan daripada ahli politik. Pada masa kita terlalu bersungguh-sungguh bercerita mengenai hal perihal aset pertahanan negara, tetapi kita lupa bahawa kita telah menjadi UNCONCIOUS AGENT kerana menyalurkan maklumat secara tidak sedar. Hal yang sama pernah saya lihat ketika berada di KEMENTAH apabila seorang pegawai tentera berpangkat Mejar bersungguh-sungguh menceritakan kisah radar (kalau tidak silap) kepada wartawan, namun, beliau secara tidak langsung telah terlepas maklumat yang boleh dikatakan sensitif.
Apa kata blogger Shahpaskal mengenai tekanan yang diberikan oleh Nurul Izzah dan Tian Chua mengenai Network Centric Operations (NCO) milik angkatan Tentera Malaysia?
Terjahan NCO oleh Nurul Izzah dan Tian Chua di KEMENTAH |
1. Saya tertarik untuk
mengulas mengenai tuduhan ahli-ahli politik yang berjawatan tinggi dalam parti
pembangkang yang telah menuduh bahawa sekarang sudah berlaku skandal dalam
projek Network Centric Operations
(NCO) yang sedang
dimajukan oleh Sapura Secured Technologies Sdn
Bhd (SAPURA) untuk Angkatan
Tentera Malaysia (ATM).
2. Saya dapat tahu cerita ini dari blog Nurul Izzah,
saya fikir pihak pembangkang ini tidak habis-habis menggodam cerita-cerita
sensitif ATM
3. Malang sekali apabila banyak cerita tidak benar dan masuk akal
yang datang dari pihak pembangkang, jika ada cerita yang benar sekali pun,
orang sudah susah untuk percaya kerana banyak perkara yang ditokok tambah.
4. Dari kaca mata saya, cerita yang dijaja bukan
dibuat untuk kepentingan negara.
5. Kalau betul sayang
negara, Nurul tidak memalukan rakyat negara ini apabila membuat pengakuan
kononnya kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam di Indonesia, cukuplah
dengan bising di dalam negeri sahaja (Malangnya,
ada juga rakyat Malaysia yang percaya dan terus percaya sampai sekarang).
6. Oleh kerana pendedahan Nurul itu juga, Indonesia kini menempah dua lagi
kapal selam dari Korea Selatan dan memodenkan dua kapal selam tua miliknya
menunjukkan bertapa pihak tentera laut Indonesia tidak memandang ringan
keupayaan Tentera Laut Di Raja Malaysia
(TLDM).
7. Rakyat Indonesia mungkin ketawa mendengar pendedahan
Nurul tetapi Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan agensi perisikan Singapura
tidak…dan kerana itu mereka bersusah payah menghantar perisik-perisik mereka
memasuki ATM tetapi Alhamdullilah, Allah tidak suka orang munafik, dan mereka
semua kena tangkap dan dikesan.
8. Bagi saya ahli-ahli
politik seperti Nurul ini sebenarnya mudah dipergunakan oleh pihak-pihak yang
berkepentingan, sama ada mereka ahli perniagaan atau pun agensi risikan luar
yang berselindung di sebalik badan bukan kerajaan (NGO) yang membawa
macam-macam suara dan mendakwa mereka mewakili “SUARA” rakyat negara ini.
9. Saya kira, Nurul
perlu berhubung dengan ATM untuk mendapatkan maklumat tentang berapa ramai
perisik Indonesia, Singapura, CIA, Mossad dan ramai lagi yang telah dikesan
berkeliaran dalam negara untuk mendapat gambaran sebenar tentang apa yang
sedang terjadi dan apa rancangan negara-negara yang
berkepentingan.
10.Ahli perniagaan (mereka
yang kalah tender) inilah yang memberi maklumat kepada politikus, pihak-pihak
ini mungkin kecewa kerana tender yang mereka lobi dengan nilai berjuta-juta
ringgit akhirya terlepas ke tangan orang lain.
11. Saya sebenarnya sudah masak
sangat dalam sepak teranjang politik dan dunia bisnes perdagangan senjata ini,
bidang ini merupakan satu-satunya cabang orang Melayu boleh buat duit berjuta
kerana tender biasanya boleh meninggi sampai beratus-ratus juta atau bilion.
12.
Apakah wajar apabila Nurul Izzah mahu kerajaan membuat tender terbuka untuk
sistem NCO bagi pihak tentera.
13.Hal-hal sensitif seperti NCO tidak wajar dibuat secara
terbuka kerana ia
berkait rapat dengan kerahsiaan ATM.
14. Atau Nurul Izzah
telah diprovoke oleh pihak tertentu untuk mendedahkan maklumat sulit ATM tanpa
beliau sedar.
15. Sepatutnya pembangkang harus berbangga kerana
pembangunan NCO dijalankan oleh sebuah syarikat milik bumiputera dan ini
bermakna maklumat sensitif mengenai ATM dan sistem komunikasi milik pihak
keselamatan tidak akan didedah.
16. Dahulu parti yang sama juga yang membuat bising
apabila pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) konon-konon telah menggunakan
sistem komunikasi APCO yang kebetulan mempunyai nama yang
sama dengan sebuah syarikat yang mempunyai jurutera Israel.
17.Jadi ramailah
ahli-ahli politik pembangkang yang risau jika rahsia negara akan terdedah
kepada musuh.
18.Parti yang sama juga mendesak mengapa PDRM tidak
menggunakan kepakaran rakyat tempatan untuk sistem telekomunikasinya, pada
halnya APCO itu merupakan nama sejenis sistem radio bukan
nama syarikat.
19.Sekarang apabila ATM mengikut nasihat pembangkang,
memberi kepercayaan kepada Sapura, timbul pula soal lain.
'Perjumpaan sulit' orang kuat PKR dengan wakil kedutaan Singapura |
20.Saya fikir, jika
projek NCO ini benar-benar akan menghabiskan wang negara dan mungkin berlaku
kepincangan, saya nasihatkan Nurul untuk membuat laporan kepadaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), hal-hal yang berkaitan keselamatan negara ini
wajarlah diselesaikan secara dalaman tanpa perlu membuka pekung kepada pihak
luar yang berminat.
21.Nurul sepatutnya sedar, Malaysia ini banyak negara
yang “menaruh hati” dan masing-masing menghantar perisik
mereka mendapatkan maklumat ke sini, Singapura, Indonesia, Filiphina malah Israel yang terletak jauh
beribu kilometer itu pun sanggup melebarkan sayap risikan Mossadnya ke sini.
22.Dan bukan satu perkara
rahsia, apabila DAP yang merupakan serpihan
parti PAPSingapura menggunakan wartawan-wartawan
dari akhbar Cina untuk mendapatkan maklumat mengenai ATM kerana akhbar biasanya
mempunyai akses yang besar.
23.Saudari Nurul juga jangan lupa, bukan satu rahsia
apabila banyak pergerakkan rakyat negara ini yang keluar masuk ke Afghanistan,
Palestin, Lubnan dan ke mana-mana sahaja yang berkait dengan perjuangan dunia
Islam antarabangsa telah disalurkan oleh rakyat
Singapura yang berada dalam negara kepada pihak Mossad.
JENIS-JENIS TENDER MILIK KERAJAAN MALAYSIA
YANG HARUS DIKETAHUI UMUM (WAJIB BACA) TENDER PEMBERIAN TERUS
24.Nurul dan para pemimpin
tertinggi parti pembangkang harus sedar bukan semua tender milik tentera boleh
dibuat secara terbuka.
25.Secara umum, tender milik ATM dibuat secara:
i. Rundingan Terus
ii. Tertutup
dan
iii.Terbuka
26.RUNDINGAN TERUS adalah tender yang melibatkan hal-hal
sensitif dan kerahsiaan di mana Kementerian Pertahanan mahu melindungi
kepentingannya jadi sesuatu tender diberikan terus kepada syarikat terpilih
seperti dalam isu NCO-Sapura ini.
27.Hal-hal yang berkaitan dengan sistem peperangan
elektronik juga tidak akan dibuat secara tender terbuka.
28.Beberapa peralatan
avionik dan sensor dalam SU30MKM juga tidak dibuat secara tender terbuka tetapi
diberi langsung kepada Peranchis untuk melindungi rahsia kelebihan SU30MKM.
29.Walaupun beberapa
pihak cuba meneka radar jenis apa yang dipakai oleh Sukhoi, ia hanya sekadar
tekaan kerana muncung atau noise SU30 MKM tidak pernah dibuka semasa pameran
kepada umum untuk menyembunyikan jenis radar yang digunakan.
30.Tender pemberian
terus juga diberi kepada hal-hal yang berkaitan dengan pesawat maritim strike
F-18 Hornet milik TUDM di mana, perkembangan dan pembangunan pesawat TUDM ini
berkait rapat dengan polisi kerajaan AS.
31.Jadi hanya senjata dan sistem elektronik buatan
syarikat AS sahaja yang boleh dipasang pada F-18 milik Malaysia dan tender
terbuka atau separuh terbuka tidak akan dibuat kerana kerajaan Malaysia hanya
boleh memasang peralatan yang dikeluarkan oleh syarikat AS yang diiktiraf
kongres sahaja dibenarkan.
32.TENDER TERTUTUP pula
ialah satu proses di mana beberapa jemputan dihantar kepada pihak berminat.
Dalam kes ini, kita ambil contoh keperluan Tentera Udara Di Raja
Malaysia (TUDM) untuk
melengkapkan skuadron pesawat MRCA yang baru.
33.Sebagai contoh, umum mengetahui
bahawa TUDM (TUDM) sangat berminat untuk mendapatkan pesawat Typhoon dari United Kingdom (UK)
34.Ini disebabkan Typhoon mempunyai kebolehan yang
sangat-sangat diperlukan oleh TUDM (sekali lagi saya kata, ini adalah contoh).
35.Kerajaan Malaysia bagaimanapun
tidak boleh membeli Typhoon secara langsung dari UK kerana rakan-rakan yang
lain seperti Peranchis, Russia dan Amerika Syarikat (AS) juga mengeluarkan jet
pejuang dan mereka juga menyumbang sedikit sebanyak terhadap perkembangan
ekonomi Malaysia.
36.Jadi Malaysia kemudian menghantar surat jemputan
untuk permohonan tender kepada syarikat-syarikat pengeluar senjata AS, Sweeden,
Peranchis, UK dan Russia.
37.Di sini kita lihat, China walaupun mengeluarkan jet
pejuang tetapi tidak pula membariskan permohonan untuk memasarkan jet pejuang
J-10 buatan mereka kepada Malaysia kerana negara itu tidak dijemput.
38.Andai kata
Malaysia kemudian membeli Typhoon, negara-negara lain akan mendapat gambaran
bahawa ianya adalah satu permainan yang adil dan saksama.
39.AS yang memasarkan
F-18 Superhornet dan F-16 Block 60 kepada Malaysia serta Peranchis (Rafale)
tidak boleh berkata apa dan berasa kecil hati kerana tender sudah pun dihantar
kepada mereka dan “selection” telah dibuat mengikut tender siapa
yang terbaik sedangkan sebenarnya, memang Malaysia hendakkan Typhoon.
40.Cuma mungkin
kerajaan Malaysia boleh memberi alasan bahawa UK telah memberi tawaran yang
lebih menarik, Typhoon wajar muncul sebagai pemenang.
41. TENDER TERBUKA Apabila tender terbuka
dibuat, maka semua pihak akan cuba bertanding untuk mendapat tender ini.
42.Kita ambil contoh
pembekalan kereta kebal untuk tentera darat yang dibuat oleh tentera darat pada
beberapa tahun lepas di mana, Sweeden (CV90), Korea Selatan
(K1A1), Afrika Selatan (Rooikat), Uk (Vickers), Russia (T80) dan Ukraine (T90),
Pakistan (Khalid) serta Poland (PT91) telah masuk bertanding.
43.Kalau kita lihat
di sini, US tidak menghantar permohonan untuk memasuki Abrams dan UK pula tidak memasukkan kereta
kebal Challenger mereka walaupun tender dibuat secara
terbuka kerana, ATM telah pun membuat spesifikasi terutama soal berat kereta
kebal yang diperlukan oleh tentera darat.
44.Pada masa itu tidak seorang pun tahu siapa yang
akan memenangi tender kereta kebal tetapi akhirnya PT91 muncul sebagai pemenang.
NETWORK CENTRIC OPERATIONS (NCO)
45.Saya sudah lama menjejak maklumat mengenai sistem NCO
ATM dan kali pertama saya mendapat tahu mengenainya adalah pada tahun lepas
melalui XXXX-XXXXXXXXX .
46.Maklumat mengenai projek NCO ini tidak pernah
diberitahu secara jelas kepada umum, tetapi tiba-tiba terlepas pada pembangkang
dan nampaknya satu lagi projek yang patut dirahsiakan dari pengetahuan luar
akan terpecah lubangnya melalui soalan demi saoalan di parlimen nanti.
47.Sebelum
ini orang hanya berteka-teki sahaja mengenai NCO ATM ini tetapi sekarang projek
ini sudah sahih ada dan bukan semua negara di dunia ini mempunyai sistem NCO.
48.Singapura
mendahului negara-negara di Asia Tenggara dengan membangunkan sistem NCOnya
sendiri.
49.Sekarang Malaysia, dan kemampuan NCO ini akan memacu ATM ke dalam
dunia peperangan digital, ia tidak dimiliki oleh negara-negara jiran yang lain.
50.Kita sendiri lihat bahawa negara sekarang sudah mempunyai kemajuan dalam bidang
satelit, komunikasi dan perisian dan kecanggihan ini akhirnya akan
diaplikasikan untuk angkatan tentera kita.
51.Habislah kalau semua didedahkan,
segala maklumat prasarana yang berkait dengangentian
optik, pemetaan, gelombang radio, router, server akan terdedah sedikit sedikit sehingga ia menjadi
maklumat yang lengkap kepada pihak berminat walaupun proses mengumpul maklumat
mengambil masa beberapa tahun.
NCO BERBEZA DENGAN GIRN
52.Pembangkang telah menuduh bahawa ATM telah menggunakan
sistem yang sama iaitu GIRN
(Government Integrated Government Radio Network (GIRN).
53.Pada saya GIRN adalah sistem yang berbeza dengan NCO milik ATM dan saya akui ada banyak
komplen yang datang dari pengguna GIRN.
54….tetapi untuk menuduh GIRN akan gagal adalah tidak wajar kerana
sistem tersebut sedang dibangunkan dan keberkesanannya masih sedang dibaik
pulih kerana ia masih diperingkat awal.
55.Sedangkan pada masa sekarang semua agensi kerajaan
menggunakan sistem radio masing-masing dan masih kekal dengan unit radio yang
belum digantikan dengan sistem yang boleh diintegrasikan untuk GIRN.
56.Sistem GIRN dimaju untuk penggunaan jangka masa
panjang, Sapura telah menyediakan satu prasarana untuk memacu sistem komunikasi
radio negara.
57.Pada peringkat awal, memang terdapat banyak masalah
dan kerana itu PDRM masih kekal menggunakan sistem APCO Project 25 dan ATM masih kekal dengan pelbagai
sistem radio miliknya.
58. Pengguna sistem GIRN ialah kastam, Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), polis, bomba, imigresen, Kementerian
perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna serta Jabatan Pertahanan Awam
(JPAM).
59.XXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXX
XXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXX
60. XXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXX
61.Adalah tidak wajar untuk menyamakan projek NCO dengan
rangkaian awam pada aman seperti GIRN.
62.Ada perkara yang kita simpan sahajalah dalam poket
kita sendiri.
63.Kemampuan Sapura tidak perlu dipertikaikan kerana
syarikat itu menggunakan teknologi terkini dari rakan kongsinya di Peranchis
yang kemudian disesuaikan oleh anak-anak bumiputera.
64.Dalam artikel yang lepas, saya sudah beritahu, tidak
perlu Malaysia bangunkan pesawat jet sendiri kerana anak-anak muda kita
mempunyai kepakaran yang hebat dalam soal-soal perisian dan syarikat komunikasi
kita sudah mencapai tahap yang boleh dibanggakan dalam bidang komunikasi.
65.Israel sendiri memberikan perhatian khusus terhadap
kepakaran membina alat-alat peperangan elektronik dan menghentikan program
pembangunan pesawat pejuang mereka sendiri (LAVI) dan kerana itu dunia mengiktiraf
Israel kerana kecanggihan sistem peperangan elektroniknya dan dikategorikan
sebagai yang terbaik malah lebih baik dari yang dikeluarkan oleh Amerika
Syarikat.
NURUL DISARAN LAPOR PADA SPRM
66.Soalnya mudah, jika Nurul ikhlas dan ada berlaku
penyelewengan di dalam Sapura, bagi maklumat kepada SPRM dan pandu suruhanjaya
itu membuat siasatan ke atas Sapura.
67.Tidak perlu gunakan data dan maklumat yang kita ada
untuk membuat tuduhan dan dibelitkan bagi tujuan kepentingan politik.
Tambahan Maklumat :
-Timeline yang diketengahkan oleh Nurul dalam
blog beliau tidak tepat langsung. Mana dia dapat saya pun tak tahu.
-Persediaan LIMA 2012 tidak ada kena mengena
dengan penyediaan NCO. Sapura adalah sebuah syarikat yang besar, bukan semua
kakitangan dia pergi ke Langkawi.
-Tidak ada jurutera atau engineer yang
terlibat dalam projek NCO ini berhenti (satu lagi fitnah dari Nurul)
-Projek NCO buat pertama kalinya dicadangkan
oleh Sapura dan ia mengambil masa selama empat tahun untuk yakinkan pihak ATM,
ini bermakna tidak timbul soal open tender seperti yang didedahkan oleh
Nurul
68.Jangan lemahkan negara sendiri kerana mana tahu
pembangkang akan menang dalam pilihanraya dan sudah tentu jika Nurul menjadi
Perdana Menteri, wanita yang bercita-cita tinggi seperti saudari sudah tentu
tidak mahu mewarisi sebuah negara yang lemah dan kelak terpaksa menjilat
kembali ludah-ludahnya sendiri.
SIKAP NURUL MEMPUNYAI KESAN JANGKA PANJANG
69.Sikap Nurul ini akan melemahkan semangat anak-anak
bangsa dan akhirnya generasi muda terutama orang Melayu sendiri akan hilang
keyakinan terhadap kemampuan diri mereka sendiri dan keupayaan negara mereka
sehingga tidak dapat membezakan di antara ha-hal yang berkaitan dengan negara
serta soal politik jika semuanya dipukul rata.
70.Sudah acapkali saya beritahu, jika ada di kalangan
kita mengesan berlaku salah laku dalam projek-projek yang melibatkan kerajaan,
silalah buat laporan SPRM.
71.Elakkan dari membuat kutukan kat belakang dan kalau
projek tidak terpilih, maknanya ada sesuatu yang tidak kena kat situ, mungkin
belum sampai rezeki anda.
72.Kadang-kadang saya hairan dengan sikap kawan-kawan
saya, sudah menang lebih empat kali tender kerajaan tapi bila sekali tidak
dapat, macam-macam kutukan dan fitnah yang mereka tabur kononnya ada kaitan
dengan rasuah, kroni dan sebagainya.
73.Dalam sekelip mata, mereka sudah lupa mengenai empat
tender yang mereka menang tadi, tidak pulak mereka berkata apa-apa.
74.Moralnya, kita ini walaupun jahat dan nakal, janganlah
menidakkan rezeki Allah untuk orang lain sampai kita tabur fitnah ke atas
mereka.
Nurul budak kecik yg masih mentah, dia hanya ikut kata bapaknya utk kepentingan politik sempit PKR. Lagi pun nak berlagak macam ahli politik yg dah lama berkecimpung sedangkan nak cerita tentang askar pun tak tahu. Macam bapak dialah,dulu masa dlm kabinet mana nak bela askar, bila jadi pembangkang mula nak jadi hero. Sama dgn Nizar perak tu. Semua org melayu dlm pembangang tak sedar dia semua hidup senang lenang buat duit, tak pernah nak jengok askar kat hutan. Manusia apa ni, maruah askar dijaja utk politik mereka, askar dihina. Samaah amat sabu, kerja dia cuma nak kejar nama. Melayu tak sedar diri.
ReplyDeleteKerana politik, melayu juga yg hina bangsanya. Kalau dpt kuasa tak hairan Rejimen Askar Melayu dibubar kerana akur kat DAP.
ReplyDeleteizzah ni kuar dari bontot laa..sebb bapak dia main bontot..tu sebb jd spesis cam ni..ape nk herann..
ReplyDeletebila terbaca APCO pada artikel di atas, wujud apco communication dan apco radio.
ReplyDeletekalau google APCO dpat apco communication and public affair.
kalau google APCO Radio dapat la radio..
aku rasa yang dimaksudkan pembangkang APCO communication and public affair.
by the way, artikel atas bagus for people yang baru nak study basic pasal our defence system tender
Itulah pembangkang melayu....mudah dipergunakan oleh kaum lain.....kepada kerajaan yang ada sekarang teruskan aje pembangunan ketenteran untuk negara.....hanya rakyat yang tahu erti kemerdekaan tidak akan membantah projek keselamatan negara yang tercinta...HIDUP MALAYSIA !!!
ReplyDeleteKita beli dari luar negara, nak berahsia apa. Tak payah temberang la. Rahsia konon. Rahsia songlap duit ada la. Ingat US, Israel, Russia, Indon, Singapore tak tau kita ada apa? Sebelum beli lagi depa dah tau. Lawak lah you all semua ni.
ReplyDeleteBab songlap duit tu mmg ye sebab melibatkan org tengah. Rahsia kat sini amksudnya rahsia bagaimana ia dioperasikan dan diaturgerakkan. Itu yg negara jiran nak tau sangat. Kalau x reti jgn berlagak reti,. Tu pegi basuh bekas2 air mani kau yg brlambak dlm bilik air tu. Melancap pandai cuci x reti. Pantat!
DeleteAla sinurul ni rumahtangga sendiri porak peranda nk betulkan pentadbiran negara konon... buatlah keje masing2 dulu pastu duk brbincNg cri jln trrbaik@pdpt mcmner nk hasilkan kesejahteraan negara..ini tidak, kejap2 kuar statement ikut syok sendiri padahal ape yg dia ckp tu bkn bidang dia pun... kite tgk puak yg asik cri salah org ni sampai skrg mcm2 allah swt bukak kan aib mereka.. satu2 kes kuar sampai uma tangga pun telongkop sb dh x blh dgr ckp laki.. yelah pgkat dh besar.... duk uma jaga ank ko je la... tgk mulut ko org suma dh tau mcm pantat ayam......
ReplyDeleteDo you need Personal Loan?
ReplyDeleteBusiness Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)
Application Form:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....
Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)
Tersenyum simpul..
ReplyDeleteCoba fikir,mana mungkin USA sekutu tak tau senjata malaysia ?? Persenjataan selagi masih impor,pasti bisa di ketahui. Contoh beli F18 dr USA,otomatis USA tau,beli kereta kebal dr luar,beli rudal dr luar,mana mungkin bisa di rahasiakan,disembunyikan..
Selama masih import,pasti bisa diketahui publik. Bnyk situs2 internet yg publikasikan data mereka.
Berbeda dg Rusia,negara itu bisa merahasiakan sejatanya kerana mereka buat sendiri.
TNI lebih hebat dan unggul dari ATM dan itu adalah kebenarannya. Malaysia tidak belajar dari sejarah silam.
ReplyDelete