SUARAM a.k.a pembangkang telah melakukan kerja yang
baik sekali dalam menghina intelektualiti rakyat Malaysia dengan menyebarkan
pembohongan yang tidak berkesudahan dan tidak masuk akal untuk memburukkan imej
Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.
Pada mulanya, mereka menuduh bahawa PM telah
mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar
tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk
menampung khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos
penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.
Oleh itu, sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai
rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah
memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama
sekali.
Kemudian, SUARAM menyatakan jumlahnya bukanlah EURO
114 juta tetapi PM telah menghantar faks kepada DCNS meminta rasuah sejumlah
USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion! Tidak mungkin
sesiapa jua akan meminta rasuah melalui faks, dan untuk SUARAM menyatakan
sedemikian menunjukkan yang SUARAM adalah benar-benar bodoh untuk memikirkan
fitnah yang sebegitu bodoh.
Jumlah EURO 1.08 billion adalah jumlah keseluruhan
kontrak pembelian kapal selam termasuk dengan kos penyelenggaraan, sokongan
serta pengurusan. Oleh itu, jika benar ianya dibayar terus kepada PM
sebagai rasuah seperti yang difitnah SUARAM, maka ia bermakna Malaysia telah
menerima kapal selam secara percuma – yang mana pastilah tidak masuk akal
langsung.
Bagi menambahkan ‘perisa’ kepada cerita ini, SUARAM
menuduh bahawa PM atau mungkin pembantu PM, Abdul Razak Baginda mempunyai
hubungan sulit dengan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang didakwa
sebagai penterjemah dalam urusniaga kapal selam, yang kemudiannya dibunuh kejam
oleh isteri PM. Tetapi, hakikatnya, segala urusniaga tersebut dibuat
dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.
Isteri PM pula, pada ketika pembunuhan berlaku
sedang menghadiri program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dengan beribu
orang saksi dan alibi untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah. PM
tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan gambar superimpose yang begitu lemah
yang disebarkan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka pernah berjumpa sudah
cukup untuk menunjukkan yang PM berkata benar sekali gus membuktikan yang
pembangkang berada dalam keadaan yang amat terdesak.
Dengan segala penipuan ini kini terdedah luas, kita
hampir merasa kasihan kepada SUARAM kerana perlu terus menipu.
Baru-baru ini, SUARAM membuat satu lagi kenyataan
berbunyi “orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda,
Jasbir Singh Chahl adalah rakyat Malaysia pertama akan disapina sebagai saksi dalam
kes scorpene yang sedang berjalan di Perancis.”
Bagaimanapun, Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur
apabila ditanya mengenainya merasa terkejut kerana mereka tidak mendengar dan
tidak pula dimaklumkan apa-apa mengenai sapina. Menurut mereka, prosedur
memperuntukkan bahawa Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu mengenai
sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepada mana-mana rakyat negara
lain, dalam kes ini, Malaysia.
Kementerian tersebut pula perlu memaklumkan kepada
Wisma Putra agar tindakan dapat diambil. Oleh itu, tiada sapina boleh
diserahkan terus kepada mana-mana rakyat negara ini tanpa pengetahuan semua
pihak yang disebut di sini.
Memandangkan tiada siapa dari pihak berkuasa
terlibat yang dimaklumkan mengenai apa-apa sapina, maka jelaslah SUARAM telah
menipu sekali lagi secara terang-terangan.
Dari tindakan SUARAM, kita dapat membaca
keterdesakan pembangkang yang semakin tidak dapat dikawal kerana pilihanraya
yang semakin hampir. Justeru, kita pasti bahawa penipuan mereka akan
semakin besar dan semakin dahsyat lagi selepas ini.
Namun rakyat Malaysia tidak perlu bimbang.
Kita tunggu dan lihat sahaja berapa hebat penipuan yang mampu mereka
lakukan. Selagi PM melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat
dan negara, SUARAM atau pembangkang boleh menipu semahu-mahunya, tetapi kita
pasti rakyat tidak akan mengundi penipu yang gemar menghina intelektualiti
mereka.
Dipetik dari GERAKAN TIMUR
No comments:
Post a Comment