Blogger beruk |
Sebelum ini Askar Setia telah menyiarkan kisah dakwaan puak-puak beruk tidak
berotak yang kononnya, kisah Scorpene heboh dan kecoh diperkatakan di mahkamah
Perancis dan akhbar-akhbar negara berkenaan. Ada pula yang mendakwa, pihak
mahkamah Perancis seolah-olah ‘tidak cukup tangan’ untuk mengendali proses awal
perbicaraan tersebut. Blogger-blogger parasit bekas tentera pula berkelakuan
seperti HERO MALAYA. Mana tidaknya, habis dicanang sana sini macam ayam betina
hilang telur sebiji kisah drama Scorpene oleh SUARAM. Sudah terlalu banyak
maklumat mengenai modus operandi SUARAM, mengenai siapa orang kuat dibelakang
SUARAM dan parti mana yang menaja SUARAM untuk terus beroperasi?
Cuba anda telti siapakah individu penggerak SUARAM? (Klik SINI) Lebih menyedihkan lagi, terdapat
bekas tentera yang sanggup berkompromi dengan puak-puak Chauvanis bagi cuba
menghasut anggota tentera dan bekas tentera untuk bersifat anti-establishment,
menjadi ejen penyebar fitnah dan memburuk-burukkan institusi Kesultanan Melayu.
Barangkali mereka telah lupa sumpah Taat Setia yang menjadi pegangan mereka
sewaktu berkhidmat dahulu dan kini mereka tidak sedar bahawa mereka sedang
diperalatkan untuk memporak-perandakan bangsa mereka sendiri. Mengikut kajian
dan maklumat yang diperolehi, kebanyakkan bekas Pegawai Kanan dan bekas anggota
tentera yang menyertai parti politik pembangkang adalah dari kalangan
mereka-mereka yang mempunyai rekod masalah dan disiplin sewaktu mereka
berkhidmat dahulu.
Berbalik kepada cerita mengenai SUARAM, input dari rakan media yang saya
perolehi, si YB Azmin sudah bertegang urat menegah wartawan daripada mengajukan
soalan ‘Benarkah SUARAM ditaja oleh PKR?’.. Soalan tersebut diajukan
kepada YB Azmin Ali bersama-sama dengan Panglima Songlap Dato' Abdul
Hadi bin Abdul Khatab ketika siding media mengenai wujudnya dokumen sulit
mengenai Scorpene pada 6 Jun yang lalu. Saya ada buktinya!
Lagi satu. Bila usul pembahasan di Dewan Rakyat mengenai kononnya ada
penjualan dokumen rahsia kepada syarikat DCNS (Perancis) telah ditolak oleh
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia. Ia
tindakan bijak.. Sebelum berbahas, buktikanlah dahulu mana dia dokumen
tersebut. Jangan bersikap seperti lempar taik kemudian sorok tangan.
Apa yang menariknya, selain itu rakan blogger Askar Setia turut telah
mendedahkan bahawasanya, media portal-portal utama termasuk laman web utama
badan kehakiman Perancis langsung tidak membuat sebarang artikel dan
liputan mengenai kes skandal ini, lebih-lebih lagi ianya membabitkan Perdana
Menteri Malaysia. Apakah ini yang mereka katakan bahawa kes Scorpene menjadi
tajuk hebat perbualan di Perancis?
Klik SINI
Siapakah yang menipu dan siapa pula yang tertipu? Kah kah...
No comments:
Post a Comment