Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday 26 December 2012

SYUKUR...ASET ATM TELAH DIATURGERAK KE KAWASAN BANJIR


Quote daripada Utusan Melayu Online


KUALA LUMPUR 25 Dis. - Tenaga dan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah digerakkan ke kawasan banjir yang kini melanda Pantai Timur, kata Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, sejak sebelum kejadian banjir, anggota ATM telah bersiap siaga dan digerakkan termasuk di kawasan pedalaman bagi memudahkan tugasan koordinasi dan menyelamat mangsa banjir.

"Ini termasuk di Ulu Tembeling, Pahang di mana kita telah atur gerak secepat mungkin supaya hubungan antara satu kawasan dan kawasan lain tidak terputus.

"Kalau kita lewat melakukan koordinasi pasukan, kita tidak boleh meletakkan anggota untuk misi menyelamat dan ini boleh membahayakan keselamatan mangsa banjir," katanya di sini hari ini.


Tuesday 18 December 2012

FAKTA MENARIK MENGENAI JASA ATM DI AFGHANISTAN (MALCON - ISAF) - ANDA PERLU TAHU !!!


Tahukah anda bahawasanya....
1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Bamyan, Afghanistan setakat ini telah melatih lebih 2,600 rakyat negara itu dalam bidang kesihatan.
2. ATM telah melatih 1,268 anggota Polis Nasional dan Tentera Nasional Afghanistan dalam penjagaan dan rawatan ke atas orang yang cedera atau terkorban dalam pertempuran serta 120 bidan dalam obstetrik dan protokal kecemasan neo-natal atau semasa kelahiran.
3. Menerusi MALCON – ISAF, jururawat dan pegawai perubatan dari 88 hospital telah memperoleh pengetahuan baharu daripada pegawai Malaysia mengenai bantuan pernafasan kardium dan protokol kecemasan lain manakala 1,172 petugas kesihatan komuniti menerima latihan dalam pentdabiran kesihatan dan pengurusan logistik.
4. MALCON – ISAF turut mendapat penerimaan baik di kalangan rakyat tempatan Afghanistan dalam mengendalikan program berkenaan kini telah menjadi contoh dan garis panduan popular bagi agensi dan masyarakat antarabangsa di sana.
5. Kuala Lumpur (ATM)  secara rasminya dipelawa oleh kerajaan Afghanistan pada 2010 untuk menyertai usaha pembinaan semula negara itu yang musnah akibat perang, bersama-sama dengan rakan seperti AS, New Zealand dan Australia.
Selain itu....
6. 200 anggota tentera Malaysia telah berkhidmat di Afghanistan, menyalurkan bantuan kemanusiaan, khususnya bantuan perubatan.
7. Anggota MALCON-ISAF yang berada di Afghanistan ketika ini adalah pasukan yang kelima.
8. ATM diberikan mandat oleh kerajaan untuk meneruskan misi kami sehingga 2014 selaras dengan pelan peralihan yang digariskan oleh masyarakat antarabangsa.
9. Tumpuan awal MALCON – ISAF iaitu memberikan perkhidmatan kesihatan (oleh kumpulan MALCON 1) kemudiannya bertukar kepada pembangunan kapasiti dalam sektor kesihatan dari MALCON-ISAF 2 dan seterusnya demi untuk faedah jangka panjang penduduk di Bamyan.
10. MALCON – ISAF turut dibantu oleh New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat dari segi bantuan Logistik dan Teknikal.
11. Beliau berkata perbincangan dan dialog berterusan dengan rakan dan rakan kongsi dari negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga amat penting dan bermanfaat.
Ada lagi...
12. Kol (Dr) Kamal Abdullah telah mengetuai pasukan pergigian MALCON-ISAF 3; Mejar (Dr) Mohd Arshil Moideen yang mengetaui pasukan kesihatan awam MALCON-ISAF 2; dan Mejar (Dr) Mohamed Zaki Mohamed Mokhtar yang mengetuai pasukan kesihatan awam MALCON-ISAF3.
13. Kol (Dr) Kamal memainkan peranan dalam membangunkan program latihan pasukan pergigian di Bamyan yang berjaya melahirkan lapan juruteknik pergigian setakat ini manakala Dr Mohd Arshil membantu membangunkan program pembinaan kapasiti kesihatan jangka panjang bagi semua pasukan MALCON-ISAF.
14. Program berkenaan meliputi penambahbaikan tadbir urus kesihatan, kualitiair, panel kuasa solar, kesihatan ibu dan anak, penyakit berjangkit dan kawalanwabak dan inisiatif-inisiatif kesihatan masyarakat jangka panjang yang lain.
15. Dr Mohamed Zaki pula diiktiraf bagi peranan beliau dalam melaksanakan program-program jangka panjang yang digariskan oleh MALCON-ISAF 2.

Monday 17 December 2012

1MVRP HADIAH UNTUK VETERAN ATM - MASIH ADA YANG MENUNGGU KOBAT & KERABAT?

Alhamdulillah....


Kehadiran PM disambut oleh ribuan bekas tentera dan
orang ramai semasa pelancaran  1MVRP

Pengumuman Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) yang menggariskan 7 inisiatif baru bagi membela nasib dan kebajikan kira-kira 300,000 bekas tentera dan keluarga mereka telah diumumkan sebelum ini telah memberi kelegaan kepada golongan tersebut. Inisiatif-inisiatif yang mengambil kira aspek kebajikan secara menyeluruh akan dapat dimanfaatkan bersama kepada segenap kelompok bekas tentera. Program berkenaan turut membuka laluan pertambahan peluang pekerjaan dimana beberapa syarikat (GLC) telah bersetuju untuk menyerap masuk  bekas tentera ke syarikay masing-masing. Boustead Holdings telah bersetuju untuk menyediakan sejumlah 267 pekerjaan dan Sime Darby membuka 371 peluang pekerjaan. Selain itu, hampir 4300 kekosongan jawatan dijangka akan disenarai tidak lama lagi. 


Veteran Komando dan PM Najib

7 Inisiatif berkenaan ialah:

1. Program Penempatan Kerja
2.Program Bimbingan Usahawan
3. Menigkatkan Penerimaan Latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera oleh Industri
4. Kad Privilege 1Malaysia
5. Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia
6. Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia
7. Membaikpulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia


1MVRP dilaksanakan mengikut Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7)

Inisiatif-inisiatif yang disenaraikan diatas merangkumi:


a) Program bimbingan usahawan menerusi penawaran francais dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

b) Meningkatkan penerimaan latihan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) oleh industri. Kerajaan menyediakan peruntukan awal RM3.5 juta yang diuruskan PERHEBAT dan dikawal selia oleh Tekun Nasional.

c) Penerimaan Kad Bekas Tentera (KBT) yang diiktiraf sebagai Kad Privilege 1Malaysia yang membolehkan veteran tentera membeli produk dari 282 syarikat pada harga diskaun.

d) Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia di 31 kem atau pangkalan tentera. Veteran tentera akan mendapat kemudahan akses malumat, pertolongan dan bantuan yang boleh diberikan kepada mereka.

e) Program Pembangunan Keluarga veteran 1Malaysia bertujuan meningkatkan pendapatan keluarga veteran ATM terutama yang berpendapatan rendah. Keluarga seperti balu, anak dan waris terdekat boleh menjana pendapatan yang lebih baik dan stabil. Inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meliputi program 1AZAM yang meluputi Azam Kerja dan Azam Niaga.


f) Program Membaik Pulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia dilaksanakan menerusi Kor Jurutera Diraja manakala peruntukan disediakan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU). Anggaran 49 buah rumah dibina atau dibaik pulih tahun ini manakala 100 buah rumah disasarkan untuk tahun depan.

Masih terlalu banyak hendak saya senaraikan segala macam bentuk kemudahan, inisiatif dan peluang yang disediakan oleh kerajaan kepada bekas tentera. Saya bukanlah hendak berkempen disini cuma disini jelas janji siapakah yang benar-benar realiti dan siapakah yang menaburkan janji-janji fantasi. Selain itu, bekas tentera turut disarankan untuk menggunakan peluang-peluang perniagaan bagi menaiktaraf kehidupan keluarga masing-masing. 

Jika masih ada yang menunggu janji-janji fantasi KERABAT dan KOBAT PR dan kumpulan-kumpulan serpihan kedua-dua pertubuhan haram tersebut, maka ia sama seperti menunggu bulan jatuh ke riba...tunggu..tunggu dan tunggu.....fikir-fikirkan lah... 

1MVRP terbentang didepan mata anda....






Monday 3 December 2012

EUROCOPTER EC725 UNTUK TUDM - KISAH YANG BAKAL DIJADIKAN MODAL POLITIK?



 Eurocopter EC725 - Malaysia Bakal dapat 2 buah

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima dua daripada 12 pesawat Eurocopter EC725 baru bagi menggantikan pesawat Nuri pada hari ini (3 Nov 12).

Helikopter Nuri seperti yang anda sedia maklum sudah menjangkau usia 40 tahun di dalam perkhidmatan TUDM.  EC725 yang dikhususkan untuk operasi menyelamat kombat (CSAR) akan mencetus sejarah baru dalam sejarah ketenteraan negara kita sebagai helikopter pertama seumpanya yang memasuki perkhidmatan aktif.

Ciri utama yang membawa kepada pemilihan EC725 adalah bilangan sayap (5 bilah) yang sesuai untuk hovering lebih lama di dalam operasi CSAR disamping keupayaan membawa hampir 30 orang anggota tentera dalam satu-satu masa. 


EC725 yang mengalahkan para pesaing lain seperti MI-!7V, Agusta EH101, Chinook dan Blackhawk adalah jenis helikopter yang memenuhi kehendak operasi TUDM terutamanya CSAR dan tugas-tugas utility lain.   EC725 yang dilengkapi dengan peralatan/senjata standard:

1.  Gogal penglihatan malam
2.  Radar pengawasan EWR99, 
3.  Mesingun 7.62mm (kiri dan kanan), 
4.  Giat mounted canon 20mm dengan 180 pusingan peluru,
5.  Alkan Elipse Chaft/flare dispenser bagi tujuan pertahanan dari serangan SAM/AAM.

Manakala peralatan dan sistem persenjataan lain boleh ditambah mengikut kehendak pelanggan.

Selain itu, menurut Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, juruterbang TUDM sudah dihantar ke Perancis utuk menjalani latihan menggunakan pesawat baru itu sebelum ia di bawa balik ke Malaysia. 

"Pesawat terakhir dijangka akan diterima pada Januari 2014.  Dua daripada pesawat itu akan ditempatkan di Kuantan manakala stimulatornya di Subang," 

Jeneral Tan Sri Rodzali Daud turut menyatakan, kesemua pesawat itu akan dihantar secara berperingkat-peringkat dengan pesawat terakhir masih lagi di pasang di Perancis. 

Beliau turut menjelaskan TUDM sedang dalam perancangan untuk menggantikan pesawat yang digunakan untuk latihan dengan pesawat baru yang dilengkapi teknologi terkini

Sebelum ini, Lim Kit Siang pernah sekeras-kerasnya mempersoal pembelian aset terbaru dalam TUDM ini dengan membandingkannya harga yang diperolehi bagi 50 buah EC725 oleh angkatan tentera Brazil.  Mungkin beliau tampak seperti HERO oleh sesetengah pihak, namun ia jelas mempamerkan ke’dungu’an dan kekurangan daya pemahaman persenjataan d kerana dunia mengetahui bahawa Brazil sudah lama mengeluarkan helikopter (jenis selain EC725) dan komponen komponen pentingnya seperti enjin dan peralatan elektrik melalui syarikat Helibras bagi pihak EADS (pengeluar asal EC725).  

EC725 juga adalah bagi menggantikan helikopter Nuri yang sudah dimakan usia serta terlibat dalam banyak kemalangan yang mengorbankan bukan sedikit nyawa juruterbang dan anggota TUDM.

Pihak EADS dan Helibras telah meraikan EC725 pertama yang dikeluarkan dari kilang produksinya di Itajuba, Minas Gerais Brazil.  Dikenali dengan nama jolokan Caracal (versi Perancis Cougar), ia melebarkan kerjasama sedia ada Helibras dan EADS yang telah terjalin sejak 1978. Sudah tentu dengan pengalaman Brazil di dalam mengeluarkan secara berlesen EC725 akan dapat mengurangkan kos perolehan EC725 tidak seperti Malaysia yang bergantung sepenuhnya kepada EADS untuk mengeluarkan kesemua 12 buah EC725 yang dipesan.


TUDM - SENTIASA DI ANGKASA RAYA!!!