Sejak tahun
80an, TLDM telah berminat untuk memiliki kapal selam tersendiri bagi
meningkatkan keupayaannya. Bermula dari detik itu, TLDM telah melatih pegawai
serta anggotanya bagi mengikuti kursus dan latihan berkaitan kapal selam di
Australia dan Pakistan. TLDM telah bersabar menanti selama 20 tahun untuk
memiliki aset strategik terpenting dalam pengoperasian armadanya. Pada tahun
1998, Kerajaan Malaysia telah meluluskan untuk membeli kapal selam Scorpene.
Pembayaran kapal selam ini dilakukan dengan kaedah timbal beli. Perancis akan
membeli minyak kelapa sawit dan barang komoditi Malaysia lainnya dengan
anggaran USD580 juta. Selain mengeluarkan dana sebesar USD 171 juta, Malaysia
juga telah membangunkan pelbagai infrastruktur bagi mendukung pengoperasian
kapal selam di Teluk Sepanggar dan peralihan teknologi kapal selam dari DCNS
kepada TLDM. Dari pengamatan pemerhati pertahanan, perolehan aset ini adalah
untuk mengimbangi kekuatan armada negara-negara jiran dan konflik yang kian
meruncing di perairan negara terutamanya Kepulauan Spratly.
Scorpene merupakan sebuah kapal
selam yang unik di mana teknologi yang digunakan adalah menyamai teknologi yang
digunakan pada kapal selam nuklear jenis Le Triomphant milik Perancis. Jika
diperhatikan, Armada Perancis telah menggunakan kapal selam kelas Agosta dan
Daphne, dimana kedua-duanya merupakan kapal selam konvensional bertenaga diesel
manakala Scorpene menggunakan aplikasi teknologi terkini dalam semua jenis
kelas kapal selam kelas diesel. Justeru, Syarikat DCNS telah mengintegrasikan
teknologi kapal selam bertenaga nuklear kepada kapal selam bertenaga diesel sekaligus
melahirkan Scorpene agar ianya lebih efektif dan lebih murah pengoperasiannya.
Sehingga
kini 4 buah negara telah membuat perolehan daripada kapal selam Scorpene.
Negara tersebut ialah Chile, Malaysia, India dan Brazil. Chile membeli dua buah
kapal selam pada sekitar tahun 1998/99 dan harga belian mereka ialah USD250
juta seunit. Malaysia membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 2003/04
dan harga belian sekitar USD 580 juta. India membeli enam buah kapal selam yang
sama pada sekitar tahun 2006, dan harga belian mereka ialah USD 540 juta. Brazil
pula membayar sebanyak USD 220 juta dollar seunit untuk tempahan sebanyak 4
buah kapal selam pada tahun 2010. Jika diperhatikan, harga pembelian Scorpene
oleh India dan Brazil dilihat lebih murah. Ini kerana segala proses pembinaan kapal
selam mereka dilaksanakan di limbungan negara masing-masing.
Jika
dibandingkan kapal selam Scorpene dengan negara serantau contohnya Vietnam di
mana mereka membeli 6 buah kapal selam jenis diesel elektrik dengan harga USD2
Bilion dari Rusia. Kos pembelian Scorpene dilihat lebih mahal tetapi perlu
diingat dimana Vietnam telah berpengalaman dalam mengendalikan kapal selam
sebelum ini. Mereka telah memiliki aset strategik ini pada tahun 1997 di mana
mereka membeli Mini Submarine ‘Salmon Class’ dari Korea Utara. Dari situ, asas
dalam pengendalian kapal selam, tempat latihan, kemudahan dan perkhidmatan
sokongan telah disediakan dimana mereka hanya perlu membuat penyesuaian untuk
kapal selam yang baru. Ukuran standard kapal selam dari China/Rusia kepada
standard kapal selam dari Eropah juga berbeza yang menyebabkan harganya menjadi
lebih mahal. Apa yang utama ialah kelebihan yang ada pada Scorpene, ianya lebih senyap dan tidak mudah dikesan
berbanding kapal selam buatan China/Rusia.
MALAYSIA
|
CHILE
|
INDIA
|
BRAZIL
|
|
Builders
|
DCN, Cherbourg and Navantia Cartagena
|
DCN, Cherbourg and Izar, Cartagena
|
Mazagon Dock Ltd Mumbai
|
Itaguai Construcoes Navais, Sepetooba
|
Strength
|
2
|
2
|
6
|
4
|
Displacement
(tonnes)
|
1586 surfaced, 1755 dived
|
1602 surfaced, 1738 dived
|
1732, dived
|
1709 Surfaced, 1870 dived
|
Laid
Down
|
Dec
2003
|
Nov
2000
|
2010
|
2011
|
Launched
|
2007
|
2004
|
2013
|
2015
|
Commisioned
|
Jan
2009
|
Jul
2006
|
-
|
-
|
Dimension
(metres)
|
67.5 x 6.2 x 5.4
|
66.4 x 6.0 x 5.8
|
66.4 x 6.0 x 5.8
|
71.62 x 6.2 x 5.8
|
Main
Machinery
|
Diesel
electric, 2 SEMT-Pielstick
|
Diesel
Electric, 4 MTU 16V
|
Diesel
Electric, 4 MTU 16V
|
Diesel
Electric, 4 MTU 16V
|
Speed
(knot)
|
20.5 dived, 12 surfaced
|
20 Dived, 11 Surfaced
|
20 Dived, 11 Surfaced
|
20 Dived, 11 Surfaced
|
Complement
|
32
|
31
|
31
|
31
|
Countermeasure
|
ESM, Thales DR 3000, intercept
|
ESM, Thales AR 900
|
ESM
|
ESM
|
Weapon
control
|
UDS
International SUBTICS
|
UDS
International SUBTICS
|
UDS
International SUBTICS
|
UDS
International SUBTICS
|
Radars
|
Navigation I-Band
|
Navigation I-Band
|
Navigation I-Band
|
Navigation I-Band
|
Sonar
|
Hull
Mounted, passive/active sonar
|
Hull
Mounted, passive/active sonar
|
Hull
Mounted, passive/active sonar
|
Thales
S-Cube Sonar
|
Missiles
|
SSM, Aerospatiale SM 39 Exocet
|
SSM, SM 39 Block 2
|
SSM, MBDA Exocet SM 39
|
SSM, MBDA Exocet SM-39
|
Torpedoes
|
18
WASS Black Shark Torpedos
|
18
WASS Black Shark Torpedos
|
6-21
inches (533mm) tubes
|
18
WASS Black Shark Torpedos
|
Price
|
USD 221 Million per unit
|
USD 250 Million per unit
|
USD 135 Million per unit
|
USD 220 Million per unit
|
Sumber : Jane’s Fighting Ships
Kapal selam
pertama iaitu KD Tunku Abdul Rahman telah selamat tiba
pada bulan September 2009 dan terus menjalani beberapa ujian laut tropika. Sebenarnya,
sebelum dan selepas menerima kapal selam itu, TLDM secara intensif telah pun
menguji aset perang negara ini mengikuti piawaian dan standard antarabangsa
termasuklah ujian Final Sea Acceptance
Trial selama 10 hari yang memaksa kapal selam tersebut membuat selaman ke
dasar yang paling dalam. Ujian ke atas kapal selam terbabit bukan sekadar
dibuat di Lautan Atlantik tetapi juga dilakukan di Lautan Mediterranean, Laut
Merah, Laut Hindi dan Laut China Selatan.
Sering kali kos pembelian aset
pertahanan negara sering dieksploitasi dan menjadi isu pertikaian golongan yang
berkepentingan dalam meraih publisiti murahan. Perlu diingat, kos pertahanan
negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butiran pembelian aset pertahanan
negara tidak boleh dibentangkan secara terperinci. Butiran pembelian scorpene
juga tidak wajar didedahkan secara terbuka kerana ianya boleh menggugat
strategi keselamatan dan pertahanan negara. Apa yang tidak pernah disembunyikan
oleh kerajaan ialah kontrak perolehan kapal selam Scorpene secara
keseluruhannya adalah bernilai USD 580 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak
USD 442 juta dibayar kepada DCNS sebagai kos perolehan 2 kapal selam Scorpene,
pakej Integrated Logistics Support (ILS) dan latihan warga kapal selam.
Baki keseluruhan tersebut iaitu
USD 138 Juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh 6 tahun kepada Perimekar
Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada pasukan projek kapal
selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta latihan krew
kapal selam di Brest, Perancis. Semua terma ini tertulis secara terperinci di
dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002. Secara
dasarnya, Perimekar Sdn Bhd bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan
berikut:
a. Menyediakan
kediaman lengkap bagi 27 keluarga Kumpulan Perintis Kapal Selam di Perancis dan
Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
b. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman
lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara
pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.
c. Membayar elaun
harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari setiap seorang untuk
tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari
seorang untuk tiga tahun kedua.
d. Membiayai kos
penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia
setiap empat bulan sekali.
e. Menyelaras latihan antara krew,
kontraktor dan kerajaan.
Artikel diatas merupakan rumusan dari hasil kajian dan
pandangan dari beberapa penganalisis pertahanan tanah air dan turut merujuk
kepada beberapa penulisan di majalah ketenteraan. Fakta diatas amat penting untuk
diketahui kerana kita sudah terlalu banyak dipaksa untuk mempercayai tohmahan
di internet. Lebih menyedihkan apabila, komen-komen daripada PAKAR SERBA TAHU
lebih banyak tersebar daripada fakta-fakta yang benar! Kredit kepada sahabat Navy
saya yang bersusah payah menyiapkan artikel ini.. TQ bro..
terbaik la.... cerita mcm ni yg aku nak tau...kat internet tu berlambak sangat cerita2 palsu yg beruk-beruk tu buat...
ReplyDeleteak suke ayat ko weh...hahahaha...
Deletedari segi pertahanan maritim negara kita 1Malaysia masih terkebelakang.....mana cukup dgn 2 k/selam untuk mengawal sempadan maritim kita yg agak luas, kalau 10 buah maybe baru boleh rotate.....
ReplyDeletekjaan wajib tambah lagi peruntukan ptahanan dan latih rakyat bina sendiri k/selam mcm negara India...barulah dpt jimatkan kos & elakkan rasuah.....askar setia pun bleh jadi kru k/selam.
6 buah pun cukup hang ingat beli kapal selam mcm beli roti canai
DeleteSaya setuju. Keampuhan aset pertahanan malaysia perlu ditingkatkan. Namun, apa yang penting ialah, rakyat Malaysia itu sendiri wajar mengetahui dan faham betapa kepentingan aset ketenteraan itu sendiri.
ReplyDeleteEducate the people first!
Jika tidak, mereka hanya akan percaya apa yang dibaca di internet dan mula memberi komen yang tidak memberi apa-apa makna. Masyarakat kita masih belum bersedia ke arah itu. Mereka dipaksa untuk percaya dakyah pihak-pihak politik yang bersepah di internet..
kira offset sekali bro
ReplyDeletecerita dalam artikel ni memang betul namun cerita kassim patalon minta percent macam dalam cerita p.ramlee 3 Abdul tu pun berlaku juga ..sebab tu istilah 'bila wahyu turun' ..siapa belakang siapa ..cukup popular ..jika nak tahu cuba lah masuk kontrak kat situ.
ReplyDeletepada saya , silap kerajaan ialah terlalu tunduk dan ikut apa kehendak pembangkang , asal ditanya ..kena provok skit dah keluar detail segala ongkos , dan lihatlah pula pembangkang apa dibuat mereka bila ditanya dan disesak ? mereka buat dhek je ...tak peduli apa pun
ReplyDeletesoal pertahanan negara patutnya kerajaan jangan layak apa mahu pembangkang , hak kerajaan utk bertindak dan membeli apa jua barang pertahanan yg perlu , pembangkang nak menyalak ke , nak melompat sakan ke , lantak la ! peduli apa dgn pembangkang ?
2 bijik mane cukup. spatutnye 4.
ReplyDelete2 bijik kite cover dkt sabah n sarawak...
2 lagi dkt selat melaka...
dkt selat melaka tu penting takot singapura mintak tolong tentera laut israel letupkan kl
Apa ke bodoh lah hang ni malaysia tu FPDA(FIVE POWER DEFENCE ARRANGEMENT)MSIA,SINGAPURA,AUSTRALIA,BRITISH DAN NEW ZEALAND MNA DTG SINGAPORE NK LETUP KL,BODOH
Deletetue benda juta2...benda kecik pun berlaku didepan mata,benda baru ribu pun dh "hulur" nie kan benda juta,mcm kite baru knl pemimpin sehari dua...puiii
ReplyDeleteboleh mintak link sumber info ni x??
ReplyDeleteharap2 malaysia beli lah satu typhoon submarine...baru lah best...
ReplyDeletebarapa jumlah kapal selam yang tentera laut malaysia ad???semuanya digunakan ke??
ReplyDeleteBhai Anonymous...
DeleteKita ader 3 kapal selam (1 Agosta, 2 Scorpene) yang disenaraikan.... tapi kita ada 1 lagi kapal selam yang tidak disenaraikan.... yang tak disenaraikan tue... lu jangan tanya lebih lanjut aaa.... hahaha
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Lagik banyak lagik bagus.. dalam laut d Malaysia memang suda banyak penceroboh..so,mesti jaga keselamatan Negara..Malaysia rocks!!!!!
ReplyDeleteMalaysia taik kita punya 7 tapi tak dipublikasikan yaitu Bnv kao scorpene tak berguna
ReplyDeleteNi indon mana la yang dengki sangat kat Malaysia nih, gaya tulisan pun tau mamat Indon,
DeleteSo, mamat Indon, lu jgn banyak cakap, kerja kontrak jer kat Malaysia, dapat duit bawa balik bagi anak bini makan sbb indon x mampu nak bagi makan kan, x payah ambil tau pasal kapal selam Malaysia
Indogsial@belandon mmg bodoh😂😂
DeleteSombongnya.. Kau ingat 7 tu dah cukup ke dgn keluasan perairan Indonesia tu..banding dgn Malaysia.sndiri pikir lah.. haih nak cakap lebih pun takut berdosa
DeleteBetol la tu..mas mh370 hilang xde kapal selam 1malaysia??!.. Tp xpe singapore ada hantar kapal selam...lol
ReplyDeleteanon 18:18.plz la.cuba bezakan support submarine (dsrv) gan atck submarine.singapore antar dsrv bkn atck submarine.atck submarine bkn specialized dlm sar
ReplyDeleteMalaysia adalah negara yg mementingkan pendidikan lebih dari aset pertahanan..kerana ilmu memelihara tuannya..kebijaksanaan dan ilmu aset utama negara...sbb itulah bajet utk pdidikan jauh lbih byk bbding ptahanan
ReplyDeleteTergelak dengar radio, jawapan kenapa scorpene tidak digunakan dlm pencarian MH307 ialah kerana kapal selam tu xleh guna sebab sonar yg ada tidak mampu mengesan.
ReplyDeletekepada yang faham, mereka akan faham kenapa jawapan begitu... jawapan yang dibuat2 untuk mengelakkan pendedahan yang keterlaluan tentang aset pertahanan negara, terutama senjata strategik.....
Delete...
Negara kecil seperti Malaysia harus memiliki jumlah kapalselam minima iaitu sebanyak 4 buah kesemuanya,jika mampu. Jumlah ini adalah jumlah yang ideal bagi melakukan pusingan penugasan; iaitu sebuah berada di pengkalan bagi diselenggarakan, kapalselam kedua dalam perjalanan keluar ke kawasan operasi, yang ketiga melakukan tugas di kawasan operasi, dan yang keempat bergerak pulang ke pengkalan bagi ulangbekal dan sebagainya. Kapalselam Agosta hanyalah perolehan tujuan kajian dan latihan semasa pembelian Scorpene Malaysia dulu, wallahualam. Agos ini kini berada di Melaka bagi tujuan pameran muzium maritim. India menempah 6 kapalselam Scorpene tetapi hanya akan memiliki sistem persenjataan misil bawah permukaan anti kapal AM39 sahaja tanpa senjata torpedo. Ini berlaku kerana semasa perjanjian para ahli politik India mahu mengurangkan kos pembelian. Kapal selam-kapalselam India ini akan berada dalam keadaan tanpa taring ketika melakukan operasi untuk beberapa tahun kerana tanpa senjata torpedo mereka tidak akan dapat memusnahkan kapalselam-kapalselam seteru tradisional mereka dari Tentera Laut Pakistan di dalam pertempuran bawah permukaan jika berlaku konflik antara kedua-dua negara berkenaan. Wassalam.
ReplyDeletebeli apache ngn abram a1 plak la..
ReplyDeleteApache tak sesuai dlm geografi hutan banat mudah ditembak jatuh
Deletedangkal bin cetek bin changkat
ReplyDeleteBest giler...mmg paham sesanggat
ReplyDeleteBest giler...mmg paham sesanggat
ReplyDeleteBuatan peranchis sy fikir lebih baik dari buatan rusia dan china...
ReplyDelete