Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday 3 June 2013

SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA : LAHAD DATU VS PRU 13... YANG MANA LEBIH PENTING???


Kerajaan Malaysia mesti mempunyai satu keutamaan yang jelas iaitu melindungi keselamatan rakyat dan negara ini, khususnya daripada pencerobohan militer oleh pengganas asing. Rakyat Malaysia khususnya di Sabah masih tertanya-tanya mengapa Suruhanjaya Siasatan Diraja ataupun dikenali sebagai Royal Commission of Inquiry (RCI) tidak ditubuhkan untuk menyiasat dan mengadili mereka yang terlibat dalam menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 10 anggota pasukan keselamatan negara kita di Lahad Datu tempoh hari. 

Apakah yang lebih penting, melayan kerenah seorang manusia yang sudah gila bayang kerana gagal memenangi PRU13 untuk menjadi Perdana Menteri, atau melayan keperluan rakyat kita di pantai timur Sabah yang memerlukan jaminan keselamatan akibat pencerobohan pengganas yang kemungkinan akan berulang semula.



Tubuhkan dahulu RCI Pencerobohan Lahad Datu, barulah tubuhkan RCI PRU13! Dahulukan mana peristiwa yang terdahulu terjadi, ikut giliranlah!

Terdapat penemuan terbaru bahawa Anwar Ibrahim mendapat bantuan kewangan yang besar dari sebuah syarikat di negara jiran, dengan tujuan untuk melemahkan Kerajaan Malaysia dan menunjukkan kepada dunia dan rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Malaysia lemah serta tidak mampu menangani kemelut pencerobohan terancang di Lahad Datu itu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pemimpin negara tersebut dan Anwar Ibrahim sudah tidak boleh menyembunyikannya lagi!

Maka, kita mendesak supaya kerajaan menyegerakan dan mengutamakan penubuhan RCI Pencerobohan Pengganas di Lahad Datu, bukannya RCI PRU13 yang sudahpun selesai dengan jayanya. 

Berjaya kerana kerana kerajaan DAP Pulau Pinang, kerajaan DAP Selangor dan Kerajaan PAS di Kelantan turut telah berjaya ditubuhkan hasil daripada kemenangan mereka di dalam PRU13 baru-baru ini. Mereka semua menerima dan tidak membantah keputusan PRU13!

-My Massa

Tuesday 28 May 2013

KAPAL PERANG INDIA SUDAH MASUK MALAYSIA !!!


PELABUHAN KLANG— Empat buah kapal Tentera Laut India dari Armada Timur yang ditugaskan ke Laut China Selatan dan Pasifik Barat berlabuh di sini. Kapal-kapal itu Frigat Satpura, Pemusnah Ranvijay, Korvet Kirch dan kapal tangki Shankti yang membawa kira-kira 800 orang kru sedang mengadakan lawatan muhibah antara pertengahan Mei dan Jun.

Frigat INS Satpura F-48

Mereka akan menuju Vietnam sebelum singgah di destinasi terakhir Filipina. Satu majlis jamuan malam akan diadakan di salah sebuah kapal itu untuk pegawai tinggi kedutaan India dan Malaysia pada Isnin. Pegawai Pemerintah armada tersebut, Laksamana Muda P. Ajit Kumar yang mengetuai armada India ke Malaysia buat kali kedua berkata beliau mahu meningkatkan kerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Beliau berkata satu bentuk latihan bersama ‘Passage Exercise’ telah dirancang dengan TLDM yang dapat meningkat keamanan dan keselamatan maritim di rantau ini.

Destroyer INS Ranvijay D55

“Bentuk latihan ini mengandungi latihan peperangan konvensional dan kerjasama tindakan kenteraan terhadap ancaman bukan konvensional,” katanya kepada pemberita di atas salah sebuah kapal tersebut. Ajit berkata persinggahan selama lima hari itu turut mengandungi beberapa program bersama TLDM.

Korvet INS Kirch P62


INS Shankti A57

SUMBER: NAVY BEST!

Thursday 16 May 2013

SELAMAT DATANG MENTERI PERTAHANAN YANG BARU!


KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjanji akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memberi perkhimatan terbaik kepada rakyat.

Dalam mesej melalui laman Twitternya, Hishammuddin berkata beliau bersyukur atas pelantikan itu dan tidak sabar untuk menjalankan tugas melalui portfolio berkenaan.

Kata bekas Menteri Dalam Negeri ini, beliau akan mengangkat sumpah jawatan pada pukul 3 petang esok.

"Najib amat berharap kami akan menjalankan tugas dengan penuh bersemangat," katanya.

Pengumuman senarai anggota Kabinet baharu hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Barisan Nasional (BN) memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen dalam Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei, menyaksikan pertukaran portfolio antara Hishammuddin dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung melalui media elektronik dari Putrajaya itu, Najib berkata Ahmad Zahid dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri dan Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan.

Ahmad Zahid, Anggota Parlimen Bagan Datoh (Perak), dilantik Menteri Pertahanan pada 2009, manakala Hishammuddin, yang merupakan Anggota Parlimen Sembrong (Johor) pula, diberi tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan.

Najib juga mengumumkan pelantikan Anggota Parlimen Kudat (Sabah) Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, manakala Anggota Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

p/s: Semoga pentadbiran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menyemarakkan lagi kecemerlangan dan keampuhan Angkatan Tentera Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.


Wednesday 8 May 2013

DILEMA MB SELANGOR - KHALID IBRAHIM PALING LAYAK... AZMIN & DR RANI BOLEH BLAHHHHH...

Percaturan dan Konflik perebutan kerusi MB Selangor

KEMELUT CALON MB SELANGOR

Jika dilihat kepada PAS dan PKR, masing-masing memenangi 15 dan 14 kerusi. Maknanya PAS lebih 1 kerusi berbanding PKR. Dari segi heirakinya , PAS adalah lebih layak untuk dilantik sebagai MB. Namun demikian jangan lupa perana  DAP. Mereka juga ada peranan untuk memberikan restu kepada parti mana yang bakal menjadi MB. Sudah tentu mereka juga inginkan seorang MB yang mempunyai visi dan misi yang paling hampir dengan mereka. Kalau tidak silap aku, DAP sudah pasti akan menyokong PKR. Jadi pilihan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. 

Percakaran antara mereka berdua sudah menjadi
 rahsia terbuka kepada umum (Open Secret)

PAS DALAM DILEMA

PAS tidak boleh buat apa-apa kerana itu adalah keputusan teramai. Dalam masa yang sama ADUN BN tidak boleh membantu. Jadi terpulang kepada Sultan untuk merestui siapa yang baginda restui untuk menjadi MB. Sultan tidak terlibat dengan politik. Baginda hanya mahukan seorang MB yang boleh menjaga negeri dan membawa kesejahteraan rakyat baginda. Jadi aku tidak fikir Sultan akan campur tangan. Baginda akan merestui siapa sahaja yang dipilih oleh Parti kecuali jika baginda mendapati ADUN tersebut mempunyai moral yang kurang bagus. Jadi Azmin Ali aku fikir tidak akan direstui oleh Baginda.  

DAP KHIANATI PAS JIKA TAK SOKONG CALON PAS JADI MB SELANGOR

Dengan menyokong PKR, bermakna PAS terlepas peluang untuk menjadi MB. Ianya membawa maksud tersirat bahawa DAP telah mengkhianati PAS kerana kenapa DAP tidak menyokong PAS sedangkan PAS memiliki kerusi yang lebih besar berbanding PKR. PAS akan menerima sahaja apa jua keputusan yang diputuskan kerana itu memang sudah menjadi adat di dalam sebuah Pakatan. Suara majoriti suara dituruti. Jika PAS membantah, bermakna PAS telah ingkar. Hubungan akan menjadi keruh dan jika PAS di singkirkan dari Pakatan, DAP dan PKR masih boleh membentuk kerajaan.

azmintwiter

AZMIN MERACAU NAK JADI MB SELANGOR

TETAPI.... Lain pula ceritanya apabila PKR sendiri masih berteka teki siapakah calon paling layak untuk menjadi MB Selangor. Adakah Khalid Ibrahim atau Azmin Ali? Azmin Ali pula dilihat meracau-racau dan melobi namanya untuk menyandang jawatan penting tersebut. Krisis perlantikan Menteri Besar Selangor menjadi semakin menarik apabila Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Mohamed Azmin Ali, telah mengumumkan kepada para penyokong bahawa beliau akan meninggalkan PKR sekiranya tidak dipilih menjadi Menteri Besar Selangor.

AZMIN ALI BUKAN PILIHAN ISTANA

Dalam masa yang sama DAP tidak mahu Azmin sebagai Menteri Besar walaupun majoriti wakil rakyat PKR mahukannya. Sementara itu, sumber Istana dikatakan lebih menyukai calon Pas sebagai Menteri Besar. Anwar sehingga kini masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan. Tindakan Azmin ini telah dijangka setelah dalam twitternya semalam menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bermuhasabah diri mengenai kekalahan dan jangan menyalahkan lain.

PAS SEDIA USUL CALON MB SELANGOR

Dr Rani (PAS) turut disebut-sebut calon tebaik PAS
 untuk jawatan MB Selangor

OK.. Azmin Ali dah dok mencanang bahawa beliaulah manusia paling layak menjadi MB Selangor. Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha, berkata jika parti itu terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar, ini membuktikan PAS sentiasa diperkotak-katikkan rakannya dalam pakatan terbabit. PAS perlu menuntut mendapatkan kuasa kerana jumlah kerusi yang dimenangi parti itu. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, adalah individu paling layak mengetuai kerajaan negeri berkenaan, lebih-lebih lagi Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor mensyaratkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah dalam kalangan orang Melayu.


Jika PAS terpaksa tunduk kepada PKR atau DAP dengan melepaskan jawatan Menteri Besar, ia membuktikan parti itu sentiasa menjadi belasahan dan diperkotak-katikkan rakannya dalam pembangkang,”

- Norman Toha


Abdul Rani berkata, beliau bersedia diberi tanggungjawab sebagai Menteri Besar jika mendapat mandat daripada kepemimpinan pakatan pembangkang di peringkat pusat. 

“Jika saya diberi tanggungjawab, saya sedia menerimanya sama ada sebagai Menteri Besar atau Perdana Menteri. Terserah kepada pucuk pimpinan,”

- Dr Abdul Rani

Khalid Ibrahim paling layak jadi MB Selangor!

PAS SANGGUP BERI PELUANG KEPADA PKR - KHALID IBRAHIM MENANG!!!

Tetapi, lain pula cerita yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali yang menyatakan bahawa PAS Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13). Katanya lagi, atas 'semangat setia kawan' dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah. Tetapi, jika Khalid Ibrahim benar-benar menjadi MB Selangor, beliau perlu melantik lebih ramai pemimpin PAS dalam barisan EXCO bagi menunjukkan keseimbangan pembahagian jawatan berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi.

Harap-harap begitulah ye...

Thursday 2 May 2013

KAKI MEMBOHONG - DARI BAPAK TURUN KE ANAK.. IZZAH OOOHHH IZZAH..


Individu sebenar dalam gambar (Mej Azmee Buang) dah pun tampil buat kenyataan.
Kalau  MACAI masih percaya Izzah ni, memang kasihan...

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai tentera yang dikaitkan dengan dakwaan parti pakatan rakyat bahawa dakwat kekal yang dicalit ke jarinya hilang selepas mengundi awal semalam, hari ini berkata beliau bukanlah orang yang dimaksudkan.


Mejar Azmee Buang, 41, dari Unit Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, berkata dakwat yang dicalit dijarinya masih kekal hingga hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan beliaulah orang yang menaiki sebuah kereta berwarna merah sambil menunjuk jarinya yang dicalit dakwat, yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook semalam oleh pihak yang tidak dikenali.

Azmee berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Kementerian Pertahanan di sini hari ini bersama beberapa anggota tentera untuk memberi penjelasan mengenai dakwat kekal.

Menurutnya gambar itu diambil semasa beliau berhenti di Taman Koperasi Polis selepas mengundi di Kem Perdana Sungai Besi tengah hari Selasa, dan ketika itu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar yang berada di situ memintanya menunjukkan jari yang dicalit dakwat.

Dulu kata Melayu boleh menganuti agama lain.. Kali ni dok
kalut tipu pasal dakwat kekal pulak..
Pada masa itu terdapat beberapa orang yang tidak dikenali bersama Nurul Izzah, mengambil gambarnya.

Azmee berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah mencemar namanya jika mereka tidak mengambil tindakan membuat pembetulan atas dakwaan tersebut.

"Saya nafikan yang saya adalah anggota tentera yang mendakwa dakwat kekal yang dicalit ke jari saya oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, hilang.



Selain itu, Azmee turut menafikan bahawa beliau bersama Naib Presiden PKR Tian Chua membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang di sini, semalam berhubung dakwaan kononnya penggunaan dakwat kekal tidak kekal.

Pada Selasa, Tian Chua dilaporkan mendakwa beliau terpaksa membuat laporan polis berseorangan setelah anggota tentera yang dikenali sebagai Azmi hilang sebelum Tian Chua sempat membawanya ke balai polis untuk membuat laporan mengenai dakwat kekal itu. Azmee turut menafikan bahawa beliau adalah anggota tentera yang dimaksudkan oleh Tian Chua dalam laporan polis itu.

Sementara itu, beberapa anggota tentera menafikan dakwat kekal itu telah hilang setelah dibasuh beberapa kali.


Staff Sarjan Anismah Tapa, 36, berkata dakwat yang dicalit ke jarinya kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam masih kekal sehingga kini, walaupun dicuci beberapa kali. Perkara itu turut diakui Mejar Zulkifli Mohd Zabidi, 50, dari Markas Tentera Darat dan Rossu Indera Busu, 27, dari Markas Tentera Laut (Pembangunan). -BERNAMA 



Untuk artikel lain mengenai pembohongan anak Anwar Ibrahim, Anda boleh layari di pautan sebelah ----- >  IZZAH KANTOI BOHONG


Wednesday 1 May 2013

TERKINI - LAGI PENDEDAHAN MENGAPA JENERAL JACK PALANCE BERIYA-IYA SANGAT MASUK PKR


Jeneral Jack Palance menyifatkan penjawat awam seperti KERA!

Anwar akan mengajak sesiapa sahaja yang mempunyai dendam kesumat kerana cita-cita yang tidak kesampaian sepertinya menyertai pakatan untuk memberontak dan menghancurkan Negara secara tersusun. Maka muncul lah individu yang bernama Jeneral Tan Sri Md Hashim Bin Hussein yang cukup berdendam dengan kegagalan beliau mendapatkan jawatan yang diidamkan.

Tan Sri Mat Hashim Hussein tampil disebelah  Anwar semata-mata untuk menempelak Angkatan Tentera Malaysia semasa pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu baru-baru ini. Pihak kerajaan Filipina telah membuat kenyataan bahawa pencerobohan tersebut didalangi oleh pemimpin pembangkang Malaysia. Maka apabila Jeneral Mat Hashim menyatakan pendiriannya disisi Anwar Ibrahim, yang diragui tahap kesetiaan kepada Raja dan Negara. Ini menunjukkan bahawa beliau juga berpaling tadah terhadap Negara kita.

Persatuan Bekas Tentera Malaysia (Cawangan Johor Bahru) dah
REJECT Jack Palance di JB

Dua bekas Jeneral telah Anwar letakkan sebagai calon dalam PRU13 ini untuk mendapatkan undi dari Angkatan Tentera Malaysia. Penulis ingin mengupas identiti Mat Hashim ini.

Beliau amat terkenal dengan panas baran dan angkuh. Kononnya beliaulah yang paling hebat sekali di ATM. Rupa-rupanya ada rahsia yang tersembunyi.

Tujuan utama Mat Hashim menyertai Anwar kerana mahukan jawatan

Jawatan yang pertama beliau GAGAL kejar :

Bukan sahaja menyifatkan penjawat awam sebagai KERA tapi beliau
telah melanggar etika ketenteraan

 PENGERUSI REJIMEN ASKAR MELAYU DI RAJA

Mat Hashim telah cuba pelbagai cara, pelbagai ‘kabel’ supaya beliau di lantik sebagai Pengerusi tersebut. Ketika itu Mat Hashim hanyalah berjawatan Timbalan Panglima Tentera Darat. Akhirnya atas nasihat maka Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah membuat keputusan melantik dan memperkenankan Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Shahrom Nordin sebagai Pengerusi Rejimen Askar Melayu Di Raja.

Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Shahrom Nordin ketika itu menjawat jawatan Panglima Medan Tentera Darat.

Pegawai Tentera Darat, yang berada dalam Regimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) memang berebut nak jadi Pengerusi  Rejimen Askar Melayu Di Raja kerana ianya  akan memudahkan mereka menjadi Panglima Tentera Darat atau Panglima Angkatan Tentera.


 Kekecewaan yang amat sangat ini tidak berakhir d situ :

TIDAK DI LANTIK SEBAGAI PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (PAT)

Kekecewaan Mat Hashim bertambah parah kerana sekali lagi beliau di persendakan kerana tidak di lantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia, sedangkan ketika itu beliau sudahpun menjawat jawatan Panglima Tentera Darat.

Majlis Angkatan Tentera (MAT) telah memilih Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor adalah Panglima Angkatan Tentera dari Tentera Laut Diraja Malaysia menjadi Panglima angkatan Tentera Malaysia yang baru.

Perlantikan Laksamana Anwar merupakan titik baru dalam sejarah Angkatan Tentera Malaysia kerana menjadi PAT yang pertama bukannya dari Tentera Darat.


Perlantikan Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Mohd Anwar dikatakan telah memalukan Mat Hashim kerana ketika itu beliau d anggap sebagai Panglima yang d geruni namun akhirnya tewas mudah pada Panglima Tentera Laut.

Ramai yang tak tahu kisah ini kerana cerita Angkatan Tentera Malaysia hanya kelompok mereka sahaja yang tahu.


Namun keangkuhan dan dendam yang mengaburi mindanya telah membuatkan Mat Hashim naik ke pentas ceramah politik dan mula menyerang dan memfitnah ‘tangan’ yang pernah menyara beliau dan sekeluarga maka sudah sampai masanya kisah sebenar Mat Hashim di bongkarkan.

MYKMU

Sunday 28 April 2013

KERANA TERLALU TAKSUB KEPADA ANWAR, JENERAL PKR SANGGUP MENIPU PENGUNDI JOHOR BAHRU



Calon PKR bagi kawasan Parlimen Johor Bahru, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein dikatakan melanggar tiga etos ketenteraan dengan memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan negara. 


Sebagai seorang bekas Panglima Tentera Darat (PTD) perbuatan itu adalah tidak bertanggungjawab, kata bekas Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat Mej Jen (B) Datuk Amir Baharudin. Beliau berkata Md Hashim sudah melanggar tiga etos ketenteraan iaitu kesetiaan dan ketaatan, maruah serta integriti. 

"Ini secara tidak langsung memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan. Sanggup memutar belit kenyataan demi kepentingan politik," katanya pada ceramah di kampung Plentong Tengah di sini malam semalam. 

Amir yang dikenali dengan panggilan mesra Pak Guntor berkata Md Hashim perlu menjaga maruah tentera khususnya pasukan yang pernah dipimpinnya. Amir berkata tindakan beliau bersama rakan-rakan bekas panglima angkatan tentera mengadakan demontrasi sebelum ini bukan disebabkan Md Hashim menyertai PKR tetapi kerana kecewa atas penghinaan yang dibuat calon itu. 

"Kami tidak bantah dia bersama PKR kerana itu hak dia sebagai rakyat Malaysia untuk berpolitik, tetapi kami kecewa sebab dia memperlekeh pasukan keselamatan," katanya. 


Beliau berkata Md Hashim yang memiliki Sarjana dalam Kajian Perang tidak pernah mempunyai pengalaman di medan tempur sebagaimana yang didakwa. "Pasukan yang ke Bosnia itu hanya sebagai pengaman dan tidak terlibat langsung dengan sebarang pasukan pertempuran. 

Mereka yang mengalami pengalaman bertempur hanya pasukan yang pergi ke Somalia," katanya. 


Beliau berkata sekiranya Md Hashim mahu membuat perubahan pada pasukan tentera Malaysia beliau patut melakukannya semasa menjadi PTD dari Januari 1999 sehingga Disember 2002...


Friday 26 April 2013

BEKAS JENERAL 'REJECT' KENA REJECT DENGAN RAKYAT



Parti pembangkang terbukti ketandusan pemimpin-pemimpin, sudahlah pengamalan nepotisme dan kronisme dilakukan secara total, kini timbul pula isu pembangkang menampilkan sekelompok pemimpin yang sudah OKU dan monopause fikirannya termasuk Jeneral askar yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Cuma kebanyakkan orang tidak tahu, kata kawan aku seorang askar ialah Jeneral ini sememangnya semasa dalam perkhidmatan tidak disenangi oleh anggota tentera. Jeneral askar ini kata kawan aku lagi hanya tahu mengarah dan memerintah jer tanpa mengamalkan konsep kempimpinan melalui teladan. Tandusnya pembangkang juga apabila meletakkan artis juga sebagai calon pilihan mereka.

IKRAR KESATRIA bukan lagi menjadi ASAS PERJUANGAN mereka!

Meletakkan bekas Jeneral yang tidak diterima oleh anggota tentera dan bekas tentera sendiri sebagai calon pembangkang adalah satu kerugian kepada pembangkang kerana mereka ini bukanlah pemimpin berjiwa rakyat. Kehidupan mereka di dalam tentera dipenuhi dengan pembohongan, rasuah, sikap tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, menyalahgunakan kuasa dan pelbagai pakej yang sebenarnya tidak sesuai sama sekali untuk dipilih sebagai wakil rakyat.

Poster yang disebar semasa solat Jumaat di Masjid Kementerian Pertahanan pada 26 Apr 13.
Mungkin 'tukang edar' takut kena balun dengan askar kalau edar selepas solat

PKR membariskan empat bekas Jeneral yang dicanang menjadi calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam cubaan mencari undi anggota pasukan keselamatan. Susulan pencerobohan di Lahad Datu, kumpulan ini mensasarkan kritikan terhadap angkatan tentera dan kerajaan termasuk mempersoalkan taktik yang digunakan untuk menumpaskan musuh. Bekas Panglima Tentera Darat Jeneral Bersara Tan Sri Hashim Hussein membuat kenyataan yang dilihat cuba memecah-belahkan pimpinan pasukan keselamatan sendiri.


Proud to be A SOLDIER!

Kehadiran kumpulan OKU, bekas Jeneral dan barisan artis yang menjadi calon pembangkang membuktikan pakatan pembangkang tidak bersungguh-sungguh untuk membela nasib rakyat dan membawa perubahan kepada negara. Perlu diingat untuk memimpin sebuah negara seperti Malaysia dan rakyatnya yang berbagai kaum, memerlukan pemimpin yang sihat dan bertenaga disamping memiliki kekuatan fizikal serta mental. Rakyat seharusnya tidak terpengaruh dengan propaganda pembangkang dan strategi murahan pembangkang. Meletakkan OKU, bekas Jeneral dan artis sebenarnya akan lebih menyemakkan parti pembangkang dengan barisan nepotisme dalam parti pembangkang.

1,000 AHLI BARISAN PEMBEBASAN KEBANGSAAN MORO (MNLF) TELAH 'BOOKING' MAUT



Kurang Ajar!!! Tak serik-serik dan kenal dek untung!!

Menurut Idjirani, pertempuran akan disambung semula selepas kira-kira 1,000 ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) tiba di Sabah untuk mengukuhkan kuasa kesultanan di Lahad Datu.

“Pada masa ini, rakyat Malaysia sibuk dengan pilihan raya dan mereka tidak mahu mengganggu Sabah di mana terdapat lebih daripada 600,000 bangsa Suluk berdaftar sebagai pengundi,” katanya.


Idjirani berkata, bangsa Suluk di Sabah telah memelihara hubungan baik dan kuat dengan orang-orang Sulu.

“Datuk Seri Najib (Razak) takut menyinggung perasaan mereka kerana ia adalah undi penting buat beliau,” katanya.

Idjirani menambah, Komander Sulu di Lahad Datu, Agbimuddin Kiram mengesahkan, kehadiran pejuang MNLF pada kali ini lengkap membawa senjata seperti anti-kereta kebal dan bergerak secara bersembunyi bagi mengelakkan dikesan pasukan keselamatan Malaysia.

“Mereka mengambil kedudukan dari Kampung Tanduo dan Tanjung Batu,” katanya.

Kumpulan pengganas Sulu mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meredakan pertempuran di Sabah sebagai 'langkah sementara' kerana tidak mahu menyinggung perasaan penduduk bangsa Suluk menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Media Philippines Daily melaporkan sebagai memetik jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani berkata, bagaimanapun kumpulan itu percayai pertempuran akan bersambung semula selepas PRU13.

- SINAR

Tuesday 23 April 2013

LAGI PANASSS - KENALI SIAPA HADI KHATAB CALON PKR BEHRANG - SIRI 2

Sebelum mulakan pembacaan mengenai Jeneral $onglap yang bernama Abdul Hadi Al Khatab ni, ada baiknya kalian rujuk artikel awal mengenai penyonglap harta rakyat Malaysia ini terlebih dahulu. KLIK pautan dibawah:


Macam yang teman janjikan, teman nak sambung cerita pasal si Hadi ni…

"Dalam Songkok Ada ULAR".  Itu lah ungkapan paling sesuai untuk
 si pembelit dan penyangak wang rakyat

Teman diberitau rupa-rupanya masa dia panglima lojistik tu dia juga terlibat dalam salah laku pembelian peralatan bagi menghalau burung-burung daripada kawasan hangar dan landasan kapalterbang. Ya la kan…kalau banyak burung, nanti dia berak atas kapal terbang tu ker… atau nanti tersangkut dalam injin kan boleh bawa bahaya…

Teman pun tak berapa faham sangat dalam hal-hal ni, tapi member-member air force cakap alat yang dibeli semasa hadi jadi bos kat situ bukannya apa pun, cuma speaker yang dipasangkan di atas kenderaan bomba atau pun di pick-up truck lalu dipandu ke segenap pelusuk landasan terbang untuk menghalau burung-burung di situ. 

Korang nak tau berapa kos-nyer? Teman diberitau satu unit speaker tu dibeli dengan harga RM600,000.00. Itu tidak termasuk kenderaannya tau. Lepas tu dia hentam beli sampai 10 unit…. Tak ke RM6 juta tu? Makin parah lagi, teman dimaklumkan yang air force tak lagi pakai speaker tu sebab langsung tak berkesan. Membazir duit kerajaan betoi….

BAYANGKAN.... Loud Hailer seperti ini digunakan untuk halau
 burung dan berharga RM600,000.00 sebuah?

Dah tentu korang pun pikir macam teman…tak masuk dek akal. Beli peralatan speaker pun boleh kos RM6 juta. Entah berapa banyak komisyen dia dapat? Jadi kalau setakat kerajaan suruh bayar balik RM350,000.00 takder hal punyer….

Ada lagi…..teman juga dapat tau yang dia juga beli nitrogen generator secara direct nego….yang ni teman memang taktau air force guna untuk apa…teman tak pula dibagitau dan lupa pula nak tanya. Tak kisahlah…Masalahnya nitrogen generator yang dibeli tu tak bersesuaian dengan kehendak TUDM. TUDM perlukan nitrogen generator yang bersaiz 3 mikron tapi yang dibeli bersaiz 6 mikron. 

Maka gajah putihlah benda tu sebab tak boleh nak dipakai. Tak payahlah nak tanya pasal apa dia beli yang itu…dah tentu ada komisyennya pak.. lumayan!!!  Sebenarnya ada banyak lagi peralatan yang dibeli semasa dia bos kat situ termasuk bomb loader dan komponen radar tapi malas teman nak ditelanjangkan semuanya. Seperti biasa semuanya dibeli dengan harga yang over-price. Teman pun tak tau lah apa jenis manusia Hadi Khatab ni? Sanggup bagi makan anak bini dengan duit yang HARAM!!!


Kerana PEMBELIT bernama HADI KTAHAB, Mej Kamal Badri TUDM (Bersara)
 terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding tiket PKR.
 Rakan seperjuangan sendiri Hadi Khatab boleh BELIT

Itulah yang teman nak bagi tau pasal Hadi ni. Teman rasa nasib baik la teman ada kawan-kawan dalam air force untuk cerita hal yang sebenar. Kalau tidak sampai sudah teman tak tau. Memang betol orang cakap tak rugi kalau berkawan tapi jangan salah pilih kawan.

p/s: Agak-agak ada tak pendedahan Siri 3? Kita nantikan bersama..... 

Sunday 21 April 2013

PANASSSS... MAKLUMAT TERBARU MENGENAI HADI KHATAB - CALON PKR DUN BEHRANG - SIRI 1



Sebelum ini, ASKAR SETIA telah mendedahkan siapakah sebenarnya Panglima $onglap yang kini dok berkeliaran di Behrang menjaja janji manis bulan dan bintang. Sebelum kalian baca cerita seterusnya mengenai Panglima $onglap ni, ada baiknya kalian mengetahu sedikit sebanyak latar belakang penyangak enjin jet yang bernama Hadi Khatab ni. 

Klik pautan dibawah:






OK. Sekarang ni bacalah maklumat di bawah ini. 

TIADA YANG BENAR MELAINKAN YANG BENAR-BENAR BELAKA ASKAR SETIA SAJIKAN UNTUK ANDA.. 



Teman rasa by this time semua orang dah kenal siapa dia Abdul Hadi Khatab. Elehh… calon PKR DUN Behrang, atau lebih dikenali dengan Panglima Songlap enjin F 5 E TUDM tu… 

Teman heran betoi macam mana la PKR boleh calonkan dia ni. Nampak sangat la PKR ni macam tak ada pilihan lain. Satu Malaya tau yang Hadi Khatab tu pernah make headline dalam surat khabar sebab terlibat dengan skandal penjualan enjin kapal terbang, masih juga menjadi pilihan. Tapi famous macam manapun, teman rasa masih ada banyak benda yang korang tak tau pasal dia. Kalau korang nak tau, teman ada banyak cerita pasal Hadi ni….

Jaga-Jaga orang BEHRANG, Aku nak mai songlap
 enjin motor angpa

Cerita ni teman dapat hasil sembang-sembang dengan kawan-kawan dalam air force. Teman rasa tak ramai yang tau cerita ni. Dengar ceritanya disebabkan skandalnyer…Hadi diberhentikan daripada tentera secara KEJI. Mana tidaknyer…masa dia jadi panglima lojistik air force dulu dia bertanggungjawab dengan perbuatan salah laku yang menyebabkan kerajaan Malaysia kerugian RM 34,983,111.00 (tengok tu teman dapat exact figure lagi). Kalau dah sebanyak tu, memang patutlah berhenti pun.

Nama pun berhenti secara KEJI…dia dilucutkan tauliah AGONG yang diberikan semasa berkhidmat dalam angkatan tentera. Cubalah korang bayangkan, dah kerja dalam askar lebih 30 tahun tiba-tiba diberhentikan dengan cara macam tu. Dah tentulah serius tu. Dengan sebab tu lah teman difahamkan dia tak dapat satu sen pun pencen dari kerajaan (mungkin sebab tu la kot dia marah sangat dan masuk PKR). 


Dah la tak dapat pencen, dia pulak kena bayar balik sebanyak 1% daripada kerugian kerajaan ataupun kira-kira RM 350,000. Teman tak dapat bayangkan macam mana dia nak hidup, nak sara keluarga dan nak bayar hutang-hutang dia kalau dia tak join PKR. Nasib baik kena bayar balik 1% jer…kalau 10% ke, 20% atau 50% ker…itu pun tak tau lagi nak berterima kasih dan bersyukur. Patutnya kerajaan suruh bayar semua….biar habis botak terus rambut dia.

Entah berapa PKR bayar dia? Dengar-dengar sampai jutaan RM$$$ wow!!!….itulah habuan bagi mereka yang sanggup menggadaikan maruah mereka dan join ANU-war. Tak heranlah kalau bekas-bekas jeneral lain seperti Hashim, Ghafir, Imran dan Najmi turut sama dalam pakatan ini.

Lagi satu…teman dimaklumkan yang Hadi ni dengan sebab dia diberhentikan dengan cara macam tu, dia tak layak menggunakan title brigadier jeneral TUDM (bersara). Tapi kenapa dia masih pakai gelaran tu yer? Teman rasa, kalau lah dia benci sangat dengan askar, kenapa nak pakai gelaran tu. Lagipun kalau dah tak dibenarkan pakai, tak rasa malu ker? Teman betoi-betoi tak faham.

Ada lagi cerita pasal hadi ni yang teman akan bongkar dalam episod seterusnya….


Friday 19 April 2013

BEKAS RSM KOMANDO KENCING ANGGOTA LAGI DI SUNGAI UDANG

Asri Buang yang telah 'DIBUANG' dari
geng-geng Komando

ASRI BUANG? hahaha.. Siapa tak kenal dengan bekas RSM komando yang sehingga kini tidak dibenarkan memasuki kem kerana mempunyai banyak kes penipuan melibatkan anggota tentera di kem Sungai Udang. Kes tipu jual INSURANS!



Asri Buang sedang jual temberang..
Entah apa yang ditipunya tu!

Asri Buang ni amatlah licik dan saya pun tak faham macam mana PKR boleh angkat si tua kutuk ni sebagai Presiden Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (PAHLAWAN) yang tidak berdaftar ni. Tetapi, senario wujudnya pertubuhan-pertubuhan haram pembangkang seperti KERABAT, KOBAT dan yang terkini PAHLAWAN tidak menghairankan kerana, parasit-parasit kepala pertubuhan tersebut semuanya boleh dikatakan telah dicalonkan untuk bertanding di PRU 13. 

Kan jelas! Dari dulu Askar Setia dah cakap. Mereka ni dari serendah-rendah pangkat hinggalah bekas-bekas Jeneral Tua Kutuk Nak Mati semua dok jilat telor pemimpin pembangkang dengan harapan dijadikan calon PRU13!.. Tapi masih ada yang mengatakan mereka ni IKHLASSS...kahkahkah

Adakah pakcik ni ejen Asri Buang di Sungai Udang?

Adakah pakcik ni ejen Asri Buang di Sungai Udang?

Berbalik kepada cerita Asri Buang yang dah DIBUANG dari kelompok geng-geng KOMANDO kerana kes penipuannya, menurut sumber Askar Setia, si Asri ni memang 'dikehendaki' oleh anggota GGK Kem Sg Udang kerana penipuan yang dilakukan mencecah PULUHAN RIBU RINGGIT. Jika Asri Buang mempunyai hajat bertanding di Sungai Udang, Melaka, saya rasa memang selayaknya dikerumun oleh geng-geng komando sebab nak tuntut duit mereka balik! 

Ataupun, Asri Buang memang sengaja hulur tengkuk masuk kawasan komando!


Asri Buang dok jual temberang apa agaknya tu?
Takkan jual insurans lagi kot!

Asri Buang bagaimanapun berjaya 'memujuk' dan menggunakan skill penipuannya untuk menarik minat anggota tentera ikut serta dalam kempen penipuan pembangkang di Melaka. Barangkali, mungkin anggota tentera tersebut tidak tahu siapakah sebenarnya Asri Buang dan mengapa beliau berada didalam WANTED LIST geng-geng Komando Sg Udang. Jika anda nak tahu, sila rujuk anggota veteran/senior komando kem Sg Udang. Sudah pasti cerita yang sama anda perolehi iaitu KES PENIPUAN!

Imaginasi penulis yang membayangkan Asri Buang
dok bersuka ria kenceng duit tentera

Memandangkan beliau kini kelihatan mundar-mandir di Sungai Udang Melaka untuk melakukan penipuan politik pula, saya syorkan agar geng-geng KOMANDO memberi sedikit tunjuk ajar padanya dan tolong ingatkan beliau semula dengan bayaran balik wang yang ditipunya dahulu. Dah senang dah sebab Asri Buang tu berada dalam kawasan tanggungjawab kalian!




Kepada anggota tentera yang sibuk nak berkempen (tak kiralah mana-mana parti politik pun), janganlah berkempen dengan menggunakan pakaian seragam tentera. Zahirkan sahaja sokongan anda kepada mana-mana parti semasa mengundi nanti sahaja. 

Hati-Hati...anda sedang diperhatikan