Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Tuesday, 12 June 2012

PANGLIMA SONGLAP DATO' ABDUL HADI BIN AL KHATAB - PENDEDAHAN SIRI KE 2

Dibersarakan dari perkhidmatan. Namun, Angkatan Tentera Malaysia
 masih  memberi ihsan untuk meluluskan Ganjaran Ikhsan pada kadar 60% dibawah
Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982

Rentetan daripada Pendedahan Siri 1 di ---- SINI


Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab (atau dahulu dikenali sebagai 370461 Brigadier Jeneral Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab TUDM) tidak dibenarkan menggunakan gelaran pangkat Brigadier Jeneral TUDM yang disandang selepas bersara daripada perkhidmatan berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT). Beliau telah DITAMATKAN PERKHIDMATAN setelah dipersetujui oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang ke 469. Selain itu, beliau turut telah:

1. DIBERSARAKAN daripada Angkatan Tentera Malaysia mulai 2 Jun 2008 dibawah Peraturan 20 (2) (g), (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982.

2.  DIBATALKAN tauliah dari perkhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9, Akta Angkatan Tentera 1972. 

3. TIDAK DIBENARKAN menggunakan pangkat Brigadier Jeneral TUDM yang disandang selepas bersara daripada perkhidmatan berdasarkan perenggan 4 dan 5 PMAT bilangan 1 tahun 1972.

Perintah ini agak jarang berlaku melainkan seseorang Pegawai Kanan mempunyai masalah besar dan serius serta telah mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ekoran kecuaiannya sebagai Panglima Logistik TUDM diatas kehilangan enjin jet F-5E milik TUDM yang pada ketika itu dibawah seliaannya. Setelah diperhalusi, sememangnya tepat tindakan Majlis Angkatan Tentera (MAT) berbuat demikian kerana Dato’ Abdul Hadi seorang Pemerintah yang telah diamanahkan oleh ATM dan dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan pangkalan TUDM termasuk 2 buah enjin pesawat berkenaan.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah banyak mengambil ‘keuntungan peribadi’ daripada pelbagai transaksi pembelian peralatan dan senggaraan TUDM. Ada yang mengatakan sehingga “pembelian skru untuk kem pun dia nak tahu”. Akan tetapi, beliau terlepas daripada sebarang dakwaan pihak ATM kerana kekurangan bukti kukuh. Apapun Allah SWT jua yang Maha Mengetahui. Dato’ Abdul Hadi memang terkenal dengan sifat ‘berdendam’ dan ‘bijak memutarbelitkan’ sesuatu perkara, apatah lagi jika ianya membawa keuntungan peribadi terutama berbentuk wang tunai. Kini beliau mempunyai ruang terbuka luas untuk mengumpul dana setelah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan PKR. Barulah kena…… ‘buku dengan ruas’ Yang sedih lagi mengecewakan……Dato’ Abdul Hadi sanggup melemparkan pelbagai tohmahan terhadap ATM dan Kerajaan, hanya untuk mencapai impiannya menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak.

Tidak tahu erti bersyukur. 

Itu ungkapan yang tepat untuk diberikan kepada Dato’ Hadi. Angkatan Tentera Malaysia terumatamanya TUDM telah banyak memberi pelbagai kemudahan dan peluang prospek kerjaya kepada beliau. Dihantar  pula melanjutkan pelajaran dan kursus sehingga pernah menjadi National Defence Fellow di Washington D.C! Bukan itu sahaja, beliau dilantik menjadi Panglima Logistik Udara yang mana ia merupakan jawatan impian untuk kebanyakkan Pegawai Kanan TUDM. ‘Lubuk emas’ tu chorr...!

Kekayaan yang diperolehi membolehkan beliau berjalan ‘makan angin’ di merata negara seperti Brunei, Vietnam, Thailand, Norway, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Kanada,  Singapura, Indonesia, Guam dan banyak lagi untuk saya ingati. Bayangkanlah.. seorang Pegawai Kanan TUDM biasa mungkin tidak mampu untuk mengelilingi dunia seperti Dato’ Hadi. Tetapi, kekayaan dan harta miliknya membolehkan beliau melancong ke seluruh dunia. Betulkan YBhg Dato'?

Salah satu aset milik Dato' Abdul Hadi bin Al Khatab
di Ampang, Selangor
Desas desus dari sumber dalaman PKR yang dikenali dan yang mengetahui, Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab bakal dicalonkan oleh PKR untuk bertanding di kawasan parlimen P.77 Tanjong Malim. Bijak sungguh! Impian Dato’ Hadi untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang mungkin akan jadi kenyataan. Tetapi, PKR pimpinan PKR juga tidaklah bodoh kerana mereka meletakkan beliau di kawasan ‘parlimen maut’ dan ketahuilah bahawasanya Dato' bakal disembelih di Tanjong Malim. Usahlah bermimpi untuk menjadi calon di kawasan selamat. Kalau dulu pada PRU 12, BN menang dengan majoriti 5,422 undi, pada PRU 13 nanti jika Dato' bertanding di sana, akan membuka laluan yang lebih terbuka dan selesa dengan majoriti yang lebih besar kepada BN kerana pengundi Tanjong Malim akan ‘dihujani’ dengan kes salah laku Dato’ hadi sewaktu dalam perkhidmatan dahulu.

Awas!  dan berhati-hatilah orang Tanjong Malim, kunci dan rantaikanlah semua enjin kerana bakal calon PKR kelak seorang yang berkemampuan untuk menghilangkan 2 enjin pesawat………amat mudahlah bagi beliau untuk melenyapkan enjin lori, bas, kereta dan motosikal tidak terkecuali basikal. PDRM Tanjong Malim diseru untuk mempertingkat rondaan di sekitar kawasan bengkel sebagai tindakan mencegah insiden kecurian enjin berulang menjelang PRU 13 akan datang. 

Persoalannya, siapa peralat siapa? Dato’ Hadi memperalat PKR sebab mahu membalas dendam kepada perkhidmatan, melobi lebih banyak kontrak dan tender projek manakala PKR pula bakal menghumban Dato’ Hadi ke kawasan maut Tanjung Malim? “Seperti melepaskan anjing tersepit..Digigitnya pula tangan yang melepaskan..” Namun, ianya tidak pelik kerana beliau sanggup berbuat apa saja demi memenuhi cita-cita peribadinya. Jika kemudian hari PKR tidak dapat memberi keuntungan kepadanya, beliau akan ‘menggigit kembali tangan yang menyuapnya’ malah mungkin akan bersikap lebih dasyat lagi. Itulah peribadi dan watak sebenar Bekas Panglima Songlap yang bernama Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab!

24 comments:

  1. Perghh ! hebat tok..tok memang hebat...teruskan dedahkan lagi biar rakyat tahu..orang ini skrang menghasut bekas2 tentera pulak untuk membenci kerajaan awas !

    ReplyDelete
  2. zaman fitnah ni..memang ramai bekas tentera dok hasut dan jadi ejen sebar fitnah Tuan.. Depa lupa dulu time service, diberi pelbagai kemudahan. Askar2 kita pon semuanya gemuk..cukup makan + malas + malas lari. Hidup susah lepas pencen pastu dok salahkan ATM dan kerajaan. Apa punya bangsa la jenis tak tahu bersyukur.

    Kalau Tuan ada perhati, geng2 bekas tentera ni lah yang jadi ejen korek rahsia untuk bangsa lain. Depa gadai amanah mempertahankan bangsa sendiri pasai nak dapat tempat dalam parti politik..

    Good thought..Syabas Tuan!

    ReplyDelete
  3. patut le pun. jenis manusia macam ni yang PKR suka. terok punya kes tu sampai tak boleh guna pangkat disandang selepas bersara. aku yang tak ade pangkat pun boleh guna bersara [B].



    ex

    ReplyDelete
  4. iskh one star kene macam tu. Misti serius gilee tuduhan ,...takper la kalau nk balik star tu beli la the star pun boleh..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pakai 1 star semula kena jadi pak guard ganti myanmar. 2 star pun boleh.. Hehe

      Delete
  5. This is a real joke. I read his statement but very protective of the Armed Forces leadership but how come you say otherwise.Like this RISEK psyops is more of kaki bodek and don't waste time cari dosa as you too got family and remember what you do to others will surely comeback.
    Why be afraid of him, after all he is just a nobody. Do you also belief that PAKATAN will take over the country? And you are only a running dog. So don't waste time as it makes no different.
    I met him at the heat of the missing engines issue and many people know the truth and he said the former PAT must know the answer and the present PTU and Panglima Operasi must have better info as he was not holding the position anymore at that time and look likes you are talking crap! So avoid all the fitnah. Anyway it is a court case now if he is involve he should be summoned to court, I think so la. The only think he was adamant he said Azizan Ariffin has plenty to answer!
    You guy should do a better job to protect the Armed Forces rather than being pak yeye.
    So don't be a full buat cerita cari dosa.
    So let us find the truth how the engine walk out of the base?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeyeh la best... hangpa aska lame x yeyeh ke dlu?

      Delete
    2. I reqoute:
      So don't be a full buat cerita cari dosa.
      So let us find the truth how the engine walk out of the base?
      dont be a full ke fool?

      Delete
    3. What do you expect from a guy who has been dismissed with dishonour ?

      Damage reputation! Disgrace!

      Delete
  6. Salam to Mr Anon 1232, I'm not sure how close are you with this buggle. Just to share with you guys, I am the retired pilot of the RMAF and know Dato Hadi quite well, to be exact, I'm 2yrs junior than him. Hadi at one time is a very nice guy and thats make Mat Ngah like him so much. Anyhow after sometimes, he keep himself away fm us who are still Major Cabok. He's approachable but only to the contractors and somebody who can benefitted him with pulus. In my huble opinion, I believed Hadi should stop doing all this nonsense before people start burried you alive. Let be gone be by gone my friend. I believed he know me verry well, callsign Racko.

    ReplyDelete
  7. Wooooooooo!!!!!!! This is war mannnn!!!

    ReplyDelete
  8. Salam Askar Setia,

    Maybe tuan antara askar yg bertuag xpenah ada musibah dlm perkhidmatan cthnya dianiayai/dibenci oleh yg pihak2 tertentu...tapi yg pernah merasai/kena akan terus kecewa hingga akhir hayat.

    harap tuan askar setia jgn terlalu menghina mereka2 yg ada masalah selepas tamat svc pasti ada sbbnya.Jika tuan ikhlas serta tidak diupah/dibayar pun perbuatan tuan membuka aib seseorg adalah satu dosa....harap faham.

    ReplyDelete
  9. Saya setuju.. Adalah salah disisi Islam membuka pekung dan keaiban org lain.

    tetapi, matlamat saya satu. Biar mereka-mereka itu sedar bahawasanya, membuka keaiban sebagai pengajaran buat yang lain-lain tidak menjadi satu kesalahan.

    Tapi, apa yang dilakukan oleh Dato' Abdul Hadi memang saya tidak boleh terima. Sanggup bersengkongkol dengan puak chauvanis untuk memperjudi nasib ATM! Dia sudah cukup kaya sewaktu makan gaji dengan ATM.. tetapi, mengapa mensasarkan ATM sebagai bahan cacian selepas bersara?

    ReplyDelete
  10. Salam guys, I don't know how are you guys going to pass all these messages to the entire Malaysians regarding my great friends Hadi, I'm still clueless. It is interesting to read a comment made by Mr Anon 1555, anyhow this is my view: while you r in the service, avoid making any silly mistakes and becareful with your words. By doing so, no body will hate you. Anyhow if r among the penuang group, assume as jack of all trades but expert of nothing, suka kacau bini orang, big head, then don't put the blame on somebody else, you r the one who hoist the uniform flag. It is almost 8 years now managing my own firm but frankly, I still love the blu sky. My simple advice, if U think that you r good enaugh, retire and make your own way in the civilian life or else put more effort on your work. Racko.

    ReplyDelete
  11. Askar setia you know nothing
    I think his war is not with you but more of with Azizan Ariffin who had retired and my reading is he is trying to "pancing" that once the no 1 soldier to make blunder for him to release all the dirts and where the hell he is against ATM. As I know he still has many friends still serving in the ATM at all levels. Or are you that scared that PAKATAN Rakyat will take over the nation?Why bother politicians are all the same unless you want to be one of them not as pencacai. Takut dengan bayang bayang- semoga anda di lindungi.
    If you are sincere go and find the truth, coz I know this guy. A person who will stand for his right and dignity even he has to fight to the last bit of his breath. If he really did messed up why did he sue the PAT and the government and only to be rejected on technical ground? It is his constitutional right! Why he was not court martial to prove his wrong doing or is it a question of mala-fide on the part of one man.I know too that he has plenty to tell, dari buat dosa pergi la tanya dia. I bet you he will not care of what your political inclination but he will care to ensure that when you die you don't have to apologize to him.
    Itu nasihat saya sahaja lah kalau anda mahu kebenaran. saya rasa ramai juga bekas ATM dan yang didalam ATM tu masih mengingati dia. Kita merancang ALLAH juga merancang but I believe he is still holding his trump card so don't simply kutuk orang unless you know the truth. Thecerita injin F5 tu pun da tak betul.
    It had happened to him now and it can happen to you later or your generation. Tarik nafas panjang askarsetia or risekrisektentera.

    ReplyDelete
  12. tu ;a sikap ex service yg ada skrg..time dlm service sume kontrak ko balun..time kontraktor dtg blm apa2 ko ngendeng golf la,mkn besar la...sponsor sana sini..mcm aku x taw..bila dah senang ko lupa segala2nya...ko mabuk dgn kuasa dan pangkat..bila dah trkena x mo bertanggungjawab..pastu nak menafikan pulak, kpd anda2 yg x pnh pakai uniform ni..pangkat dtg beserta amanah dan t/jawab..jika anggota bawahan anda membuat sesuatu kesalahan besar maka anda harus bersedia pikul t/jawab itu juga..cth jen yamashita..w/pon beliau x bunuh org tp anggota bawahan beliau byk melakukan kesalahan semasa perang tp beliau tetap dihukum mati bukannya askar bawahan beliau yg masih hidup utk mnceritakan kisah mereka...byk kan tgk war dokumentari la beb..kes enjin jet hilang beliau juga patut terima kesalahn tu..bukannya menyalahkan pihak lain..kpd anda2 disana x perlu nak kata kami ni pop ye ye ke pop rock ke..lihat diri anda sendiri....have you served before ? if not juz shut you fuckin mouth....

    ReplyDelete
  13. INILAH MASALAH PENJAWAT AWAM YANG HAPRAK NI, KAU BERGADUH SESAMA SENDIRI YANG JADIK MANGSA NYA ADALAH KERAJAAN YANG MEMERINTAH, KERAJAAN BARISAN NASIONAL JUGAK YANG DAPAT BUSUK YANG KAU BUAT. DATO HADI, AKU TAK SALAHKAN KAU 100 PERATUS DALAM HAL NI, SEMUA ORANG TAU YANG KAU NI ADA URUSAN YANG BELUM SELESAI DENGAN GEN AZIZAN AKA PTU PALING CELAKA DALAM SEJARAH TUDM TAPI WAJAR KAH KAU PERJUANGKAN NASIB KAU ATAS PLATFORM PEMBANGKANG YANG SUPER BANGSAT NI. LAWAN MACAM ANAK JANTAN LAH, TAK GUNA KAU PUKUL CANANG YANG KAU TAK BERSALAH, DIANAIYA OLEH PTU PALING CELAKA KAT PENTAS POLITIK, CUBA SELESAIKAN PADA PENTAS LAIN TAK BOLEH KE..????? KAMU TAK SEDAR DATO HADI YANG KAU DI PERGUNAKAN OLEH JUAK-JUAK PEMBANGKANG YANG SENTIASA MENCARI ISU UNTUK MENGHENTAM KERAJAAN, KAU INGAT NUAR BERAHIM KAKI BONTOT TU NAK SANGAT KE MEMBELA NASIB KAU DENGAN CARA NI...???? JANGAN HARAP LAH..OLEH ITU AKU NASIHATKAN KAU KEMBALI LAH KE PANGKAL JALAN, SELESAIKAN MASALAH KAU DENGAN AZIZAN TU DENGAN CARA TERHORMAT, SELAGI KAU KAT DALAM DUNIA POLITIK MAKA SELAGI ITU LAH KAU AKAN DI SERANG DARI PELBAGAI ARAH.

    ReplyDelete
  14. Howdy! I know this is kinda off topic however , I'd figured I'd
    ask. Would you be interested in exchanging links or maybe guest writing a blog article or vice-versa?

    My website covers a lot of the same subjects as yours
    and I think we could greatly benefit from each other. If you might be interested
    feel free to shoot me an e-mail. I look forward to hearing from you!
    Wonderful blog by the way!
    Take a look at my web page ... Sandpoint waterfront

    ReplyDelete
  15. Macamana Datuk Hadi terbabit dalam kes kehilangan enjin F5E tu...TUDM pun kata dia tak terbabit. Lagipun masa kes tu terjadi,dia pun dah diberhentikan dari TUDM.....

    ReplyDelete
  16. Ι’m not that much of a online rеаdеr tо be hоnest but
    your siteѕ гeallу nіcе, keеp іt up!
    I'll go ahead and bookmark your site to come back in the future. Many thanks
    Look into my web blog - password reset disk

    ReplyDelete
  17. Salam anon 20 Jun, 2012, tolong cerita sikit apa isu perbalahan mantan PTU dengan En Hadi tu. email saya westaussiemelayu@gmail.com , terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Sepatutnya pencen ditarik seratus peratus, tidak perlu ada belas ikhsan,gelaan Dato' ditarik semula jika sabit kesalahan di mahkamah undang-undang kepada sesiapa yang melakukan perbuatan keji menggelapkan wang kerajaan dan wang rakyat juga. Hukum seberat- beratnya seperti hukuman penjara jika ada peruntukan undang-undang, supaya menjadi contoh kepada orang lain. SPR pasti dapat mendakwa sesiapa juga dengan membandingkan pendapatan suspek dengan nilai perolehan aset walaupun yang telah dilakukan pengubahan haram. Saya tidak sokong mana mana golongan, biar yang bersalah dihukum, dan orang ramai juga berhak mengetahui perkara begini melalui blog ini.

    ReplyDelete