1085628 Prebet Mohd Ali bin Baharom a.k.a Ali Tinju |
Presiden Persatuan Veteran Tentera
Melayu (PVTM) iaitu Ali Tinju atau nama sebenarnya 1085628 Prebet Mohd Ali bin
Baharom @ Mahat (bersara) yang popular kerana mengadakan ‘senaman punggung’ di
hadapan rumah Ambiga kini sedang menempa nama dalam kalangan komuniti bekas
tentera. Beliau yang telah melantik dirinya sendiri sebagai Presiden PVTM
sebelum ini ‘popular sekejap’ kerana
sering mengeluarkan kenyataan panas dan memburukkan kepimpinan KEMENTAH dan Persatuan
Bekas Tentera Malaysia (PBTM) walhal PBTM telah ditubuhkan sejak tahun 1922
lagi dan merupakan pertubuhan bekas tentera yang paling tua di Malaysia. Bukan
setakat itu sahaja, Prebet Ali Tinju ini turut membuat serangan peribadi kepada
Presiden PBTM dan pegawai kanan tentera atas alasan yang tidak diketahui dan
saya berpendapat, ia dilakukan hanya untuk meraih populariti murahan dari
kalangan bekas tentera.
'Senaman Punggung' yang dilakukan dihadapan rumah Ambiga' |
Selepas namanya melonjak naik di
internet kerana ‘senaman otot punggung’ yang dianjurkan lebih-lebih lagi
setelah ditemuramah oleh Malaysiakini, Prebet Ali Tinju dilihat semakin kerap
mengeluarkan kenyataan pedas mengkritik kepimpinan PBTM dan kini, menggesa agar
bekas tentera untuk berdemonstrasi di hadapan KEMENTAH kononnya untuk menuntut
pembelaan keatas kebajikan bekas tentera yang tidak dizahirkan dalam Akta
Veteran 2011. Di Facebook, bukan main lagi Prebet Ali Tinju memaksa pembaca
untuk membayangkan bahawa beliau seperti HERO bekas tentera walhal, adakah pembaca
tahu bahawa ia ada udang disebalik batu? Selepas menjadi popular di internet,
kini bekas tentera dimomokkan dengan bayangan HERO Ali Tinju yang seakan pernah
mahu mencadangkan dirinya untuk menjadi Senator di Dewan Negara untuk hal ehwal
veteran tentera? Kalaulah ada jawatan tersebut wahai Prebet Ali Tinju...
Antara kenyataan-kenyataan pedas Prebet Ali Tinju di FB |
Prebet Ali Tinju telah ‘masuk askar’
– Rejimen Askar Melayu Diraja pada 20 Oktober 1990 dan telah menamatkan
perkhidmatan pada 29 September 1998 (7 tahun 340 hari). Setahu saya, anggota
tentera yang menamatkan perkhidmatan kurang dari tempoh 10 tahun khidmat adalah
mereka-mereka yang mempunyai masalah disiplin dan kes-kes berat yang
mengakibatkan mereka diberhentikan dari perkhidmatan. Prebet Ali Tinju mempuyai
kes disiplin sewaktu berkhidmat dahulu. Jangan lupa ya kes pergaduhan (sewaktu
sedang mabuk Guiness Stout) dengan Lans Koperal Nazri bin Ibrahim sewaktu
berkidmat di Sabah? Seingat saya, cerita pergaduhan tersebut telah berlaku dari
Bandar Sandakan telah berlarutan sehingga berantai dan berparang di dalam kem.
Panas baran juga ya Prebet Ali Tinju kita ni. Saya turut difahamkan bahawa
selain telah muflis, Prebet Ali Tinju juga handal ‘bertinju’ kerana pernah
beristeri tiga! Namun, kesemuanya telah berakhir dengan penceraian dan hidup
terabai. Kini saya dengar-dengar cerita, Prebet Ali Tinju sudah ‘pasang lain’?
Persoalannya, bagaimanakah bekas
tentera mahu mendukung kepimpinan dari seorang individu yang tidak mampu
mempimpin keluarganya sendiri?
Amat menghairankan
apabila Prebet Ali Tinju cuba mendesak ATM dan Kementerian Pertahanan walhal
beliau hanya berkhidmat hanya untuk tempoh 7 tahun 340 hari. Sudah jelas tidak
layak!
Di Facebook, Prebet Ali
Tinju seringkali menggelarkan dirinya sebagai JENERAL ALI atau JENERAL ALI
TINJU. Bukankah itu satu tindakan yang amat keji kerana menggelarkan diri anda
sebagai seorang Panglima? Sebagi seorang bekas tentera, anda mungkin tahu
betapa signifikannya pangkat seorang Panglima dan untuk meraih populariti, anda
sanggup menggunakan pangkat tersebut sesuka hati? Jika dahulu anda pernah
mengaku bahawa anda telah membohongi ramai pihak dengan gelaran Dato’, kini
janganlah sewenang-wenangnya mahu menggunakan gelaran Panglima
Permohonan maaf kerana selama ini berbohong menggunakan gelaran Dato' - Sumber Utusan Malaysia |
Artikel ini bukanlah bertujuan untuk
membuka pekung Prebet Ali Tinju namun, berharap agar Prebet Ali Tinju sedar
dengan tindakannya yang hanya akan memberi ruang kepada pihak-pihak berkepentingan
untuk terus memperalat bekas tentera untuk tujuan politik mereka. Hasrat murni Prebet
Ali Tinju untuk memastikan kebajikan bekas tentera terus terbela harus dipuji namun,
ia harus dilakukan mengikut prosedur dan cara yang betul. Apa yang pasti, KEMENTAH
sentiasa merencana perlaksanaan terbaik untuk memastikan kebajikan bekas
tentera sentiasa terbela. Jika benar Prebet Ali Tinju merupakan pendukung
aspirasi kerajaan, maka nasihat saya hentikanlah pelawaan demonstrasi di
hadapan KEMENTAH yang saudara ingin anjurkan. Populariti murahan ini akan
memakan diri saudara satu hari kelak.
Anda mungkin tidak sedar bahawa
tindakan anda akan hanya dijadikan sebagai tindakan auto-pilot pihak pembangkang kerana dengan sendirinya cita-cita
mereka untuk memecah-belahkan bekas tentera akan tercapai. Adakah anda sanggup
menjadi ROBOT DEMONSTRASI PEMBANGKANG?
Ingat, budaya demonstrasi jalanan
bukan budaya orang yang bertamadun. Ia bukan budaya rakyat Malaysia!
Sedarlah Prebet Ali Tinju kerana ia
masih belum terlambat.
Salam Tuan Blog... Nasib baik prebet Ali Tinju tak bertembung dgn saya . kalau tidak, pasti akan saya tinju muka dia . Sungguh memalukan! Meraih populariti menggunakan nama ATM ,TAK BERMARUAH LANGSUNG!
ReplyDeletehahahaha... ada jugak cerita gaduh ali ni..aku sama2 dengan dia masa di 21 RAMD dulu..kaki botol, kaki kongkek pompuan filipina kat sabah tu... tak tahu pulak skrg ni popular betol.. skot ooo skot...sudah-sudahlahh... bertaubatlahhh....
ReplyDeletedasar x sedar diri betul la ali tinju ni...kalo ader masalah 2 xyah la nak berdemo..ko leh jumpa direct kat menhan.buat appointment.ni ko buat appointment dgn malaysiakini.nak buat per....ko ni mmg talam dua muka la..per yg ko nak sebanarnya ni..x usah la nak meraih populariti murahan. kalo la aku boleh suggest kat gov supaya bekas2 tentera yang berhenti tentera disebabkan oleh masalah didiplin ni x layak digelar bekas tentera..bcoz korg ni la org2 yang membuat onar dan memburukkan nama baik ATM..
ReplyDeleteAgaknya yg jadi ahli PVTM ni semua prebet kut,,, Tak der ker individu yg berpangkat besar dlm PVTM ni boleh mengganti tempat Presiden Prebet ni..Utk ahli-ahli PVTM,,,carilah presiden yg tinggi moral nyer,ada ciri2 kepimpian yg baik dan berakhlak... Ali Prebet ni kotor manusianya.. Keikhlasan nyer memimpin ada ajenda tersembunyi..Udah,,udah le Ali.. Kesian anak2 kau tu,,, Jangan asyik beraiskrim jerr..
ReplyDeleteArtikel best untuk dibaca...
ReplyDeletehttp://merapusakan.blogspot.com/2012/06/ali-tinju-mencabar-menhan-bersumpah.html
Prebet Ali berkhidmat selama 7 tahun tapi masih prebet? Mesti prestasi tak memuaskan. Selepas 7 tahun bekerja tak naik pangkat Lans Koperal pun? Mesti kaki gaduh,kaki lawan ni!!!
ReplyDeleteservis tak sampai 13 tahun memang berhenti dalam masaalah tu bro..agak-agaknya dah merasa batu gontomen tu...masuk sel keluar sel..tu pun ada hati nak jadi pemimpin..exs tldm
ReplyDeleteMemang betul, dia nie duduk kat bukit puchong, memang semua org panggil dia dato` termasuk aku, lepas tu dia kata dia nie saudara TPM, habis semua cina dia tipu, last2 bini dia pun dia tinju, org kawasan perumahan dia tolong bini dia tu.
ReplyDeletemmg betul dan syalah ex wifenya tu......
Deletesungguh memalukan..malu sungguh..hahahaha:D ni ke sikat "orang lama" memalukan kami yg baru2 service nih..ni orang kalau berkhidmat lg,kompom kucar kacir unit.
ReplyDeleteini bukan "org lama" la...tapi org tak betul
Deletesendiri mau ingat kalau nak jadi askar berpencen mesti tahan dari segi mentel n fizikal,jgn khidmat seoaruh jalan n berhenti pas tu komplen macam2,gila meroyam nak tuntut macam-macam peerah mabuk
ReplyDeletesi ali ni mental lemah. konon2nya nak jadi pejuang. piiiirraaahhhhhhh......... dia ni tak layak dipanggil veteran atm.
ReplyDeleteKalau setakat berkhidmat 7 tahun, jangan cakap besar sebagai pejuang entah-entah kerjanya menuang di Stor KM... macam ni nak buat pemimpin ...
ReplyDeleteBoleh pulak beli gelaran Datuk.. korang yang ikut dia ingat dia boleh bela nasib korang silap2 duit kerajaan bagi dia makan sorang..
Business pun menipu patut bangkrap..