Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday 27 January 2012

471 ANGGOTA TENTERA TERIMA BR1M DI PANGKALAN TLDM LUMUT


Anggota tentera yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut berterima kasih kepada kerajaan yang memperkenalkan bantuan itu dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

Semua anggota yang menerima bantuan berasa terharu dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Sedikit sebanyak bantuan tersebut dapat meringankan beban perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, En Azri jaafar yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di D20 KD MALAYA. Sebanyak RM 235,500 nilai baucer telah disampaikan kepada anggota tentera terlibat.



Turut hadir Pegawai Memerintah KD MALAYA iaitu Kepten Khairuddin bin Mohd Ariff TLDM bersama Pegawai Daerah Manjung, En Ahmad Fitri Muhassim.

Seluruh warga TLDM mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana keprihatinan mereka kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia di atas sumbangan tersebut.

Mohd Jal Jaapar
“Bantuan yang diberikan ini akan digunakan bagi keperluan keluarga dan selebihnya disimpan untuk keperluan di masa hadapan,” kata Mohd Jal Jaapar, dari 96, Hospital Angkatan Tentera (HAT), penerima BR1M di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.


Masdan Hamidun
Masdan Hamidun, dari Stesen Komunikasi TLDM Parit, dekat Seri Iskandar berkata, beliau berharap bantuan BR1M tersebut dapat diteruskan di masa depan bagi menampung kenaikan barangan keperluan seharian.

Qrill Mubara Dolhan
Qrill Mubara Dolhan, berkata wang RM500 yang diterimanya itu akan digunakan untuk membuka akaun simpanan di bank buat anak beliau. “Ianya akan ditabung bagi keperluan persekolkahan anak di masa hadapan,” katanya yang berasal dari Serian, Sarawak.






TAHNIAH KD MAHAWANGSA !!!

TQ Buddy!
Semalam, seorang sahabat saya yang merupakan seorang pegawai TLDM telah menunaikan janjinya untuk menghadiahkan topi KD Mahawangsa. Bangga saya memakainya. Pengalaman saya untuk dapat turut serta bersama-sama menaiki kapal tersebut pada Julai 2011 merupakan satu pengalaman manis yang saya tidak akan lupakan.


Walaupun TLDM kini 'dihujani' dengan pelbagai kritikan, sendaan dan tuduhan oleh 'hero serba tahu' (saya maksudkan orang-orang politik dan pembaca alam siber yang tidak habis-habis menyebarkan komen dan rumor), namun TLDM dan KD Mahawangsa terus mengekalkan kecemerlangan didalam perkhidmatan. pengalaman sendiri menaik kapal tersebut telah cukup membuka mata semua orang! KD MAHAWANGSA mampu bergerak dengan kelajuan 16.5 knot dilengkapi dengan persenjataan berat, radar dan keupayaan kargo dalam jumlah yang besar. Kelengkapan dan persekitaran kapal yang dijaga rapi, pegawai dan krew kapal yang peramah dan kejayaannya dalam menyertai pelbagai misi dalam dan luar negara menjadikan kapal tersebut layak dinobatkan sebagai THE BEST DAMN SHIP IN THE NAVY...


Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus kekal sebagai yang terbaik di kalangan terbaik apabila dianugerahkan pensijilan ‘5 S’ oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Penganugerahan tersebut mencatat sejarah tersendiri apabila KD Mahawangsa menjadi kapal pertama di negara ini yang dianugerahkan pensijilan itu.

Tahniah KD Mahawangsa!

Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
mencatat sejarah tersendiri sebagai kapal pertama di negara ini yang dianugerahkan persijilan ‘5 S’ oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)




Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kepten Jamel Abdul Rahman berkata, kapal yang berusia hampir 30 tahun itu kini lebih baik menerusi pelbagai perubahan dan penambahbaikan. “Semuanya menumpukan tentang keberkesanan dan kecekapan operasi KD Mahawangsa dengan mengutamakan aspek keselamatan. “Ia diperkukuhkan lagi menerusi kerja sepasukan yang penuh komited dan moral anggota yang tinggi,”.

Pensijilan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC, Mohd Razali Hussain kepada Jamel Abdul Rahman di atas kapal KD Mahawangsa di Pangkalan TLDM di Lumut pada Khamis. Pensijilan ‘5 S’ merupakan sistem amalan persekitaran berkualiti iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal.

Thursday 5 January 2012

EUROFIGHTER TYPHOON VS DASSAULT RAFALE - SATU ANALISIS

Penggantian Next Generation Fighter Aircraft Multi-Role Combat Aircraft (MRCA) Tentera Udara Diraja Malaysia masih diperkatakan oleh banyak pihak namun daripada empat senarai yang dihebahkan iaitu Super Hornet, Grippen, Typhoon dan Rafale. Hanya dua sahaja yang disenarai pendekkan iaitu Typhoon dan Rafale. Di sini saya cuba membuat perbandingan serba ringkas mengenai kelebihan dan kekurangan kedua-dua pesawat.





Airframe

Kedua-dua pesawat ini adalah pesawat delta canard configuration yang sangat maju dan menjadi pilihan oleh banyak negara di seluruh dunia. Walaupun pesawat kelihatan hampir sama pada luarannya  namun ianya  berbeza.

Typhoon adalah sebuah pesawat yang dibina dengan kukuh, mempunyai canard agak besar diletakkan di hadapan bagi meningkatkan keupayaan pergerakan semasa di udara termasuk membolehkan Typhoon point its nose ke arah sasaran dengan pantas. Seperkara lagi, Ia mempunyai kanopi gelembung yang menawarkan pandangan 360° yang jelas untuk juruterbang. Rekabentuk intakes di bawah fuselage membolehkan pesawat terbang pada kelajuan rendah namun berkemungkinan akan menimbulkan masalah apabila pada kelajuan yang tinggi. Walaubagaimana pun rekabentuk 

Typhoon yang kukuh mampu mengatasi permasalahan tersebut. Typhoon mempunyai  adjustable intake udara yang bermaksud  boleh membuka  atau menutup mengikut keperluan jumlah udara yang memasukinya. Ini adalah ciri hebat yang membolehkan pesawat berfungsi dengan baik pada sebarang kelajuan.


Manakala Rafale adalah pesawat yang berbeza, Ia direka untuk membuatkan kelihatan cantik dan kukuh pada masa yang sama. Canards pesawat Rafale yang diletak dekat dengan sayap dikatakan kurang membantu meningkatkan prestasi namun dikatakan konfigurasi tersebut hanya mengurangkan  rintangan serta membenarkan pesawat mencapai kelajuan Mach 2 pada altitude rendah. Rafale tidak semaju Typhoon dalam teknologi rekabentuk kerana menggunakan teknologi konvensional.

Enjin


Typhoon menggunakan enjin 2 EJ-200 dengan teras (dry thrust of 60 KN and a wet thrust of 90 KN) dengan kerangka pesawat udara yang besar dan sayap yang kuat serta canards melakukan tugas thrust vectoring control (TVC) sangat baik pada Typhoon. Walaubagaimanapun Rafale menggunakan enjin Snecma M88-2 dengan teras (dry thrust of 50 KN and 75 KN afterburner) dikatakan pesawat ini memerlukan enjin yang lebih berkuasa kerana jika dibandingkan dengan pesawat terkini gen 4.5. Ia seolah-olah berada di paling bawah dalam kelasnya.

Avionics


Typhoon menggunakan radar Euroradar Captor (ECR-90) next generation mechanical multi-mode pulse doppler radar yang dikatakan teknologi lama (2 generasi ke belakang) iaitu PESA (Passive Electronically Scanned Array) dan AESA (Active Electronically Scanned Array)Tetapi jet Typhoon EF-2000 meningkatkan keupayaan radar tersebut dengan meningkatkan saiz antena seterusnya  telah meningkat prestasinya. Ia boleh mengesan sasaran pesawat sehingga 160 kilometer. Walaubagaimana pun kelemahan yang ketara ialah tidak boleh mengimbas sasaran yang banyak pada satu-satu masa.


Rafale pula memiliki radar yang lebih baik iaitu radar RBE2 iaitu PESA (Passive Electronically Scanned Array) yang merupakan radar generasi yang lebih baik. Walaubagaimana pun saiz muncung pesawat yang kecil telah menghadkan saiz radar yang boleh dibawa mengakibatkan pengurangan jarak pengesanan kepada hanya 140 ke 150 km sahaja. Jarak detection atau pengesanan adalah kurang berbanding Typhoon namun ia mampu mengesan lebih daripada 40 pesawat dan memusnahkan 8 pesawat dalam satu-satu.

Sistem pengesanan  Rafale tidak lama lagi akan diganti oleh  jenis AESA iaitu versi RBE2-AA yang termaju, mempunyai keupayaan mengenal pasti sasaran sehingga 170 km.Sebuah versi AESA juga turut dirancang untuk Typhoon juga  Namun dikatakan versi ini hanya boleh didapati untuk model naik taraf sahaja.

Kedua-duanya adalah baik mampu menjalankan tugas pengesanan mengikut keperluan termaju zaman sekarang.

Radar Cross Section Reduction Features

RCS ialah sejenis teknologi bagi mengurangkan detection radar samada melalui meterial atau teknologi halimunan yang mampu mengelak dari dikesan. Typhoon mempunyai beberapa ciri yang boleh mengurangkan RCS di hadapan pesawat iaitu 0.5-1 sq meter yang mana ramai menjangkakan 0.1 sq adalah hampir mustahir untuk dikesan oleh radar. RCS akan dikurangkan lagi jika sistem radar AESA digunakan kerana ia mampu mengelirukan radar pasukan musuh dan mengurangkan risiko dikesan.

Rafale pula mempunyai RCS yang tinggi kerana material yang digunakan dan rekabentuk yang kurang memberi kesan untuk mengurangkan RCS. RCS pesawat ini dalam anggaran 1.5-2 sq Meter. Secara keseluruhannya pesawat ini lebih mudah dikesan oleh sistem radar musuh.


Persenjataan

Ini adalah satu aspek yang sangat penting dalam menilai keupayaan pesawat pejuang. Kedua-dua pesawat Eurocanards mempunyai sistem persenjataan yang moden. Typhoon  menggunakan Meteor, active radar guided beyond visual range missile  udara ke udara, dan akan menggunakan Advanced Short Range Air-to-Air Missile (ASRAAM) pada masa akan datang. Manakala Rafale menggunakan missile Meteor sama seperti Typhoon dan MICA  (missiles interception and combat aerial) sahaja. Penggunaan persenjataan kedua-dua pesawat adalah yang termaju namun yang membuatkan Typhoon lebih advance adalah pakej persenjataan yang pelbagai termasuk dari blok eropah dan Amerika sendiri seperti AIM-9 Sidewinder dan AIM-120 AMRAM.


Sistem SPECTRA yang ada pada pesawat Rafale patut dipuji kerana sistem perisian  tersebut yang mampu meningkatkan chances of survival kerana ia mampu mengautomasikan  kebanyakan tugas-tugas komunikasi dengan  pesawat lain dan stesen kawalan. Typhoon juga mempunyai kelengkapan EW (electronic warfare) namun pesawat Rafale sedikit mengatasi Typhoon.