Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday, 20 June 2012

ALI TINJU SUDAH INSAF? iye ke....


Apabila mendengar khabar bahawa Dato' palsu Prebet Ali Tinju telah berhasrat untuk membatalkan rancangan demonstrasi di hadapan KEMENTAH, saya terus menghubungi kenalan saya untuk memastikan perkara berkenaan. YA! Prebet Ali Tinju sudah menyatakan bahawa beliau tidak akan berdemonstrasi dihadapan KEMENTAH.

Tetapi kenyataannya yang dikeluarkan di akhbar Utusan Malaysia pada 20 Jun 2012 amat aneh dan menarik untuk diperkatakan. Beliau dengan kerasnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah merancang untuk melakukan demonstrasi. Pandai betol dia berlakon.


Prebet Ali Tinju menafikan beliau pernah merancang
 untuk melakukan demonstrasi


Persoalannya, kenapa Prebet Ali Tinju kali ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia pernah merancang untuk melakukan demonstrasi haram? Walhal di Facebook sebelum ini, dialah HERO menghasut bekas tentera untuk bersama-sama membudayakan budaya demonstrasi haram di hadapan MINDEF. Mengapa Prebet Ali Tinju berbohong dengan mengatakan dia TIDAK PERNAH MERANCANG untuk melakukan demonstrasi? Buktinya ada di Facebook sebelum ini. Maklumlah...Askar Setia sudah tidak dibenarkan buat spot-check Facebook dia sebab sudah kena BLOCK !!! 

Apa ni Ali Tinju?? Anda tiada telor ke? Apa yang takut sangat dengan blogger capuk Askar Setia ni?

Prebet ALi Tinju tidak pernah merancang untuk melakukan demo?

Saya atau saudara yang tersilap baca?
Sinar Harian 18 Jun 2012

Atau, Prebet Ali Tinju sudah kecut perut kerana banyak laporan polis telah dibuat oleh bekas-bekas tentera yang tidak bersetuju dengan tindakan demonstrasi tersebut. Menerusi maklumat yang saya perolehi, Prebet Ali Tinju juga kini sedang merapati Kelab Veteran Tentera Tidak Berpen (KVTTB) kelolaan bekas komando iaitu Mohd Sabri bin Abd Malik. Ada udang disebalik batukah? Ada motif tersembunyi kah? 


Ketahuilah bahawa Prebet Ali Tinju tidak akan berpuas hati dan akan terus menyelinap di persatuan-persatuan bekas tentera untuk meraih semula pengaruh dan sokongan bekas tentera terhadapnya.

Satu lagi hujah saya mengapa saya katakan bahawa Prebet Ali Tinju tidak akan insaf dengan perbuatannya kerana di Facebook, Prebet Ali Tinju berterusan memaki hamun dan memburuk-burukkan bekas isterinya iaitu Puan Rosminawati (bekas Ketua Srikandi PVTM lantikan Prebet Ali Tinju sendiri). beliau telah membayangkan jandanya itu sebagai 'jalang' kerana mempunyai hubungan dengan pegawai polis dan telah mengambil dadah? Kerana itulah Prebet Ali Tinju telah menceraikannya dengan TALAK 3

Maaf... Saya bukanlah mahu menjaga tepi kain orang namun, perkara yang HAK perlu diperjelaskan. Janganlah kerana mahu 'mencuci dosa' dan memulihkan imej, Prebet Ali Tinju tergamak menabur fitnah sewenang-wenangnya. tahukah anda bahawa Prebet Ali Tinju telah melafazkan TALAK 3 keatas Rosminawati setelah berlakunya percakaran apabila kantol berkepit dengan awek setelah selesai karaoke di news KTV Ampang Park dengan seorang awek bernama Hayati Atie? 


Ahh..banyak lagi kisah Prebet Ali Tinju yang saya tahu termasuk dengan awek askar bernama Yun, kes di SPRM yang belum selesai, penipuan keatas jiran-jirannya di Bukit Puchong..tetapi, beginilah Prebet Ali Tinju..jika anda ikhlas untuk berubah, beristighfarlah, insafi dosa-dosa lampau dan berundurlah dari terus menghasut veteran-veteran tentera. Oh ya... ingat..Ada laporan polis terhadap KERAKUSAN NAFSU Prebet Ali tinju pada 20 April 2012.

Sebelum ini andalah HERO di Facebook. Andalah Dato' pemimpin terpuji.. Kononnya, andalah manusia paling layak untuk mempin bala angkatan bekas tentera. Anda seorang sahaja di Malaysia ini yang benar-benar berjuang dengan ikhlas untuk bekas tentera. MINDEF salah, Menteri Pertahanan salah. SEMUANYA SALAH...

Kepada persatuan-persatuan bekas tentera, berhati-hatilah dengan manusia bernama Mohd Ali bin Baharom @ Mahat ini. Jika beliau dilihat berkeliaran dalam persatuan anda, tapislah dahulu setiap kata-kata dan janji-janjinya. Dia hanya muncul untuk kepentingan peribadi, poket dan cita-citanya untuk menjadi Senator.

 Masyukkkkk katanya


9 comments:

  1. nak nafikan ape..sudah terang lagi bersuluh..
    insaf2lah Ali Tinju...umur dah senja,,bykan amal ibadat sudah..peace..

    ReplyDelete
  2. Mari layari dan link blog hal Skot : www.saffanskot22. com

    ReplyDelete
  3. Hahajaja. Ali ni memang kaki belit. Skot aku ni. Tak tau plak dia top betol mcm ni skali. Nasihat aku la skot,sudah2 la kau menipu sana sini. Kau dah xberduit..jgn melobi sana sini cari populariti pasal nk kebas dana bekas tentera..

    ReplyDelete
  4. Aku pun dah sekat dan buang dia dari link FB aku ,menyampah ,pentingkan diri dan sombong .

    ReplyDelete
  5. TQ pada yang komen.

    Saya tidak block dia dari Friendlist saya...Tetapi, Prebet Ali Tinju tu yang BLOCK dan REMOVE saya.

    Entah apa yang dia takut sangat..saya tak tahu..

    ReplyDelete
  6. Ali Tinju takut nak baca blog ni. Semuanya `memedihkan mata dan memualkan' baginya kerana apa yng askarsetia nyatakan adalah BENAR. Masalahnya persatuan yang haram ni nak buat demonstrasi haram juga. Mana ke patut, persatuan haram nak perjuangkan pencen sedangkan dia tak layak terima pencen?.

    ReplyDelete
  7. Salam pada pelatuk...

    Kalau dia takut, pembaca yang tak takut ni minta sharekan padanya....

    Nasihatilah kepada Ali Tinju agar, jangan memporak-perandakan bekas tentera semata-mata untuk mencapai cita-citanya menjadi Senator dan memperoleh kekayaan cepat sebab songlap duit persatuan...

    ReplyDelete
  8. Hah hah hah.....memeang layak prebet sekor ni masuk dalam longkang setiap kali parade CO....bangang nak mampuih masa kat batalion dia dulu, tu yang "prebet sampai kena berhenti". Tau makan 'pasir' je ....asyik kena 'showparade' tak sudah,,,,,

    ReplyDelete
  9. terbaru sy pun dah di block dr fb ali sebab selalu komplen perangai dia yang asyik cari masalah dengan menteri.....ALI tu rasa dia tu SAPA hahhhhhhhhhhhhhhhhhh...boleh blah dengan ali...

    ReplyDelete