Sempena sambutan ulangtahun Tentera Darat (TD) yang ke 79 baru-baru ini, banyak entri-entri berkaitan kesiapsiagaan TD, keampuhan dan ketumbukan TD dan juga kepimpinan tertinggi TD. Kepelbagaian entri-entri tersebut termasuklah dengan artikel yang disiarkan untuk menyebarkan FITNAH dan mengkritik kepimpinan Panglima Tentera Darat iaitu Jeneral Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin. Macam-macam tohmahan dilemparkan dan bunyinya cukup menyakitkan hati. Nak dipendekkan cerita, blog BERUK KETAWA (namanya pun dah cukup membayangkan keperibadian penulis blog tersebut) telah menyebarkan artikel pembohongan keatas PTD.
BERUK KETAWA? Patutlah penulisannya bunyinya seperti orang tidak berakal |
Klik untuk ke Blog Cheritera Seribu Satu Malam di SINI |
Beruk Ketawa Hina YDPA. KDN tunggu apa lagi?
Berlanjutan daripada dakwaan blog Beruk Ketawa yang mengatakan bahawasanya Jeneral Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin tidak layak memegang turus Angkatan Tentera Malaysia sebagai Panglima Tentera Darat adalah tidak tepat dan berbentuk fitnah semata-mata. Sebelum itu, mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan Jeneral Datuk.
JENERAL DATUK HJ ZULKIFLI BIN HJ ZAINAL ABIDIN PGAT PJN SIMP PSAT DGMK DPTS PAT JSM KMN AMK BSK rcds mpat lmt mm (AIM) Manila ADBM (Wales) |
Dilahirkan di Perak pada 30 November 1958, Jeneral Datuk mula berkhidmat dalam Tentera Darat Malaysia pada 5 Januari 1978. Beliau juga merupakan pemegang Diploma Perniagaan dan Pengurusan dari Swansea Institute of Higher Education, University of Wales pada 1995. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Asian Institute of Management dan berjaya menamatkan pelajaran dalam Bidang Sarjana Pengurusan pada 1998. Selain daripada itu juga, beliau adalah graduan lepasan Diploma, Royal College of Defense Studies dari Imperial Defense College, London dan selain memiliki kelulusan akademik, beliau juga berkelulusan dalam bidang ketenteraan, antaranya, Diploma Maktab Turus Angkatan Tentera pada 1992, Diploma Maktab Pertahanan Malaysia pada 1999. Sebagai seorang pegawai tentera, beliau mengikuti pelbagai kursus ketenteraan dan awam di Malaysia, Australia, United States, United Kingdom dan New Zealand
Jeneral Datuk juga pernah menjadi jurulatih dan pengajar di salah sebuah akademi yang dikenali Army Training Group and Senior Instructor di New Zealand Army Infantry School pada 1986 hingga 1988. Di situ, beliau dipertanggungjawabkan bagi mengajar pegawai-pegawai dari New Zealand dan Negara Komanwel yang lain tentang persenjataan, taktik dan Counter Insurgency Warfare (CIW). Pada tahun 1992 hingga 1993, beliau telah menjadi jurulatih di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA). Beliau juga pernah menjadi Komandan PUSASDA di Port Dickson pada tahun 2002 hingga 2004. Seterusnya beliau telah menyandang jawatan sebagai Naib Canselor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berdasarkan pengalaman beliau yang mantap, beliau adalah di antara calon yang sangat diyakini untuk memegang tampuk pemerintahan di dalam Tentera Darat. Pada 21 Mei 2010 beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat. Langkah kerjaya beliau semakin di mercu lantas pada 14 Jun 2011, atas keyakinan dan kepercayaan yang penuh serta dedikasi yang tinggi , beliau telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang ke - 24.
Antara pencapaian beliau di sepanjang perkhidmatan adalah menjadi penuntut terbaik dalam pelbagai kursus ketenteraan yang beliau hadiri. Semasa memegang jawatan sebagai Panglima 7 Briged, beliau juga telah berjaya memenangi Army Award Excellence in Management pada tahun 2006 dan Armed Forces Award of Excellence pada tahun 2007.
Di atas merupakan sedikit sebanyak profil Panglima Tentera Darat kita, dan perlu diingatkan bahawasanya perlantikan jawatan dalam Tentera Darat lagi-lagi yang melibatkan perlantikan seseorang itu sebagai PAT/PTD/PTU/PTL bukanlah diatas kuasa SBPA secara total. Ianya adalah satu penghinaan daripada Beruk Ketawa seolah-olah Tentera Darat mengikut telunjuk SBPA dan tidak tahu bagaimana untuk melantik seorang ketua bagi menerajui kepimpinan tertinggi Tentera Darat itu sendiri. Kalau isu tentang gaji itu pon, memerlukan perbincangan yang menyeluruh bersama-sama Pegawai-Pegawai tentera berjawatan tinggi yang lain, inikan pula isu dalam memilih siapa yang akan jadi Panglima Tentera Darat. Tolonglah Beruk Ketawa, nak buat posting pun janganlah menampakan kebodohan diri sendiri.Semua ni adalah satu usaha untuk menanam perasaan benci rakyat terhadap Angkatan Tentera Malaysia. Harap takde la sesiapa yang sebodoh Beruk Ketawa.
Di dalam perlantikan sebagai seorang Panglima, memang betul elemen senioriti juga diambil kira walaubagaimana pun bukan setakat ciri tersebut sahaja yang diambil kira. Sebenarnya tidak semestinya seorang pegawai senior itu lebih baik daripada seorang pegawai junior, ini kerana setiap individu itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri seperti juga beribu-ribu ekor ikan di lautan luas. Tidak terlintas di ruang benak fikiran saya untuk membandingkan Jeneral Datuk dengan mana-mana pegawai lain yang lebih senior daripada beliau. Sesungguhnya, setiap daripada tuan-tuan sekalian, adalah permata yang begitu bernilai. Apa yang penting di sini, perlantikan Datuk sebagai Panglima Tentera Darat dibuat berdasarkan kelebihan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Datuk.
Beruk Ketawa, isu negeri kelahiran Jeneral Datuk dari Perak tidak timbul sama sekali kerana perlantikan sebegini penting memerlukan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, iaitu Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Jikalau Beruk Ketawa mengatakan Datuk Zahid Hamidi 'kautim' dengan Jeneral Datuk,secara tidak langsung Beruk Ketawa juga menuduh YDPA sebagai salah seorang yang terlibat dengan 'konspirasi' yang dikatakan oleh Beruk Ketawa wujud dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Ini merupakan satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu dan juga kepada seluruh kaum kerabat Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Beruk Ketawa perlu MEMINTA MAAF kepada Tuanku Sultan.
p/s: Tun Hanif Omar dilantik sebagai Ketua Polis Negara dulu pon mendahului rakan-rakannya yang lebih senior,kenapa baru sekarang isu ini hendak timbul? Kalau dulu depa paksa ATM paparkan seluruh maklumat pertahanan Malaysia, dah tak berjaya, nak attack PTD pulak? baik-baik, tersilap langkah, ko kene attack.
Kira boleh hukum bunuh tue..
ReplyDeleteYang baik semuanya datang daripada ALLAH SWT... dan yang buruk semuanya dari kebodohan dan kejahilan diri kita sendiri. Renungkanlah...
ReplyDeletesapa Beruk Ketawa ni. kalau pandai sgt meh tunjuk muka tu kt dlm fb. senang skit askar2 ni ajar budak setan mcm tu. kalau den komando dh lama dh den pi tembak jer budak bengong tu. minta tolong politik jgn masuk dlm ATM yer.
ReplyDeleteBerok bkn tau apa..panjat pokok je tau la..
ReplyDeletePTD seorang yang amat humble... mana nak jumpa 4 bintang pakai kain pelikat naik VIVA p masjid?
ReplyDeletesebelum ni beliau di UPNM pun dah cukup mempamerkan perwatakkan berpengetahuan tinggi..
Menteri Besar kelate dan Sultan kelate lagi baik,tak dok pengiring dan berjiwa rakyat.
Deleteberuk makyeh, sbb tu kalu tak tau citer jangan cakap, kan dah kena balun. kite ni dalam hidup memang seronok dan syok sangat hentam orang sampai kita tak sedar apa yang kita nyatakan salah. tolong la belajar menghormati orang lain, tapi ye la nak kata macamanakan nama pun berok....kalu apes macam planet of the apes tu mungkin ok sikit kot ini berok panjat pokok kelapa....jangan marah nanti kena jual
ReplyDeletebodekk..jangan tak bodekkk
ReplyDeleteBlog ni tadak orang baca ka woit...kah kah kah
ReplyDeleteSetia tu apabenda?
Bodek kuat ka woit...kah kah kah
Aloo Askar Setia..Arini Tak ada topik 'BODEK' ka...kah kah kah
ReplyDelete'Beruk Ketawa'(Aku Malas Nak Login)...kah kah kah
Aku rasa beruk ketawa ni askar kena buang agaknya...kesian...meroyan nampak... Jen Zul ni pernah dihantam dulu oleh blogger Wira Damai. Tapi dengan pantas Bahagian Perisikan Pertahanan telah dapat mengenalpasti identiti manusia tersebut sehingga blog nyer yang telah banyak menghina institusi ketenteraan termasuk terhadap Panglima Angkatan Tentera telah ditutup. Tak perlu mendabik dada la bro Beruk Ketawa dan seangkatannya, kalau setakat cakap macam tong kosong tak berisi...
ReplyDeleteAku rasa beruk ketawa ni askar kena buang agaknya...kesian...meroyan nampak... Jen Zul ni pernah dihantam dulu oleh blogger Wira Damai. Tapi dengan pantas Bahagian Perisikan Pertahanan telah dapat mengenalpasti identiti manusia tersebut sehingga blog nyer yang telah banyak menghina institusi ketenteraan termasuk terhadap Panglima Angkatan Tentera telah ditutup. Tak perlu mendabik dada la bro Beruk Ketawa dan seangkatannya, kalau setakat cakap macam tong kosong tak berisi...
ReplyDeleteKena betulkan sikit, ditauliahkan pada 21 Disember 1978 dan memang nya ketentuan Allah yang telah diatur beliau menjadi PTD. Beliau skot saya, walaupun saya lebih cepat naik pangkat masa Mejar dulu hampir 3/4 tahun mendahului beliau, saya bersara awal dan beliau menjadi PTD pada usia yang masih muda dan mengatasi ramai senior yang lain. Apa masalah nya.. rezeki adalah ketentuan Allah dan syukurlah dengan semua pemberian Allah tersebut
ReplyDeleteBeruk-beruk makye yang merapu ni..memang tak kenal PTD. Panjat pokok dan melalak jer koje deme tu..hehehe... Kalau tak tau pasal PTD, lebih baik dok diam jer...jgn tambahkan dosa. Walaupun saya bukan skot PTD, tapi sebagai bekas tentera, saya tetap menghormati dan bersyukur beliau telah menjadi PTD...kerana beliau digeruni oleh musuh yang dok kat selatan tu. Rekod semasa PTD menjadi Panglima 7 Bde telah membuktikan kemampuannya..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDikirakan suatu tindakan yang keterlaluan,terhadap seorang pemimpin. Kalau kecewa sekalipun bukan begitu caranya kita dukurniakan akal yang waras dan sempurna. Mengapa kita meletakkan diri kita sama status dengan penghuni di Hospital Bahagian Tangjung Rambutan. Berfikir sebelum melakukan sesuatu.
ReplyDeletejeneral datuk merupakan cousin husband saya...dia mmg sangat peramah...low profile jekk...tak meninggi diri...beliau berasal drp keluarga sederhana jekk...kakak beliau tinggal selang 2 rumah ngan mak mertua saya...
ReplyDeletekalau tak kenal jangan nak judge orang sesuka hati ye...
buat je undi mcm pilihanraya.depan yes,belakang no,no tak no kena buat juga,terpaksa yes.Rasanya 70% yg beruk tu kata ada betulnya.Malah ramai yg doki menyumpah2 pd YBHG PTD,dari golongan Pegawai dan ke bawah.dont tipu lah,,telinga ada dengar,mato ada lihat,cuma mulut zipkan (Diam Langguk terus pandang depan)
ReplyDeletejange dok marah ke berok,dia ajak kita berfikir tu
ReplyDeletepenjimatan-penjimatan..akhirnya muntah
ReplyDeletedasar penjimatan yg merugikan
ReplyDeleteBiasalah melayu cemburu ada di mana -mana . akhirnya merugikan organisasi
ReplyDeleteWoiiiitttt aku duduk mindef tau lah pasal PTD lama tu... kategori bengong lah jugak... kalau dah jadi PTD tapi kena halau jadi NC UPNM .. itu pun tak tau nak fikir ke... tu lah kalau bodoh tahun lepas jangan bawak tahun ni... kah kah kah
ReplyDeleteWoiiii canang.. blog wira damai dok terkangkang lagi lah.. risik nak tutup kejadah apa nye.. boleh tahan bangang kau ni... he he he
ReplyDeleteAssalamualaikum Ybhg Dato2 Datin2
ReplyDeletePersoalan saya satu je. Zulkifli Zainal Abidin dilantik jadi naib cabselor upnm kemudian di naikkan pangkat kpd PTD dan sekarang kenapa patah balik ke upnm jadi naib canselor semula? Betapa hina nya di situ.
Anak dia ni yg terlibat dalam kes farhan mati kena seterika kan..patut la bdk2 upnm sendiri ckp batch paling manja budak2 ni..ada yg siap jiwang2 buat prank party utk gf uwekkk... tiba2 jd okt 302..jiwang taik kucing!! Anak dia ni lepas kan.. patut la upnm diam tak berkutik. Anak terlibat sama satu geng kena reman. Tapi lepas sebab bapak aku NC UPNM kot..kah!kah!kah!
ReplyDelete