Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday, 27 February 2012

CERITA GAJI ANGGOTA TNI NAIK 40%... BUDAYA POLITIK MURAHAN BLOGGER PEMBANGKANG

Cerita kenaikkan gaji Tentera Nasional Indonesia (TNI) sebanyak 40% heboh di hebahkan di laman-laman blog pihak pakatan rakyat. Mana tidaknya.. Mereka seolah-olah sedih kerana negara seperti Indonesia berusaha untuk menjaga kebajikan tenteranya dengan kenaikan gaji tersebut. Ironinya, blogger-blogger politik pembangkang ini yang ingin dilihat sebagai HERO SERBA TAHU dan PEMBELA KEBAJIKAN mungkin terlupa bahawa kenaikan 40% untuk TNI tu besar mana nilainya jika hendak dibandingkan dengan jumlah gaji yang diperolehi oleh anggota ATM dari pangkat Prebet hinggalah ke Panglima Angkatan Tentera.

Blogger HERO SERBA TAHU tersebut dengan pantas 'memuat-turun' cerita kenaikkan gaji tersebut di Facebook dan blog-blog mereka. Blogger KOBATPKR dengan pantas memadamkan entri berkenaan di Facebook  selepad 'dihentam' keranan mempamerkan budaya politik murah dengan mempolitikkan isu berkenaan yang jelas tidak benar. Ada ke patut dia nak bandingkan 40% nilai matawang Rupiah dengan gaji anggota ATM (Ringgit Malaysia)? Entri berkenaan seperti disiarkan di entri laman web TKO:


Entri di Laman blog proksi KOBAT PKR iaitu PKR Pahang



Ok..Tanpa buang masa, jom kita bandingkan gaji tentera TNI dengan gaji yang diperolehi oleh anggota ATM:

Gaji anggota TNI, PNS dan POLRI seperti di web Indonesia  menurut PP No 15, 16, 17 tahun 2012



Ok..  Sekarang kita cuba convertkan nilai gaji Prajurit Dua TNI (Rp 1325,000 yang dahulunya Rp 1230,000)


HANYA LINGKUNGAN RM443?

Sekarang cuba kita lihat jumlah gaji yang diterima oleh anggota ATM berdasarkan Skim Gaji Baru Angkatan Tentera Malaysia 2012:


Kenaikan gaji tentera (pemegang Ijazah Sarjana Muda) daripada RM2,100 kepada RM2,400, sebulan

Gaji pokok permulaan anggota tentera berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinaikkan sekitar daripada RM800 kepada RM1,125 sebulan

Anggota prebet muda yang menyertai ATM ketika berusia 18 tahun boleh berkhidmat sehingga usia 45 tahun iaitu perkhidmatan maksimum selama 27 tahun

Sejajar dengan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ATM perkhidmatan terkanan di negara ini



Gaji anggota tentera berpangkat Prebet sudah mencecah RM1,125.00 sebulan! Gaji anggota Prebet ATM hampir menyamai dengan Perwira Tinggi TNI (Rp 4717500 = RM1577,75)???

Selain jumlah gaji tersebut, sekarang kita cuba sama-sama mengingati kemudahan-kemudahan lain yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan ATM kepada anggota yang yang masih berkhidmat (apa yang saya ingat)...

1. Kemudahan Pinjaman Perumahan
2. Elaun COLA
3. Elaun Perjalanan
4. Elaun Rumah
5. Elaun Khidmat
6. Elaun Tuntutan Pindah
7. Claim Cuti Tahunan
8. Waran Keretapi/Kapal Terbang/Kapal secara percuma setahun sekali
9. RM450 saguhati dari Koperasi Tentera untuk anak-anak anggota tentera yang cemerlang dalam peperiksaan
10. Khairat Kematian (RM1000 atau RM3000?. Saya terlupa)


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.W.T diatas rezeki yang diberi.

Nasihat saya kepada blogger-blogger pembangkang terutamanya kepada blogger bekas tentera yang dahulunya dididik untuk jujur dan adil, TOLONGLAH... Jangan kerana hendak hidup lama dalam politik, semua cerita hendak dipolitikkan. Anda hanya mempamerkan budaya politik KELAS KETIGA dan tahap pengetahuan yang rendah dengan menyiarkan entri-entri murahan seperti itu. Anggota tentera tidak sama sekali menyokong budaya politik murahan seperti apa yang anda tonjolkan!

Soalan saya kepada kalian... Pernahkah anda melawat dan tinggal di Indonesia? Mungkin mereka tidak tahu bahawa kos kehidupan di Indonesia adalah 2 kali ganda dari di Malaysia?

Mungkin Tidak Pernah!

p/s: Kelakar apabila meihat ada seorang HERO BLOGGER PEMBANGKANG cepat-cepat padam artikel tersebut bila diserang hebat di Facebook. Kantoi daaaa..

10 comments:

  1. apa la bangang punya comment ni?? Memang la rupiah Murah tapi harga barang pun jaug lebih murah dari . di Malaysia. Nilai dan kos kehidupan pun tak setingi di Malaysia. Kedua...kau tau ke..banyak bantuan subsidi dan keistimewaan khas di beri poada TNI berbanding dgn jabaan lain di Indon ni. Aku bersyukur dan terima kasih ...tp biarlah rasional dan benar. ELAUN2 yang Kau sebut tu...ada la daoat sekali2,,,bukan tiap2 bula ngok..

    ReplyDelete
  2. SETUJU... TNI & THEIR BELOVED COUNTRY INDONG... Upahnya amat Murah...Rakyatnya ratusa juta. X heran. Rakyatnya juga amat sensitif dan tidak manja. TAPI kalau U nakcerita pasal elaun Tentera, Janganlah "mengaburkan mata"..Elaun yang TETAP , cuma Elaun Khidmat dan COLA... Tapi fikirkanlah dengan kelulusan STP atau Diploma sebagai anggota Pangkat Rendah (LLP) dari pagkat PREBET, HINGGA PEGAWAI WARAN 1...X lebih RM 4K sebulan...Tolah LTAT, INSURAN, SUKAN ATM, KOPERASI ATM, PINJAMAN PERUMAHAN, BAYAR KERETA (KEPERLUAN)...berapa je yang tinggal untuk support anak-anak yg bersekolah...segalanya dah mahal...

    ReplyDelete
  3. Hello, brother...

    Kamu pernah pergi Indonesia ke? Betul ke barang d sana murah? Aku dah pernah pergi beberapa tempat di Indonesia, barang dorang mahal macam sial ada lah... Cakap tu biar berfakta, bro... Jangan jadi TOLOL sgt macam Anwar dan Nizar...

    ReplyDelete
  4. MMmmmm...saya bekas tentera...baru sahaja pencen dalam 4 tahun...saya sokong Tuan Tanah ...gaji anggota tentera Malaysia memang lumayan jika di banding dengan pekerjaan lain ....yang cakap kena potong LTAT tu memang bagus..sbb akan nikmati masa pencen nanti macam saya dah nikmati ...insuran baru byk mana sangat..alahai...sukan cuma awal tahun ja bukan setiap bulan...mungkin yang di masukkan bayaran utk kpl Club atau mess..itu biasa ja..yang pi pinjam koperasi sapa suruh..dah utang kena la bayar beb, pinjaman rumah mesti la bayar...lau tidak jgn beli rumah, lawak la yang komen negatif ni...pencen saya hanya berpangkat Sjn ja RM1900 ..kalau Pegawai Waran RM2100......umur baru 43 tahun....

    Kena bijak bro dalam zaman ni...kalau nak di bandingkan dengan perkhidmatan awam yang lain..bagi saya ATM yang terbaik sekali buat masa ini...so jgn negatif...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. masukan, mengenai "Perwira Tinggi TNI (Rp 4717500 = RM1577,75)???"

    saya sebagai WNI kebetulan tau, bahwa di Indonesia tunjangan jabatan dan tunjangan2 lain bisa beberapa kali lipat dari gaji. Hal tersebut sama untuk semua pegawai negeri dan TNI/POLRI

    Karena itu kenaikan gaji TNI 40% ini terutama akan sangat terasa buat tentara biasa bila dibandingkan dengan perwira TNI yang mempunyai jabatan di kesatuannya.

    ReplyDelete
  7. gaji profesor di indon sama byk dgn gaji aku mula mula jadi tutor...huhu..mkn dijakarta mahal..xsedap..kedai byk kotor ...jgn harap jumpa nasi campur...ayam penyet aje yg ada..muntah aku...

    ReplyDelete
  8. Thank You and I have a swell offer you: Who Does House Renovation house renovation companies near me

    ReplyDelete