Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday, 29 August 2011

PW I (B) KANANG ANAK LANGKAU BERANG DENGAN KENYATAAN MAT SABU

Awas kau Mat Sabu!!!

Ketika bersama lebih 30 anggota Platun Gempur Batalion Kelapan, Rejimen Renjer Diraja (RRD) bertempur dengan segerombolan pengganas komunis di Perak tahun 1980, Kanang anak Langkau ditembak tiga kali berturut-turut oleh pihak musuh. Sebutir peluru dari arah belakang singgah ke jantungnya sebelum menembusi dadanya. Beberapa saat kemudian, dua lagi tembakan dari depan dengan setiap sebutir peluru mengenai saluran kencing dan merosakkan buah pinggang kirinya. Kanang yang berlumuran darah dan tidak bermaya waktu itu, sementara menanti bantuan tiba, cekal menggagahkan dirinya memapah seorang anggota bawahannya dari menjadi mangsa tembakan menggila komunis. Akibat tembakan itu beliau terpaksa dirawat selama setahun.

Beliau turut menerima pengurniaan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) atas kehebatan dan keberaniannya menembak mati lima pengganas komunis di Hutan Simpan Korbu, Sungai Siput, Perak.


Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Langkau tidak dapat mengawal kemarahannya dan menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menjadi rakyat Malaysia. Beliau menegaskan bahawa:

“Orang ini langsung tidak berguna, beginikah sikap bekas wakil rakyat? Kirim salam pada dia dan beritahu kalau mahu sokong komunis tidak perlulah lagi bertanding dalam pilihan raya. Dia simpati dengan komunis, maknanya dia juga komunis, selayaknya dibuang daerah. Saya terima kewujudan pembangkang dengan hati terbuka tetapi ini bukan cara berpolitik yang betul sampai sanggup jatuhkan moral rakyat, kalau rakyat tidak sedar saya tidak tahulah. Pastinya orang ini tidak pernah merasa bagaimanakah perasaan apabila parang diletakkan pada tengkuk mereka. Kenyataan Mat Sabu itu turut menghina perajurit dan keluarga perajurit yang terkorban semasa menentang komunis...”

Sunday, 28 August 2011

KOMUNIS HERO SEBENAR BUKIT KEPONG : MAT SABU HINA PEJUANG KITA!

"Astaghfirullahal 'Azim.." Beristighfar sekejap saya selepas membaca laporan akhbar pada hari ini. "Mengapa masih ada segelintir pihak seolah-olah buta sejarah dan  beranggapan bahawa anggota komunis adalah pejuang kemerdekaan sebenar?" Kita pernah dikejutkan dengan kenyataan perwakilan PAS dari Batu, Zabur Nawawi yang pernah menggesa agar melayu-melayu ‘komunis’ harus dipertimbangkan sebagai pejuang kerana mereka juga berjuang untuk kemerdekaan negara.... "mereka bukan komunis. Mereka hanya bekerjasama dengan bintang tiga (Parti Komunis Malaya). Saya tidak menolak kerajaan Britain dan perikatan ketika itu mengeksploitasikan kumpulan Melayu ini dan melabelkan mereka sebagai komunis" katanya...

Kini, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pula telah mencetuskan kontroversi baru apabila mendakwa bahawa pengganas komunis dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar kemerdekaan negara. Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu Mat Sabu turut menegaskan bahawa:

1. Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan.

2. Berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya 

3. Mengajak semua orang Melayu dalam UMNO agar menyertai parti DAP kerana merekalah hero sebenar

4. Mengisytiharkan seorang lelaki Melayu (Muhammad Indera) yang berfahaman Komunis yang turut sama mengepalai gerombolan 200 orang komunis menyerang balai polis Bukit Kepong sebagai HERO sebenar kemerdekaan Tanah Melayu.

Nyata, kenyataan tersebut telah menghina perjuangan pejuang kemerdekaan Tanah Melayu yang telah berkorban segalanya demi mempertahankan tanah air yang tercinta.

Jelas bahawa Mat Sabu tidak bercakap berlandaskan rasionaliti, buta sejarah, membabi-buta dan benar-benar telah mempamerkan kecetekkan ilmu beliau kerana sejarah membuktikan bahawa mereka (anggota komunis) bertanggungjawab di atas pembunuhan kejam rakyat sepanjang darurat selama 12 tahun iaitu dari 1948 hingga 1960. Menurut Prof Gordon P. Means (Universiti McMaster), kekejaman komunis di Malaysia telah mengorbankan sebanyak 11,609 orang termasuk 1,345 anggota keselamatan dan 2,473 orang awam. Angka ini tidak termasuk mereka yang cedera dan derita sepanjang hayat akibat kekejaman komunis

Parti Komunis Malaya (PKM) untuk makluman pambaca-pembaca sekalian, juga tidak pernah menyokong kemerdekaan Malaysia dan menentang Perlembagaan Negara yang memperuntukkan hak serta peruntukan tertentu bagi memberi keadilan dan kesaksamaan kepada kaum pribumi di Malaysia. PKM juga ternyata angkuh dan menunjukkan kekuatan senjata serta ideloginya bilamana menolak dua kali tawaran kerajaan untuk mereka menyerah diri iaitu semasa Rundingan Baling 1955 dan semasa Negara ini mencapai kemerdekaan. Manakala semasa perjanjian damai di Hadyai, Thailand pada 1 Disember 2009, pihak PKM masih tegas enggan membubarkan parti serta ideologi komunis mereka justeru membuktikan bahawa PKM menolak semangat patriotik dan enggan untuk taat setia Yang Di Pertuan Agong dan Negara.

Askar Setia berasa hairan. Adakah mereka-mereka ini dikatakan ‘LAYAK UNTUK MENJADI PEMBELA NASIB ANGGOTA TENTERA??? Harus diingat bahawa, kekejaman komunis akan terus terpahat di dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia dan watak pelaku, penyokong dan pendokong kekejaman tersebut tidak kira daripada bangsa apa sekalipun akan terus dibenci dan sama sekali tidak berhak diangkat sebagai pejuang kemerdekaan Malaysia. 

Lihat ambar dan 'layout' serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong di SINI

p/s: Saya bertanyakan kepada ayah saya (orang lama yang pernah terlibat didalam beberapa siri operasi menentang komunis di Grik. Apa komen beliau mengenai kenyataan Mat Sabu tersebut?

 “Mat Sabu tu dah nyanyuk buat statement mcm tu”…ujarnya dengan selamba.










Friday, 26 August 2011

GEMPAR! : KREDIBILITI BLOG KOBAT PR DIRAGUI...


Kononnya blog KOBATPR yang diasaskan oleh Kapt (B) Yazid Mohd Deni (KP:480421-04-5115) (4506953) dan nombor tentera T136010, dibangunkan pada 9 Jun 2011 bertujuan untuk memperjuangkan nasib bekas tentera tetapi ianya lebih bermotifkan kepentingan politik parti pembangkang (PKR). Artikel paparan blog ini didapati tidak berasas, tidak berlandaskan fakta, fitnah dan kredibilitinya diragui. Sebagai contoh,artikel berkaitan isu KERETA KEBAL MULA BERGERAK KE IBU KOTA  (28 Jun 2011) dan FAIZZAL JINONG ABDULLAH (12 Ogos 2011) adalah TIDAK BENAR dan satu pembohongan!

Siapa 'pegawai' kita ni ya?


Kapt (B) Yazid pernah berkhidmat dengan Pasukan Pertahanan Tempatan Negeri Johor mulai 20 Sep 1972 dan berhenti pada 5 Jun 1973 sebelum tempoh 3 tahun kontrak tamat dengan alasan untuk mengikuti kursus intensif profesion guru.

Beliau turut mempunyai Sijil Berhenti Askar Wataniah Malaysia (PPT Johor/123/73) dan telah berkahwin dengan Kintan Haron (KP 471016-01-5364) serta mempunyai tiga orang anak, Syaiful Adli, Norhanani dan Syaiful Az beralamat di No.13, Lorong Perlindung Damai 17, Taman Perlindung Indah 2B, 26100 Kuantan, Pahang.


Kesahihan beliau sebagai “Bekas Pegawai Tentera” amat diragui dan layak disebut sebagai “Identiti Palsu”. Justeru, Sdr Yazid wajar menjelaskan perkara ini dengan memaparkan bukti atau dokumen sah dalam blognya.


Sahutlah cabaran ikhlas ini demi kebenaran dan keadilan pembaca dan pengikut blog KobatPR. 

Thursday, 25 August 2011

RAKYAT TERBELA DIBAWAH PROGRAM BANTUAN RUMAH RAKYAT


Program Bantuan Rumah Rakyat (PBRM) adalah merupakan salah satu tanggungjawab sosial ATM  kepada penduduk miskin di luar bandar. Antara program bantuan pembinaan infrastruktur asas yang telah dilakukan khususnya TD adalah Program Bantuan Rumah, Bekalan Air Luar Bandar dan termasuk penggunaan tanah tentera untuk kegunaan pertanian penduduk setempat.

 
Maklumat yang saya terima daripada rakan di 2 Divisyen telah memberi gambaran tentang aktiviti murni oleh ATM kepada masyarakat. Menurutnya, program yang telah mereka laksanakan di Pos Raya Simpang Pulai sebagai contoh telah membuktikan komitmen anggota tentera demi untuk menjaga kebajikan masyarakat setempat khususnya golongan miskin.

Di Pos Raya Simpang Pulai, sebanyak ENAM buah rumah telah diserahkan kepada masyarakat setempat dan di Pos Slim (berdekatan Cameron Highland saya rasa) pula terdapat SEMBILAN buah rumah lagi sedang giat di siapkan untuk diserahkan.


SYABAS ATM!

BEKAS TENTERA: JANGAN SESEKALI DIPERALATKAN!


Kenyataan Dewan Pemuda PAS Pusat dalam Malaysiakini pada 25 Ogos yang bakal menampilkan ramai lagi bekas tentera untuk mendedahkan manipulasi undi pos tentera sekali lagi dianggap cuba menjejaskan imej dan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana sengaja mensensasikan isu yang tidak berlaku.

Dakwaan tanpa menzahirkan sebarang bukti oleh bekas tentera yang bersekongkol dengan PAS hanya berteraskan kepentingan peribadi dan kuasa. Penjelasan sebelum ini oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kenyataan Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan Bekas-bekas PAT serta beberapa bekas tentera sudah jelas membuktikan bahawa tiada sebarang unsur manipulasi undi tentera oleh ATM. Sememangnya ATM melaksanakan proses pengundian mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 Seksyen 16.

Rakyat tidak perlu sangsi terhadap proses pengundian ATM kerana ATM sentiasa menghormati hak dan kebebasan mengundi setiap warganya tanpa sebarang pengaruh dari lapisan kepimpinan. 

Mana mungkin undi tentera boleh dimanipulasi! Sedangkan pembangkang memenangi kawasan Parlimen/DUN yang mempunyai ribuan undi tentera seperti kawasan Bayan Baru (1,200 undi), Ipoh Timor (1,600 undi), Subang (3,000 undi) dan Bukit Bintang (1,800 undi).

Bekas tentera disarankan agar tidak diperalatkan oleh pihak-pihak berkepentingan kerana dikhuatiri akan menjejaskan semangat juang warga ATM dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Janganlah terperangkap dengan janji-janji manis mereka yang hanya ingin memanfaatkan legasi cemerlang ATM bagi kepentingan agenda mereka.

Wahai bekas tentera! Hormatilah sumpah dan ikrar kesetiaan yang telah dilafazkan. 

Tuesday, 23 August 2011

PREBET LAPOK (1979) : MASIHKAH ANDA INGAT?


Dalam masa saya melayari video-video klip aktiviti ketenteraan di You Tube, saya terpandang pautan ke lagu-lagu tema filem klasik ketenteraan Malaysia dan salah satunya ialah Prebet Lapok (1979). Tidak dinafikan, filem ini telah membuka minda pemuda-pemuda waktu itu untuk 'masuk askar'. Paparan filem dan kualiti pembikinan filem berkenaan mungkin tidak setaraf dengan filem-filem masa kini seperti KL Gangster, KL Drift dan segala macam KL lagi, namun, ia mengandungi mesej yang amat mendalam pada saya. Saya percaya, jika 'orang-orang lama' tentera menonton klip-klip video Original Sound Track (OST) filem ini, semestinya akan terdetik dan teringat 'kenangan indah' masa mula-mula masuk tentera.

Ia turut mengingatkan saya apabila pernah saya tunjuk bila klip video OST - lagu 'Kawan-Kawan', kepada rakan saya yang juga merupakan seorang pegawai tentera (senior), beliau akan menyanyikan lagu berkenaan dengan penuh semangat sambil menepuk-menepuk meja. hehe.."Syiokkk' kata beliau..Jadi, para pembaca yang budiman, klik pada pautan video berkenaan. Sama-sama kita hayati lirik dan lagu tersebut....






p/s: Jika ada kelapangan, saya akan cuba catat dan siarkan sajak yang dideklamasi oleh Sarjan Misai untuk tatapan kita semua.


PROJEK JIWA MURNI ATM : KURANGKAN GIGI RAKYAT?

Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) – Pergigian ATM telah melaksanakan dua aktiviti sebulan setiap zon. Justeru, sebanyak 12 aktiviti sebulan merangkumi 144 aktiviti setahun sekali gus merekodkan sejumlah 7,776 projek jiwa murni dilaksanakan (144 x 54 tahun kemerdekaan) setakat ini!!!

Berlandaskan kepada kiraan matematik mudah, jika setiap projek tersebut dihadiri oleh 150 orang rakyat untuk urusan “cabut gigi” bagi setiap zon dan setiap orang dicabut sebanyak dua batang gigi sahaja, maka gigi yang dicabut mencatat sejumlah (300 batang x 6 zon) iaitu 1,800 batang gigi. Ini bermakna melalui projek jiwa murni tersebut, sebanyak 13,996,800 batang gigi rakyat telah dicabut oleh BPK-ATM.  


WOW!! Banyak tu.......



Jika diukur lagi, tiga batang gigi bersamaan satu inci, 13,996,800 batang gigi berukuran 4,665,600 inci (388,800 kaki atau 129,600 ela). Jika dihitung lagi, satu kilometer bersamaan 3,300 kaki, maka panjangnya susunan gigi tersebut mencatatkan 117.82 km. Manakala jika 2 batang gigi berukuran 3 inci tinggi maka jumlah gigi yang dicabut mencatat setinggi 20,995,200 inci (1,749,600 kaki atau 583,200 ela). Ini bermakna gigi rakyat yang dicabut oleh BPK-ATM turut mencatat ketinggian 176.73 km (jauh lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas……hehehe!). 


Ada baiknya jadi usahawan Gigi Palsu dan ia wajar dijadikan sebagai profesion yang perlu direnung! Betapa berjasanya ATM kepada rakyat hanya dari aspek “cabut gigi” sahaja...

*** Laman Web Kor Kesihatan Diraja (KKD) boleh dilawati di laman INI