Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Showing posts with label Undi pos. Show all posts
Showing posts with label Undi pos. Show all posts

Thursday, 25 August 2011

BEKAS TENTERA: JANGAN SESEKALI DIPERALATKAN!


Kenyataan Dewan Pemuda PAS Pusat dalam Malaysiakini pada 25 Ogos yang bakal menampilkan ramai lagi bekas tentera untuk mendedahkan manipulasi undi pos tentera sekali lagi dianggap cuba menjejaskan imej dan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana sengaja mensensasikan isu yang tidak berlaku.

Dakwaan tanpa menzahirkan sebarang bukti oleh bekas tentera yang bersekongkol dengan PAS hanya berteraskan kepentingan peribadi dan kuasa. Penjelasan sebelum ini oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kenyataan Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan Bekas-bekas PAT serta beberapa bekas tentera sudah jelas membuktikan bahawa tiada sebarang unsur manipulasi undi tentera oleh ATM. Sememangnya ATM melaksanakan proses pengundian mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 Seksyen 16.

Rakyat tidak perlu sangsi terhadap proses pengundian ATM kerana ATM sentiasa menghormati hak dan kebebasan mengundi setiap warganya tanpa sebarang pengaruh dari lapisan kepimpinan. 

Mana mungkin undi tentera boleh dimanipulasi! Sedangkan pembangkang memenangi kawasan Parlimen/DUN yang mempunyai ribuan undi tentera seperti kawasan Bayan Baru (1,200 undi), Ipoh Timor (1,600 undi), Subang (3,000 undi) dan Bukit Bintang (1,800 undi).

Bekas tentera disarankan agar tidak diperalatkan oleh pihak-pihak berkepentingan kerana dikhuatiri akan menjejaskan semangat juang warga ATM dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Janganlah terperangkap dengan janji-janji manis mereka yang hanya ingin memanfaatkan legasi cemerlang ATM bagi kepentingan agenda mereka.

Wahai bekas tentera! Hormatilah sumpah dan ikrar kesetiaan yang telah dilafazkan. 

Sunday, 21 August 2011

MANIPULASI UNDI POS:DAKWAAN BEKAS TENTERA TIDAK BERASAS!!!

EMPAT anggota bekas tentera dalam Sidang Akhbar PAS pada 17 Ogos yang lalu telah mendakwa terlibat dalam manipulasi undi pos oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ekoran dakwaan ini beberapa orang bekas tentera telah terpanggil dengan menghubungi pihak media untuk menjelaskan proses pengundian yang dilaksanakan oleh ATM.


Menurut PW I (B) Hj Hashim Hassan, YDP Kelab Veteran Komando Selangor yang telah berkhidmat selama 21 tahun dengan ATM menegaskan bahawa beliau secara peribadi telah melalui tidak kurang daripada 4 kali proses pengundian dan ianya dikendalikan oleh ATM secara telus dan profesional. Beliau juga mengakui bahawa ATM sentiasa menghomati hak dan kebebasan mengundi manakala semua lapisan pemimpin ATM tidak pernah mempengaruhi beliau untuk membuat pilihan sokongan. Hj Hashim turut mencabar Mej (KM) Risman Mastor (Bersara), Kpl Mohd Kamel Omar TUDM, Mohamad Nasir Ahmad dan Kamarulzaman Ibrahim tampil dengan bukti bagi mengesahkan dakwaan mereka. 



Manakala Lt Kol Datuk Martin Kam (Bersara), bekas pegawai Rejimen Semboyan DiRaja pula menyeru agar pihak-pihak berkepentingan tidak mencampuri urusan proses pengundian yang diamalkan oleh ATM. Menurut beliau, ATM sentiasa mengamalkan proses pengundian yang telus sepertimana termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 Seksyen 16. Justeru, dakwaan 4 anggota bekas tentera adalah palsu dan berunsur fitnah serta mempunyai motif untuk menjejaskan imej dan kredibiliti ATM. Beliau turut merasa kecewa dengan pihak tertentu yang sengaja ingin mencemarkan imej ATM melalui pelbagai usaha  untuk meracuni pemikiran rakyat. Beliau juga menyeru kepada semua lapisan bekas tentera agar menghomati lafaz Sumpah dan Ikrar Ketaatsetiaan mereka agar tidak menjadi penderhaka dan pengkhianat negara.

Mejar Ahmad Tajudin Abdullah (Bersara) turut mengesahkan bahawa di sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan ATM, tidak pernah wujud arahan daripada pihak atasan untuk memangkah mana-mana calon parti yang bertanding. Ini disebabkan ATM sentiasa menghormati hak dan kebebasan mengundi warga tentera. Tambah beliau lagi, ATM tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik kerana ianya merupakan sebuah organisasi yang profesional dan berpendirian apolitical.            ATM lebih mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara daripada berpolitik.     



Mej Salihin Suradi (Bersara), bekas Komando yang telah berkhidmat selama 25 tahun dalam ATM pula melabelkan 4 anggota bekas tentera (mendakwa memanipulasi proses pengundian tentera ) sebagai insan yang tidak tahu bersyukur dan mengenang budi. Beliau menyifatkan mereka membuat dakwaan tersebut berasaskan kepada kepentingan peribadi dan politik serta tidak terkecuali kemungkinan besar diberi imbuhan oleh PAS untuk bertindak sedemikian. Beliau turut menyokong penuh kenyataan Panglima Angkatan Tentera (PAT) bahawa ATM tidak manipulasi proses pengundian tentera. Beliau menambah, ATM sememangnya organisasi yang profesional dan apolitical serta sentiasa mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara mengatasi kepentingan peribadi. Justeru, beliau menegaskan bahawa kredibiliti dakwaan 4 anggota bekas tentera diragukan dan amat mengelirukan.

Koperal (B) Ridwan Darus yang telah berkhidmat dengan ATM selama 21 tahun dalam Kor Jurutera DiRaja yang kini menetap di Changloon, Kedah pula membidas sekerasnya terhadap 4 orang bekas tentera yang sanggup bersekongkol dengan PAS demi kepentingan peribadi dan bermotif politik. Beliau juga merasa malu dan kecewa di atas tindakan mereka itu serta melabelkan mereka sebagai “kacang lupakan kulit”. Di sepanjang perkhidmatannya, beliau mendapati ATM melaksanakan proses pengundian secara profesional, telus dan bersih manakala tidak wujud sebarang pengaruh atau arahan pihak atasan tentera dalam proses pembuangan undi. Katanya lagi, mana mungkin berlakunya manipulasi undi kerana proses pengundian disaksikan dan dihadiri oleh wakil calon yang bertanding dari mula hingga akhir proses pengundian berkaitan. Beliau turut menyokong penuh dengan kenyataan PAT bahawa proses pengundian ATM dilaksanakan dengan sempurna selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958.   

Seorang lagi bekas tentera Sarjan (B) Haron Bakar  yang telah berkhidmat dengan ATM dalam Kor Infanteri selama 21 tahun turut menghubungi pihak kami dengan mencabar 4 orang bekas tentera yang dipengaruhi pihak PAS untuk membawa bahan bukti bagi mengesahkan kebenaran dakwaan mereka. Beliau merasa amat kesal kerana bekas tentera tersebut sanggup diperalatkan oleh PAS demi kepentingan peribadi. Beliau menegaskan bahawa jika benar ATM memanipulasi proses pengundian, mana mungkin pihak pembangkang memenangi beberapa kerusi Parlimen dan DUN yang terdapat ribuan undi tentera yang menyokong mereka. Sarjan Haron juga menyokong kenyataan yang dibuat oleh PAT semasa Sidang Akhbar pada 18 Ogos 2011.

Saturday, 20 August 2011

MANTAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KECEWA!!




Sumber: Utusan Malaysia (20 Ogos 2011, m/s 8)

Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal (Bersara) menyeru semua pihak supaya tidak campur tangan dalam urusan proses pengundian undi pos yang dilaksanakan oleh ATM. Beliau berkata, Peraturan Pilihanraya (Pengundian Pos) 2003 Seksyen 16  Sistem Pengundian Tentera sememangnya berteraskan kepada prosedur yang sedia diamalkan oleh ATM selaras dengan peruntukan Suruhanjaya Pilihan Raya sejak  Pilihan Raya Umum Pertama lagi.

 "Peraturan itu juga selaras dengan prosedur yang dipraktikkan oleh negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi. Sehubungan itu, rakyat perlu menyedari bahawa ATM sentiasa mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara dan tidak sekali-kali terlibat dalam urusan politik". 

Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin (Bersara) berkata "ATM sentiasa menghormati hak dan kebebasan mengundi warganya melalui Undi Pos bertunjangkan prinsip ketelusan dan amalan demokrasi."  Tan Sri Azizan menegaskan bahawa ATM kekal sebagai organisasi yang apolitical dan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kedaulatan negara. Justeru, beliau merasa amat terguris dengan tindakan sebilangan kecil bekas tentera yang sanggup menabur fitnah akibat dipengaruhi oleh pihak berkepentingan. 

"Saya menyeru kepada pihak  berkepentingan diseru agar tidak menjadikan  ATM sebagai kambing hitam bagi meraih publisiti, sokongan atau memenuhi impian politk mereka untuk kepentingan peribadi. "Rakyat khususnya bekas tentera diseru agar tidak memperlekehkan ATM demi menjaga semangat juang di kalangan warganya".

Laksamana  Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor pula menegaskan bahawa ATM sentiasa mendokong kerajaan memerintah dan sanggup berkorban bagi melahirkan produk “keselamatan” untuk dinikmati oleh seluruh rakyat.  
Menurutnya, ATM sebagai organisasi yang profesional sentiasa melaksanakan proses pengundian secara adil dan tiada unsur-unsur penyelewengan.




Friday, 19 August 2011

UCAPAN SIDANG AKHBAR PANGLIMA ANGKATAN TENTERA PADA 18 OGOS 2011

ATM sentiasa menghormati hak kebebasan mengundi secara Undi Pos warga ATM seperti termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 Seksyen 16.

Sistem pengundian Undi Pos tentera sememangnya berteraskan kepada prosedur yang sedia diamalkan sejak Pilihan Raya Umum Pertama lagi dan ianya selaras dengan proses yang dipraktikan oleh Negara-negara lain yang mengamalkan system demokrasi. Malahan ATM telah bersetuju untuk melaksanakan proses pengundian awal dimana proses pengundian yang dilaksanakan adalah serupa sepertimana yang dilaksanakan oleh Pengundi awam. Perbezaan ialah ia dilaksanakan di dalam kem dan dilaksanakan libih awal dari tarikh pilihanraya umum. Proses pengundian dan pengendalian peti undi turun disaksikan oleh wakil parti yang bertanding serta pihak pemerhati bebas.
       
Berhubung rancangan penubuhan Kompeni Askar Wataniah bagi setiap kawasan Parlimen, meraka ini merupakan anggota simpanan yang akan mengundi mengikut proses pengundi awam. Namun begitu,meraka boleh dimobilisasikan dalam keadaan tertentu bila mana khidmat mereka diperlukan untuk mempertahankan Negara.

Proses pengundian dilaksanakan oleh ATM adalah bersih, telus dan profesianal tanpa ada unsur campurtangan oleh semua lapisan kepimpinan ATM. Dalam  hubungan ini, YAB Perdana Menteri telah menwujudkan Jawatankuasa Pemilih Perlimen bagi member ruang kepada semua pihak untuk menyuarakan pandangan/komen. Mengapa landasan ini tidak digunakan untuk membahaskan isu ini.

Dewasa ini terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencemarkan imej ATM melalui pelbagai usaha untuk meracuni pemikiran rakyat dan cuba mengkis keyakinan dan sokongan rakyat terhadap ATM yang sentiasa berpendirian apolitical. Sejak kebelakangan ini jelas telah berlaku tindakan membocorkan rahsia ketenteraan serta penyebaran fakta yang tidak benar berhubung keberkesanan dan kemampuan system persenjataan ATM. Tindakan seumpama ini bukan sahaja telah mendedahkan rahsia ketenteraan kepada pihak-pihak berkepentingan yang sentiasa ingin mengetahui kemampuan ATM, malah yang lebih buruk ialah menggoyahkan keyakinan warga ATM terhadap system persenjataan yang sedia ada.

Tindakan-tindakan seumpama ini boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan pengkhianatan dan harus dihentikan secara serta merta. ATM sebagai benteng terakhir pertahanan Negara harus didokong dan diberi sokongan pada oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan politik.

ATM tidak sekali-kali terlibat dalam urusan politik malah kekal sebagai perisai Pertahanan Negara tanpa dicemari (undermine) oleh  sebarang unsur-unsur negatif yang dapat melemahkan keupayaan ATM serta member ruang kepada bakal musuh Negara untuk kedaulatan Negara.

Diharap semua pihak tidak menjadikan ATM sebagai scapegoat dalam meraih sokongan dan memenuhi kepentingan mereka. Tindakan ini sepertimana yang telah dijelaskan terdahulu adalah bersifat satu pengkhianatan.

Semua pihak perlu jelas dan tidak ada lagi sebarang persepsi negatif mengenai prosedur pengundian anggota tentera. ATM berpegang kepada prinsip ketaatsetiaan kepada kerajaan yang memerintah yang dipilih rakyat dan kepada SPB Yang Dipertuan Agong. Jika ada parti-parti politik yang berhasrat untuk memerintah, mereka perlu menunjukan sokongan dan menghargai sumbangan dan peranan ATM. Dalam kontek ini persoalannya adalah `How can we be loyal to you if you are disloyal to us’.