Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Tuesday, 23 August 2011

PREBET LAPOK (1979) : MASIHKAH ANDA INGAT?


Dalam masa saya melayari video-video klip aktiviti ketenteraan di You Tube, saya terpandang pautan ke lagu-lagu tema filem klasik ketenteraan Malaysia dan salah satunya ialah Prebet Lapok (1979). Tidak dinafikan, filem ini telah membuka minda pemuda-pemuda waktu itu untuk 'masuk askar'. Paparan filem dan kualiti pembikinan filem berkenaan mungkin tidak setaraf dengan filem-filem masa kini seperti KL Gangster, KL Drift dan segala macam KL lagi, namun, ia mengandungi mesej yang amat mendalam pada saya. Saya percaya, jika 'orang-orang lama' tentera menonton klip-klip video Original Sound Track (OST) filem ini, semestinya akan terdetik dan teringat 'kenangan indah' masa mula-mula masuk tentera.

Ia turut mengingatkan saya apabila pernah saya tunjuk bila klip video OST - lagu 'Kawan-Kawan', kepada rakan saya yang juga merupakan seorang pegawai tentera (senior), beliau akan menyanyikan lagu berkenaan dengan penuh semangat sambil menepuk-menepuk meja. hehe.."Syiokkk' kata beliau..Jadi, para pembaca yang budiman, klik pada pautan video berkenaan. Sama-sama kita hayati lirik dan lagu tersebut....






p/s: Jika ada kelapangan, saya akan cuba catat dan siarkan sajak yang dideklamasi oleh Sarjan Misai untuk tatapan kita semua.


2 comments:

  1. Salam hari raya buat semua, dikala rakyat Malaysia sibuk memikirkan soal persiapan lebaran yang kian berada di ambangnya, ramai yang lupa akan perancangan rapi yang sedang dilakukan oleh warga ATM keseluruhannya untuk menentukan keamanan negara. Aspek ini tidak pernah digembar-gemburkan oleh mana-mana pihak termasuk media. Ada kalanya saya terasa hiba bila memikirkan aspek ini kerana pengorbanan ATM tak siapa yang tahu secara terperinci, apa yang sering digembar-gemburkan ialah keburukan yang hanya sebesar zarah. Betul kata pepatah "Gajah depan mata kita alpakan, tapi kuman diseberang laut kita agungkan". Untuk A.S (Askar Setia) VMT kerana paparkan koleksi lagu-lagu yang sekian lama luntur dijiwa rakyat. SEDIA BERKORBAN.

    ReplyDelete
  2. kami golongan di era milinium ni sejak kecik disogok dengan lagu2 patriotik sebegini. di era 90 an masih banyak kedegaran lagu2 sebegini, namun sekarang agak kurang dan mungkin tiada langsung. kenapa adakah kita kurang patriotik atau terlebih patriotik. lagu2 baru yang memberi kesan pun agak kurang. so tak salah perbanyakkan lagu2 sebegini dan filem ketenteraan lama.

    ReplyDelete