Awas kau Mat Sabu!!!
Ketika bersama lebih 30 anggota Platun Gempur Batalion Kelapan, Rejimen Renjer Diraja (RRD) bertempur dengan segerombolan pengganas komunis di Perak tahun 1980, Kanang anak Langkau ditembak tiga kali berturut-turut oleh pihak musuh. Sebutir peluru dari arah belakang singgah ke jantungnya sebelum menembusi dadanya. Beberapa saat kemudian, dua lagi tembakan dari depan dengan setiap sebutir peluru mengenai saluran kencing dan merosakkan buah pinggang kirinya. Kanang yang berlumuran darah dan tidak bermaya waktu itu, sementara menanti bantuan tiba, cekal menggagahkan dirinya memapah seorang anggota bawahannya dari menjadi mangsa tembakan menggila komunis. Akibat tembakan itu beliau terpaksa dirawat selama setahun.
Beliau turut menerima pengurniaan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) atas kehebatan dan keberaniannya menembak mati lima pengganas komunis di Hutan Simpan Korbu, Sungai Siput, Perak.
Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Langkau tidak dapat mengawal kemarahannya dan menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menjadi rakyat Malaysia. Beliau menegaskan bahawa:
“Orang ini langsung tidak berguna, beginikah sikap bekas wakil rakyat? Kirim salam pada dia dan beritahu kalau mahu sokong komunis tidak perlulah lagi bertanding dalam pilihan raya. Dia simpati dengan komunis, maknanya dia juga komunis, selayaknya dibuang daerah. Saya terima kewujudan pembangkang dengan hati terbuka tetapi ini bukan cara berpolitik yang betul sampai sanggup jatuhkan moral rakyat, kalau rakyat tidak sedar saya tidak tahulah. Pastinya orang ini tidak pernah merasa bagaimanakah perasaan apabila parang diletakkan pada tengkuk mereka. Kenyataan Mat Sabu itu turut menghina perajurit dan keluarga perajurit yang terkorban semasa menentang komunis...”

