Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday, 31 January 2013

AL KISAH PAK JENERAL YANG KONONNYA KECEWA?


Terkilan dan kecewa juga dengan kenyataan media oleh Lt Jen Ghafir (Bersara), bekas Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) pada 23 Jan 2013 yang disiarkan melalui YouTube bertajuk “Bekas Jeneral Kecewa Prasarana ATM” kerana bukan sahaja kenyataan beliau boleh menimbulkan persepsi negatif warga dan bekas tentera termasuk di kalangan rakyat terhadap Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Kerajaan memerintah malah disebabkan oleh pilihan beliau untuk berada di pentas pembangkang.

Tonton video dibawah:



Sebenarnya, beliau mempunyai banyak opsyen lain untuk malahirkan rasa ketidakpuasan hati. Mengapa dan kenapa pentas pembangkang menjadi pilihan?? Entahlah......!!! namun ada juga beliau tersasul....."semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri....." Tutur lidah lebih pantas menterjemah gema hati (niat) mengatasi pemerosesan minda (otak)hehehehe!!!!!! Kenyataan beliau mengenai kedaifan kem tentera dan peralatan serta kelengkapan ATM seperti yang dibangkitkan adalah merujuk semasa era beliau selaku TPTD.

Pada ketika itu sememangnya ATM menghadapi kekangan peruntukan untuk perolehan peralatan/kelengkapan dan prasarana kem kerana peruntukan tersebut terpaksa disalurkan untuk meningkatkan kualiti hidup warga ATM seperti perumahan dan kebajikan. Dalam era yang sama, ATM telah mencipta pelbagai kejayaan khususnya berjaya untuk PKM dan PKKU melaksanakan perletakan senjata dan dalam misi keamanan sejagat di bawah panji-panji PBB dengan melibatkan lebih ramai warga ATM. 

Komitmen ATM ini telah menghasilkan produk "keamanan" yang seluruh rakyat kecapi sekarang malah mendapat pengiktirafan PBB dan masyarakat antarabangsa. Perubahan masa telah membawa pelbagai transformasi permodenan ATM dalam pelbagai aspek meliputi perolehan peralatan/kelengkapan dan prasarana ATM termasuk aspek kebajikan bekas tentera. Pelan transformasi kerajaan telah memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada pembangunan ATM secara menyeluruh. Kerajaan kini terus komited memastikan agar ATM sentiasa menjadi tonggak pertahanan negara yang kredibel bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. 

Justeru, warga dan bekas tentera diseru untuk memberi sokongan sepenuhnya terhadap kepimpinan KEMENTAH dan ATM serta Government of the Day malah tidak mudah dipengaruhi oleh pihak berkepentingan dalam usaha pembangkang menanam persepsi negatif di kalangan warga dan bekas tentera. Kesimpulannya, hanya kerajaan BN amat prihatin terhadap kebajikan warga dan bekas tentera. Sokongan undi anda kepada BN sempena PRU 13 nanti adalah satu pilihan tepat yang mempamerkan nilai tinggi kebijaksanaan anda.

Sumber: Merapu Sakan



Terdapat PULUHAN lagi jeneral-jeneral bersara yang pernah berkhidmat dengan ATM dari era 70 an hingga 90 an dan ada yang masih hidup. Namun, tidakkah anda berasa pelik kerana mereka tidak pula membuat kenyataan-kenyataan seperti Datuk Ghafir yang seolah-olah menyalahkan kerajaan/ATM/KEMENTAH walhal beliau sedar kekangan kewangan yang dihadapi pada zaman beliau berkhidmat?

Mengapa pula beliau tidak bercerita mengenai RATUSAN malahan RIBUAN kejayaan ATM termasuk proses permodenan drastik termasuk persenjataan, modal insan, prasarana termasuk aspek kebajikan untuk ATM sejajar dengan perkembangan semasa? Come on la Datuk, mengapa mahu bercerita pada zaman Datuk di Namibia puluhan tahun dahulu, sedangkan Datuk tidak pula bercerita mengenai kejayaan semasa termasuk keistimewaan ATM sekarang?

Dalam pada masa 'kesusahan' ekonomi negara pada tahun 70an dan 80an, saya difahamkan melalui rakan-rakan seperjuangan, Datuk diberi peluang untuk menyertai kursus di luar negara seperti di New Zealand dan Amerika Syarikat. Peluang seperti itu amat sukar diperolehi oleh mana-mana pegawai tentera lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Apa yang jelas, ATM akan sebaik mungkin akan memberi peluang peningkatan kerjaya kepada anggotanya tidak kira sesukar manapun keadaan ekonomi negara.

Apa yang Askar Setia cuba sampaikan ialah marilah kita sama-sama bersikap adil dan tidak menghukum dan mengadili sesebuah organisasi sesuka hati. Mungkin Datuk sedar bahawa ATM jauh lebih maju sekarang namun, demi perjuangan dan sokongan Datuk kepada parti-parti tertentu, Datuk seolah-olah menafikannya. Mereka (orang-orang politik pembangkang) hanya mahukan kenyataan dan sokongan daripada bekas top brass seperti Datuk dan tidak lebih dari itu. 

Menyertai mana-mana parti politik terutamanya selepas menamatkan perkhidmatan adalah hak individu dan tiada halangan mengenainya. Namun, mari kita sama-sama ingati sepucuk perjanjian yang pernah Datuk tandatangani sebelum menamatkan perkhidmatan. 

Rekod perkhidmatan Datuk saya percaya amat cemerlang, tetapi usahlah cemarinya dengan bersengkongkol dengan puak-puak politik tersebut. 

Soalan saya...

APA SEBENARNYA HAJAT DAN AGENDA SEBENAR DATUK?

Thursday, 10 January 2013

ALHAMDULILLAH... RM1000 SVTB1M AKAN DIBERI ESOK (JUMAAT, 11 JAN 12)


Seramai 3,000 pesara tentera tidak berpencen bakal menerima bayaran bantuan kewangan RM1,000, Jumaat ini. Pembayaran One-off itu akan dilancarkan di Bagan Datoh, Hutan Melintang, Perak yang dijangka akan disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 


Mengapa dilancarkan di Perak? 

Mereka yang bakal memperoleh bantuan kewangan itu veteran tentera tidak berpencen dan sudah mengemukakan butir diri. Kebanyakan penerima bagi fasa ini menetap di sekitar Perak.  Selepas ini, pemberian bagi fasa seterusnya akan diperluaskan di lokasi seluruh negara bermula 13 Januari ini. 

Pemberian hanya sekali sebanyak RM1,000 kepada veteran tentera tidak berpencen itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2013 pada Oktober lalu.  Sehingga kini ada kira-kira 240,000 veteran tentera tidak berpencen di seluruh negara. 

Katanya, dianggarkan 180,000 daripadanya masih belum mendaftar untuk bantuan terbabit.  Inisiatif kerajaan ini perlu direbut oleh golongan berkenaan kerana wang yang diterima berupaya membawa manfaat, khususnya dalam meringankan beban belanja bekas tentera yang tidak mempunyai pendapatan. 

Kepada mereka yang belum memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan ini supaya berbuat demikian pada majlis berkenaan atau menghubungi pejabat Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTBM) di talian 06-6015979 atau 06-6015980 atau 019-3187898.

Borang SVTB1M telah diedarkan di kesemua pejabat JHEV seluruh negara dan 82 Pusat Sehenti milik tentera secara percuma dan veteran yang layak termasuk bekas anggota ATM, angkatan sukarela di bawah ATM, Force 136, bekas tentera British dan Sarawak Rangers. 


Kenyataan lanjut rujuk di SINI

Sudah terlalu banyak insentif dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan demi membuktikan janji-janji mereka untuk membela nasib bekas tentera terus terbela. Cuma rata-rata permasalahn yang sering kita dengar ialah apabila individu itu sendiri tidak berbuat apa untuk memperoleh kemudahan tersebut. Terdapat ribuan lagi bekas tentera yang layak untuk mendapat bantuan, namun tidak mengisi borang/mendaftar untuk pemberian RM1000 tersebut. Ironinya, mereka hanya menghentam dan mengkritik namun masih duduk bersila di kerusi malas dan tidak berbuat apa-apa.

Lebih menyedihkan, sudah pasti akan ada corong-corong radio buruk (saya maksudkan mulut-mulut busuk) yang mengkritik pemberian RM1000 sebagai itu lah..sebagai inilah...Atau kata mudahnya:

 BERI SALAH...TAK BERI PUN SALAH...



Thursday, 3 January 2013

KANANG ANAK LANGKAU MENINGGAL DUNIA - LEGASI KEPERWIRAANYA AKAN TERUS BERSAMA KAMI


PEJUANG negara yang berjuang pada zaman darurat diketuai oleh Datuk Kanang Langkau (kiri) diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu, 16 September tahun lalu.
PEJUANG negara yang berjuang pada zaman darurat diketuai oleh Datuk Kanang Langkau
(kiri) diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu,
16 September tahun lalu

KUCHING – Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia di Hospital Umum, di sini, dipercayai akibat serangan jantung, pagi tadi. Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963.

kanang anak langkau

Amat menyedihkan. Perasaan sebak menyelubungi diri apabila mendapat berita bahawa Datuk Kanang Anak Langkau telah meninggal. Pada mereka yang tidak tahu siapa insan ini, Kanang adalah bekas anggota tentera Rejimen Renjer Diraja yang tubuhnya hampir musnah dirobek peluru komunis namun semangat juang yang tinggi menyaksikan bagaimana dia bangun daripada rebah dan kembali berjuang hingga beberapa anggota komunis mati ditangannya yang berlumuran darah!

Biografi ringkas Kanang Anak Langkau doleh dilayari DISINI


AGI IDUP AGI NGELABAN




















Wednesday, 26 December 2012

SYUKUR...ASET ATM TELAH DIATURGERAK KE KAWASAN BANJIR


Quote daripada Utusan Melayu Online


KUALA LUMPUR 25 Dis. - Tenaga dan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah digerakkan ke kawasan banjir yang kini melanda Pantai Timur, kata Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, sejak sebelum kejadian banjir, anggota ATM telah bersiap siaga dan digerakkan termasuk di kawasan pedalaman bagi memudahkan tugasan koordinasi dan menyelamat mangsa banjir.

"Ini termasuk di Ulu Tembeling, Pahang di mana kita telah atur gerak secepat mungkin supaya hubungan antara satu kawasan dan kawasan lain tidak terputus.

"Kalau kita lewat melakukan koordinasi pasukan, kita tidak boleh meletakkan anggota untuk misi menyelamat dan ini boleh membahayakan keselamatan mangsa banjir," katanya di sini hari ini.


Tuesday, 18 December 2012

FAKTA MENARIK MENGENAI JASA ATM DI AFGHANISTAN (MALCON - ISAF) - ANDA PERLU TAHU !!!


Tahukah anda bahawasanya....
1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Bamyan, Afghanistan setakat ini telah melatih lebih 2,600 rakyat negara itu dalam bidang kesihatan.
2. ATM telah melatih 1,268 anggota Polis Nasional dan Tentera Nasional Afghanistan dalam penjagaan dan rawatan ke atas orang yang cedera atau terkorban dalam pertempuran serta 120 bidan dalam obstetrik dan protokal kecemasan neo-natal atau semasa kelahiran.
3. Menerusi MALCON – ISAF, jururawat dan pegawai perubatan dari 88 hospital telah memperoleh pengetahuan baharu daripada pegawai Malaysia mengenai bantuan pernafasan kardium dan protokol kecemasan lain manakala 1,172 petugas kesihatan komuniti menerima latihan dalam pentdabiran kesihatan dan pengurusan logistik.
4. MALCON – ISAF turut mendapat penerimaan baik di kalangan rakyat tempatan Afghanistan dalam mengendalikan program berkenaan kini telah menjadi contoh dan garis panduan popular bagi agensi dan masyarakat antarabangsa di sana.
5. Kuala Lumpur (ATM)  secara rasminya dipelawa oleh kerajaan Afghanistan pada 2010 untuk menyertai usaha pembinaan semula negara itu yang musnah akibat perang, bersama-sama dengan rakan seperti AS, New Zealand dan Australia.
Selain itu....
6. 200 anggota tentera Malaysia telah berkhidmat di Afghanistan, menyalurkan bantuan kemanusiaan, khususnya bantuan perubatan.
7. Anggota MALCON-ISAF yang berada di Afghanistan ketika ini adalah pasukan yang kelima.
8. ATM diberikan mandat oleh kerajaan untuk meneruskan misi kami sehingga 2014 selaras dengan pelan peralihan yang digariskan oleh masyarakat antarabangsa.
9. Tumpuan awal MALCON – ISAF iaitu memberikan perkhidmatan kesihatan (oleh kumpulan MALCON 1) kemudiannya bertukar kepada pembangunan kapasiti dalam sektor kesihatan dari MALCON-ISAF 2 dan seterusnya demi untuk faedah jangka panjang penduduk di Bamyan.
10. MALCON – ISAF turut dibantu oleh New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat dari segi bantuan Logistik dan Teknikal.
11. Beliau berkata perbincangan dan dialog berterusan dengan rakan dan rakan kongsi dari negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga amat penting dan bermanfaat.
Ada lagi...
12. Kol (Dr) Kamal Abdullah telah mengetuai pasukan pergigian MALCON-ISAF 3; Mejar (Dr) Mohd Arshil Moideen yang mengetaui pasukan kesihatan awam MALCON-ISAF 2; dan Mejar (Dr) Mohamed Zaki Mohamed Mokhtar yang mengetuai pasukan kesihatan awam MALCON-ISAF3.
13. Kol (Dr) Kamal memainkan peranan dalam membangunkan program latihan pasukan pergigian di Bamyan yang berjaya melahirkan lapan juruteknik pergigian setakat ini manakala Dr Mohd Arshil membantu membangunkan program pembinaan kapasiti kesihatan jangka panjang bagi semua pasukan MALCON-ISAF.
14. Program berkenaan meliputi penambahbaikan tadbir urus kesihatan, kualitiair, panel kuasa solar, kesihatan ibu dan anak, penyakit berjangkit dan kawalanwabak dan inisiatif-inisiatif kesihatan masyarakat jangka panjang yang lain.
15. Dr Mohamed Zaki pula diiktiraf bagi peranan beliau dalam melaksanakan program-program jangka panjang yang digariskan oleh MALCON-ISAF 2.

Monday, 17 December 2012

1MVRP HADIAH UNTUK VETERAN ATM - MASIH ADA YANG MENUNGGU KOBAT & KERABAT?

Alhamdulillah....


Kehadiran PM disambut oleh ribuan bekas tentera dan
orang ramai semasa pelancaran  1MVRP

Pengumuman Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) yang menggariskan 7 inisiatif baru bagi membela nasib dan kebajikan kira-kira 300,000 bekas tentera dan keluarga mereka telah diumumkan sebelum ini telah memberi kelegaan kepada golongan tersebut. Inisiatif-inisiatif yang mengambil kira aspek kebajikan secara menyeluruh akan dapat dimanfaatkan bersama kepada segenap kelompok bekas tentera. Program berkenaan turut membuka laluan pertambahan peluang pekerjaan dimana beberapa syarikat (GLC) telah bersetuju untuk menyerap masuk  bekas tentera ke syarikay masing-masing. Boustead Holdings telah bersetuju untuk menyediakan sejumlah 267 pekerjaan dan Sime Darby membuka 371 peluang pekerjaan. Selain itu, hampir 4300 kekosongan jawatan dijangka akan disenarai tidak lama lagi. 


Veteran Komando dan PM Najib

7 Inisiatif berkenaan ialah:

1. Program Penempatan Kerja
2.Program Bimbingan Usahawan
3. Menigkatkan Penerimaan Latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera oleh Industri
4. Kad Privilege 1Malaysia
5. Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia
6. Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia
7. Membaikpulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia


1MVRP dilaksanakan mengikut Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7)

Inisiatif-inisiatif yang disenaraikan diatas merangkumi:


a) Program bimbingan usahawan menerusi penawaran francais dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

b) Meningkatkan penerimaan latihan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) oleh industri. Kerajaan menyediakan peruntukan awal RM3.5 juta yang diuruskan PERHEBAT dan dikawal selia oleh Tekun Nasional.

c) Penerimaan Kad Bekas Tentera (KBT) yang diiktiraf sebagai Kad Privilege 1Malaysia yang membolehkan veteran tentera membeli produk dari 282 syarikat pada harga diskaun.

d) Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia di 31 kem atau pangkalan tentera. Veteran tentera akan mendapat kemudahan akses malumat, pertolongan dan bantuan yang boleh diberikan kepada mereka.

e) Program Pembangunan Keluarga veteran 1Malaysia bertujuan meningkatkan pendapatan keluarga veteran ATM terutama yang berpendapatan rendah. Keluarga seperti balu, anak dan waris terdekat boleh menjana pendapatan yang lebih baik dan stabil. Inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meliputi program 1AZAM yang meluputi Azam Kerja dan Azam Niaga.


f) Program Membaik Pulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia dilaksanakan menerusi Kor Jurutera Diraja manakala peruntukan disediakan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU). Anggaran 49 buah rumah dibina atau dibaik pulih tahun ini manakala 100 buah rumah disasarkan untuk tahun depan.

Masih terlalu banyak hendak saya senaraikan segala macam bentuk kemudahan, inisiatif dan peluang yang disediakan oleh kerajaan kepada bekas tentera. Saya bukanlah hendak berkempen disini cuma disini jelas janji siapakah yang benar-benar realiti dan siapakah yang menaburkan janji-janji fantasi. Selain itu, bekas tentera turut disarankan untuk menggunakan peluang-peluang perniagaan bagi menaiktaraf kehidupan keluarga masing-masing. 

Jika masih ada yang menunggu janji-janji fantasi KERABAT dan KOBAT PR dan kumpulan-kumpulan serpihan kedua-dua pertubuhan haram tersebut, maka ia sama seperti menunggu bulan jatuh ke riba...tunggu..tunggu dan tunggu.....fikir-fikirkan lah... 

1MVRP terbentang didepan mata anda....