Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday 19 August 2011

UCAPAN SIDANG AKHBAR PANGLIMA ANGKATAN TENTERA PADA 18 OGOS 2011

ATM sentiasa menghormati hak kebebasan mengundi secara Undi Pos warga ATM seperti termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 Seksyen 16.

Sistem pengundian Undi Pos tentera sememangnya berteraskan kepada prosedur yang sedia diamalkan sejak Pilihan Raya Umum Pertama lagi dan ianya selaras dengan proses yang dipraktikan oleh Negara-negara lain yang mengamalkan system demokrasi. Malahan ATM telah bersetuju untuk melaksanakan proses pengundian awal dimana proses pengundian yang dilaksanakan adalah serupa sepertimana yang dilaksanakan oleh Pengundi awam. Perbezaan ialah ia dilaksanakan di dalam kem dan dilaksanakan libih awal dari tarikh pilihanraya umum. Proses pengundian dan pengendalian peti undi turun disaksikan oleh wakil parti yang bertanding serta pihak pemerhati bebas.
       
Berhubung rancangan penubuhan Kompeni Askar Wataniah bagi setiap kawasan Parlimen, meraka ini merupakan anggota simpanan yang akan mengundi mengikut proses pengundi awam. Namun begitu,meraka boleh dimobilisasikan dalam keadaan tertentu bila mana khidmat mereka diperlukan untuk mempertahankan Negara.

Proses pengundian dilaksanakan oleh ATM adalah bersih, telus dan profesianal tanpa ada unsur campurtangan oleh semua lapisan kepimpinan ATM. Dalam  hubungan ini, YAB Perdana Menteri telah menwujudkan Jawatankuasa Pemilih Perlimen bagi member ruang kepada semua pihak untuk menyuarakan pandangan/komen. Mengapa landasan ini tidak digunakan untuk membahaskan isu ini.

Dewasa ini terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencemarkan imej ATM melalui pelbagai usaha untuk meracuni pemikiran rakyat dan cuba mengkis keyakinan dan sokongan rakyat terhadap ATM yang sentiasa berpendirian apolitical. Sejak kebelakangan ini jelas telah berlaku tindakan membocorkan rahsia ketenteraan serta penyebaran fakta yang tidak benar berhubung keberkesanan dan kemampuan system persenjataan ATM. Tindakan seumpama ini bukan sahaja telah mendedahkan rahsia ketenteraan kepada pihak-pihak berkepentingan yang sentiasa ingin mengetahui kemampuan ATM, malah yang lebih buruk ialah menggoyahkan keyakinan warga ATM terhadap system persenjataan yang sedia ada.

Tindakan-tindakan seumpama ini boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan pengkhianatan dan harus dihentikan secara serta merta. ATM sebagai benteng terakhir pertahanan Negara harus didokong dan diberi sokongan pada oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan politik.

ATM tidak sekali-kali terlibat dalam urusan politik malah kekal sebagai perisai Pertahanan Negara tanpa dicemari (undermine) oleh  sebarang unsur-unsur negatif yang dapat melemahkan keupayaan ATM serta member ruang kepada bakal musuh Negara untuk kedaulatan Negara.

Diharap semua pihak tidak menjadikan ATM sebagai scapegoat dalam meraih sokongan dan memenuhi kepentingan mereka. Tindakan ini sepertimana yang telah dijelaskan terdahulu adalah bersifat satu pengkhianatan.

Semua pihak perlu jelas dan tidak ada lagi sebarang persepsi negatif mengenai prosedur pengundian anggota tentera. ATM berpegang kepada prinsip ketaatsetiaan kepada kerajaan yang memerintah yang dipilih rakyat dan kepada SPB Yang Dipertuan Agong. Jika ada parti-parti politik yang berhasrat untuk memerintah, mereka perlu menunjukan sokongan dan menghargai sumbangan dan peranan ATM. Dalam kontek ini persoalannya adalah `How can we be loyal to you if you are disloyal to us’.

8 comments:

  1. Askar xpayah vote la sng.. fully apolitical..

    ReplyDelete
  2. sikap sesetengah masyarakat yang saje cuba mengherat ATM dalam permasalahan mereka...cuba meraih simpati masyarakat dengan memutar belitkan isu tentera itu yang masalahnya,,,meraka tidak ade kesedaran sivik...sanggunp buat ape saja janji objektif mereka tercapai...busuk hati betul la,,,cuba mereka menghargai jasa dan pengorbanan ATM,,menjaga persempadanan, memastikan kedaulatan terpelihara..menjalankan operasi luar negara seperti ops piramid dan teluk aden tu ape nama ops entah..saya sebagai pemerhati sungguh berbangga dengan kejayaan ATM namun segelintir tu la yang tidak pernah nampak kebaikan cuma hati mereka dipenuhi najis2 tahu mencari kesalahan saje...ATM teruskan berjuang kami menyokong anda....

    ReplyDelete
  3. Terima kasih pada yang komen...

    aku hairan..majoriti dakwaan 'kes penipuan' undi pos semuanya dikatakan berlaku pada tahun 80an. C'mon lah... sedangkan pada tahun2 tersebut, isu undi pos bukan la topik utama pembangkang nk hentam kerajaan.

    Sekarang ni, tiba2 pihak PAS dan pembangkang mcm nak jadi SUPERHERO nk sensasikan isu ni. Kenapa?

    Dah tiada isu lain agaknya nk kekalkan momentum serangan kepada kerajaan..cari la isu lain yang lebih bererti demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat...

    Sdr Suhaizan Kayat aku tgk dah mcm SUPERHERO la dalam video tersebut. hahahaha.... Bole la menang award mcm Anwar Berahim..

    ReplyDelete
  4. Salam Sdr Askar Setia..
    Tahniah atas kemunculan blog ini.. diharap ia akan dapat menyalurkan maklumat yang BENAR dan TELUS demi memberi input kepada masyarakat..

    Pihak pembangkang saja menggunakan isu Undi pos ni untuk mengekalkan momentum kehendak parti politik mereka.. saya setuju dgn Askar Setia. Dulu isu ni bukanlah isu pon...Tapi sekarang saya xsangka mereka sanggup memperalat bekas tentera untuk kepentingan parti masing2..

    Mereka tidak layak menjadi pejuang untuk bekas tentera..

    ReplyDelete
  5. salam semua..saya gembira blog nie diwujudkan bagi semua askar setia memberikan pandangan serta komen...

    Mmg betul pada zaman dulu undi pos bukan bersistematik macam sekarang. Dulu SPR htr kertas undi melalui pos, dimana mereka htr sampul surat yang berisi kertas undi kepada setiap anggota yang layak mengundi. Semua sampul surat tersebut akan sampai ke markas pasukan. Ajutan dan ketua kerani lah yang memainkan peranan penting bagi menentukan mengagihkan dan mengumpul kembali sampul-sampul tersebut. Pada masa tiada wakil SPR mahupun wakil parti politik. Jadi ketua kerani dan ajutan lah yang memainkan peranan penting. Pegawai atasan tidak pernah mempengaruhi langsung urusan ini.

    Jadi semuanya terletak pada kejujuran ajutan dan ketua kerani. Saya pernah melalui 4 kali pilihanraya dan saya menghormati kejujuran dan amanah pegawai dan ketua kerani saya. Tidak pernah ada manupulasi undi pos. Jika melihat pada apa yang didedahkan oleh 'HERO PAS' ttg manupulasi undi pos. Ini bererti mereka ini sendiri yang 'TIDAK AMANAH DAN TIDAK JUJUR'.

    Mereka ini jugak merupakan 'PENDERHAKA KEPADA YDP AGUNG DAN ATM' kerana semasa memasuki tentera semua perlu meletakkan 10 cop jari bagi berikrar taat setia dan tidak akan membocorkan sebarang maklumat yang akan mengancam keselamatan negara dan ATM.

    Saya berharap tiada lagi bekas-bekas tentera dipergunakan oleh mereka yang berkepentingan bagi mencapai objektif mereka. Sedar la

    ReplyDelete
  6. Wsalam destroyer. pandangan yang bernas dan penuh dengan input yang amat berguna.

    Almaklumlah, bila sesuatu isu disensasikan oleh mana-mana parti politik, ia semestinya penuh dengan 'aksi-aksi mendebarkan' dan 'lontaran emosi'. Tidak hairanlah ramai yang terpengaruh dengan agenda-agenda dan penipuan mereka. Politicians are the best actor in the world.

    Sistem undi pos sekarang lebih sistematik dan telus. Sejajar dengan kehendak dan amalan demokrasi yang dipraktikkan di kebanyakkan negara. Saya hairan, HERO-HERO parti PAS seolah-olah sudah ketandusan isu untuk disensasikan.

    Saya berharap agar blog ini dapat dijadikan wadah untuk menyampaikan maklumat yang berguna untuk anggota tentera, bekas anggota dan rakyat secara keseluruhan.

    ReplyDelete
  7. benda dah lepas baru nak kecoh.. ikut sangat kehendak PAS dan agenda politik.. what can they gain by raising this issue which has took place few years back? once politician get what they want, they all may be forgotten..

    ReplyDelete
  8. Dakwaan bekas seorang tentera menanda ribuan undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihanraya ke 7 merupakan satu penipuan dan tidak berasas sama sekali.

    Untuk makluman, saya PW II (B) Zammaidin pernah juga menjawat jawatan Ketua Kerani Tadbir Pasukan pada suatu ketika dulu. Saya berkhidmat dalam ATM selama 23 tahun dan berpegalaman melalui beberapa penggal proses pilihanraya undi pos ATM.

    Berdasarkan pengalaman saya proses pengudian di kem-kem tentera perlu melalui proses wajib yang mana bermulanya pihak SPR akan melantik Pengawai Pengurus Pilihanraya yang terdiri dari warga ATM sendiri. Pegawai tersebut bertanggungjawab memastikan kertas undi akan diagih kepada Pegawai Memerintah/Pemerintah di setiap pasukan. Pegawai Memerintah/Pemerintah akan mengumpul semua anggota dan melaksanakan proses pengundian.

    Proses seterusnya Pegawai Memerintah/Pemerintah akan menyerahkan semula kertas undi kepada pegawai lantikan SPR untuk diserahkan kepada pejabat SPR. Kertas undi tersebut juga akan dibawa oleh pihak SPR ke pusat penjumlahan undi masing-masing untuk dikira.

    Pada PRU ke 13 yang lalu, dalam pemerhatian saya SPR telah membenarkan ajen calon-calon yang bertanding samada dari pembangkang mahupun kerajaan menjadi sebagai pemerhati dalam usaha menjamin ketelusan pilihanraya dapat dilaksanakan dengan seadil-adilnya.

    Untuk tentera yang sedang beroperasi di mana sahaja perbatasan negara ataupun di luar negara. Pegawai lantikan SPR bertanggungjawab memastikan mereka mendapat hak mereka dan mengundi mengikut pilihan calon masing-masing.

    Justeru itu, persepsi sesetengah pihak yang sering mempertikaikan terhadap ketelusan undi pos ATM perlu diubah kerana ianya tidak berasas sama sekali. Ketelusan ATM dalam menyelia pengurusan undi pos yang telah diamanahkan tidak harus dipandang serong oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun keseluruhan warganya telah diterapkan dengan sifat taat setia kepada pemerintah tetapi ini bukan bererti warganya tidak diberi kebebasan dalam membuat pilihan masing-masing.

    ReplyDelete