Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Saturday, 20 August 2011

DARAH SATRIA (1983): KHAS UNTUK PERWIRA NEGARA...HAYATILAH...



Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah…

Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga

Dengan… sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..(2x)…berkobar didada

Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…

Dengan… sepenuh keazaman
Semangat mu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta
Darah satria..(2x)…berkobar didada

Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia…
Darah satria..(2x)



9 comments:

  1. Xpernah boring tengok Darah Satria ni..dan yang paling best..sorang kawan aku masuk askar lepas terkesan dengan cerita ni.

    dan sekarang dah berpangkat Mejar kalau xsilap...
    Well done SoN!!!

    Bangga aku ada kawan mcm hang!

    ReplyDelete
  2. tu la cerita2 mcm ni bagus untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik terutamanya kepada golongan yang cuba mengganggu gugat kedaulatan negara.

    ReplyDelete
  3. bro gua boleh hafal lagu ni,,gua memang minat lagu dan cerita ni. terutamanya A.Galak tu semangat betul..cerita dgn lagu ni la yang buat saya nak masuk tentera namun ape kan daya tak layak,,,,kaki pengkang..tak cukup inci lagi...namun semangat tu ade...

    ReplyDelete
  4. tak ape saudara, biar kita berbakti kepada nusa dan bangsa dalam acuan kita sendiri, tak semestinya jadi askar baru kena berjuang kan..sekurang-kurangnya ada la sumbangan kita untuk negara.

    ReplyDelete
  5. Menyirap darah aku dengar lagu ni...bukan menyirap marah, tapi naik sheh..walaupun aku dah hampir 6 tahun pencen..tapi semangat juang aku tak pernah luntur..kalaulah disuruh pegang senapang, tangan ni masih kuat untuk mengangkat laras..

    ReplyDelete
  6. sjn mat, semangat mcm ni la kita perlukan..bukan kata dah bersara je tahu nak mengkritik je...masa dalam service buat semua bagus..teruskan perjuangan mu di bidang yang baru..

    ReplyDelete
  7. askar simpanan4 March 2013 at 20:55

    saya bekas askar simpanan rej 507 ,kalau di perlukan demi negara aku sedia menjulang senjata untuk mempertahankan tanah air malaysia .

    ReplyDelete
  8. lagu ni betul2 terkesan dijiwa aku. tamat sekolah aku minta nak masuk tentera tapi orang tua tak restu. anyway walaupun aku seorang pejawat awam namun kini dah 12 tahun aku dalam pasukan simpanan tldm...minat dan cita2 bergerak seiring

    ReplyDelete
  9. Salam...saya pelajar sedang mencari pahlawan negara yang pernah terlibat dalam peristiwa bersejarah negara atau wira yang tak didendang untuk ditemubual untuk memenuhi subjek penceritaan sejarah..

    ReplyDelete