Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Wednesday 27 March 2013

JENERAL NYANYUK PEMBANGKANG AKAN DITAHAN POLIS?



Badan Bukan Kerajaan, Jaringan Melayu Malaysia, JMM siang tadi membuat laporan polis terhadap dua bekas Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia kerana mendedahkan rahsia ketenteraan serta membuat tohmahan terhadap ATM. Mereka ialah bekas Panglima Tentera Darat,Jeneral Bersara Tan Sri Md Hashim Hussein dan Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Bersara Datuk Ghafir Abdul Hamid.
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada jam 3.30 petang.Jeneral Bersara Tan Sri Md Hashim dituduh mendedahkan rahsia ketenteraan seperti lapisan pertahanan negara dan kandungan aset ketenteraan bagi setiap lapisan pertahanan negara ketika berceramah di Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai, Perak 15 Mac lalu.
Manakala Leftenan Jeneral Bersara Datuk Ghafir dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR 13 Mac mendakwa Bahagian Perisikan Pertahanan, BSPP telah hilang kepakaran kerana digunakan untuk operasi politik di samping mendedahkan bahagian dalaman BSPP.
Rujuk kenyataan JMM di -------- SINI

Tindakan laporan polis yang dibuat tidak mengejutkan malahan sudah menjangka ramai bekas tentera tidak berpuas hati dengan kenyataan pak-pak jeneral kitar semula tunggangan pembangkang. Pakatan Jeneral expired tersebut sanggup menggadaikan maruah dan  mengingkari janji taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong dengan membocorkan rahsia-rahsia Angkatan Tentera Malaysia.


Adakah jeneral nyanyuk ini menjadi pilihan anda dalam PRU 13 akan datang?

18 comments:

  1. DAH PENCHEN, BERSARA BAIK DUDUK RUMAH MENGAJI ALQURAN......LEBIH BAIK.
    UMOR DAN LANJUT, MENTAL ALERTNESS PUN DAH KURANG.
    AMBIL PENCEN, BERISTIGHFAR DAN BERSYUKUR BANYAKK
    UNTUK BEKALAN BAWA MATI.
    ITU YANG TERBAIK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok riak wajah pun ada gambaran manusia tidak jujur dan kaki pembelot....ini jenis mengkayakan tembolok sendiri lebih dari tanggungjawab kpd negara....kesian kpd kerajaan msia yg ada peg2 mcm ni...nasib baik dah pencen patut buat amal ibadat mohon keampunan di atas dosa2 silam...

      Delete
    2. TARIK BALIK PENCEN

      Delete
  2. Apakah ini bukan pengkhianat namanya? Mengkhianati YDP AGUNG dan negara,Hukuman terhadap pengkhianat negara sepatutnya apa?

    ReplyDelete
  3. entah brapa di kena bayar utk membocorkan...??

    ReplyDelete
  4. TAK AKAN AKU NAK UNDI GENERAL MACAM NI.
    TAK BOLIH PERCAYA.
    NANTI HARAP PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.
    DAH EXPIRE, BAIK UNDI ORANG MUDA, YANG OTAK MASIH SEGAR BUGAR.
    INI OTAK DAH LAYU, MANA BOLIH PAKAI.
    HITAM DIAKATA PUTIIH....ETC
    M16 NANTI DIA KATA AK47...........NYANYUK

    ReplyDelete
  5. Aljub kata nak utamakan calon muda dal pru 13 maksud jenis sotong ..yg tua bangka da pencen elok d jadikan tukun d laut lahat datu atau samporna atau di tawi tawi

    ReplyDelete
  6. bila manusia berakal buas mengejar dunia macam tulah jadinya..dah tak peduli jadi barua ka, jadi petualang ke atau menderhaka kepada pemerintah..sepatutnya umur senja ni bercakap hal-hal yang baik sahaja supaya boleh jadi contoh dan ikutan pada anak anak muda macam aku ni. nasib baik bapak aku anta aku g sekolah supaya boleh menilai mana baik dan mana buruk. tapi ada yang sekolah sampai dapat dr. pun tak tau nak nilai baik buruk..yang dia tahu dia je yg betul...tulah dia..

    ReplyDelete
  7. Jika BN menang besar pd PRU13, eloklah jika dibuat pindaan spt yg berikut. Bila seorang kakitangan kerajaan hendak bersara, dia perlu tandatangan satu surat yg mengaku tidak akan mengkhianati kerajaan yg memerintah dan Yang Dipertuan Agong. Jika seorang yg berpencen ingkar, pencennya akan dihentikan dgn serta merta dan dia akan dipenjarakan sehingga mati.
    Kalau di zaman dahulu, pengkhianat negara akan disula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada.. jeneral2 pencen ni ada tandatangan dokumen yang mereka tertakluk pada fasal Undang-Undang Malaysia Akta 83 Rahsia Rasmi 1972 (Pindaan 1983).

      Delete
  8. Itu NaVY SEKOR..JENIS MANUSIA TAK MENGENANG BUDI ...!!

    ReplyDelete
  9. dalam kerajaan banyak yang perangai macam ni..PEMBELOT..TAK RETI NAK BERSYUKUR..

    ReplyDelete
  10. Dulu general2 ada askar dibawahnya dan boleh diarahkan, sebab masih berkhidmat dibawah perintah ysng dipertuan agong, Sekarang ini genera TANPA ASKAR, siapa nak dengar cakap dia.Dedahka rahsia KERAJAAN, ITU PEMBELUT NAMANYA DAN TITLE INI BOLEH didunia dan akhirat

    ReplyDelete
  11. Lagi banyak di komen tentang Jeneral yang bersara tu nampak pula pekong si pembuat komen yang amat daif, masa kerja dulu tak mampu jadi Jeneral, bila Jeneral bersara suarakan sesuatu kebenaran kenapa pula butakan mata dan hati? Kan elok diberi perhatian untuk penambah baikan bukan nya maki hamun dia pula.

    ReplyDelete
  12. Dah pencen Arah Unit Amal jee lahhhh....!!

    ReplyDelete
  13. Anon 11.50,
    Pengkomen bukan daif yang saperti anda nyatakan,tapi amat meluat dengan perangai 2xmakhluk ni yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur di atas apa yang telah diberi olih pihak yg memerintah hari ini.Apa kebenaran yang anda maksudkan,apa tindakan mereka semasa mereka berkuasa.Memang semua orang tak mampu jadi Jeneral.tapi pada yang mampu,bukan perangai saperti 2 malaun yang kita harapkan,they deserved to be treated like SAMPAH.

    ReplyDelete
  14. harapkan pagar,
    pagar minum todi.

    gen2felda

    ReplyDelete